Showing posts with label bloggers. Show all posts
Showing posts with label bloggers. Show all posts

Rang Undang-undang Kanun .. jenayah siber

Sumber Bernama, menarik untuk dikongsi...

KUALA LUMPUR: Dua Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Rang Undang-undang itu, termasuk pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang telah diluluskan semalam, adalah bagi melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang turut diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 berkata penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.

Justeru, katanya Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.

"Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. "Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran," katanya menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung isu tersebut.

Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua, Mohamed Nazri berkata penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.

Katanya pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain.

"Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung," kata beliau.

Justeru, Nazri berkata tujuan peruntukan anggapan berasaskan 'owner-onus principle' adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu. Bagaimanapun, katanya pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.

Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Sementara itu, Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.-BERNAMA

SEO lelaki kacak

cilok screenshot cabaran SEO lelaki kacak 2012


Nampaknya Titan sedang menganjurkan pertandingan SEO berprestij, untuk keyword lelaki kacak. Cabaran SEO lelaki kacak 2012 ni aku jamin akan menarik ramai blogger untuk beradu kekuatan skill SEO masing-masing.

Bagi yang terer, segala jurus lelaki kacak pasti akan keluar. Bagi lelaki yang kurang kacak, atau kacak-kacak ayam, mungkin 'try and error' atau hantam saja. Mana tau nasib baik keluar muka pertama google SERP.

Aku kategorikan diri aku lelaki kacak - kacak ayam, cuba jelah,  mana tahu skill menjadi. muahahhaaha..

Bukan senang nak menjadi lelaki kacak di mata gadis-gadis di luar sana. Ada lelaki kacak di mata gadis bila mereka hensem macam Brat Pitt. Ada pula lelaki kacak pada pandangan mata gadis bila mereka memandu kereta mewah, BMW M3. Lelaki juga boleh nampak kacak di mata wanita bila memiliki rumah sendiri dan berpendapatan 4- 5 angka sebulan. Mungkin juga tergolong 10 blog lelaki kacak sudah memadai untuk langkah pertama.

Jadi, kita di tahap lelaki kacak yang mana? Korang pilih nak jadi lelaki kacak yang mana?

Entri ni aku buat sekadar pemanas badan, belum lagi masuk pusingan kelayakan olimpik Cabaran SEO lelaki kacak 2012.




Berakhirnya episod Lelaki Kacak

Aktiviti sosial bersama blogger, temuduga kerja arkitek



Salam 1Malaysia buat semua pembaca blog ini.


Agak lama juga aku tak menulis di sini. Banyak yang hendak diceritakan, namun jiwa kacau kadang-kadang menunda semangat untuk menulis. Aku akan update secara ringkas apa yang aku tempuhi selama lebih kurang 2 minggu kebelakangan ini.

Khamis lepas, aku bertemu beberapa blogger yang hebat, dan ramai yang kenal dengan mereka. Mula-mula aku berjumpa si Sangilapi di rumahnya. Kemudian kami berdua minum petang sementara menunggu Maghrib untuk bertemu Mijie yang hanya akan selesai berkursus selepas 9.30 malam.

Selepas solat Magrib di K-Mall @ K-Mart Tg. Agas, kami berdua ke gerai kebab Zikir Food. Alhamdulillah kelibat brader Azam dan Megat ada di situ. Beberapa minit sahaja kami berdua sempat singgah untuk bertanya kabar dan mengambil kebab yang dah ditempah. Kami terpaksa angkat kaki sebab kena pergi ke hotel Avillion, Melaka untuk bertemu Mijie pula.

Di Melaka, kami 'lepak sampai lebam' di restoran mamak pantai Klebang. Banyak yang dibualkan terutamanya SEO, blog, dunia nyata dan sebagainya. Nak cerita di sini pun tak muat dan mungkin muak pula nak didengar.

Cerita lain pula, Alhamdulillah, aku berjaya buka akaun baru untuk ebay.co.uk dan link dengan paypal. Cuma sekarang nak masuk gear 2 untuk terus jalan dan melangkah lebih jauh. Doakan aku berjaya ye.

