Showing posts with label vs. Show all posts
Showing posts with label vs. Show all posts

Eyriqazz vs Denaihati tergelincir

gambar takde kena mengena langsung dengan cerita...




Salam 1Malaysia, 1Dunia dan 1 Universe


Macam biasa, kalau blogger separuh masa tak update entri, alasan sibuk dan kekangan masa akan diberi. Sama juga macam aku dan itulah benda yang membataskan aktiviti aku untuk update dan mengekalkan kedudukan SERP, entry  Eyriqazz vs Denaihati


Dalam 2-3 hari yang lepas, aku rasa selesa sebab entri  Eyriqazz vs Denaihati  dalam blog ini, berjaya mengekalkan momentum di muka pertama google.com.my. Ada hari yang terkebelakang, masuk muka kedua, dan kadang-kadang dapat menyelit menempatkan diri pada senarai pemenang pertandingan SEO Eyriqazz vs Denaihati muka pertama.


Aku apa lagi, merasa juga jantung berdegup kencang hatta kedudukan yang nampak ensem ni. Dalam pada sibuk-sibuk ayam ni, aku tak update langsung blog, tak juga buat blogwalking, tak menjawab segala komen yang masuk blog ni.


Apa yang aku buat dalam 2-3 hari yang lepas hanyalah monitor beberapa blog yang melonjak naik ke muka pertama, dan cuba korek apa yang mereka ada.. Tak banyak, tapi dapatlah sikit ilmu yang mereka aplikasikan kepada untuk melonjak naik bagi keyword Eyriqazz vs Denaihati.




Tapi hari ni, entri  Eyriqazz vs Denaihati tergelincir ke muka 4 @ empat ... adussshh.. 




Dalam pada sibuk-sibuk ayam nilah juga, aku monitor keyword kerja sambilan di rumah , dan baca preview ebook rempit ebay v2.  Alhamdulillah dah nampak hasil bagi jobdirumah, dan juga kerja part time jahit baju kurung. Cuma rempit ebay v2 je yang belum berjalan, baru merangkak.

Sebenarnya aku dah lama 'give up' dengan bisnes affiliate sebab asyik tak dapat apa-apa je. Tapi sifu aku buka semula 'mindset' aku dan tunjukkan jalan alternatif bagi mempromosi bisnes affiliate. Tak sia-sia aku baca entri mengarut makan cendol dan Ain Maisarah. Sekarang di tambah pula dengan Fatin Yayana, Tasha Manshahar dan Ainan Tasneem. 


Takpe, SEO contest ni, kalau tak menang, aku cukup setuju dengan pendapat sifu aku, aku belajar banyak benda yang kemudiannya boleh aku aplikasi kepada pelbagai perkara di kemudian hari.


Terima kasih cikgu.

Lupakan contest Eyriqazz vs Denaihati

Sebenarnya aku nak kata lupakan buat seketika contest Eyriqazz vs Denaihati sebab nak kongsikan lagi satu medium  kerja sambilan di rumah  yang memang sangat mantap.

Dulu, aku lebih mengutamakan ebay berbanding blogging. Kenapa? Sebab ebay merupakan lubuk utama aku untuk pendapatan kerja part time di rumah. Dengan ebay, aku menjual produk sendiri, dan juga bergelumang dengan dropshipping.


Tapi, langit tak selalu cerah.. aku kena 'banned' sebab menjerumuskan diri dengan ebay dropship tanpa ilmu yang mendalam, apatah lagi tanpa bimbingan seorang guru..


Lama aku menderita sengsara. Punca pendapatan utama aku untuk kerja part time online hilang lenyap ghaib ditelan angin lalu... Status power seller yang aku agung-agungkan lenyap dimamah mimpi ngeri. Aku fobia, aku cuci tangan terus daripada ebay.


Jadi, sekarang, aku nak bertempur semula, masuk medan ebay dengan lebih yakin dengan ilmu dan panduan. Persiapan mental perlu aku kuatkan. Perasaan serik aku buang jauh-jauh. Hati kering, aku semat semula dalam hati..


Tapi, kali ni aku tak mau pergi berjuang dengan tangan kosong. Aku kena siapkan ilmu di dada. Strategi perlu diatur, rujukan yang betul, perlu aku jadikan pedoman. Aku harap panduan Rempit eBay version 2 ni dapat menjelmakan impianku. Aku nak mimpi indah semula..... amin. 



