Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Berita tentang hang Cangkul SAJ Kulai


Sebelum ini kami ada kongsikan poster slot samrinda TV3 "Hang Cangkul SAJ Kulai" . 
Kali ini kami sertakan keratan akhbar berita lanjut apa yang sebenarnya terjadi.

Sila khadamkan dan renung-renungkan.

Yang baik dijadikan tauldan, yang buruk dijadikanm sempadan.

Wallhualam

Sham

Kutuk Rosmah: rumah Ratu Naga diserbu






Berhati-hati bila mengeluarkan komen atau kenyataan di media sosial,khususnya berkaitan dengan politican atau orang kenamaan.

Seorang ibu mengandung diserbu di rumahnya oleh sepasukan polis kontingen Bukit Aman dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) berikutan komen yang dikeluarkannya di media sosial berkaitan gambar Rosmah mansor dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Berikut adalah petikan daripada MalaysiaKini:




A team from Bukit Aman police headquarters and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) woke up a 'dragon' sleeping in her lair this morning, in connection with alleged defamatory postings against Pahang Sultan Ahmad Shah and the prime minister's wife Rosmah Mansor.

Consultant Syarul Ema Rena Abu Samah, also known by her online moniker Ratu Naga, told Malaysiakini that 14 officers raided her house this morning after a police report was lodged against her Facebook posting.

"It was about 10.30am and I was still sleeping. Not only I had slept late, I am also heavily pregnant.

"They banged on my door and raided my house like I was some terrorist. They also checked my car, to look for gadgets," she said.

Syarul Ema said the team only left after several hours and they instructed her to be present by 3pm at the MCMC headquarters in Putrajaya for further questioning.


Amaran buat pengedar air kangen water

Lagi berita tentang air kangen, rentetan pengharaman mengedar kangen water oleh KKM.
Keratan akhbar Berita Harian

Video berita pengharaman air kangen oleh KKM




Pasti ramai yang geram dan marah, tapi ada sebahagian pula yang bertepuk tangan gembira dengan pengharaman penjualan air kangen oleh KKM.

Masing-masing ada pendapat dan pandangan tersendiri. Setiap individu terbabit pasti terkesan dengan pengharaman ini.

Walau bagaimanapun, marilah duduk dan bermuhasabah. Jangan melenting dan panas hati. Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Sultan Johor titah haramkan vape

JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

HANGAT: Rela India pulas kepala saya




Perkongsian menarik daripada Datuk Abdul Jalil Ali yang menulis di dalam Sinar Harian. Menarik untuk dibaca. Penuh makna untuk difahami.

Dek kerana politik, manusia bertelagah, racism menebal dalam diri.

Jom baca sampai habis.


TIDAKLAH saya tahu siapa nama sebenarnya. Setiap kali bertemu, saya hanya memanggilnya ‘bos’. Dia pun tidak pernah bertanya siapa nama saya. Tetapi sebaik masuk ke kedainya, dia juga akan memanggil saya ‘bos’. Pendek kata, bos sama bos, tidak ada masalah.

Dia seorang lelaki India – ada tanda merah di dahinya – yang sekali setiap bulan saya bertemu di kawasan rumah pangsa berhampiran taman perumahan tempat tinggal saya. Sudah lebih lima tahun saya menjadi pengunjung tetapnya.

Sejak zaman Hang Tuah orang kita pantang kepala diusik, lebih-lebih lagi oleh orang bukan Melayu. Tetapi bos bukan sahaja mengusik, malah memegang dan memulas-memulas kepala saya. Saya rela tanpa sebarang masalah. Sebab dia tukang gunting rambut.

Sepanjang lima tahun berkenalan, banyak yang saya ceritakan padanya. Banyak juga yang dia, tanpa paksaan, berkisah mengenai latar belakang keluarganya. Antaranya, dia sudah memulas kepala orang lebih 20 tahun, isterinya suri rumah sepenuh masa, anak tiga orang semua sudah kerja makan gaji.

“Dia orang semua suruh saya berhenti, duduk rumah sama isteri, makan baik-baik, tidur baik-baik,” kata bos bernada serius dan menambah: “Tapi saya banyak suka ini kerja, bukan duit punya hal, tapi sini ada banyak kawan, Cina, Melayu, India semua...”

Penutup bagi setiap kali sesi bergunting rambut ialah apabila dia bertanya: “Bos mau patah kepala ka?” Tidak sedikit pun saya tersinggung dengan pertanyaan seperti itu, malah segera saya menjawab: “Tentu mahu patah punya, bos!”

