Showing posts with label pelaburan. Show all posts
Showing posts with label pelaburan. Show all posts

Melabur ASB guna pinjaman bank- untung atau rugi?



Salam semua,

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Tak tahu kenapa aku buntu untuk meluahkan idea atau berkongsi pendapat. Hanya blog-blog Inggeris dan koleksi pakaian muslimah sahaja yang aku berjaya gagahkan diri untuk kemaskini.





Namun awal pagi ini aku seakan mempunyai kekuatan untuk terus berkongsi, walaupun bukan dengan idea sendiri. Setidak-tidaknya isu melabur ASB menggunakan duit 'loan' bank ini dapat kita selami pro dan kontranya.

Mengikut perkiraan seorang akauntan di blog uruswang, sebenarnya kita kecundang (rugi) jika mengambil pinjaman ASB, manakala pihak bank yang mengaut keuntungan.

Namun, jika kita telusuri komentar-komentar pembaca di situ, ada baiknya jika kita menggunakan kemudahan loan ASB, terutama untuk mereka yang kurang berdisiplin menabung menyimpan wang. Kalau mengikut atas kertas, semestinya menabung sendiri setiap bulan lebih untung daripada menyerahkan sebahagian besar dividen kepada bank akibat membayar 'installment' bulanan .

Ramai yang memberi komen mengatakan 'baik rugi sikit' daripada tak dapat menyimpan langsung. Ada juga yang menegaskan simpanan kita pasti terjamin hingga kepenghujungnya (jika terjadi musibah). Sebabnya? Pinjaman itu dilindungi insurans, yang akan menghabiskan baki tertunggak.

Banyak lagi yang diperdebat di situ. Masing-masing ada benarnya. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca kat blog uruswang.
http://uruswang.wordpress.com

Buat duit dengan main kutu pintar wang pos online? Masyuk beb!!!


Wang masyuk duit hasil Kutu Pintar wang pos online?

Saban hari aku mendapat sampul surat beserta risalah tentang main kutu wang pos online. Aku sebenarnya dah agak lama mendapat maklumat tentang kutu pintar ini. Sejak zaman ala-ala surat berantai (dengan tajuk sumbangan ikhlas), hinggalah zaman IT - promosi menggunakan medium internet semakin rancak dan popular kebelakangan ini.


Dulu, aku pernah mempromosikan main wang kutu ini kepada rakan-rakan SAJOHA, hinggalah aku tertampar dengan nasihat salah seorang sahabat yang mengatakan tentang keburukan main wang kutu berantai ini. Beliau mempersoalkan tentang apa akan jadi bila sampai satu tahap tepu (bila yang dah jadi downline 'last-last kopek' ).

  • Dari mana mereka nak kutip duit lagi?
  • Pada siapa nak mereka hantar surat sumbangan wang ikhlas ini?
  • Adilkah jika kita mengatakan rebut peluang, jadilah yang terawal?

Setiap permulaan, pasti ada penghujungnya. Yang awal, akan ketemu akhirnya. Bayangkan sistem berkonsep piramid ini memberikan keuntungan kepada si raja di atas. Ya, betul, kita perlu jadi yang terawal. Kalau semua jadi yang awal, siapa yang jadi terakhir. Mana nak campak orang-orang di bawah? Yang di atas sudah kekenyangan seperti kutu baru lepas menghisap darah...

Mari kita tengok diskusi hangat di blog AbdFatah : Kutu Pintar Wang Pos Online.

Antara komen, komen panas disitu:

hang kebun says:
April 2nd, 2009 at 1:43 pm
nie program anaye org..yg aku knl penyangak plg bsr mengebas duit org..abdul rasid talib..hrp name ckgu..rupe2nye pak badut y smata2 kejar harta dunia dgn cara menipu sana sini menggunakn ayt perangkp “sumbangan ikhlas” rupe2nye”kaki kebas duit org..jgnla klabu mata nie smua bkn kutu pintar tp kutu babun,yg pintar dieorang…yg menyumbang 2 terkeras jd kutu babun

aku la! says:
April 15th, 2009 at 7:29 pm
nak duit, tp malas…pastu sibuk ckp skim menipu tanpa usul periksa..nk harap subsidi kerajaan smp mati pon idop tak kaya..sdgkan bill gates yg kaya tu pon keje,ni lak yg pkai modal rendah,maen kutu lak tu..tak nk cari org,malas,baek jgn maen,jgn keje…dok umah buat kutu sndri je…idop kalo mls mmg tak kaya..tgk indon yg dok keje kt Malaysia ni, da beli banglo bebijik-bijik..kite kt malaysia mgharap duit bergolek dtg kt kaki…miskin di negara sndri..sy seorg yg ssh, tp sy brusaha nk brubah..bkn cam sstgh org, nk bruba tp swoh org keje utk die…(sape yg malas la yg terasa,sape mkn cili die yg terasa pedasnya….) ;p

azim says:
May 4th, 2009 at 6:23 pm
saya cuma confuse ngan kutu pintar…niat kita baik nak bantu org dengan ikhlas..tapi kenapa kita perlu mengikut turn kita nak dapat kan keuntungan balik..contohnya kita buat sedekah nak buat masjid..dah sedekah ikhlas sedekah jer ler kenapa perlu atau mengharapakan balasan atau keuntungan di kemudian hari..??..habis kalau org yang tak miskin sangat..dari mana mereka nak dapatkan duit modal rm 121 untuk memulakannya??..maksudnya disini no money no talk..no money tak boleh terima sumbangan ikhlas dari org lain…seolah – olah kutu pintar ini adalah satu program untuk mencari pendapatan sahaja bukannya membantu org…niat baik tidak menghalalkan perbuatan..ada satu lagi program kutu yang baru lagi pelik nawaitunya..nak join siap ada pakej sehingga seribu lebih..org miskin takkan nak bayar utk join..org miskin cuma dapat bantuan saja..boleh duduk diam dapat duit…ada SOMETHING WRONG dengan kutu pintar nie sebenarnya..KITA CUMA HENDAK KEBERKATAN REZEKI SAHAJA..FIKIR-FIKIRKANLAH…