YMads pula buat hal dalam tengah rancak menabung USD ke dalam akaun. Tak tahu kenapa website tak boleh buka (down). Aku harap sempat merasa duit yang dah terkumpul kat dalam tu. Naya betul kalau rentung tak dapat satu sen pun.

Akhir sekali, aku nak kongsikan berita terkejut yang aku terima melalui sms petang tadi. Satu pelawaan untuk interview jawatan arkitek menanti aku Isnin ini di Jalan Tengkera, Melaka. Kerja tu aku pohon melalui jobstreet. Resume pun cincai boncai guna notepad sahaja. Isteri aku ceria sungguh dapat berita tu yang dihantar secara rasmi ke dalam emel.

Aku sebenarnya dah 10 tahun tak kerja dalam pejabat. Akhir sekali kerja dengan orang pada tahun 2007 di ladang kambing jamnapari. Tak tahu apa rasanya nanti kalau dapat kerja ni. Mak aku, isteri dan famili sebenarnya yang bersungguh suruh aku kerja. Nak buat camne, bisnes tengah drop, banyaklah usul suruh minta kerja kosong.

Uish, panjang berjela juga entry aku ni. Kalau korang nak memohon jawatan kerja kosong, mungkin boleh pergi ke GRADUAN ASPIRE 2011.

RM12,000 pendapatan Nuffnang untuk Januari

Gambar screenshot bukti pendapatan 


Tak sangka lebih RM12,000 dijana daripada Nuffnang, hasil titik peluh menjana pendapatan daripada blog. RM1,500+ pula dijana melalui ChurpChurp. Memang nampak sukar bagi hampir kebanyakan blogger tapi itulah yang telah aku Redmummy dot com buktikan.

Bukan mustahil untuk meraih pendapatan melalui berblogging, apatah lagi untuk menyara hidup dan menjadi satu profesyen pekerjaan. Yang penting boleh baca tips-tips menarik dan mantap daripada red diva yang dah tersohor ni.

Mungkin pendedahan ini satu pembakar semangat kepada para blogger tanahair? Tak mustahil juga era anak-anak sekolah zaman ini akan menulis 'blogger' di ruangan cita-cita?

Apa pula komen anda kalau anak kita memilih blogger sebagai pilihan?

Blogger yang tersepit


Entri ini diterbitkan atas dasar menyahut cabaran Ijad, dan juga memeriahkan suasana berblogging yang kadang-kadang suram dengan ketandusan idea serta jiwa kacau.

Aku sekarang ni memang kurang ghairah untuk berblogging. Mungkin perkara utama disebabkan oleh faktor sibuk dengan busana muslimah aku tu? Atau aku sedang berperang dengan jiwa kacau? Entahlah, aku sendiri kurang pasti untuk menjawabnya.

Ada ketikanya aku mencongak dan mengira kebarangkalian untuk meninggalkan dunia perniagaan dan blogging yang aku buat waktu ini. Meninggalkan status bekerja sendiri untuk memasuki alam pekerjaan kolar putih? Ahh.. aku bingung juga.


Walaupun kadang-kala bisnes itu ada turun naiknya., dan ada pasang surutnya. Aku tetap sayangkan  bisnes yang aku jalankan... Tapi aku agak buntu bila mak asyik menyuruh aku memohon kerja yang setimpal dengan kelulusan yang aku ada, sedangkan jiwa aku adalah jiwa berniaga.

Aku rasa tersepit..

Intensedebate yang mesra backlink bagi blogspot

Aku baru je setup intensedebate bagi untuk blog ini. Banyak perkara yang aku nampak sangat bagus dan mesra alam penggunaan IntenseDebate untuk blog berplatform blogspot.

Untuk blog wordpress, blogspot mahupun bukan seorang blogger, antara kelebihan dan keistimewaan IntenseDebate adalah:

1. Dapat tinggalkan backlink kepada blog anda.
2. Pemberitahuan sekiranya komen anda dibalas.
3. Commentluv (post yang terkini daripada blog anda terpapar).
4... apa lagi ek?