Dan dengan senang hati pula kedua tangannya memegang atas kepala dan bawah dagu saya, sambil memulas ke kiri, berbunyi ‘krup’, dan pulas pula ke kanan, ‘krap’. Perkhidmatan krup-krap ini – hendak boleh tak mahu pun tidak mengapa, tanpa bayaran tambahan – betul-betul sedap dan puas.

Pendek kata bagaikan tidak lengkap, dan tidak akan lena tidur, sekiranya kepala tidak dipatahkan. Terasa lega dalam kereta, dan nyaman dengan air wangi khas yang disapu ke leher dan kepala saya.

Sebenarnya sejak kecil ketika di kampung, saya sudah biasa bergunting rambut di kedai India. Dulu-dulu kalau sebut gunting rambut, mesti India. Jarang ada Cina atau Melayu jadi tukang gunting.

Harga gunting ketika itu hanya 30 sen. Kalau tidak cukup duit, bayar 25 sen pun ‘aney’ yang sentiasa mengunyah sirih itu akan terima. Malah, ada orang kampung yang setelah selesai bergunting baru mengaku: “Aney, saya cuma bawak 15 sen” dan tukang rambut hanya berkata: “Boleh hutang, lain bulan bayar...”

Gunting kedai India, belanja kedai Cina. Ini tradisi sejak dulu di kampung saya di Hulu Muar, juga menjadi kebiasaan di tempat lain. Selalu saya dan abah ke kedai ‘Agor’ – sebenarnya ‘Ah Goh’ – untuk beras, tepung gandum, ikan masin, dan gula-gula getah kesukaan saya.

Kalau ada duit abah bayar tunai. Sekiranya tidak ada duit pun boleh ambil barang menggunakan ‘kad kredit’ @ buku kecil 555 yang sentiasa ada di laci kedai runcit itu. ‘Agor’ akan tulis barang yang diambil, cukup bulan bayar, tanpa sebarang faedah.

Hari ini saya yakin sebahagian besar rakyat tidak ada masalah pun untuk meneruskan kemesraan dan setia kawan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Tidak payah diucapkan pun ‘wa caya lu, lu caya wa’, jauh di lubuk hati sama-sama tahu dan boleh menerima kita sebagai satu bangsa.

Tidak kira Cina, Melayu, India, Dusun, Kadazan, Murut, Jawa, Minang, Mamak dan lain-lain kita okey sebagai rakan. Boleh semeja makan roti canai, nasi lemak, tose, yong taufu.

Tidak timbul soal siapa warganegara, siapa pendatang. Tidak timbul soal warna. Saya sentiasa warna-warni – kuning, merah, biru, hijau, putih, hitam, kelabu tahi anjing, ungu. Tidak ada masalah.

Ada pun yang sengaja mencari masalah adalah orang-orang politik. Masing-masing berlaga ego kerana politik. Ada yang hendak melempang Cina, ada juga yang kata ‘cilaka punya Melayu’. Kalau tidak sebab politik, kata-kata itu biasa sahaja. Politik punya fasal, yang biasa pun boleh jadi luar biasa.

Pedulikan dan biarlah orang-orang politik bergaduh sesama mereka. Itu memang kerja mereka. Orang biasa jangan terikut-ikut hingga keliru dan gelabah. Sebagai rakyat, kita teruskan kemesraan dan persefahaman seperti dulu-dulu. Jom!

Alamak!!! Rokok naik harga mulai 1 Ogos 2015



Macam biasa, rokok naik harga lagi... Para perokok tegar adalah manusia yang paling tertekan setiap kali harga rokok naik. Nak tak nak, halwa paru-paru tetap perlu dijaga. Antara alternatif yang ada adalah berhenti merokok, atau beralih kepada rokok seludup.

Tepuk dada, tanya selera.

Sila tengok video fatwa / hukum hisap rokok (Ustaz Don danial pun ada bagi hujah)

Experimen video kesan asap rokok kepada paru-paru



PUTRAJAYA - Harga minimum rokok dinaikkan daripada RM7 kepada RM9 sekotak bermula Sabtu ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini.   

Beliau berkata perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) hari ini.

"Harga minimum ini akan dinaikkan kepada RM10 mulai 1 Ogos 2016," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di kementeriannya di sini.

