Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

JADUAL CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016


CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016 TERKINI YANG TELAH DITETAPKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
1. Cuti Tahun Baru Cina................. 6/2 hingga 13/2 (9 hari)

2. Cuti Pertengahan Semester 1.....12/3 hingga 20/3 (9hari)

3. Cuti Pertengahan Tahun.............28/5 hingga 12/6 (16 hari)

4. Cuti Aidil Fitri..............................2/7 hingga 10/7 (9 hari)

5. Cuti Pertengahan Semester 2 .....10/9 hingga 18/9 (9 hari)

6. Cuti Deepavali .........................28/10 hingga 1/11 (5 hari)

7. Cuti Akhir Tahun .....................26/11 hingga 1/1 (37 hari)


Para ibubapa dah boleh merancang  program aempena cuti sekolah 2016. Diharap agar jadual di atas boleh membantu.

Kalendar cuti-cuti 2016

Sila rujuk gambar kalendar cuti-cuti Malaysia tahun 2016. Perhatikan betul-betul di bawah setiap bulan ada tips bagaimana anda boleh dapat cuti panjang.

Selamat bercuti.

Lembaran pertama cuti sekolah

Cuti sekolah dah bermula sejak Jumaat dan aku pun memulakan tugas sebagai bapa mithali untuk cuti-cuti Malaysia semester persekolahan yang berlangsung selama 2 minggu.

Sebagai pembuka tirai aku dan Adam Harith pergilah menonton wayang cerita Shrek – Final Chapter dalam versi 3D. Uishh.. kagum betullah kali pertama dapat rasa pengalaman 3D dalam panggung. Semuanya macam lalu depan muka kita.. real! Terlopong kejap aku...

Kalau tengok gambar ni, apalagi, bertih jagung berlogo Shrek, yang berbesar hati untuk bergambar bersama cermin mata 3D Dolby Digital. Untuk versi 3D, kita memanglah kena pakai 'spec' canggih ni. Kalau tak pakai, memang takde 'feel' nak menonton sebab gambar akan jadi kabur.

Adam lagilah plak, ajak aku rembat spec ni. Aku cakap mana boleh, dahlah kat situ ada 'warning detectable tagging' tapi aku pesan kat dia, paling utama berdosa dan salah untuk mencuri.

Dah penat menonton dan kenyang makan pop corn & jajan, apa lagi..balik kami berdua kerumah. Seronok, terhibur dan lupa seketika masalah dalam kepala otak ni. Kalau sapa-sapa belum tonton cerita tahap 'best gaban' ni, korang boleh usya trailer kat bawah ni... jom layan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...