Showing posts with label matlamat. Show all posts
Showing posts with label matlamat. Show all posts

LELAKI YANG HEBAT

Sumber fwd emel daripada ex-smsj '93 yahoo groups, semoga sama-sama kita mendapat manfaat:


Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beri bad ah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Wallahu’alam.

Sebarkanlah ilmu, walau pun sepotong ayat.

Bijak Berbelanja : Jihad Melawan Nafsu

Hari ini 17 Ramadhan, sudah hampir mencecah 2/3 hari daripa sebulan tempoh kita berpuasa. Keghairahan melayan nafsu ketika membeli juadah berbuka sudah mula berkurangan, berbanding ketika minggu pertama berpuasa. Alhamdulillah, ramai daripada kita mungkin sudah mula beringat untuk berjimat dan berbelanja secara bijak. Tidak terlalu membazir dalam menangani 'rambang mata' membeli juadah dan lauk pauk untuk santapan berbuka.

Mungkin di kalangan kita masih berjaya mengawal nafsu, diimbangi dengan akal. Maklumlah tahun ini hari raya puasa jatuh dalam bulan Oktober, bermakna tidak ramai yang akan mendapat bonus untuk berbelanja sakan. Tambahan pula harga minyak yang baru sahaja naik, memungkinkan bahana pelbagai barangan runcit, basah dan kering akan turut terkena tempias kenaikan harga.

Negara kita Malaysia apabila memasuki penghujung tahun pula biasanya akan memasuki fasa musim tengkujuh, seterusnya banyak aktiviti ekonomi akan terjejas dengan kedai makan serta gerai-gerai kecil merudum jumlah pengunjungnya. Bagi penoreh getah dan nelayan, musim hujan adalah waktu yang menggugat keimanan mereka dengan ujian Allah. Mungkin ini hikmahnya bagi kita mencari alternatif lain untuk mencari sesuap nasi. Mungkin juga menyuruh kita meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak-anak tercinta di rumah.

Bagi yang makan gaji, musim hujan mungkin tidak memberi impak yang besar kepada mereka. Walau bagaimanapun, harus diingat, berbelanjalah mengikut keperluan, jangan ikut nafsu. Buatlah pertimbangan sewajarnya dalam membeli belah untuk persiapan hari raya Aidilfitri. Mana-mana set kerusi sofa dan langsir atau cadar yang masih elok, kenapa tidak kita gunakan kembali? Jangan membazir dan fikir untuk jangka masa panjang.

Bagi pemegang kad kredit, waspada dengan helah 'wang plastik' ni. Memang seronok mebeli belah tanpa membawa wang sesen pun. Tapi awas, pastikan anda mampu membayar semula tanpa dikenakan faedah (interest) dari pihak bank pengeluar kad kredit @ kad hutang. Zaman ini bukanlah zaman bermegah dengan kad kredit berstatus 'gold' atau 'platinum'. Ubahlah persepsi minda anda. Penggunaan kad kredit tidak menguntungkan, malah membawa padah.

Pemegang kad kredit atau debit, pastikan anda tidak terpedaya dengan:
  1. *Ada sesetengah peniaga mensyaratkan pembelian minima (sekurang-kurangnya RM 50) - sedangkan anda ingin membayar harga barangan untuk RM35, terpaksa beli barangan lain pula untuk membolehkan anda menggukan kad debit / kredit.
  2. *Bagi pemegang kad debit, asingkan jumlah baki tertentu sahaja untuk belanja bagi petrol atau barangan lain bagi bulan itu. Simpan lebihan wang di dalam akaun berasingan bagi mengelakkan terlebih belanja (over spent).
  3. *Pastikan anda dapat membayar 'minimum payment' apabila tiba masanya. Jika tidak, anda akan dikenakan denda yang bisanya sebanyak RM50 bagi denda lewat bayar.
  4. *Disiplinkan diri untuk menggunakan kad kredit pada waktu-waktu kecemasan sahaja. Penggunaan wang tunai yang terkawal adalah lebih baik darpada kad kredit yang kita akan sedar pengeluarannya.
Semoga dapat meneruskan ibadah puasa dengan jayanya.

Wasalam.

Advertlets - aku nak berpaling tadah

Hari ini aku berkira-kira, berfikir dan mengkaji peluang menjana pendapatan melalui medium blog. Beberapa blog aku terjah dan kaji bagaimana mereka buat duit dengan blog. Seperti biasa, aku menerjah blog Rohaizad, Kujie2, Titan, Nuaeman dan beberapa blog lain, meninjau-ninjau serta menimba sedikit sebanyak pengalaman mereka.

