Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Kenapa BAHAYA minum kopi teh 3 in 1
-Antara penyebab dan penyumbang kepada diabetes ialah minuman 3 dalam 1.
-ee jgn lah berhenti terus nt syarikat pengeluar lingkup...kan baik klu satu pek tu guna untuk 3 kali minum sehari...yg gelojoh tu lain la kira...aku pernah g minta minuman kat gerai jgn taruh gula kata ku hehe terlopong tu pembuat minuman segan juga...sebenarnya aku tgh guna pemanis ganti gula 'Stevia'-eem apasalahnya kita mencuba benda baru untuk kebaikan...
1001 alasan berblogging
Aku akui, tujuan utama aku menulis blog adalah atas dasar mempromosikan perniagaan kambinng jamnapari satu ketika dulu. Kemudiannya, sedikit demi sedikit aku mula terjebak dengan alam blogger apabila aku mengetahui wujudnya Google Adsense sebagai pendapatan pasif.
Jika kita pandai dan bijak mempertaruhkan blog yang ada, tak mustahil blog bakal memberikan pulangan yang mantap dan mampan, hinggakan mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Tapi awas, blog bukanlah satu pelaburan 'skim cepat kaya'. Anda mungkin hampa bila hari demi hari tiada USD $ yang dijana, bahkan satu sen pun belum terhasil mealui blog-blog yang ada. Apa yang perlu dibuat jika terjadi begini? Senang sahaja, carilah sifu seperti John Chow, atau yang paling dekat kita ada Rohaizad dot com.
Walau apa jua alasan berblogging, blog bukanlah tempat anda menjadi hipokrit atau samseng. berpada-padalah dalam mengeluarkan pendapat atau hujah. Peribahasa Melayu ada menyebut, "kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa".. Sendiri mau ingat beb.
Apa alasan ANDA menulis blog?
Isi minyak sambil hisap rokok / bercakap menggunakan telefon : ramai lagi yang sengal
Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak: Petronas
KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan.
Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya.
Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.
Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu.
Stesen itu kini ditutup sementara, kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.
"Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di semua kawasan operasi kami," kata kenyataan itu.
- Bernama
Punca kejadian masih dalam siasatan. Tapi aku memang rasa nak tempeleng sesetengah orang yang bukan setakat menghisap rokok, tapi menyalakan api rokok semasa mengisi minyak, tak kira petrol, mahupun diesel. Bukan rekaan dan mengada-adakan cerita. Memang satu masa dulu aku selalu menyaksikan perkara ini di kawasan Chendering dan Marang (sebab aku selalu berulang alik dan isi minyak hampir setiap hari - maaf kalau ada yang tersinggung). Sekarang aku kurang menyaksikannya sebab isi minyak seminggu sekali je.
Tak kisahlah kawasan mana dan bila kita menuang petrol. Sedarlah risiko nyawa yang terpaksa kita ambil, beserta anak-anak, isteri
Gunakan akal, fikirlah buruk baik sesuatu perkara sebelum melakukannya.
LELAKI YANG HEBAT
Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beri bad ah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "
MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.
Wallahu’alam.
Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Sekadar menyampaikan secebis ilmu..
Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindak balas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.
BENDERA akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing!
KAJANG 7 Okt. Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan menyiasat khabar angin itu dan sentiasa dalam keadaan siap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara.
Polis perlu menyiasatnya dulu. Kita mempunyai pakar dalam bidang pemantauan dan risikan untuk menentukan kesahihannya, kata Ismail kepada pemberita selepas melawat kawasan panas di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi di sini.
- Bernama
Harapan aku dan juga seluruh rakyat Malaysia agar berita ini benar-benar sahih dan tiada ancaman daripada gerakan bawah tanah dari Indonesia ini. Pihak berwajib di negara ini juga perlu mengambil tindakan yang lebih dalam mengawal keadaan keamanan serta sempadan perairan Malaysia dan Borneo.
Dalam keadaan huru hara selepas gempa bumi di Padang, Sumatera, pihak kerajaan Malaysia dengan ikhlas menghulur bantuan perubatan dan makanan kepada semua mangsa. Jangan ada yang cuba mengeruhkan keadaan mengatakan makanan sudah luput tarikhnya dan pelbagai lagi tohmahan.