Beliau turut mengumumkan dua peraturan baharu melibatkan kawasan zon larangan merokok, melibatkan tempat awam dan tempat makan berhawa dingin.

Dr Subramaniam berkata bermula 1 Januari tahun hadapan, taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.        

"Malah, beberapa kawasan tumpuan awam seperti tapak perkhemahan, menara tinjau dan laluan kanopi (jambatan gantung) di 35 Taman Negara juga akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok," katanya.

Selain itu, Dr Subramaniam berkata keseluruhan tempat makan berhawa dingin juga telah diisytiharkan sebagai tempat dilarang merokok.

"Kalau dahulu, kita membenarkan satu pertiga daripada tempat makan berhawa dingin di bawah Peraturan 21 sebagai tempat merokok. Sekarang ia dimansuhkan," katanya. 

"Penguatkuasaan larangan merokok di taman awam dan Taman Negara akan dijalankan oleh renjer hutan dan pihak berkuasa terlibat dan mereka akan diberikan kuasa untuk menguatkuasakan warta ini," katanya lagi. - Bernama

sumber 





bahaya rokok kepada diri perokok dan orang lain, bahaya rokok bagi kesehatan, bahaya rokok bagi remaja, bahaya rokok elektrik, bahaya asap rokok, bahaya rokok elektrik vapor, bahaya rokok elektrik tanpa nikotin,  bahaya rokok vaporizer, manfaat shisha, bahaya rokok elektrik, rokok elektrik, bahaya shisha elektronik, bahaya shisha pen, shisha lebih bahaya dari rokok, kesan hisap shisha

VIDEO: Lelaki terjatuh dari menara masjid di Kampung Baru, Kuala Lumpur

KL: Lelaki jatuh menara masjid

Cerita penuh pada link http://adam-harith.blogspot.com/2015/05/lelaki-terjatu-dari-menara-masjid-di.html

Posted by Koleksi doa dan tazkirah on Friday, May 29, 2015


Semoga lelaki terbabit selamat dan Allah terima taubatnya.


Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 23 tahun patah kaki selepas terjatuh dari menara masjid di kampung Baru, KL.

Insiden yang berlaku pada pukul 6.30 petang itu, dipercayai membabitkan seorang pesakit mental yang mula memanjat dari luar menara masjid tersebut.

Walau bahgaimanapun, punca kejadian sebenar masih belum diketahui.

Lelaki tersebut hanya patah kaki.

Terjemahan sumber NST

Shout awards ? Apa tu ?



Serius mula-mulanya aku pelik dan tak tahu apa tu 'Shout! Awards'. Makan banyak hari juga, sebelum aku tahu makna sebenarnya di sebalik Shout ! Awards ni.

Sebab? aku memang jarang menonton tv, dan kurang baca suratkhabar dalam masa kebelakangan ni. Blogging juga terkekang dengan masa. Balik kerja dah malam, kadang-kadang tercongok kat pejabat melepasi tengah malam. Hujung minggu pula, bertandang samada ke Muar, Merlimau. Dan baru-baru ni memandu ke Kuala Terengganu, balik hari.

Wah banyak betul alasan... alasan ... alasan... Senang cerita, malas nak ambil port dan tak update dengan perkembangan terkini.. abis.

Ok, berbalik pada tujuan asal aku update blog pagi ni, Shout Awards adalah;

Shout! Awards was created to recognize the people who have impacted the Malaysian music, TV, film and radio industry each year with their creativity and breakthroughs. The awards work two-fold by rewarding the movers and shakers of the entertainment scene and providing a platform for the fans to voice out their definition of the new cool.
With main sponsor- canon, powered by yes, the fastest 4G mobile internet with voice and 8tv as the exclusive organizer & broadcaster. 

Kesimpulnnya, Shout! Awards ni adalah MTV versi Malaysia...

Yang penting ramai artis yang akan hadir (termasuklah kpop artist; VIXX dan NU'EST). Yuna, Najwa Latif,  Monoloque, Altimet, Joe Flizzow dan ramai lagi . Kategori yang dipertandingkan pun memang sangat banyak, aku malas nak senaraikan kat sini, korang boleh usya senarai penuh.


Ok, aku pun dah hilang mood nak menulis. Nak bersiap-siap, kejap lagi nak pergi pancing udang galah dengan anak-anak dan anak buah.

Babai.