Sindrom 'Monday Blues' %$@^#&*


 credit to google image

Jam di laptop aku menunjukkan angka7:32am, maknanya kejap lagi akan bermulalah waktu kerja untuk hari pertama dalam minggu ini. Tak dapat lari, mesti pergi masuk ke pejabat atau tempat kerja. Mood bercuti pada hari semalam masih belum hilang, apatah lagi kalau penat seharian berjalan ronda-ronada kotaraya.

Aku masih lagi didepan laptop, bersengkang mata, menyiapkan kerja-kerja upload butik online. Sambil tu curi-curi masa update blog. Dah itu yang aku pilih, blogging dan online bisnes. Kaya? Belum lagi. Cuma aku senang bekerja dari rumah.

Kalau selama ini, aku terpaksa bekejar ke pasar malam, expo (karnival), pasar tani sambil menguruskan perniagaan online. Tapi sejalk minggu lepas, aku nekad untuk jadi blogger sepenuh masa + IM (internet marketer). Aku tak terkejar buat semua tu. Aku hanya ada 2 tangan dan 2 kaki. Tak lebih, tak kurang. Kudrat aku pun terbatas.

Isteri aku cadangkan aku untuk minta kerja di firma arkitek, sebab katanya aku dah tak perlu masuk pasar malam. Tapi aku bertegas dengan fleksibel masa yang aku ada.

Kini aku sedar, kalau dulu aku ada cita-cita nak jadi jutawan. Sekarang aku akur, biarlah hidup sederhana mewah, yang penting hati dan jiwa tenang. Tenang dalam pelbagai sudut. Tenang tanpa tekanan, tenang untuk menunaikan kewajipan hamba terhadap Allah swt.

Setiap orang ada prinsip masing-masing. Setiap manusia ada cita-cita dan tekad untuk menggapai impian. Aku pernah merasa hidup dalam kemewahan. Aku juga pernah jatuh tersungkur dan segalanya lenyap. Biarlah aku bangkit semula, tapi dalam keadaan besederhana dalam segala sudut; man-man kata orang Cina.

Untuk yang ingin masuk bekerja, selamat bekerja dengan tekun dan penuh amanah. Jangan curi tulang, jangan tuang kerja. Setiap detik dan ketika anda bekerja adalah satu tanggungjawab, kalau bukan di dunia kita ter'kantoi' mengular, di akhirat sana menjawab tak terkata.

Bagi para usahawan, peniaga serta blogger sepenuh masa. Gua respek sama lu semua. Hati kena cekal, jiwa kena kental

Bukan senang nak senang, tak susah nak susah.

Wasalam

Mengeteh bersama blogger

gambar curi dari Megat dot net

Hari ni tak banyak aktiviti online. Lepas berniaga di Pasar Tani Stadium Muar, mengeteh bersama Megat dan Jo, sampai santak petang. Banyak bercerita tentang isu global, bisnes dan juga bicara santai.

Pertama kali mencuba teh 3 layer, memang mantap beb!. Ada juga iras-iras rasa cendol sebab campuran gula merah tu. Pergghhh.. memang syok, sampaikan aku minum 2 gelas. Dah lama tak ngeteh macam ni. Asyik menghadap laptop je.

Tempohari, dapat berkumpul bertiga - aku, Megat dan bro Ardzham. Sedar tak sedar, dah cecah pukul 3 pagi. Bro Ardzham kena pergi kerja esok pagi... terpaksa beransur semuanya.

1001 alasan berblogging

 Adam Harith juga ada blog.


Kenapa anda berblogging? Apa tujuan anda mempunyai blog? Bagaimana pula anda tercebur menjadi seorang blogger? Setiap orang mempunyai alasan dan juga sebab bagi menjawab kenapa, apa dan bagaimana itu. Hakikatnya, ada yang terpengaruh dengan trend terkini memiliki blog, manakala ada pula yang mempunyai tujuan menjadi popular. Tak kurang juga, kebanyakkannya memilih medium blog sebagai melahirkan pendapat, buah fikiran atau melepaskana geram kepada pihak-pihak tertentu.

