Showing posts with label pejabat. Show all posts
Showing posts with label pejabat. Show all posts

RM500 duit poket




Aku rasa dalam banyak-banyak kempen jawatan kosong / kerja part time. Ini kali pertama aku jumpa tawaran tak masuk akal daripada ejen / broker 'jobseeker'.

Kalau betul seperti yang diwar-warkan, "Kami bayar anda RM 500 jika anda mendapat kerja melalui JobsCentral" . Kerja dapat, wang saku RM 500 buat modal memulakan alam pekerjaan pun dapat. Tuah berganda nampak gayanya, kerja dapat, duit poket pun dapat.

Mungkin yang sedang mencari kerja tetap atau mungkin memngintai peluang kerja part time, bolehlah daftar dengan JobsCentral tu. Mulanya aku memang tak tahu pun pasal JobsCentral, tapi nampaknya hampir sama macam kita minta kerja melalui Jobstreet tu.

Kalau sebelum ni dah banyak permohonan jawatan kosong kita minta, apa kata cuba yang ini pula. Daftar percuma, lepas tu tunggu jelah mana tahu rezeki kita melalui JobsCentral ni?

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu?? Anak dara dan lelaki kacak di luar sana, Cubalah sendiri!


3 orang sudah masuk Latihan Kerja Praktikal

Bermula Isnin lepas, 3 orang sudah masuk Latihan Kerja Praktikal di Idea Workshop Sdn Bhd. Seorang lelaki dan 2 'bunga', ketiga-tiganya daripada jurusan senibhina Politeknik Port Dickson.

Aku harapkan mereka mendapat pembelajaran yang terbaik sepanjang bekerja praktikal di firma arkitek ini. Aku juga berharap untuk memberikan segala tunjuk ajar yang sehabis baik buat mereka.

Aku satu ketika dulu pun pernah merasai dunia 'blur', kekurangan ilmu pengetahuan ketika mula-mula bekerja. Memang selalu kena marah dengan bos, terkial-kial buat kerja. Jadi, aku tak mahu graduan-graduan di luar sana jadi macam aku. Aku nak diaorang semua mantap dan berkaliber bila 'grad'.

Untuk mereka bertiga dan yang lain-lain di luar sana, selamat menjalani latihan praktikal. Selamat maju jaya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...