Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts

Pesanan dr. Zakir Naik

Dari: *Dr Zakir Naik*.
...... Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala yg kita mahukan...

Kenapa kita rasa mengantuk apabila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain.
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada hphone tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, dan tetap akan saya ikut selamanya..

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung dengan-Nya...

* Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa drpd jasad org yg mati.. Itu satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut drpd jasad masih ada lagi.
Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita drpd sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita drpd Azab. Aamiin..
..Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
..Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).
..Tiada ajaran secantik Islam.
..Tiada lagu sesedap Azan.
..Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
..Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
..Tiada sembahyang sesempurna SOLAT(Namaz).
..Tiada diet sesempurna PUASA.
..Tiada pengembaraan sesempurna HAJI
....Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna.

Ini perkara biasa kita buat, sebahagian drpd kita bercakap masa tgh Azan...
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati...
BACA DOA INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK..
Allahumma- inni-ala- zhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Doa yg hebat telah dihantar kepada anda. Apa yg anda fikir nak buat dgn Doa ini. Bayangkan kalau 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
Subhanallah!!!
..Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila PHONE BERBUNYI.

..Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota.

♣ Takut ALLAH, seperti anda takut MATI.

♠ Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.

♦Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT.

.."FAJR" 4/6 Minit.

.."ZUHUR" 6/8 Minit.

.."ASAR" 6/8 Minit.

.."MAGHRIB" 5/7 Minit.

.."ISYAK " 7/10 Minit.

..Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam. ..

♥ Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH .

⚠ 80% orang takkan forward mesej ni

Isteri ratu bebel

Kisah Seorang ‘Stranger’ Beri Nasihat Rumah Tangga Untuk Lelaki, Confirm Isteri Tak Membebel Lagi!

Tak ramai yang ringan mulut nak bersembang dengan ‘strangers’ di Malaysia ni kan? Lebih-lebih lagi nak bercerita kisah peribadi dengan orang yang baru beberapa minit kita kenal.

Namun, siapa sangka pertemuan Khairul Hakimin Muhammad dengan seorang lelaki di sebuah stesen minyak telah banyak memberi pengajaran kepadanya tentang kehidupan dan juga erti sebenar pengorbanan seorang isteri.

Semalam, bila sudah berpenat-penat ke hulu hilir, saya singgah ke Petronas yang sebelum Exit PLUS UPM. Saya antara peminat biskut besar dari sebuah kedai sandwich bertaraf dunia ini. Kopi dia pun boleh tahan best. Hihi.

Siap membeli, saya pun ambillah port berdiri depan motor dan mengunyah biskut yang ada. Abang motor di sebelah saya masih bercakap-cakap telefon. Risau juga, gelombang telefon ni kalau di stesen minyak memang boleh membuat kita terbayang filem-filem Hollywood yang meletup dan melambung bagai.

Sedang sedap menghirup kopi panas tu, abang ni tegur. “Dik, abang mintak tolong sangat, ada lima hinggit tak?” “Ada-ada,” Saya terus hulur. Dia pun ambil dan cakap mintak halal. Saya angguk setuju. Dia terus menolak motornya ke tempat pam minyak, bayar dan mengisi minyak. Mukanya kusut ya Tuhan. Apa lagi, tetiba perasaan syurga merasuk diri terus pergi beli roti dan air mineral. Masa beratur nak bayar tu duk berdoalah supaya dia tak jalan lagi. Tup tup, dia parking semula kat tempat motor.

Saya pun serahkan air tadi dengan roti. Dia punya bersyukur dan senyum, Tuhan sahaja yang tahu. Memang nampak lapar betul.
“Sori dik, abang tertinggal wallet sebenornya. Tadi tepon orang rumah, membebel ya Allah! Dengan orang perempuan ni, diam aja! Tak usah cuba nak jawab-jawab,”Saya senyum sahaja melihatnya. Udah tetiba jadi macam kawan karib, seorang makan biskut, seorang lagi makan roti bersembang-sembang kencang.

Saya bertanya kepada dia kerja mana, anak berapa, duduk mana dan yang paling penyibuk sekali ialah tanya bini berapa orang. Dia jawab kool betul. Dia berkahwin masa di Mesir. Anak nak masuk enam orang. Sekarang, dia bekerja di sebuah sekolah agama di Kuala Lumpur. Gajinya ya Tuhan, RM1,500 sahaja sebulan. Puas jugaklah tanya sekolah kerajaan ke sekolah swasta, dia tak mahu jawab. Katanya buat apa dia nak bising-bising, Tuhan tentukan dia kerja kat situ dan dia happy. Isteri dia juga mengajar. Ustazah.
Dari kami berdiri kat situ, akhirnya dia duduk dan sambung bersembang.

