Showing posts with label bisnis. Show all posts
Showing posts with label bisnis. Show all posts

Hassan Al Basri: Jangan minta hutang

image credit www.vkeong.com




KISAH 2 BERADIK YG BERBEDA TAFSIRAN.

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.
Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.
💞 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.
Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan hidayah & taufiq....
Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;
"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Eyriqazz vs Denaihati tergelincir

gambar takde kena mengena langsung dengan cerita...




Salam 1Malaysia, 1Dunia dan 1 Universe


Macam biasa, kalau blogger separuh masa tak update entri, alasan sibuk dan kekangan masa akan diberi. Sama juga macam aku dan itulah benda yang membataskan aktiviti aku untuk update dan mengekalkan kedudukan SERP, entry  Eyriqazz vs Denaihati


Dalam 2-3 hari yang lepas, aku rasa selesa sebab entri  Eyriqazz vs Denaihati  dalam blog ini, berjaya mengekalkan momentum di muka pertama google.com.my. Ada hari yang terkebelakang, masuk muka kedua, dan kadang-kadang dapat menyelit menempatkan diri pada senarai pemenang pertandingan SEO Eyriqazz vs Denaihati muka pertama.


Aku apa lagi, merasa juga jantung berdegup kencang hatta kedudukan yang nampak ensem ni. Dalam pada sibuk-sibuk ayam ni, aku tak update langsung blog, tak juga buat blogwalking, tak menjawab segala komen yang masuk blog ni.


Apa yang aku buat dalam 2-3 hari yang lepas hanyalah monitor beberapa blog yang melonjak naik ke muka pertama, dan cuba korek apa yang mereka ada.. Tak banyak, tapi dapatlah sikit ilmu yang mereka aplikasikan kepada untuk melonjak naik bagi keyword Eyriqazz vs Denaihati.




Tapi hari ni, entri  Eyriqazz vs Denaihati tergelincir ke muka 4 @ empat ... adussshh.. 




Dalam pada sibuk-sibuk ayam nilah juga, aku monitor keyword kerja sambilan di rumah , dan baca preview ebook rempit ebay v2.  Alhamdulillah dah nampak hasil bagi jobdirumah, dan juga kerja part time jahit baju kurung. Cuma rempit ebay v2 je yang belum berjalan, baru merangkak.

Sebenarnya aku dah lama 'give up' dengan bisnes affiliate sebab asyik tak dapat apa-apa je. Tapi sifu aku buka semula 'mindset' aku dan tunjukkan jalan alternatif bagi mempromosi bisnes affiliate. Tak sia-sia aku baca entri mengarut makan cendol dan Ain Maisarah. Sekarang di tambah pula dengan Fatin Yayana, Tasha Manshahar dan Ainan Tasneem. 


Takpe, SEO contest ni, kalau tak menang, aku cukup setuju dengan pendapat sifu aku, aku belajar banyak benda yang kemudiannya boleh aku aplikasi kepada pelbagai perkara di kemudian hari.


Terima kasih cikgu.

Akhirnya aku bekerja pejabat semula

Berniaga di Expo Gemas, Negeri Sembilan

Salam semua,

Isnin lepas aku menghadiri temuduga yang diaturjanji oleh pihak jobstreet dengan majikan aku, Idea Workshop Sdn Bhd (IWSB). Alhamdulillah, dengan sekali temuduga sahaja aku diterima bekerja keesokan harinya, Selasa.

Cuak juga IWSB nak ambil aku bekerja, maklumlah 10 tahun aku tidak praktis bidang senibina secara formal. 2001 merupakan tahun terakhir aku bekerja di Syarikat firma akitek sebagai pembantu akitek / designer. Aku berhenti sebab melanjutkan pelajaran di University of Portsmouth, UK.

Sejak detik tu, macam-macam kerja yang aku buat, cleaner student union, warehouse, kilang Estee Lauder, Bodyshop, kilang sayur, surveyor, dan paling cool, aku kerja dalam cold storage yang bersuhu -21 darjah celsius ketika musim panas.

Balik ke Malaysia pada 2005, aku menguruskan ladang kambing Jamnapari, membuka restoran Adam Bistro, cafe dan pasar malam Adam's corner, di Kuala Terengganu.

Penghujung 2007, aku kembali ke kampung halaman, Muar, menubuhkan Muhasabah Trading, menjalanan  perniagaan pakaian muslimah sehinggalah kini. Dalam mengharungi perniagaan online dan offline, ada jatuh bangunnya. Ada derik gembira,  dan ada detik sukar serta suram yang ditempuh.

Walaupun hatiku berat untuk memasuki dunia bekerja makan gaji, aku akur dengan permintaan ibu bapaku dan ahli keluarga terdekat. Bekerja di firma arkitek ini sedikit sebanyak akan membantu aku mengumpul modal semula, menimba pelbagai jenis pengalaman dan sebagai batu loncatan.

Dalam pada yang sama, aku masih meneruskan pernigaan online dengan di uruskan isteriku, sambil aku membuat kerja part time.

Bagaimana dengan korang semua? Ada cerita yang menarik yang nak dikongsi?