Eyriqazz vs Denaihati vs Azrijohan

screenshot curi Eyriqazz vs Denaihati vs Ciktom (serius malas nak buat sendiri)


Sedang orang lain sibuk pancing keyword Eyriqazz vs Denaihati, mucul pula keyword Eyriqazz vs Denaihati vs Ciktom. Tapi pagi ni, aku rasa keyword ni pula yang muncul, Eyriqazz vs Denaihati vs Azrijohan yang seronok untuk aku 'highlight'.

Memang sebelum ni, Azrijohan mengugguli tempat pertama carian keyword Eyriqazz vs Denaihati, untuk beberapa hari kebelakangan ni. Manakala berderet-deret Ciktom mengisi slot untuk kedudukan muka pertama, kedua, ketiga SERP Google. Peserta lain hanya menyelit sikit-sikit dapat tunjuk muka.

Hari ini, blog Azrijohan ni dah mula lepak dalam muka pertama google. Perghh, ini mamat sudah keluar taring. Dasat! Aku tak tahulah ilmu cendol mana yang merasuk Azrijohan dengan Ciktom ni. SERP menunjukkan  mereka yang menduduki muka pertama google, sedikit sebanyak menjatuhkan moral para peserta lain. Mana taknya, semua diaorang tapaw...

Tapi.... jangan putus asa kawan-kawan. Kita slow talk dulu dengan guggel.. Mana tau dia mau dengar cakap kita. Slow-slow kita masuk jarum.. hari-hari mau pancing... Man-man mau cucuk..

.........
........
.........

.......

Apa aku melalut ni.....

END



Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Eyriqazz vs Denaihati

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca.

Entri yang aku tulis ini tak lain dan tak bukan, sebagai menyahut cabaran memeriahkan cabaran contest SEO Eyriqazz vs Denaihati, yang kini sedang mula menjadi bualan dan idaman blogger se Malaysia. Ramai yang mengidamkan tahta tempat teratas untuk menduduki SERP 'muka pertama' google. Mana taknya, hadiah yang dipertandingangkan (RM) makin meningkat saban hari.

Aku, sebagai seorang yang sukakan cabaran, memang menjadikan contest sebagai hobi, dan juga pendapatan sambilan bekerja dari rumah. (Contest juga dah banyak berikan aku pendapatan rezeki tambahan, sejak mula menceburi dunia blogging).

Ok, cukup aku melalut, 'straight to the point'. Pada aku Denaihati dan juga Eyriqazz masing-masing ada kekuatan tersendiri dalam dunia blogging. Paling aku pasti, kedua-duanya berjaya menghasilkan pendapatan melepasi 4 angka setiap bulan, hanya daripada blog berbahasa Melayu mereka. Tak timbul persoalan Eyriqazz vs Denaihati, pertarungan antara anak murid dan sifu.

Nampak seronok bila sebut 4 angka tapi percayalah, semua itu bukan dikecapi dalam masa setahun, apatah lagi sehari. Semuanya hasil kerja keras Eyriqazz dan juga Denaihati dalam menjenamakan blog masing-masing. Aku suka pepatah "Rome wasn't built in one day", yang boleh diterjemahkan sebagai sesuatu empayar yang besar, bukannya siap terbina dalam masa sehari.


Aku akui bukannya pakar dalam bidang SEO ini, tapi aku bukannya jenis orang yang kalah sebelum bertanding. Kalah ke, menang ke, cuba dulu, kita lawan sampai ke titisan darah terakhir penghujung garisan. Usaha mesti kena lebih, tak kiralah apa skill atau jurus yang bakal aku guna. Maklumlah, sekarang ni makin ramai yang hebat dalam pencak SEO.

Jadi, aku ucapkan selamat berjuang untuk peserta-peserta cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Untung batu timbul, untung sabut tenggelam. Mana tau, kali ini, aku berada dalam senarai carta ulat buku pemenang?

Hmm, apa lagi mau tulis.... aku dah kena masuk beradu dulu, kepala sudah pening lalat. Kalau korang semua nak tahu, entri ini dibuat berdasarkan Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.

" Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com ,  Shakiddo.com ,  ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com  Papamifz.comMksyahir.blogspot.comBoladaily.com , BloggerSentral.com ,  Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.comAslamber.Comhttp://kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.ComMuhasabahtrading.Com, dan PanduanServisBlog.Com "

Jadi, kalau rasa nak cuba ilmu di dada, masuklah gelanggang. Tak kena bayar untuk masuk, tak kena marah kalau kalah. Jom!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...