Macam biasa, orang lelaki bab ngusik anak ramai ni memang tak boleh lekang. Dia ketawa sahaja saya cakap bab tu. Dia kata, itu rezeki dia. Paling seronok dia cerita bab berkat. Katanya, Anak paling sulung sekarang sudah bersekolah menengah. Settle, anak ke-dua baru darjah enam. Anak ketiga dan ke-empat darjah empat dan darjah tiga. Lepas tu dia rehat kejap. Kemudian ketawa. Anak ke-lima baru empat tahun dan kini menanti anak ke-6.

Dia kata, berkat itu datangnya bila reda dengan ketentuan Tuhan. Contoh paling mudah ialah, dia reda berkahwin di Mesir. Balik Malaysia, tak ada kerja dan dah ada anak seorang. Cari punya cari kerja, tak berjaya. Akhirnya mengajar budak-budak mengaji kat rumah lepas maghrib. Itu ajalah yang dia buat. Ada masa adalah orang bayar, ada masa tak ada.

Isteri dia, dia kata kalau ada anugerah Meletop bab membebel. Memang boleh menang 18 kali berturut-turut. Isteri dia jenis tak sabar, kalau beras habis. Habislah satu dunia dia canang kat rumah mertua. Malu bukan kepalang. Tetapi, dia reda dan sabar. Dia berusaha ubah semua itu dengan perbuatannya. Bila dia dah dapat jadi cikgu kat sekolah, isterinya tup tup dapat kerja juga. Ikutkan, dia memang pelik dengan rezeki Tuhan yang datang tiba-tiba. Mulai hari itu, dia berubah.

Nak elak isteri dia membebel hari-hari dengan macam-macam hal, dia balik awal. Usaha untuk kemas rumah dan masak makan malam hampir hari-hari. Isterinya jenis kalau boleh nak selesaikan kerja kat sekolah. Tak mahu bawa balik rumah, jadi agak kerap pulang lewat berbanding dia. Tetapi, bab hantar ambil anak, dia serah pada isteri. Kerana lokasi rumah dan sekolah anak lebih dekat berbanding dia yang kerja di luar kawasan.

Dia kata, isteri ni satu makhluk Tuhan yang indah sungguh dimata suami. Tapi suami janganlah tahu pandang dan rasa sahaja. Suami kena tawan hati isteri itu seperti mana isteri itu telah mencuri hati suami. Cewah. Terhenti sekejap abang hirup kopi masa dia cakap ni. Terindu sekejap kat bini. Hihihi.

Orang perempuan ni, ada beribu nyawa. Tuhan beri wanita ini kelemahan yang amat banyak. Tetapi setiap satu kelemahan perempuan ini perlu ditampung oleh suami. Sejak dia kerap balik awal, masakkan makan malam dan gosok baju sekolah anak-anak, isterinya lebih diam dan sesekali isteri dia siap beli cordial sarsi kegemarannya. Buh ais dan letak tepi meja satu jag. Anak-anak sapu bantai sampai dia pun tak sempat minum. Tapi dia gembira.

Sebelum ini, semua perkara dari laman rumah sampai ke longkang belakang, isteri dia uruskan. Bila isteri mintak tolong, dia akan cakap “abang penat kerja, kau buat ajelah mana yang boleh,”. Tapi sekarang tak. Dia kata, keberkatan berkahwin dan melayani isteri dengan cara membantu itu ini, akhirnya memberi kemudahan dan kesenangan dalam hidupnya.

Dia punya jiran yang baik hati yang sanggup jaga anaknya paling bongsu itu tanpa kenakan apa-apa bayaran. Jirannya sekadar suka bermanja dengan anak-anak kecil. Tiga lagi anaknya yang bersekolah rendah, menjadikan rumah jirannya itu tempat transit. Pun tak kenakan bayaran. Dia kata, kadang-kadang segan. Hulur juga 100-200 sebulan. Ikutkan, kalau nak dihantar tadika bagai dah pakai duit banyak, tapi alhamdulillah Tuhan tolong beliau. Dia kata, nak Tuhan tolong hidup suami banyak-banyak, suami pun kena tolong isteri dan anak-anak banyak-banyak. Fuh. Telan air liur dulu.