Rahsia

Gambar Nelayan mencari rezeki di Jeti pantai Siring, Merlimau

Apa yang rahsia? Rahsia MLM, rahsia kerja sambilan di rumah, rahsia membuat blog, rahsia bekerja di rumah atau anda mencari rahsia bisnes internet?


Kenapa entry ini wujud? Sebab utamanya aku mencari-cari semula rentak berblogging yang hilang tatkala makan terlampau banyak ketupat rendang serta kuih raya. Yang keduanya, aku menyelusuri keywords bertemakan buat duit / blog / bisnes dan di bawah adalah jumlah carian di Malaysia secara purata setiap bulan:

  • rahsia                               74,000
  • MLM                                27,100
  • kerja sambilan di rumah       5,400
  • membuat blog                     1,600
  • part time online                   1,000
  • bekerja dari rumah                880
  • bisnes internet                      720



Apa komen anda?

Bisnis di rumah : RM200 untuk komen terhangat!





Salam lebaran.

Ramai lagi masih dalam 'mood raya'. Berkunjung ke rumah-rumah terbuka, mahupun beraya secara santai ke rumah saudara mara dan teman-teman. Aku juga tak lepaskan peluang beraya bersama Sangilapi, walaupun hanya di kedai nasi ayam Bakar, berdekatan Telekom Muar.

Tak banyak yang kami bualkan disebabkan aku hadir lewat menjelang Asar, berbanding 'appointment' sebelum Zuhur.. hik.. hik.. Brader Joe kata, "berjanggut aku tunggu ko Sam!". Aku punyalah mengantuk nak keluar rumah pada hari Isnin tu. Lantaran penat badan yang belum hilang, lemau berniaga seminggu selepas hari raya.
Tapi temu janji tetap ditunai. Alhamdulillah, sedap sungguh menu nasi ayam berlada kat situ. Paling bermakna kenangan haritu sebab aku dapat angpow istimewa RM200, lantaran berjaya mendapat tempat kedua komen terhangat di Rezeki Murah. Memang termanggu dan terkedu sebab aku tak jangkakan angpow sebegitu daripa incik Joe.

Jutaan terima kasih aku ucapkan, semoga Allah jua yang dapat membalasnya. Aku sekadar seronok melayan dan mengikuti kisah silam beliau yang nyata amat berbeza berbanding pengalaman aku. Memberi komen di blog beliau seakan menjadi kewajipan aku setiap kali singgah sahur di situ.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memberi komen juga salah satu perkara yang memberi bayak keuntungan kepada pemilik url, sama backlink, banner sebagai juara, mahupun hadiah misteri. Mungkin ini juga salah satu cabang peluang bisnes di rumah?

Tips ; 10 Barangan paling ' tip top' untuk jualan Bazaar Ramadhan




Salam,

Hari ini adalah tanggal 7 Syaaban 1430, bermakna tinggal kira-kira 23 hari sebelum menjelangnya Ramadhan. bagi yang belum ganti puasa sebab 'terbatal', terminum, termakan, 'ter' melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, atau pun uzur syarie.. Harap-harap diizinkan Allah supaya dapat menggantikan puasa (qada) yang tertinggal itu. kalau dah sampai Ramadhan, tapi belum ganti, kena ganti juga tahun depan + bayar denda.



Bulan Ramadan selain bulan bagi kita melakukan lebih ibadah dan amal jariah, ia juga adalah bulan bagi kebanyakkan orang membuat duit, tak kira secara sepenuh masa (30 hari), mahupun secara sambilan. Ada yang ambil cuti sebulan, semata-mata untuk berniaga di bazar Ramadhan atau Expo Ramadhan. Secara sambilan pula, kebanyakkannya menjual tudung, baju raya, jubah, aksesori (gelang, rantai kristal, brooch dan yang penting kuih raya serta kek). Secara sambilan biasanya dilakukan oleh pekerja pejabat dan juga surirumah.



Mungkin anda ada cita-cita atau niat untuk berniaga tapi belum ada idea atau kata putus produk serta barangan yang ingin dijual, tak kira samada secara sepenuh masa atau 'part time'. Di sini saya senaraikan 10 barangan 'Apa barangan yang laku untuk dijual di bazaar Ramadhan?":
===============================

> Baca juga 4 Tips idea bisnes bulan Ramadan
===================================

  • 1. Air minuman i. air balang (yang berwarna warni), ii. air tebu, iii. air soya, iv. air jus buah-buahan
  • 2. Kuih muih - karipap, tepung pelita, kole kacang, jagung custard, wadeh, dll
  • 3. Aneka lauk-pauk
  • 4. Ayam percik, ayam panggang, ayam goreng, sate ayam (dan lembu)
  • 5. Pelabagai jenis 'nasi' - Nasi ayam, nasi kerabu, nasi tomato, nasi ambang, nasi lemak dll
  • 6. Murtabak
  • 7. Mee / mihun kawah
  • 8. Laksa Penang / Johor, rojak,
  • 9. Roti John, burger, roti khurasan
  • 10. Pelbagai jenis masakan Sup- Soto, mee / bihun sup, dll.


Tu jelah buat setakat ni, nanti ada lagi senarai untuk barangan paling laris dengan permintaan tinggi untuk jualan secara sambilan serta expo Ramadhan.. Insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...