Dalam banyak-banyak blog yang aku singgah, aku terjebak masuk ke Azizwan(dot)com dan terjumpa cerita tentang Advertlets. Disitu juga beberpa blogger lain mengemukakan pendapat serta berkongsi pengalaman pro dan kontra antara Nuffnang dan Advertlets.

Sebenarnya aku memang dah lama menyertai Advertlets ni, cuma terperangkap dengan status "Glitterati" yang diberikan oleh Nuffnang jika tidak mencampurkan pengiklan lain (dari Asia Tenggara) ke dalam blog yang sama. Jadi dah lama aku tinggalkan Advertlets. Kali ini, edisi sisasat Azizwan telah membuka mata aku untuk kembali menyertai Advertlets (tengok kat atas tuuu!!!)

P/s - sambil-sambil buat duit dengan iklan, aku nak juga buat duit dengan blog!

Bermulanya Ramadhan, segala jenis syaitan dan jembalang ditambat

Hari ini merupakan hari terakhir kita makan, minum serta melakukan rutin harian sepenuh tenaga. Esok bermulanya 1 Ramadhan, tarikh keramat bagi semua umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke 3.

Selama sebulan kita akan bertarung dengan nafsu semata-mata kerana syaitan telah 'dirantai'. Jadi berhati-hatilah dalam bercakap, membeli juadah berbuka serta barang keperluan persiapan hari raya. Semua yang 'terlebih' tu nafsu kita sahaja.

Bagi perokok pula, inilah masanya bagi kita berkorban dan melawan rasa gian serta ketagihan kepada rokok. Kalau kita boleh tahan tidak merokok selama hampir 13 jam, kenapa tidak pertahankannya untuk baki 11 jam? Memang susah hendak berhenti merokok, aku sendiri sampai pergi jumpa doktor untuk terapi berhenti rokok.

Mari kita lihat apa kata syaitan tentang rokok


Insyaallah, jika kita ada usaha, ada niat serta kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Selain usaha, banyakkanlah berdoa serta kuatkan azam. Aku yang setiap minggu pergi ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, selalu ternampak poster tentang bencana rokok. Rokok menyebabkan paru-paru mereput, juga pelbagai jenis penyakit kanser.. serius, memang mengerikan dan rokok hanya penambah derita, bukannya gembira.

Mungkin panduan berhenti merokok ini boleh kita jadikan panduan. Laburkan sedikit wang yang diguna untuk membeli rokok itu kepada panduan ini. Insyaallah, kita serta ahli keluarga juga yang akan mendapat manfaatnya kelak.

Agi Idup, Agi Ngelaban

Tahu apa makna ayat pada tajuk pos ni? Itu adalah bahasa Iban (Sarawak) kalau tak silap aku. Ayat "Agi Idup, Agi Ngelaban" aku ambil daripada buku "Kanang Anak Langkau", hasil bacaan aku pada zaman kanak-kanak dulu. Maksudnya lebih kurang, 'selagi kita hidup, selagi itu kita berjuang'.

Pepatah Iban yang bererti "Berjuang selagi nafas masih ada."

Buku tersebut mengisahkan Kanang seorang perajurit negara yang berkhidmat dengan ATM (angkatan Tentera Malaysia). Keberanian beliau memerangi musuh komunis menjadi contoh dan rujukan bagaimana seorang pahlawan berjuang berhabis-habisan bagi menentang keganasan dan ancaman kepada negara. Ini membolehkan beliau dianugerahkan pingat gagah berani.






Semangat, kecekalan serta kekentalan semangat yang ada pada beliau patut kita jadikan contoh dan tauladan. Sememangnya kita jangan berputus asa dan mengalah dalam membuat apa jua pekerjaan. Selagi kita ada kudrat dan kekuatan, berjuanglah, berusahalah. Kelak kejayaan menjadi milik kita.

*..... Aku baru sahaja balik daripada berniaga di majlis ceramah PAS oleh MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz. Suasana di tempat berniaga kelihatan tak ubah seperti sebuah expo. Memang meriah. Biasanya aku pergi berniaga di Pekan Serom Muar untuk hari Jumaat. Tapi memandangkan situasi sudah 'tengah bulan', aku berkira apa salahnya mencari alternatif jika hasilnya lebih lumayan. Belum cuba, belum tahu. Yang penting ada kemahuan, dan ada usaha. Selebihnya berserah kepada Allah swt. Kita berikhtiar, Allah jua yang menentukan.

