Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Cara tukar KWSP patuh syariah

BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH

1. Pendaftaran bermula *Isnin 8/8/16 8:15am* kat semua pejabat/cawangan KWSP.

2. Hanya kena bawak *IC*. Lain dokumen tidak diperlukan.

3. Tuan badan kena *hadir sendiri*, pasal ada *akad* dan turun *cap jari*.

4. Proses *pengeluaran* Simpanan Shariah still *sama* macam Simpanan Konvensional dulu.

5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, *tarikh kuatkuasa* Simpanan Shariah hanya akan bermula pada *1/1/17* (tahun depan).

6. Hanya *RM100 billion* dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun *2017*. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah *habis kuota* RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun *2018* pulak.

7. *Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015)* dan *Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS)* telah memutuskan _KWSP *tidak diwajibkan* untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah_.

Maknanya, *100%* duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut *garis panduan penyucian dividen* yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada *WorkWeek 32*.

Untuk maklumat lanjut, boleh gi http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

Selamat mendaftar...

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA

Perkongsian hebat yang kami tolong panjangkan. Tak tau sumber asal. Semoga memberi manfaat kita bersama.

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

Senangnya buat website game

website game saya http://freechannelgame.com


Gambar di atas merupakan screenshot daripada website game saya, yang saya setup sendiri. Nampak menarik bukan?

Secara jujur, saya bukanlah seorang IT programmer, mahupun pelajar bidang multimedia. Tapi, memang benar, saya yang buat dan install sendiri website game tersebut.

Memang mudah untuk membuat setup game tersebut. Apa yang diperlukan adalah software, domain dan hosting, tak sampai RM150 anda dah boleh buat SENDIRI. Ya, sendiri sahaja, walaupun anda buta IT. Dan anda boleh setup berkali-kali (tutorial video disediakan).

Bagaimana caranya?

Pertama sekali, anda perlu dapatkan software (pakej SGO V.2) daripada Tuan Ahmad Munawwar. Ada 3 edisi,:
  1. Pakej Personal Applikasi SGO v2.0     : 1 Lesen (Guna untuk domain sendiri)
  2. Pakej Publisher Applikasi SGO v2.0    : 10 Lesen (Guna Sendiri & Pelanggan)
  3. Pakej Profesional Applikasi SGO v2.0 : Unlimited Lesen (Guna Sendiri & Pelanggan)


Pabila anda telah dapatkan SGO V.2, anda boleh setup website game, dan letakkan kod Google Adsense yang membolehkan anda mendapat pendapatan secara online dalam USD$.

Selain daripada itu, website yang berkualiti daripada segi nama domain dan trafik boleh diniagakan di Flippa.com dengan harga mencecah ribuan, puluh ribu malah mencecah jutaan (jika ada ciri-ciri unik.)


Sebelum berkira-kira untuk dapatkan pakej SGO V.2, apa kata dapatkan secara PERCUMA :



Apa yang menarik, membina website ini sangat mudah kerana hanya memerlukan sekali sahaja installation dan ubah beberapa setting mengikut citarasa layout dan warna yang dikehendaki. Lebih daripada membina blog kerana dengan blog, anda perlu senantiasa update dan mengemas kini kandungan blog untuk mesra enjin carian, dan menarik minat follower untuk datang lagi.





Akhirnya ku terima




Salam buat semua,

Alhamdulillah akhirnya aku diterima untuk program affiliate HZtours, sebuah syarikat pelancongan Malaysia.

Program ni, aku tahu daripada blog Titan dan aku sepantas kilat memohon program tersebut. Malangnya, berbulan-bulan aku tunggu, tak juga mendapat 'approval'. Sampaikan sifu aku tu dah berjaya terima bayaran komisen pun , tapi aku tak lulus lagi.

Semalam, aku dapat juga emel gembira, menyatakan permohonan untuk menyertai program ini telah pun berjaya. Kalau korang nak join, boleh klik sini.

RM5 satu kepala



RM5 memang agak besar nilainya. Biasanya satu kepala dikenakan bayaran RM5 - RM15 ringgit untuk masuk ke Zoo, tempahan katering satu kepala, muzium, taman tema, parking kereta satu hari dan macam-macam lagi.

Kalau setiap hari ada 10 orang bagi aku RM5, maknaya aku dah dapat RM50, dikalikan 30 hari, maknanya RM1,500 dah boleh aku kumpul.. Kalau dulu hanyalah RM1 satu kepala.. sekarang lima kali ganda lebih baik.

Menarik bukan? Cash out pun dah 2 kali aku dapat, sebab memang secara santai, guna FB dan twitter. Apa lagi? Cubalah sendiri!

ebook PERCUMA Duit Drastik.. + korang boleh dapat $$




Assalamualikum wbt

Aku sedang layan blog adsense, update, dan ping blog yang ada. Penat juga melayan, harap-harap trafik mencanak naik dan stabil dalam masa terdekat ni.

Blog-blog lain macam biasa terabai sebab dah tak cukup tangan dan kekangan masa membataskan aktiviti buat waktu ni. Tambahan pula, demam aku ni belum 100% pulih, buat kerja pun mengantuk dan meletihkan. Ubat pula dah nak habis, tapi batuk dan demam belum betul-betul kebah.

Oklah, cukuplah tu, aku tahu korang bosan baca rintihan hati aku ni.. ;) Sekarag aku nak kongsikan satu ebook download PERCUMA yang sangat bagus pada pandangan peribadi aku.

Mula-mula kau rasa ebook ni sekadar nak kutip emel aku untuk senarai mailing list, tapi meleset bila aku dah baca 3/4 kandungan ebook DuitDrastik ni.

Aku sukakan sekitar nasihat dan panduan dalam ebook ni,  yang menekankan konsep berjimat serta menguruskan kewangan. Aku memang sebenarnya kurang mahir dengan pengurusan (disiplin) wang.

Apa-apa pun , kalau korang download (serius percuma), dan aku akan dapat RM1.00 / RM0.50 untuk PPL ni. Korang pun boleh join, sementara stok (quota) masih ada..

wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...