Belajarlah daripada kesilapan, muhasabahlah diri bila ditimpa bala dan bencana. Semua itu adalah ujian dan juga pesanan daripada Allah. Segala aturanNya itu, pasti ada hikmah. Mungkin itu cara yang dapat memulihkan keadaan hubungan Malaysia-Indonesia yang keruh dan tegang.
Bagi rakyat Malaysia, buat bodo je dengan isu-isu remeh dan picisan ini. Jangan pula bagi komen 'bikin panas' dalam blog-blog yang ada. Mereka manusia, kita pun manusia. Apatah lagi kita sama agama dan anutan. Jangan menghina dan mencaci cerca 'Orang Indon'. Kita bukannya tuhan nak jatuhkan hukuman.
Bijak Berbelanja : Jihad Melawan Nafsu
Hari ini 17 Ramadhan, sudah hampir mencecah 2/3 hari daripa sebulan tempoh kita berpuasa. Keghairahan melayan nafsu ketika membeli juadah berbuka sudah mula berkurangan, berbanding ketika minggu pertama berpuasa. Alhamdulillah, ramai daripada kita mungkin sudah mula beringat untuk berjimat dan berbelanja secara bijak. Tidak terlalu membazir dalam menangani 'rambang mata' membeli juadah dan lauk pauk untuk santapan berbuka.Mungkin di kalangan kita masih berjaya mengawal nafsu, diimbangi dengan akal. Maklumlah tahun ini hari raya puasa jatuh dalam bulan Oktober, bermakna tidak ramai yang akan mendapat bonus untuk berbelanja sakan. Tambahan pula harga minyak yang baru sahaja naik, memungkinkan bahana pelbagai barangan runcit, basah dan kering akan turut terkena tempias kenaikan harga.
Negara kita Malaysia apabila memasuki penghujung tahun pula biasanya akan memasuki fasa musim tengkujuh, seterusnya banyak aktiviti ekonomi akan terjejas dengan kedai makan serta gerai-gerai kecil merudum jumlah pengunjungnya. Bagi penoreh getah dan nelayan, musim hujan adalah waktu yang menggugat keimanan mereka dengan ujian Allah. Mungkin ini hikmahnya bagi kita mencari alternatif lain untuk mencari sesuap nasi. Mungkin juga menyuruh kita meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak-anak tercinta di rumah.
Bagi yang makan gaji, musim hujan mungkin tidak memberi impak yang besar kepada mereka. Walau bagaimanapun, harus diingat, berbelanjalah mengikut keperluan, jangan ikut nafsu. Buatlah pertimbangan sewajarnya dalam membeli belah untuk persiapan hari raya Aidilfitri. Mana-mana set kerusi sofa dan langsir atau cadar yang masih elok, kenapa tidak kita gunakan kembali? Jangan membazir dan fikir untuk jangka masa panjang.
Bagi pemegang kad kredit, waspada dengan helah 'wang plastik' ni. Memang seronok mebeli belah tanpa membawa wang sesen pun. Tapi awas, pastikan anda mampu membayar semula tanpa dikenakan faedah (interest) dari pihak bank pengeluar kad kredit @ kad hutang. Zaman ini bukanlah zaman bermegah dengan kad kredit berstatus 'gold' atau 'platinum'. Ubahlah persepsi minda anda. Penggunaan kad kredit tidak menguntungkan, malah membawa padah.
Pemegang kad kredit atau debit, pastikan anda tidak terpedaya dengan:
- *Ada sesetengah peniaga mensyaratkan pembelian minima (sekurang-kurangnya RM 50) - sedangkan anda ingin membayar harga barangan untuk RM35, terpaksa beli barangan lain pula untuk membolehkan anda menggukan kad debit / kredit.
- *Bagi pemegang kad debit, asingkan jumlah baki tertentu sahaja untuk belanja bagi petrol atau barangan lain bagi bulan itu. Simpan lebihan wang di dalam akaun berasingan bagi mengelakkan terlebih belanja (over spent).
- *Pastikan anda dapat membayar 'minimum payment' apabila tiba masanya. Jika tidak, anda akan dikenakan denda yang bisanya sebanyak RM50 bagi denda lewat bayar.