Atlit Malaysia Olimpik London 2012 di Yahoo.com



Terperanjat juga masa aku perasan berita athlet Malaysia ni di muka depan Yahoo.com. Lepas aku cuba cari lagi, aku tak jumpa, hanya ada tersenarai di blog/sports/Olympics/Yahoo.

Menarik juga berita yang ditulis, berkenaan Nur Suryani Mohamed Taibi, yang sarat mengandung 34 minggu (+/- 8 bulan ). Tapi penembak wanita acara 10m rifle ni berdegil nak masuk bertanding dalam Olympic London 2012.


Tapi apa nak kisah, suami dia restu. Lagipun peluang ke Olimpik ni belum tentu datang lagi pada lain kali. Kalau dia menang pingat, lagilah kira satu bonus, sebab ranking dunia Nur Suryani ni adalah tempat ke 47.


Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Nur Suryani dan semoga semuanya selamat.


Nak baca cerita panjang, versi Bahasa Inggeris, pergi usya sini.



Malaysia's pregnant shooter, Nur Suryani Mohamed Taibi, has made the trip to London and will compete in next week's 10m rifle event, just one month before she's due to give birth to a baby girl. She's not the first pregnant Olympian in history, but at 34 weeks is believed to be the furthest along.

In a sport that requires precision, calm and concentration, how will Nur Suryani compete with a child moving around her womb? "I will talk to the baby before I compete," she said in April. "[I'll say] no kicking, stay calm for one hour and 15 minutes only please."She understands that some may criticize her Olympic quest but isn't fazed by it.

Nasib baik acara menembak, kalau acara 100m ke, berenang gaya bebas atau equestrian.. mau terberanak terus kot..  ;P


ini Blog mengeji sultan johor


Tajuk kali ni memang ganas. Saja cari pasal. Tak lain tak bukan sebab www number plate. Sultan Ibrahim Ismail, sultan Johor telah pun mempamerkan no plate WWW1 yang dipasang pada kereta proton Satria Neo. Boleh tengok sendiri gambar yang aku cilok dari FB Paul Tan.




..                  ....  cabaran gincu                ...  uish !!!  RM100k                 kenapa emas?                  ..





Sedikit petikan keterangan gambar dariFB Paul Tan,:
And here it is... the car that bears the number plate WWW1. We first heard of this car being prepared a couple of months ago (with an awesome sound system, we heard) but did not know it was going to carry this number plate. Pictured is the Sultan with Datuk Razak Dawood from Proton Motorsports.





senarai jpj plate number untuk siri www

Blog ini satu ketika dulu pernah meletup dengan keyword hina Sultan Johor, rentetan kontroversi Aduka Taruna. Hari ini pula,  ada keyword sesat masuk sini, mencari blog mengeji Sultan Johor. Mungkin orang nak survey pasal www1 number plate, atau mungkin ada pihak-pihak tertentu yang sedang memantau?

Apa-apa pun, nilai RM520,000 ringgit ($165,600), telah menjadi pertikaian banyak pihak. Pada aku, Tuanku memang mampu, duitnya banyak. Beli nombor plat adalah sebahagian daripada hobi baginda. Ramai lelaki kacak gigit jari ..

Bab bela rakyat, bantuan, wang ehsan, zakat dan sebagainya, Insyaallah, tentu dan dijalankan apa yang wajib dilaksana. Tapi, masih banyak suara yang tak puas hati.

Ada komen?

Berita Harian Online | Pinggan tulang babi haram

Berita Harian Online | Pinggan tulang babi haram



Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih 

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram





Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram digunakan umat Islam. 


“Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak. 


“Begitu juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan. 


“Namun, halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang) lembu dengan syarat disembelih secara Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin. 
Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan. 


Bagaimanapun, beliau berkata, pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan itu adalah mahal sehingga boleh mencecah RM3,000 sebiji. 


Sebelum ini, ada dakwaan banyak pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring seramik yang dijual di merata tempat mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk babi. 


Campuran tulang haiwan yang diproses menjadi debu itu digunakan supaya pinggan mangkuk menjadi lebih cantik dan berkilat.



shared from Berita Harian Online | Pinggan tulang babi haram

Rang Undang-undang Kanun .. jenayah siber

Sumber Bernama, menarik untuk dikongsi...

KUALA LUMPUR: Dua Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Rang Undang-undang itu, termasuk pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang telah diluluskan semalam, adalah bagi melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang turut diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 berkata penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.

Justeru, katanya Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.

"Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. "Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran," katanya menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung isu tersebut.

Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua, Mohamed Nazri berkata penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.

Katanya pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain.

"Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung," kata beliau.

Justeru, Nazri berkata tujuan peruntukan anggapan berasaskan 'owner-onus principle' adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu. Bagaimanapun, katanya pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.

Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Sementara itu, Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.-BERNAMA

Tragedi bas ekspress 10/10/10

Semalam masing-masing teruja dengan tanggal 10.10.10, apatah lagi dengan ramai pasangan mangabadikan detik bersejarah mengikat janji, mengabadikan perkahwinan termasuk angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos. Siaran langsung di stesen tv mewarnai detik gemilang itu. Begitu juga kejuaraan MotoGP di Sepang memberi satu makna kepada penonton dan juga pelumba.

Gambar galeri Utusan

Namun itu episod suka, ada juga yang berduka. Di lebuhraya PLUS, lain pula ceritanya. Kemalangan maut yang meragut 12 15 nyawa nyata membawa mimpi ngeri kepada keluarga mangsa dan juga mereka yang terbabit.

...satu kemalangan ngeri membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat sini, petang semalam.

...sila ke sini untuk senarai yang terbunuh dan cedera. Tambahan senarai terkini di sini.


Takziah buat keluarga mangsa dan Al-Fatihah buat merkea yang pergi meninggalkan kita.

Bila terjadi tragedi sebegini, pelabagai pihak mula mengeluarkan kenyataan supaya tindakan, pantauan, siasatan dan juga kajian dibuat bagi mengelakkannya berulang. Mungkin kita semua sudah hampir sebati dengan 'kenderaan awam dapat mengelakkan kemalangan'. Tapi apa yang terjadi? Tak cukupkah dengan peristiwa ngeri kemalangan bas Sani Ekspress penghujung tahun 2009?

Aku kebetulan membatalkan hasrat menaiki bas ekspress dari Melaka ke KL pada petang hari tersebut, sekurang-kurangnya bersyukur dengan pelbagai andaian yang mungkin berlaku. Syukur mungkin tidak terbabit dengan nahas, atau sekurang-kurangnya tidak terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya.

Di sebalik kejadian, pasti akan muncul rasa tidak puas hati di kalangan banyak pihak. Aku sendiri yang biasa menggunakan perkhidmatan bas ekspress rasa tercabar dengan kewibawaan pemandu bas yang lagak persis 'rider' kereta lumba. Hatta aku juga memandu dengan kelajuan 100km/h di 'PLUS highway' seringkali di potong segelintir pemandu bas dan lori.

Aku bukannya juara untuk bersuara dan juga bukannya sempurna untuk menjatuhkan hukum. Tapi pemantauan bukan jalan yang terbaik untuk menangani kejadian ini. Selagi si pemandu masih memegang status seorang manusia rakyat Malaysia. Aku juga bukannya terlalu pandai untuk memberikan idea bernas kepada kerajaan tapi sekurang-kurangnya sesuatu boleh dilakukan kepada enjin atau had laju bas / lori (secara mekanikal) bagi mewujudkan pemanduan berhemat.

Kickdefella rakus mendaki Alexa

Kickdefella blogger yang tiba-tiba 'famous' dan 'glamorous', akibat kekecohan dakwaan RM4 juta yang diterima beliau untuk upah memburuk-burukkan Pak Lah.


Blogger Kickdefella @ Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam menyerahkan lagi beberapa dokumen tambahan di ibu pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).


Beberapa petikan akhbar terkini:




Umno Kelantan Sifatkan Tindakan Pas Peruntuk RM4 Juta Burukkan BN Sebagai Keji

KOTA BAHARU, 29 April (Bernama) -- Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. ... BERNAMA

Bernama
Friday, April 30th, 2010 23:03:00
PUTRAJAYA: The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) on Friday confirmed that statement was recorded from blogger Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz with regards to his claims that he had received RM4 million.

MACC Investigations director Mustafar Ali when contacted by Bernama said Syed Azidi arrived at the MACC headquarters here at 6pm. .. Malay Mail

4 juta boleh tahan banyak tu. Untuk orang pertengahan, bertahun-tahun kerja banting tulang belum tentu dapat merasa sebelum pejamkan mata.

Alexa ranking, sudah tentu mencanak-canak pergi bila semua orang terjah blog yang dah memang agak terkenal tu.

Jap, aku nak berangan nak buat apa dengan duit 4 juta.

