Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Iklan Raya Petronas 2016: Vroom Vroom



Petronas pada satu ketika berjaya mengeluarkan iklan-iklan raya yang touching menyentuh perasaan, khusunya ketika zaman arahan pengarah berbakat besar, Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Namun begitu tahun ini iklan #PETRONASRaya 2016 tampil dengan sesuatu yang agak menyentuh perasaan. Mungkin membawa kesan kepada audience atau mungkin juga jalan penceritaan agak bercelaru dengan plot yang tak begitu kuat.

Apa komen anda untuk iklan raya kali ini?

http://freechannelgame.com/

Saleem Lagu Raya - Pulanglah (penyanyi asal Aishah)



Assalamualaikum wbt

Tinggal sehari sahaja lagi untuk kita menunaikan puasa Ramadan 1436 Hijrah. Hari ini merupakan antara hari yang paling sibuk, menyaksikan perantauan mula pulang ke kampung. Ibubapa sibuk membeli belah, membuat persiapan terakhir menjelang Syawal.

Bagi yang kurang berkemampuan, sambutlah Syawal seadanya. Raikanlah kegembiraan. Bagi yang mempunyai sedikit lebihan wang ringgit. Jangan lupa bersedekah (angpow) kepada anak-anak kecil dan saudara mara yang tua.

Pastikan juga elakkan pembaziran ketika menyediakan juadah untuk para tetamu. Perpada-pada dan beserderhana dalam Islam, antara amalan yang ditekankan.

Para pengguna jalanraya dan lebuhraya, berhati-hati ketika menuju ke destinasi masing-masing. Ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti di kampung. Sabar dan bersopan semasa memandu.



Kita manusia biasa, tak lekang daripada kesilapan dan dosa. Hari baik dan bulan baik, sepuluh jari ku hulur untuk kemaafan yang tidak ternilai. Akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Takbir Raya bidaah

Salam lebaran,

Alhamdulillah hari ini 1 Syawal 1433 Hijrah, hari pertama kita meraikan kemenangan berpuasa Ramadan selama sebulan.

Aku baru balik daripada solat sunat hari raya Syawal. Di kawasan Muar, solat raya biasanya bermula selepas pukul 8.30am. Aku yang tidur di Merlimau semalam, terpaksa bergegas-gegas ke Muar pagi ni, takut tak sempat solat sunat.

Sepanjang perjalanan Merlimau ke Muar, terdengar suara takbir dari corong-corong pembesar suara, memuji kebesaran Ilahi.

Berkenaan bertakbir  ketika bukan waktu hari raya, di sini aku sertakan penerangan Ustaz Azhar Idrus, yang mengatakan ia adalah bidaah tetapi tak berdosa. Bukan seperti yang ditegah ketika kecil-kecil dulu, dengan alasan, orang dalam kubur menangis.





Takbir Raya bukan pada Hari Raya ; Bid'ah .
***
 [s] Takpe ke kite duk saje2 kita takbir raya...mase budak2 dulu kite dengor ada orang kabo kalu takbir mase bukan hari raya dok baik..
[j]-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bida'ah tpi tdk berdosa..
[S] ..ustaz, takbir raye puasa brape hari dibenarkan? raya haji pulak brape hari?
[J] -Ustaz Azhar Idrus ( Original ) raya puasa bermula maghrib sampai selesai solat hari raya..
raya haji bermula subuh 9 zukhijjah selesai waktu asar 13 zulhijjah..
~Dari fanpage facebook ust Azhar.

Serius iklan raya best




Assalamualaikum wbt

Bulan Ramadan berbaki 3 hari saja lagi sebelum kita menjeguk Syawal, meraikan kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan.

Saban tahun, macam-macam iklan raya dipertonton kepada kita dengan pelbagai mesej serta tauladan untuk kita jadikan renungan. Ada yang kelakar, sedih, menusuk kalbu dan juga layan blues. Silap-silap boleh leleh air mata jantan kalau menonton sesetengah video iklan hari raya tu.

Pada aku hampir semua iklan hari raya Aidilfitri best dan membawa mesej tersendiri. Untuk iklan u mobile ni, korang saksikanlah sendiri (klik sini untuk tengok).

Dah tengok? Amacam? Best tak?

Musafir di Aidilfitri cover version Metallica



Assalamualaikum wbt

 Tinggal lagi berapa hari lagi nak raya, bermakna kita akan meninggalkan Ramadan yang mulia ini. Tak tahu lagi samada tahun depan kita akan jumpa lagi Ramadan.

Bagi yang belum bayar zakat fitrah tu, cepat-cepatlah pergi cari para amil yang 'port' kat shopping complex seluruh negara. Jangan bagi alasan tak sempat, ambil masa 5 minit je daripada masa pergi ber'shopping' sakan tu.

Kesempatan ni, aku menghulur 10 jari tangan dan sepuluh jari kaki minta ampun dan maaf zahir batin, jika ada kata dan tulisan yang menyinggung sesetengah pihak.

Akhir sekali, akorang layanlah lagu Musafir di Aidilfitri (OA S. Jibeng), yang di'miming'kan semula oleh Metallica.

Iklan Hari Raya Aidilfitri Petronas 2012 official




Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun.
While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life
While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.



Akhirnya, iklan hari raya Petronas, muncul dengan satu lagi koleksi video raya yang meresap di hati. 5 bintang aku bagi.

Kali ni, kisah Erman (melayu) yang menjalani ibadah puasa di Uzbekistan. Korang layanlah sendiri. Kalau hayati betul-betul, memang boleh leleh air mata... blues woo.

Pengumuman tarikh Hari Raya aidilfitri 2011

Hari ini aku tengah bosan... Otak sedikit beku untuk buat facade design, banglo yang aku kena 'modify'. Jadi, sempena hari Isnin ini, aku kongsikan pengumuman penting...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...