- *Disiplinkan diri untuk menggunakan kad kredit pada waktu-waktu kecemasan sahaja. Penggunaan wang tunai yang terkawal adalah lebih baik darpada kad kredit yang kita akan sedar pengeluarannya.
Wasalam.
Allah selamatkan saya ketika derita…
Azamin Amin
Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.
“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.
Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.
“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.
“Roti canai…” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.
Tidur untuk menahan lapar
Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.
Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.
Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.
“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.
Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.
Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.
Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.
Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.
Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.
Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.
Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.
Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur . Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.
‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’
Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.
Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2..45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.
“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.
“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.
“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!” katanya tidak puas hati.
Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ’solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.
“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.
Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.
Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.
Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke
tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.
Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.
“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.
Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!
Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya.. .
“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”
Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.
Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka. ..
Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.
Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi
hamba-Nya.
Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.
Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu. ”
Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena
Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.
Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.
Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.
Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya..Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.
Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…
Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu.. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.
Saya bersabar menunggu detik itu…
Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :
” Mmm…sedap. ..”
Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya.
Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena….. .
Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.
Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini.
Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.
Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.
Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya�” (Al-Baqarah: 286)
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.
Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.
Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.
Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa
direstu dan dilindungi selalu.
Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.
Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.
Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.
Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.
Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.
Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang…
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).
Tips ; 10 Barangan paling ' tip top' untuk jualan Bazaar Ramadhan
Hari ini adalah tanggal 7 Syaaban 1430, bermakna tinggal kira-kira 23 hari sebelum menjelangnya Ramadhan. bagi yang belum ganti puasa sebab 'terbatal', terminum, termakan, 'ter' melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, atau pun uzur syarie.. Harap-harap diizinkan Allah supaya dapat menggantikan puasa (qada) yang tertinggal itu. kalau dah sampai Ramadhan, tapi belum ganti, kena ganti juga tahun depan + bayar denda.
Bulan Ramadan selain bulan bagi kita melakukan lebih ibadah dan amal jariah, ia juga adalah bulan bagi kebanyakkan orang membuat duit, tak kira secara sepenuh masa (30 hari), mahupun secara sambilan. Ada yang ambil cuti sebulan, semata-mata untuk berniaga di bazar Ramadhan atau Expo Ramadhan. Secara sambilan pula, kebanyakkannya menjual tudung, baju raya, jubah, aksesori (gelang, rantai kristal, brooch dan yang pe
Mungkin anda ada cita-cita atau niat untuk berniaga tapi belum ada idea atau kata putus produk serta barangan yang ingin dijual, tak kira samada secara sepenuh masa atau 'part time'. Di sini saya senaraikan 10 barangan 'Apa barangan yang laku untuk dijual di bazaar Ramadhan?":
===============================
> Baca juga 4 Tips idea bisnes bulan Ramadan
===================================
- 1. Air minuman i. air balang (yang berwarna warni), ii. air tebu, iii. air soya, iv. air jus buah-buahan
- 2. Kuih muih - karipap, tepung pelita, kole kacang, jagung custard, wadeh, dll
- 3. Aneka lauk-pauk
- 4. Ayam percik, ayam panggang, ayam goreng, sate ayam (dan lembu)
- 5. Pelabagai jenis 'nasi' - Nasi ayam, nasi kerabu, nasi tomato, nasi ambang, nasi lemak dll
- 6. Murtabak
- 7. Mee / mihun kawah
- 8. Laksa Penang / Johor, rojak,
- 9. Roti John, burger, roti khurasan
- 10. Pelbagai jenis masakan Sup- Soto, mee / bihun sup, dll.
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sekadar berkongsi ilmu - sumber fwd emel ex-smsj 93 yahoogroups.
Peringatan untuk kita semua. Semoga mendapat manfaat bersama, Amin.
Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. ... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BER TAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita..."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.
Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh. Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.. . Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8... Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali .
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .
Cara baru ransang anak belajar

Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya) .
Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.
2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. La ma-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.
3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.
Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.
5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.
Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil me namakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.
6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).
Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.
9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.
10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.
11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.
12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.
13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.
14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.
15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kem bali.
16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.