Fresco Muar terbakar

Bahagian atas (tingkat 3) Pasaraya Fresco Muar terbakar semalam (30 April 2010)! Tu yang makcik aku bagi tau. Dia kerja di Maybank Jalan Sulaiman, Muar.

Aku ada pergi ke bank waktu petang dalam pukul 3.30pm. Mak ai, 'jam' gila semua mesin ATM / cash deposit machine. Tak kira CIMB, AMbank, apatah lagi raja bank - maybank. Semuanya gara-gara kebakaran sebelah awal pagi yang mengakibatkan talian elektrik kena 'potong' hampir sepanjang hari.

Tu je la laporan tak rasmi daripada wartawan cap ayam.

Din Beramboi kembali ke Rahmatullah... al-Fatihah

KUALA LUMPUR - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


Setiap yang hidup, pasti akan mati. Pergi kita meninggalkan harta, nama, darjat, pangkat dan keturunan. Yang menjadi bekal pastinya amalan kita di atas dunia, amal jariah, ilmu yang berkekalan dan anak soleh yang mendoakan kita.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Takziah buat keluarga arwah, banyakkan sabar, tetapkan iman dan redha dengan ketentuannya. Semoga roh allahyarham Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... AL-FATIHAH

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor telah wujud di laman sosial Facebook, rentetan rasa tidak puasa hati terhadap Aduka Taruna.

17,255 keahlian dicatat pada jam 4.52 pagi, 27 Januari 2010, menunjukkan rasa taat setia warga anak Johor terhadap Almarhum Sultan Johor.

Sila ke sini untuk mengetahui isi kandungan blog Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor (dibacakan semula dalam video bantahan).

Aduka Taruna ditahan polis

Aduka Taruna yang secara tiba-tiba menjadikan suasana panas, berjaya menempatkan blognya atara yang dilayari oleh pengguna internet Malaysia tak kira di dalam negeri, mahupun di luar negara. Blog ni sahaja selama 2 hari ini dihujani dengan carian 'blog hina Sultan Johor'. Dan semuanya bernasib baik sebab aku ada letak link url pada entry terdahulu. Cuma yang kurang seronok sebab bila masuk ke blog Aduka Taruna, hanya dapat baca entry tentang 'permohonan meminta maaf' beliau, manakala entry asal tentang kutukan terhadapa almarhum Sultan Johor telahpun dipadam.

Berita terkini pula menyatakan Aduka Taruna telahpun ditangkap di Kota Bharu (bukan menyerah diri), selepas 2 hari menyembunyikan diri dan dibawa ke IPD daerah Muar. Petikan Berita Harian;

JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita penuh di sini

Nampak gaya jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Banyak tu, dan kesalahan yang dah dibuat tu memanglah buat ramai orang tak puas hati selain terlalu kesat dan melampaui batas.

Aduka Taruna adalah blogger yang ke empat [ 4 ] yang ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan. Jadi blogger-blogger diluar sana, berhati-hatilah selepas ini. Jangan cakap ikut sedap mulut,dan jangan sangka pergerakan dunia maya tak boleh dijejaki dan dikesan. Sendiri mau ingat beb.

‘I Hate Fasha Sandha’ : Pengurus saya kata mungkin ambil tindakan undang-undang

Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Spa Qistina berkata, tindakan itu tidak menggugat kerjayanya dan dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana masih mahu membicara hal dirinya walaupun berunsur negatif.
Pemantauan Metro Ahad mendapati paparan ‘I Hate Fasha Sandha’ juga menggunakan gambar profil Fasha ketawa hingga menampakkan lidah pelakon berkenaan bertindik, tetapi tidak dapat ditentukan kesahihan gambar berkenaan.
Berdasarkan kepada info tertera, ‘I Hate Fasha Sandha’ diwujudkan pada 25 Disember tahun lalu dengan misi mengumpul sejuta orang. Setakat ini lebih 40,000 pengguna Facebook menyertai kumpulan itu.
Sementara itu, pengurus Fasha, Nik Yasmin Nik Abdul Rahman, berkata pihaknya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kewujudan ‘I Hate Fasha Sandha’ kerana menyifatkan ia bertujuan memburukkan imej Fasha.
“Kami akan mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif dalam bidang undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

.. Harian Metro.

Aku tak terlibat, nanti kena masuk mahkamah, sia-sia je nanti. Tak pasal-pasal nanti yang terbabit glamour masuk akbar. nak tau cerita, baca sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...