Isteri kembali jadi ratu bebel…

“Kau boleh mulakan semua ni masa isteri kau mengandung, sungguh! Itu semua kau kena buat sendiri,” Saya angguk. Power betul syarahan abang ni.
“Eh kau ni duk bersembang dengan aku, tak ada binike?” Dia ketawa. Saya pun jawab setakat ini ada seorang. Ha ha ha, kami ketawa lagi bersama.
“Kenapa abang tak balik lagi?”
“A..aa… sebenarnya kisahnya gini,” Saya dah pelik. Betullah kan, sepatutnya dah isi minyak tadi, dia patut baliklah. Dia pun cakap,
“Pagi tadi, aku datang kerja naik komuter, motor aku tak boleh hidup . Motor ni motor kawan aku, aku tadi pergi melawat ada orang kampung masuk wad kat HKL, pinjamlah motor kawan. Tengok-tengok dah habis waktu sekolah, jadi aku pun pulun balik rumah, lupa bawak motor orang hahahaha!” Dia ketawa seorang. Saya terpinga-pinga. Katanya telefon dia bergegar teruk beberapa kali, akhirnya dia berhenti dan baru perasan dia bawa balik motor kawan.
“Sebab tu lah bini aku dah kembali jadi ratu membebel! Hahahaha, udah kawan aku kena datang dengan bini dia nak ambil motor ni. Aku nak hantar balik, dia tak kasi, dia nak datang ambil kat sini. Aku segan, tambahlah minyak, bukannya minyak habis lagi, tunggu dia datang la nih, hahaha” Dia ketawa lagi.
“la, habis tu macammana naik komuter pagi tadi? Kan Wallet tinggal?”
Dia gelak, dia siap boleh jawab, “ha pandai-pandailaaah!”
Rasa nak lempang pun ada ustad ni. Boleh tahan melawaknya. Nasihat tadi dah ohsem, sekali dia boleh bawak balik motor kawan. Patutlah dia dianugerahkan Tuhan dengan isteri yang kuat bercakap, untuk ingatkan dia barangkali.
Saya pun terus naik motor, pulang ke Bangi dan merindui isteri. Hahaha.

Kawan-kawan,
Setiap kali kita bertemu orang asing, itu adalah anugerah Tuhan. Kan kau selalu kata pertemuan dan perpisahan itu lumrah. Cewah. Jadi rajin-rajin bersembang dan lihatlah ilmu yang kita dapat hari itu. Mulai hari ini, abang rasa nak tolong isteri di rumah, sambil tolong tengok dia masak, tengok dia kemas rumah dan tengok dia kemas dapur. Abang juga akan tolong bukakkan suis tv. Kahkahkah.
Semoga ada manfaatnya kawan-kawan!
Suami yang paling sweet. Cewah.

#copypaste


Bahaya "Hot n spicy"


Hanya 3 perkataan

1⃣ 3 pkataan suami yg blh mbuatkn isteri mnitiskn airmata....
"AKU TERIMA NIKAHNYA"

2⃣ 3 pkataan suami yg blh mbuatkn pipi isteri mjadi merah....
"I LOVE YOU"

3⃣  3 pkataan suami yg blh buat hidung isteri kembang....
"AWAK SEMAKIN CANTIK"

4⃣  3 pkataan suami yg blh mjadikn kaki isteri ringan....
"SAYANG, JOM SHOPPING"

5⃣  3 pkataan suami yg buat bulu roma isteri berdiri....
"SAYANG, JOM TIDOR"

6⃣  3 pkataan suami yg blh mbuatkn perut isteri kembung....
"SAYANG, NAK BABY"

7⃣  Adapun 3 pkataan yg mbuatkn kita kena beli pinggan mangkok lain nk ganti yg pecah.
"ABANG NAK KAHWIN"
hahahahahahha......
Nasihat buat para Isteri :
Temanilah suami jika ke KFC..karena pelayan wanita di sana sering menatap tajam suami anda.. menyapa lembut & menggoda dgn pertanyaan mau "PAHA" atau "DADA"..mau "di sini" atau "bawa pulang"..??
X cukup dengan tu masih tanya lagi.. mau yg "original" atau "hot n spicy"..??
Jadi hati2 yaa... 

Hassan Al Basri: Jangan minta hutang

image credit www.vkeong.com




KISAH 2 BERADIK YG BERBEDA TAFSIRAN.

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.
Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.
💞 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.
Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan hidayah & taufiq....
Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;
"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

7 Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami

kredit aleaveofabsence.com


Salam semua,

Aku tertarik dan berasa wajib untuk berkongsi secebis panduan dan pesanan kepada para isteri di luar sana.
Walaupun syurga itu terletak di bawah kaki ibu, tapi penghuni neraka itu ramainya adalah dari kalangan kaum wanita.
Renungkan 7 tanda isteri derhaka kepada suami :



Tujuh Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami
Terdapat 7 tanda-tanda yang si isteri menderhaka kepada suaminya

  1. Menghina @ mengumpat suami
  2. Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
  3. Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
  4. Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
  5. Membenci kegemaran suami
  6. Menjadi pressure atau tekanan kepada suami
  7. Mengungkit-ungkit janji suami


Sumber Asal: 7 Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami | HASRULHASSAN.COM™
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...