Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Showing posts with label Muar. Show all posts
Showing posts with label Muar. Show all posts
Jadual berbuka puasa dan imsak negeri Johor Ramadan 2014 1435 Hijrah
Assalamualaikum wbt
Hari ini merupakan hari pertama berpuasa, 1 Ramadan 1435 Hijrah. Alhamdulillah, diberikan kita sekali lagi kesempatan untuk mengharungi bulan yang penuh barakah ini. Mari kita perbanyakan amalan soleh, dan kurangkan perkara lagha dan melalaikan. Teguhkankan iman, kuatkan taqwa. Semoga kita diberkati dan dirahmati.. Amin.
Untuk rujukan kita bersama, disertakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Johor.
Niat puasa Ramadan sebulan dan doa berbuka puasa:
Salam Ramadan 1435H (2014).
Tiru Coconut Shake Klebang
original Coconut Shake Klebang image credit
Nama Coconut shake Melaka memang sudah tersohor dan terkenal satu "Malaya'. Paling popular adalah Coconut Shake Klebang. Mungkin mereka juga pelopor yang menjadikan 'coconut shake' popular dan komersil. Ramai juga yang google 'coconut shake melaka recipe' untuk mencari resepi rahsia di sebalik kejayaan mereka.
Bagi peminat coconut shake di Muar, mungkin tiada masalah bagi mereka untuk meneguk kenikmatan coconut Shake Klebang. Dengan jarak perjalanan kurang satu jam menaiki kereta atau menunggang motosikal, Melaka memang sebentar sahaja untuk sampai.
View Larger Map
Peta google, lokasi dan alamat Coconut Shake Luar Biasa di Parit Bunga, Muar.
Walau bagaimanapun,tak semua orang sanggup untuk pergi ke Melaka setiap minggu, hanya untuk meneguk coconut shake. Jadi, kini orang-orang di Muar ada alternatif. Apa kata anda singgah ke Coconut Shake Luar Biasa, Muar.
Kat mana tu? Lokasinya adalah di KM 7, Parit Bunga, Muar (Ledang), terletak di sebelah kiri jika anda menghala ke Tangkak, selepas turun jambatan kedua Muar. Kalau tak pasti, boleh tengok point A pada google maps di atas.
Setakat ni, di gerai Coconut Shake Luar Biasa ni, anda boleh dapatkan:
Coconut Shake Biasa .......= RM2.00
Coconut Shake Luar Biasa = RM2.50
Air kelapa 'ori' = RM2.00
Buah Kelapa Muda ........ = RM3.00
Durian Crepe 3 pcs ..........= RM5.00
Durian Crepe 6 pcs ..........= RM10.00
Nak tahu kenapa namanya coconut shake luar biasa, nantikan entri seterusnya.... :)
Dalam hidung ada biji
Keriangan makan pizza hut pada hari Ahad lepas bertukar dari gembira dan santai kepada tegang. Ahmad IQbal dengan tak semena-mena menyumbatkan sebutir kekacang daripada 'topping' pizza, masuk kedalam lubang hidung.
Apa lagi si umi tak senang duduk, tak senang berdiri. Aku pula mencari ikhtiar terlebih dahulu dengan cuba mencari jalan membuat Ahmad IQbal bersin. Harapan aku agar kacang tersebut menyembur keluar. Puas juga kami membuatkan dia bersin, tapi tak cukup kuat untuk membolehkan kacang tersebut keluar.
Akhirnya akur dengan situasi,menjelang 10.30 malam, kami sekeluarga pergi ke hospital Muar. Nasib baik kami pergi waktu malam, suasana memang tenang, orang pun tidak ramai. Kami bergegas ke kaunter 'kecemasan' dan membuat pendaftaran. Semasa mendaftar, misi berkata, "memang biasa budak umur macam ni (+/- 3 tahun) masukkan objek dalam hidung". "Ooo", jawab aku sambil menganggukkan kepala tanda faham.
Pendaftaran tidak mengambil masa yang lama. Kemudian kami diarahkan pergi menunggu di kawasan zon KUNING, ruangan separa kritikal. Aku dan Ammar Zakwan menunggu di luar, sementara Umi dan Ahmad IQbal masuk ke dalam.
Tak sampai 10 minit mereka berdua keluar dari pintu kuning. Senyum terukir di bibir umi, semua nya selesai.
Alahmdulillah, syukur kami berjaya melepasi satu lagi ujianMu ya Allah.
Kalau ramai orang asyik memperlekeh dan mempersendakan kewibawaan hospital kerajaan, aku berpendapat sebaliknya. Doktor dan jururawat yang cekap, kelengkapan yang cukup, serta layanan yang baik, ada pada mereka. Cuma mereka juga manusia, kadang-kadang ada segelintir yang hilang sabar dengan karenah pesakit / pelawat. Bila ini terjadi, seluruh warga hospital kerajaan dipersalah. Ini tidak adil.
Apa-apa pun, terima kasih kepada kakitangan kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, yang membantu menyelesaikan masalah kami malam itu. Tahniah kerana berjaya menangani situasi cemas sebuah keluarga.
p/s - Selamat menyambut hari lahir Ahmad IQbal, dah 3 tahun dah rupanya. Teringan kenangan masa lahir dulu, memang betul-betul menguji keimanan.

