Showing posts with label 1433. Show all posts
Showing posts with label 1433. Show all posts

Takbir Raya bidaah

Salam lebaran,

Alhamdulillah hari ini 1 Syawal 1433 Hijrah, hari pertama kita meraikan kemenangan berpuasa Ramadan selama sebulan.

Aku baru balik daripada solat sunat hari raya Syawal. Di kawasan Muar, solat raya biasanya bermula selepas pukul 8.30am. Aku yang tidur di Merlimau semalam, terpaksa bergegas-gegas ke Muar pagi ni, takut tak sempat solat sunat.

Sepanjang perjalanan Merlimau ke Muar, terdengar suara takbir dari corong-corong pembesar suara, memuji kebesaran Ilahi.

Berkenaan bertakbir  ketika bukan waktu hari raya, di sini aku sertakan penerangan Ustaz Azhar Idrus, yang mengatakan ia adalah bidaah tetapi tak berdosa. Bukan seperti yang ditegah ketika kecil-kecil dulu, dengan alasan, orang dalam kubur menangis.





Takbir Raya bukan pada Hari Raya ; Bid'ah .
***
 [s] Takpe ke kite duk saje2 kita takbir raya...mase budak2 dulu kite dengor ada orang kabo kalu takbir mase bukan hari raya dok baik..
[j]-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bida'ah tpi tdk berdosa..
[S] ..ustaz, takbir raye puasa brape hari dibenarkan? raya haji pulak brape hari?
[J] -Ustaz Azhar Idrus ( Original ) raya puasa bermula maghrib sampai selesai solat hari raya..
raya haji bermula subuh 9 zukhijjah selesai waktu asar 13 zulhijjah..
~Dari fanpage facebook ust Azhar.

Jangan mengada-ngada, puasa dulu, baru raya


Korang jangan nak mengada-ngada cerita pasal raya.. Esok baru je nak mula puasa 1 Ramadan 1433, jadi jangan menggatal cerita berapa pasang baju raya, warna apa langsir tahun ni, berapa kilo kuih raya nak borong.

Oopppsss, sorry, 'over' plak, membebel jadi tok nenek.

Sebenarnya aku hanya nak kongsikan cara mudah niat puasa bulan Ramadan, dendangan kumpulan Raihan, "puasa dulu, baru raya".

Untuk panduan, aku sertakan sekali niat puasa serta doa berbuka puasa di bawah ini, untuk rujukan kita bersama.




Niat puasa Ramadhan untuk sebulan 




Niat Puasa harian



Doa Berbuka Puasa




Selamat menjalani ibadah puasa.


Tarikh melihat anak bulan Ramadan




Salam buat semua pembaca,

Petang hari ini, Khamis 19 Julai 2012, merupakan tarikh melihat anak bulan Ramadhan, 1433 H. Macam biasa, pemantauan akan dibuat sebelum masuknya waktu Maghrib di beberapa balai cerap dan lokasi terpilih dis seluruh negara.

Saat yang dinanti, pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja-raja menjelang pukul 8 malam, menyatakan samada 1 Ramadan jatuh pada hari Jumaat atau Sabtu.

Saya dan keluarga dengan rasa rendah diri memohon keampuanan daripada kalian semua kiranya ada khilaf kesalahan daripada kami.

Fadhilat Ramadan supaya kita mengingati dan menginsafi mereka yang susah, fakir dan miskin. Oleh itu, kita perlulah besederhana dalam pelbagai perkara, daripada juadah berbuka puasa, buffet Ramadan di hotel berbintang-bintang, mahupun membuat persiapan langsir, baju raya dan perabot baru.

Bulan Ramadan bulan untuk mengawal pelbagai jenis nafsu, tak kira nafsu seks, nafsu membeli belah,  nafsu makan dan pelbagai jenis lagi.

Pada kesempatan ini, kami skeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bulan Ramadan Al- Mubarak. Semoga Ramdan ini menjadi lebih baik daripada yang lepas-lepas, dan harapan agar segala amalan kita diberkati dan dirahmati.

Salam Ramadan 1433
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...