17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
Blogging, ebay, lelong, youtube, affiliate + RAJIN = duit
Salam,
Hari ni aku nak bercerita secara jujur pengalaman aku tentang Internet dan kaitannya dengan duit. Aku memang suka berniaga. Minat yang tumbuh seawal darjah 2, bila aku mula berniaga buah-buahan dari kebun di belakang rumah kepada kawan-kawan di sekolah. Keseronokan mencari duit ketika alam kanak-kanak memang menyeronokkan. Apatah bila aku boleh pergi kedai beli jajan. Maklumlah, dah bawa bekal, jadi takdelah duit poket.
Proses menyelami dunia perniagaan tenggelam timbul di sekolah menengah dan tenggelam timbul ketika di UTM. Memasuki alam pekerjaan, aku dilambung badai apabila ekonomi Asia jatuh menyebabkan kemelesetan ekonomi, membawa kepada kesukaran mencari kerja. Titik itu memberi aku pengalaman hidup berguna sebagai pekerja di MAS aircraft hanger, 7 Eleven serta menebar roti canai di Kampung Melayu Subang.
Akhirnya rezeki aku ada dan berjaya memasuki pejabat firma arkitek lanskap, melompat ke firma hiasan dalam (interiro design) dan akhirnya melangkah ke firma arkitek.
Selepas berkahwin aku melanjutkan pelajaran ke UK dan distulah segalanya bermula apabila aku mula 'tercebur' ke dunia IM melalui ebay pada 2002. Langkah aku meneroki dunia internet dan perniagaan semakin luas. Sehinggalah balik ke Malaysia pada 2005, aku berjinak-jinak pula dengan perniagaan restoran, cafe dan ice blended di pasar malam. Tak cukup tangan aku buat semua tu, ditambah lagi dengan kerja menolong menguruskan kambing jamnapari di Marang, Terengganu. Ketika itulah aku mula berjinak-jinak dengan aktivit blogging yang asalnya untuk mempromosikan kambing, tercebur pula dengan google adsense... Ebay pula masih bejalan tapi tenggelam timbul.
Akhirnya dengan ketentuan Allah, aku pulang ke kampung halaman di Muar dengan perasaan bercampur baur. Pulang dengan jiwa kosong, membawa sedikit saki baki barangan dalam store ebay. Aku bermula semula dari bawah, mendaki puncak, menongkah arus.
Di Muar aku mula kenal erti pasar malam dan ekspo. Emak aku penuh mengharap untuk aku kerja sebagai seorang arkitek. Tapi aku degil, jiwa aku adalah untuk berniaga dan menjadi bos sendiri. Sehinggalah sekarang, aku masih di pasar malam dan pasar tani. Alhamdulillah, aku dah ada kedai sendiri. Cuma keadaan ekonomi dunia yang merudum, buatkan bisnes agak goyang. Maklumlah, berniaga pun ada pasang surutnya. Aku redha dan tawakal.
Duduk di kampung sendiri dan bekerja sendiri amat seronok sebenarnya. Cuma hati kena kering, jiwa kena kental. Sekarang, aku dah makin hari bertambah ilmu, terutama dalam blogging, buat affiliate, video marketing, ebay dropship dan banyak lagi.
Entahlah aku pun tak tahu kenapa ini yang aku tulis. Sebenarnya aku nak cuba cari trafik untuk keyword goji guarana haram dan bagaimana untuk mengesan kehamilan yang masuk ke blog ni. Aku menulis ni sebab penat, rehat sekejap semalaman dan hari ni mengupas dan mencari-cari tentang ebay dropshipping. Tapi takpelah, dah tulis...
Panduan Menyambut Kelahiran
TAHNIK
Telah berkata Abu Musa r.a maksudnya:
"Aku mendapat seorang anak lelaki lalu membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu Baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku" ( H.R. Bukhari & Muslim ).
MEMBERIKAN NAMA
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir pada hari ke-7 dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah untuknya" ( H.R Tirmizi )
Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik maknanya. Abu Darda' berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pada hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama kamu" ( H.R. Abu Daud )
Aku rasa masyarakat kita terkenal dengan adat potong jambul.. lepas tu, takde pun bercukur. Yang patut dijadikan amalan, macam maksud hadis di atas. Cukur, kemudian timbang berapa berat rambut tu, samakan dengan berat dengan nilai duit (nilai perak).
