Ni bukan gambar anak aku... aku cilok kat mana-mana guna google imej
Gambar apa tu? Yang dah jadi bapa / ibu, semestinya 100% pasti imej ni. Bagi yang masih muda belia
(lom akil baligh), mungkin belum tahu atau samar-samar... Gambar ni merupakan imej scan ultrasound bagi mengesan kedududkan bayi di dalam perut. Ketumbuhan juga boleh dikesan menggunakan alat ini. Dapatlah tengok bayi (fetus) yang sepanjang lebih kurang 2 - 3 inci.Walaupun kecil, dapatlah kitaorang tengok degupan jantung dia yang sangat pantas.. fuh laju betul!
Ni sebenarnya aku nak cerita, yang menyebabkan aku 'terpergi'
berjumpa doktor untuk kempen anti rokok tu... Sebelum ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, kami dah pergi buat kad untuk mengandung di Pusat Kesihatan Kecil Rawang... Sebab Parit Bunga di bawah zon Rawang. Ni memang penting. Kalau mak bapak yang pertama kali mendapat zuriat, memang akan kabur-kabur nak buat apa... Sampaikan misi kat situ tanya, "Anak yang pertama?" ... Sebab memang kami macam bodo-bodo ayam... terpinga-pinga :P ... jadi isteri aku pun buatlah kad
mengandung , segala jenis soalan ditanya dan ambil rekod untuk berat, tinggi, penyakit yang dihidapi serta banyak lagilah.
Ni gambar masa kat klinik swasta, 2 minggu sebelum tu
Bagaimana untuk mengesan kehamilan?
Untuk mengetahui samada anda
mengandung atau tidak, senang sahaja, beli 'pregnancy test', lepas tu ikut je arahan kat kotak.. Kalu 1 garis, tak mengandung. kalu 2 garis... SAH! memang mengandung! Kalau jumpa doktor pun, dia akan guna alat yang sama, tak kira mahal atau murah, memang tu jelah cara yang paling senang untuk mengesan kehamilan..
Yang ni pula adalah jadual
berkala unsur untuk mengetahui tempoh kelahiran. Anak aku dijangka lahir pada 2 November 2009, sehari lepas hari lahir pakcik Seli dia...
Apa perasaan dapat anak? Best kan? Sebab tu adalah
rezeki Allah...
Untuk yang belum lagi hamil dan inginkan petua atau tips untuk mengandung,
mungkin panduan ini boleh membantu.