Mee Siput si mee sedap
Semalam, masa aku masuk blog Bluedianthus, aku perasan ada satu banner, rupanya macam kat bawah ni:
Aku klik dan aku tengok, wah! Kagum 5 minit... Sebab utama, mee siput* memang la makanan asasi masa kat sekolah agama kecik-kecik dulu. Yang kedua, sebab tokey mee siput ni telah keluar dari kepompong penjual mee siput yang lain. Apa tu, dah masuk online. Boleh order sahaja walaupun berada di hujung Malaysia.
Untuk warga Muar, mi siput memang menjadi kegemaran dan santapan yang 'best'. Untuk warga-warga daerah lain di negeri Johor, aku kurang pasti berapa kencangnya penangan mee sipot ni. Seingat aku masa bersekolah di Kluang dulu, memang ada.
Apa-apa pun, tahniah kepada SMART RAUDAH ENTERPRISE yang beroperasi di Sungai Abong, Muar kerana berjaya membuka lembaran baru dalam perniagaan online. Mee siput mereka sudah siap bergoreng dan mempunyai sambal tumisnya sekali. Aku memang pasti makanan istimewa ini sukar untuk mendapatkannya di pasaran luar Johor.
Jadi bagi sesipa yang gian makan mee siput, boleh 'order' saja. Diaorang boleh pos, dan biasanya esok sampai. Yang tak pernah makan mee siput, ada bran mau coba? Memang mee sedap!
* mee siput merupakan mee yang dikeringkan dan berbentuk lingkaran (elipse). Kebiasaannya, ia digoreng dan dimakan bersama-sama pencicah sambal tumis. Mee siput juga boleh dibuat bubur (pengat).

Fresco Muar terbakar
Bahagian atas (tingkat 3) Pasaraya Fresco Muar terbakar semalam (30 April 2010)! Tu yang makcik aku bagi tau. Dia kerja di Maybank Jalan Sulaiman, Muar.
Aku ada pergi ke bank waktu petang dalam pukul 3.30pm. Mak ai, 'jam' gila semua mesin ATM / cash deposit machine. Tak kira CIMB, AMbank, apatah lagi raja bank - maybank. Semuanya gara-gara kebakaran sebelah awal pagi yang mengakibatkan talian elektrik kena 'potong' hampir sepanjang hari.
Tu je la laporan tak rasmi daripada wartawan cap ayam.

"Parking" kereta sukahati di Muar
Salam...
Gambar pertama tu adalah pemandangan indah menjelangnya senja di Hentian Bas Maharani, Muar (memang terletak bersebelahan Sungai Muar). Bot tu kalau tak silap saya adalah hak milik Jabatan Kastam. Cantik tempat ni, boleh layan blues.... Gambar ni saja je bagi rasa redup dan sejuk mata memandang.
SILA BACA 10 cara jana pendapatan dirumah

Gambar kedua ni adalah tempat meletak kereta sukahati di Bandar Maharani (Muar). Itu adalah pemandangan biasa, terutama pada waktu hari bekerja dan waktu puncak. Jika anda datang ke Muar, jangan terpengaruh dengan budaya setempat yang meletak kereta sesuka hati. Tak tahu di mana silapnya, masyarakat kita tak tahu dan kurang pandai untuk letak kereta di tempat yang disediakan. Apalah salahnya berjalan kaki untuk ke kedai yang dihajatkan. Bukan jauh sangat, kalau setakat Jalan no. 1 (Jalan Petrie), dan jalan no. 2 (Jalan Mariam), tempat 'parking' kereta ada banyak kosong di Hentian Teksi.
MPM (Majlis Perbandaran Muar) serta Polis Trafik Daerah Muar perlu mengambil langkah lebih konsisten dalam mendidik mentaliti orang Muor. Saya sebagai anak jati Muar cukup terharu dan simpati dengan minda kelas ketiga ini. Kalau melalui pusat bandar pada waktu-waktu begini, memang menyakitkan hati. Bukan sahaja membahayakan pemandu, bahkan pejalan kaki turut terancam dengan kereta atau motosikal yang tiba-tiba akan 'mencilok' untuk mengelak kereta-kereta yang bertaburan di parking sukahati ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)