Sila lihat contoh-contoh soal jawab agama berkaitan hukum main kutu:


Permainan Kutu Dan Cabutan Gilirannya : www.iluvislam.com
Menambah pendapatan secara skim main kutu : soal jawab agama JAIS
Hukum main kutu : Blog Ustazah Azimah
Status Program Derma Wang Pos : Zaharuddin.net
Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam : HarakahDaily.net

Sila rujuk AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 (format pdf)
 Sapa nak komen, dipersilakan...

Bermulanya Ramadhan, segala jenis syaitan dan jembalang ditambat

Hari ini merupakan hari terakhir kita makan, minum serta melakukan rutin harian sepenuh tenaga. Esok bermulanya 1 Ramadhan, tarikh keramat bagi semua umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke 3.

Selama sebulan kita akan bertarung dengan nafsu semata-mata kerana syaitan telah 'dirantai'. Jadi berhati-hatilah dalam bercakap, membeli juadah berbuka serta barang keperluan persiapan hari raya. Semua yang 'terlebih' tu nafsu kita sahaja.

Bagi perokok pula, inilah masanya bagi kita berkorban dan melawan rasa gian serta ketagihan kepada rokok. Kalau kita boleh tahan tidak merokok selama hampir 13 jam, kenapa tidak pertahankannya untuk baki 11 jam? Memang susah hendak berhenti merokok, aku sendiri sampai pergi jumpa doktor untuk terapi berhenti rokok.

Mari kita lihat apa kata syaitan tentang rokok


Insyaallah, jika kita ada usaha, ada niat serta kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Selain usaha, banyakkanlah berdoa serta kuatkan azam. Aku yang setiap minggu pergi ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, selalu ternampak poster tentang bencana rokok. Rokok menyebabkan paru-paru mereput, juga pelbagai jenis penyakit kanser.. serius, memang mengerikan dan rokok hanya penambah derita, bukannya gembira.

Mungkin panduan berhenti merokok ini boleh kita jadikan panduan. Laburkan sedikit wang yang diguna untuk membeli rokok itu kepada panduan ini. Insyaallah, kita serta ahli keluarga juga yang akan mendapat manfaatnya kelak.

Etika Emas dibekukan BNM

Salam,

Menyorot kembali 'entry' semalam berkaitan Ceramic Asia Club yang dibekukan oleh BNM, sila lihat kenyataan rasmi Bank Negara Malaysia;

Bank Negara Malaysia Investigates Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd And Its Related Companies


Ok, berbalik kepada cerita asal, Etiqa Emas kini sedang dibekukan oleh BNM untuk siasatan atas akta BAFIA (keraguan mengambil deposit secara tidak sah dan akta AMLATFA (Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001). Sila rujuk BNM.

Apakah penyebabnya masih belum diketahui kerana mengikut Etika Emas, mereka memperdagangkan emas sebenar (fizikal 999.9). Laman web rasmi etika emas ditutup bagi memberi laluan kepada BNM menjalankan siasatan. Petikan muka utama etika emas:

"Perlu ditekankan di sini bahawa EEESB hanya menjalankan urusan jual-beli emas fizikal 999.9. Kami membantu memberi khidmat nasihat kepada para pelanggan kami tentang kaedah menambahkan aset emas mereka dengan menggunakan institusi ar-rahnu yang berdaftar sebagai mekanisma. Bersama-sama ini, kami edarkan model perniagaan yang kami jalankan bersama rakan niaga dan institusi Ar-Rahnu untuk maklumat Tuan/Puan." .. bacaan penuh

Apa itu pelaburan emas

Pelaburan emas adalah pembelian emas dalam bentuk fizikal jongkong emas (gold bar), dinar / syiling emas (bullion gold coin) atau pun barangan kemas (jewellery*). Pelaburan emas juga boleh dibuat dengan cara bukan fizikal (buka akaun dengan institusi yang bertauliah).
* pelaburan dengan cara barangan kemas akan mengalami susut nilai disebabkan harga semasa pembelian adalah nilai emas + upah ukir (workmanship).


Klik banner untuk keterangan lanjut

Kenapa melabur dengan emas

Emas telah diketahui umum mempunyai nilai yang tinggi dengan harga yang stabil (tidak jatuh merudum) dan harganya sentiasa naik. Emas juga asalnya menjadi nilai muka kepada jumlah wang yang ada di dalam simpanan setiap negara. Emas TIDAK jatuh nilai dimakan inflasi.

Antara Institusi yang menjalankan pelaburan emas
Tedapat beberapa syarikat yang menjalankan dagangan pelaburan emas ini. Antaranya Etika Emas, Maybank, Public bank, UOB, Poh Kong, Habib Jewels dan banyak lagi.



Hukum melabur emas mengikut Islam

Mengikut ulasan uzar @ Zaharudin.net, pelaburan emas terdapat beberapa hukum mengikut kaedah;
1. HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
2. HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

3. HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

Sila rujuk Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia


Rujukan pelaburan emas

Etika gold
Jutawan Emas
Rahsia pelaburan emas
Kijang Emas (wikipedia)

Zaharudin.net :Dinar Emas elak manipulasi (Nik Aziz & Dr. M)

Maybank2u : Kijang Emas Gold Bullion Coins
Public Bank Launches Gold Investment Account

Public gold
Public Dinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...