Showing posts with label diri. Show all posts
Showing posts with label diri. Show all posts

Renungan kata ulama





kredit image katloterzo.com


perkongsian dari whatsapp

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
  • • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
  • • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
  • • Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
  • • Allah akan sibukkan kita dengan harta.
  • • Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
  • • Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Pelangi

 .. kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,

dan Allah datangkan hujan....

         .....kita menangis mencari matahari,

... tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi'.


 

Tiga puluh enam minggu enam hari



Alhadmdulillah, sudah tiga puluh enam minggu enam hari, kata doktor, mengiyakan cakap jururawat yang menjalankan pemeriksaan sebentar tadi.

InsyaAllah, hari raya puasa tahun ini kami akan beraya bersama dengan 'baby' baru, yang dijangkakan kelahirannya pada 9 Ogos 2012. Ya, 2 minggu sebelum menjelangnya Syawal.

Padaku, ini adalah salah satu lagi rezeki kurniaan Ilahi. Anak, atau cahaya mata, memang diidam-idamkan oleh hampir kesemua pasangan suami isteri yang baru berkahwin. namun, itu semua kerja Allah. Kita hanya boleh berusaha, berdoa dan tawakal. Mengandung atau tidak, kita serahkan padaNya.

Syukur tak terhingga, sebab sehingga kini, semuanya ok. Kami akur dan kena waspada dengan faktor darah rhesus A- negatif dan 'suspect' kencing manis. Agak penat juga kami suami isteri berulang alik saban hari ke klinik kesihatan Ujong Pasir dan hospital Melaka. Terima kasih buat para doktor, dan petugas di sana. Jasa kalian tak terbalas rasanya. 

Banyak yang kami lalui, dan aku sendiri akui.  Walau pun ini merupakan anak yang ketiga, perjalanannya tak semudah yang didengar. Ada ketika, aku terpaksa bersabar dengan mood dan angin si isteri yang bertukar pada awal kehamilan. Menjadi malas, rumahtangga tak terurus, kain baju terabai, dapur pun tak berasap. Untuk para suami di luar sana, tanganilah karenah isteri buat sementara waktu ini.

Syukur, aku masih waras dan jadi lebih matang meniti usia lewat 30an. Aku cuba menjadi lebih cool, menangani rumahtangga dan si Ahmad IQbal, anak keduaku yang sedang lasak.

Pejam celik, sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 3 minggu untuk kelahiran anak ketigaku ini. Semoga urusan kami dipermudah dan kedatangan si kecil membawa seribu rahmat dan rezeki kepada kami.

Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...