AQIQAH
Hukum aqiqah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan bagi yang berkemampuan. Melaksanakannya adalah satu tanggungjawab ibu bapa atau penjaga anak tersebut. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sejak anak dilahirkan tanpa sebarang tempoh masa. Ia lebih baik dilakukan pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21.
Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambung atau dua bahagian lembu. Untuk anak perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau satu bahagian lembu. [Seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian].
Petikan
"Terbitan Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.
Siri 07/06"
Lada dan tomato : serius aku nak jual
Pokok tomato
Pengelasan nama saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Solanales
Famili: Solanaceae
Genus: Solanum
Spesies: S. lycopersicum
Lada @ cili @ cabai
Pengelasan nama saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Solanales
Famili: Solanaceae
Genus: Capsicum
Spesis-spesis cili - Capsicum annuum, Capsicum frutescens, Capsicum chinense, Capsicum pubescens, Capsicum baccatum.
Gambar di atas adalah 2 jenis pokok yang aku semai : pokok lada merah dan pokok tomato.
Apa aku nak buat?
Aku nak buat duit dengan pokok-pokok tu.
Macamana?
Aku akan jual bersama dengan baja tahi kambing. Pasaran utama adalah kat pasar tani dan juga pasar pagi serta depan kat tanah atok long aku yang akan dijadikan nurseri mini.
Aku dah nekad. Memang dari dulu pun aku dah bercita-cita nak jadi petani moden. Syarikat Muhasabah Trading yang ditubuhkan sejak tahun 2007 pun mempunyai bidang pertanian dalam daftar SSM, selain bidang pakaian. Cuma selama ini pengurusan masa aku agak terbatas. maklumlah sibuk berniaga pasar malam dan juga memasarkan produk di dalam ebay.
Apa yang aku nampak, menanam pokok lada selain aku sendiri boleh tukarkannya menjadi duit, pembeli itu sendiri akan dapat berjimat.
Kenapa?
Setiap isi rakyat keluarga Malaysia menggunakan lada @ cili hampir setiap hari. Harga pasaran semasa adalah di antara RM 5 - RM 8 ringgit sekilogram (boleh mencecah sehingga RM 10). Bayangkan jumlah ringgit yang berjaya dijimatkan dengan menanam sepohon pokok lada di rumah sendiri. Kos penjagaan memang tidak besar. Hanya memerlukan penyiraman setiap hari. Baja bolehlah dipilih samada baja organik atau pun baja kimia.
Berapa lama tempoh jangka hayat sebatang pokok lada?
Pokok lada mula dituai hasilnya seawal 1 1/2 bulan (biasanya selepas 2 bulan ditanam). Jangka hayat kebiasaannya mencecah sehingga 5 - 7 bulan. Untuk tanaman secara komersial, boleh dipilih samada tanaman sungkupan di atas tanah, ataupun secara fertigasi. Bagi penanaman di rumah, boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg. medium yang digunakan samada tanah, sekam padi tau pun sabut kelapa hancur. Anggaran pengeluaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
Untuk panduan penanaman cili, boleh rujuk sini
http://www.doa.sarawak.gov.my/cili.htm
Panduan menanam cili dalam Pasu/Polybag
Youtube Gambar Fasha Sandha mandi
Kuang.. kuang.. kuang... Kesian Fasha Sandha... Ada 11 carian menggunakan keyword "Youtube Gambar Fasha Sandha mandi" masuk ke dalam blog kambing jamnapari untuk minggu ni. Ini adalah statistik daripada Nuffnang:
| KEYWORDS | HITS |
|---|---|
| kambing jamnapari | 45 |
| kursus pertanian 2009 disabah | 15 |
| tugas akitek lanskap ? | 14 |
| contoh pelan kandang kambing | 12 |
| jamnapari | 12 |
| youtube gambar fasha sandha mandi | 11 |
| pelan kandang kambing | 9 |
| supplier alat fertigasi di sarawak | 6 |
| kambing jamnapari untuk | 4 |
| teka teki lawak nak mampos | 4 |
Keyword Fasha Sandha mandi tu tak silap aku memang daripada peraduan lawak kambing. Kesian Fasha Sandha, ramai yang cuba skodeng orang mandi ek?
Takde kerja lain ke?