Aku akui, tujuan utama aku menulis blog adalah atas dasar mempromosikan perniagaan kambinng jamnapari satu ketika dulu. Kemudiannya, sedikit demi sedikit aku mula terjebak dengan alam blogger apabila aku mengetahui wujudnya Google Adsense sebagai pendapatan pasif.
 Ahmad IQBAL pun ada blog!

Jika kita pandai dan bijak mempertaruhkan blog yang ada, tak mustahil blog bakal memberikan pulangan yang mantap dan mampan, hinggakan mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Tapi awas, blog bukanlah satu pelaburan 'skim cepat kaya'. Anda mungkin hampa bila hari demi hari tiada USD $ yang dijana, bahkan satu sen pun belum terhasil mealui blog-blog yang ada. Apa yang perlu dibuat jika terjadi begini? Senang sahaja, carilah sifu seperti John Chow, atau yang paling dekat kita ada Rohaizad dot com.

Walau apa jua alasan berblogging, blog bukanlah tempat anda menjadi hipokrit atau samseng. berpada-padalah dalam mengeluarkan pendapat atau hujah. Peribahasa Melayu ada menyebut, "kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa".. Sendiri mau ingat beb.

Apa alasan ANDA menulis blog?

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor telah wujud di laman sosial Facebook, rentetan rasa tidak puasa hati terhadap Aduka Taruna.

17,255 keahlian dicatat pada jam 4.52 pagi, 27 Januari 2010, menunjukkan rasa taat setia warga anak Johor terhadap Almarhum Sultan Johor.

Sila ke sini untuk mengetahui isi kandungan blog Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor (dibacakan semula dalam video bantahan).

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul


Tiada kata yang dapat memeberikan definisi yang tepat akan penderitaan blogger ini. Beliau yang mengalami penyakit misteri bertarung dengan perasaan, maruah dan semangat untuk mengharungi hidup. Entah di mana silapnya, beliau sendiri tidak menduga ujian Allah ini. Doa dan airmata menjadi teman sehari-hari. Allah jua yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Untuk Megat, kuatkan semangat, cekalkan hati. Buat rakan-rakan blogger semua, doakan dan sumbangkan apa yang termampu.

Mungkin Ribbon khas : Blogger, We Care ini dapat sekurang-kurangnya membantu dalam meringankan beban Megat. Sama-sama kita berdoa dan menolong ikut kemampuan. Insyaallah.

Buat duit dengan blog : Blogsvertise

Salam semua,

Lama juga aku tak update blog ni. Terdapat kekangan masa dalam menjalankan perniagaan tudung dan jubah. Tambahan pula, isteri aku baru sahaja melahirkan anak semalam (Khamis) dan bayi masih lagi berada di ICU. Doakan 'baby' selamat ye.

Aku baru sahaja selesai menulis journal (entry blog) bagi tugasan Blogsvertise. Alhamdulillah, baru saja aku daftar, dah ada 2 tugasan yang bernilai usd$9 setiap satu. Kalau 2 dah jadi usd$18, kali dengan RM3.40 = RM61.20 dah dapat dengan hanya menulis 'entry' untuk 3 perenggan setiap satu. Setakat ni, satu entry dah dapat lampu hijau daripada pihak pengurusan manakala satu lagi tengah menunggu.

Aku dapat rasakan tak susah nak dapat tugasan buat duit dengan Blogsvertise ni berbanding Sponsoredreviews (kena bid job), LinkWorth dan ada beberapa lagi. tambahan pula aku hanya buat permohonan menggunakan 'blogger' (blogspot) dengan PR 2. Alhamdulilah dalam masa aku kelam kabut dan terkejar ke sana kemari, tetiba masuk emel mengatakan ada 'job'.

Jadi, kalau aku yang tak 'terer' blogging boleh dapat duit dengan blog, kenapa korang tak boleh? Mesti boleh punya....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1cD2Air7o3oTp-bjbc4kfERaY6pJBlOaRF7Icubs5R8a8eSvmdgxym1HFfPCHDZcAbQ1Xc1A1A4HAKbXOg6lcBXO-fDusM87bPt02kLWv4wzudwcLg-1llum7E6S0ky7r_VD6VuyFLCI/

klik , pergi daftar FREE

p/s - harus diingat, PR power senang dapat job
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...