Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Uji skill, baca doa jawi
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله وشكر الله
والصلاة والسلام على رسول لله
وعلى اله وصحبه اجمعين.
صحابة٢ كو يغ بوديمن،
ماريله كيت برشكور كڤد الله سبحانه وتعالى كران ڤد ڤاگي اين كيت ماسيه دبري كسمڤاتن اونتوق مغهيروڤ اودارا سگار اين.
كيت جوگا برشكور اتس سگالا نعمة يغ الله كورنياكن كڤد كيت بروڤا نعمة صحة، عمور يغ ڤنجغ، رزقي يغ مليمڤه رواه دان علمو يغ برمنافعه.
ماريله كيت برسام٢ برمحاسبه ديري سرت برمناجة كڤد الله دسمڤيغ ممڤرباءيقكي سگالا كسلاهن دان كسيلاڤن دغن ڤنوه تيكت دان عزم. سموگا سگالا اوسها كيت دبركاتي.
وصل الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. والحمد للّه رب العالمين.
Doa murah rezeki dan mudahkan urusan dunia akhirat
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ُِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
*Ya Allah*,
jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik daripada hari-hari yang telah kami lalui.
*Ya Allah*,
Bangunkanlah,
kembangkanlah dan
bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja, berusaha, beribadah, dan beramal.
*Ya Allah*,
jaminlah kesihatan, keberhasilan, dan kesejahteraan bagi kami.
*Ya Allah*,
limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki-Mu untuk kami.
*Ya Allah*,
ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik sahaja bagi kami.
*Ya Allah*,
perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian, berita dan pengalaman yang menyenangkan sahaja kepada kami.
*Ya Allah*,
mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah kami daripada segala kesulitan, perkenankanlah doa kami dan harapan kami.
_Tidaklah kita menjadi terlalu kaya lantaran kita kedekut dan tidaklah kita akan papa lantaran kita pemurah..._
_hakikatnya, rezeki itu milik ALLAH...kita sekadar pemegang amanahnya sahaja..._
*
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَjلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA BAGI MEREKA YANG ADA HANDPHONE
●Kami lebih banyak mengisi kredit drp bersedekah.
●Kami lebih banyak pegang HP drp pegang tasbih.
● Kami lebih banyak lihat hp dari lihat wajah ibu bapa suami isteri dan anak2.
●Kami lebih banyak baca what'sapp drp baca Al Quran
●Kami lebih sering menelefon drp Silaturahim.
●Kami lebih sering buka bluetooth drp berlutut untuk sujud...
■■Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini..dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepada Mu Ya ALLAH.
Amin....
Kata guru:
●Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
●Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
●Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
●Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...
●Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu...
●Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu...
●Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu...
kekawan renung2kan dan selamat beramal....
Subhanallah Ya Allah...ampunilah dosa2 ku...
Peringatan utk diri sendiri
Doa awal tahun akhir tahun Hijrah tak wujud?
Post sebelum ini adalah Doa awal tahun akhir tahun maal hijrah 1437. Manakala post ini pula adalah penerangan kepada doa yang awal tahun / akhir tahun Hijrah yang tidak wujud pada zaman nabi Muhammad saw.
Dengar dan fahamkan
Doa minta berhenti hujan / hindari banjir
Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, beberapa anak bukit dasar lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.
Bacaan doa solat dhuha (nasyid)
Sebelum ini pernah ada pos tentang fadhilat solat dhuha. Kali ini, saya poskan pula video audio bunyi bacaan doa solat dhuha dalam bentuk nasyid.
Inshaa Allah, semoga ia membawa manfaat kepada anda semua. Aamiiin.
Doa menaiki kenderaan
sekiranya anda rasa bermanfaat, sila sebar-sebarkan. Pesan nabi, "sampaikan ilmu walaupun dengan sebaris ayat."
Jadual berbuka puasa dan imsak negeri Johor Ramadan 2014 1435 Hijrah
Assalamualaikum wbt
Hari ini merupakan hari pertama berpuasa, 1 Ramadan 1435 Hijrah. Alhamdulillah, diberikan kita sekali lagi kesempatan untuk mengharungi bulan yang penuh barakah ini. Mari kita perbanyakan amalan soleh, dan kurangkan perkara lagha dan melalaikan. Teguhkankan iman, kuatkan taqwa. Semoga kita diberkati dan dirahmati.. Amin.
Untuk rujukan kita bersama, disertakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Johor.
Niat puasa Ramadan sebulan dan doa berbuka puasa:
Salam Ramadan 1435H (2014).
Bila masa manusia berdoa?
Sudah menjadi lumrah manusia meminta pertolongan Tuhan hanya ketika berada dalam keadaan terdesak.
Hakikatnya kelebihan berdoa adalah sangat besar. Doa ini tidak ubah seperti seorang manusia yang hampir-hampir lemas di lautan, lalu dia memperolehi sebatang kayu untuk menyelamatkannya daripada karam.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Qadak itu tidak dapat ditolak melainkan dengan doa.”
Ustaz Zahazan Mohamed
Terbuka pintu rezeki, mudah segala urusan
Baca ayat dari surah at-Taubah 9: 129 ini tujuh kali setiap pagi dan petang dan insya Allah akan terangkat segala masalah, terbuka pintu rezeki, mudah segala urusan dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sumber FB Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Sila sebar dan war-warkan. Smoga kita mendapat kebaikan bersama. Amin
Jumaat - Waktu istimewa doa lebih mustajab
Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab. Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat. Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi ;
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)
Sumber FB Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Sila klik like dan kongsikan ilmu kebaikan. Terima kasih
Mintalah terus pada Nya
Sebahagian petikan ceramah "Taubat dan Doa"oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Doa ketika ditimpa kesedihan atau dukacita
Semoga hari ini membawa seribu rahmat dan kegembiraan kepada anda. Sekadar ingin berkongsi doa dikala berasa sedih atau berdukacita. Perkongsian daripada fb Dr. Tengku Asmadi. Diharap agar kita semua beroleh manfaat.
Jangan mengada-ngada, puasa dulu, baru raya
Oopppsss, sorry, 'over' plak, membebel jadi tok nenek.
Sebenarnya aku hanya nak kongsikan cara mudah niat puasa bulan Ramadan, dendangan kumpulan Raihan, "puasa dulu, baru raya".
Untuk panduan, aku sertakan sekali niat puasa serta doa berbuka puasa di bawah ini, untuk rujukan kita bersama.
Niat puasa Ramadhan untuk sebulan
Niat Puasa harian
Doa Berbuka Puasa
Selamat menjalani ibadah puasa.
Israel Suck
Untuk mengecam dan melahirkan protes, sekurang-kurangnya banner Israel sucks ini dapat menyedarkan dan menyumbang sesuatu. Kalau anda semua nak lebih berani, tukarkan avatar di facebook dengan banner ni.
Mulakan tindakan, jangan cakap je lebih.