.. agi idup, agi ngelaban...

Blogging, ebay, lelong, youtube, affiliate + RAJIN = duit


Salam,

Hari ni aku nak bercerita secara jujur pengalaman aku tentang Internet dan kaitannya dengan duit. Aku memang suka berniaga. Minat yang tumbuh seawal darjah 2, bila aku mula berniaga buah-buahan dari kebun di belakang rumah kepada kawan-kawan di sekolah. Keseronokan mencari duit ketika alam kanak-kanak memang menyeronokkan. Apatah bila aku boleh pergi kedai beli jajan. Maklumlah, dah bawa bekal, jadi takdelah duit poket.

Proses menyelami dunia perniagaan tenggelam timbul di sekolah menengah dan tenggelam timbul ketika di UTM. Memasuki alam pekerjaan, aku dilambung badai apabila ekonomi Asia jatuh menyebabkan kemelesetan ekonomi, membawa kepada kesukaran mencari kerja. Titik itu memberi aku pengalaman hidup berguna sebagai pekerja di MAS aircraft hanger, 7 Eleven serta menebar roti canai di Kampung Melayu Subang.

Akhirnya rezeki aku ada dan berjaya memasuki pejabat firma arkitek lanskap, melompat ke firma hiasan dalam (interiro design) dan akhirnya melangkah ke firma arkitek.

Selepas berkahwin aku melanjutkan pelajaran ke UK dan distulah segalanya bermula apabila aku mula 'tercebur' ke dunia IM melalui ebay pada 2002. Langkah aku meneroki dunia internet dan perniagaan semakin luas. Sehinggalah balik ke Malaysia pada 2005, aku berjinak-jinak pula dengan perniagaan restoran, cafe dan ice blended di pasar malam. Tak cukup tangan aku buat semua tu, ditambah lagi dengan kerja menolong menguruskan kambing jamnapari di Marang, Terengganu. Ketika itulah aku mula berjinak-jinak dengan aktivit blogging yang asalnya untuk mempromosikan kambing, tercebur pula dengan google adsense... Ebay pula masih bejalan tapi tenggelam timbul.

Akhirnya dengan ketentuan Allah, aku pulang ke kampung halaman di Muar dengan perasaan bercampur baur. Pulang dengan jiwa kosong, membawa sedikit saki baki barangan dalam store ebay. Aku bermula semula dari bawah, mendaki puncak, menongkah arus.

Di Muar aku mula kenal erti pasar malam dan ekspo. Emak aku penuh mengharap untuk aku kerja sebagai seorang arkitek. Tapi aku degil, jiwa aku adalah untuk berniaga dan menjadi bos sendiri. Sehinggalah sekarang, aku masih di pasar malam dan pasar tani. Alhamdulillah, aku dah ada kedai sendiri. Cuma keadaan ekonomi dunia yang merudum, buatkan bisnes agak goyang. Maklumlah, berniaga pun ada pasang surutnya. Aku redha dan tawakal.

Duduk di kampung sendiri dan bekerja sendiri amat seronok sebenarnya. Cuma hati kena kering, jiwa kena kental. Sekarang, aku dah makin hari bertambah ilmu, terutama dalam blogging, buat affiliate, video marketing, ebay dropship dan banyak lagi.

Entahlah aku pun tak tahu kenapa ini yang aku tulis. Sebenarnya aku nak cuba cari trafik untuk keyword goji guarana haram dan bagaimana untuk mengesan kehamilan yang masuk ke blog ni. Aku menulis ni sebab penat, rehat sekejap semalaman dan hari ni mengupas dan mencari-cari tentang ebay dropshipping. Tapi takpelah, dah tulis...


Kursus di Batu Pahat

Aku sedang menghadiri Kursus kahwin Kepimpinan Mikro Bank Rakyat, kelolaan Maktab Kerjasama Malaysia (Co-operative College of Malaysia). Kursus berlangsung dari 19 Mei - 20 Mei 2009, di Hotel Landmark, Batu Pahat, Johor.

Aku dah lama tak menghadiri sebarang kursus. Jadi peluang yang ditawar rasanya rugi untuk dilepaskan. Menarik dan seronok juga kursus yang dianjurkan. Walau pun isi kursus tidaklah sangat berinformasi, sekurang-kurangnya dapat berjumpa rakan-rakan usahawan yang baru.

Berkomunikasi dan bertukar-tukar fikiran dengan orang yang baru dikenali sedikit sebanyak dapat memperluas minda dan mendapatkan buah fikiran yang baru. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi pengalaman yang telah ditimba oleh mereka.

Nanti aku sambung lagi lain kali. Nak bersiap-siap untuk aktiviti hari kedua.

Wasalam.

Lada dan tomato : serius aku nak jual


Pokok tomato


Pengelasan nama saintifik

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Solanales
Famili: Solanaceae
Genus: Solanum
Spesies: S. lycopersicum




Lada @ cili @ cabai

Pengelasan nama saintifik

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Solanales
Famili: Solanaceae
Genus: Capsicum
Spesis-spesis cili - Capsicum annuum, Capsicum frutescens, Capsicum chinense, Capsicum pubescens, Capsicum baccatum.


Gambar di atas adalah 2 jenis pokok yang aku semai : pokok lada merah dan pokok tomato.

Apa aku nak buat?
Aku nak buat duit dengan pokok-pokok tu.

Macamana?
Aku akan jual bersama dengan baja tahi kambing. Pasaran utama adalah kat pasar tani dan juga pasar pagi serta depan kat tanah atok long aku yang akan dijadikan nurseri mini.

Aku dah nekad. Memang dari dulu pun aku dah bercita-cita nak jadi petani moden. Syarikat Muhasabah Trading yang ditubuhkan sejak tahun 2007 pun mempunyai bidang pertanian dalam daftar SSM, selain bidang pakaian. Cuma selama ini pengurusan masa aku agak terbatas. maklumlah sibuk berniaga pasar malam dan juga memasarkan produk di dalam ebay.

Apa yang aku nampak, menanam pokok lada selain aku sendiri boleh tukarkannya menjadi duit, pembeli itu sendiri akan dapat berjimat.

Kenapa?
Setiap isi rakyat keluarga Malaysia menggunakan lada @ cili hampir setiap hari. Harga pasaran semasa adalah di antara RM 5 - RM 8 ringgit sekilogram (boleh mencecah sehingga RM 10). Bayangkan jumlah ringgit yang berjaya dijimatkan dengan menanam sepohon pokok lada di rumah sendiri. Kos penjagaan memang tidak besar. Hanya memerlukan penyiraman setiap hari. Baja bolehlah dipilih samada baja organik atau pun baja kimia.


Berapa lama tempoh jangka hayat sebatang pokok lada?

Pokok lada mula dituai hasilnya seawal 1 1/2 bulan (biasanya selepas 2 bulan ditanam). Jangka hayat kebiasaannya mencecah sehingga 5 - 7 bulan. Untuk tanaman secara komersial, boleh dipilih samada tanaman sungkupan di atas tanah, ataupun secara fertigasi. Bagi penanaman di rumah, boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg. medium yang digunakan samada tanah, sekam padi tau pun sabut kelapa hancur. Anggaran pengeluaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.



Untuk panduan penanaman cili, boleh rujuk sini

http://www.doa.sarawak.gov.my/cili.htm

Panduan menanam cili dalam Pasu/Polybag

Bloggers POYO?

Gambar laptop (cari makan) hp aku : utk blogging dan ebay


Kenapa aku menulis blog?

Tujuan asal adalah untuk mengisi kantung dengan jana wang melalui Google Adsense, serta mempromosikan kambing jamnapari.

Lama-kelamaan, wujud satu kepuasan bila dapat berjumpa kawan-kawan di alam cyber (blogger yang lain), dapat mempelajari selok belok blogging, serta mendapat ilmu baru melalui pembacaan blog yang sedia ada.

Namun, matlamat asal masih belum luntur, menjana wang melalui internet.



Betul ke boleh buat duit melalui blog?

Kalau cakap tipu, aku ada 2 orang kawan cyber yang betul-betul cari makan hanya melalui blog! Tak caya tengok si Titan dan Rohaizad. Diaorang ni memang blogger sepenuh masa. Memang kerja menghadap internet pagi petang, siang malam tak reti nak tidur .... pergh.. tebal 'spec' diaorang beb...
Aku ada cita-cita nak jadi blogger sepenuh masa (atau separuh masa) tetapi yang penting ada gelaran pro blogger.


Blogger Poyo?

Ada gak yang poyo, isi kandungan blog syok sendirik! Blogger sama macam manusia biasa. Ada hitam, putih, kacak, lawa, kecil, besar... dan macam-macam lagi.. Cuma jadi poyo tu, pasal banyak sangat cerita tentang benda-benda yang terlalu peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum............ dan apa lagi ye??


Jadi... apa tujuan korang menulis blog?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...