Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Blogger femes tatak sombong maa

Komen pada entri gempak lebih 1 billion

Salam buat semua pembaca. 

Ramai yang beranggapan 'famous blogger' memang sombong, tak mau bertandang blogwalking ke blog-blog takde nama, apatah lagi yang menggunakan platform free; blogspot.

Serius aku sendiri terkejut bila Eyriqazz menjadi orang pertama memberi komen di entri 'Gempak lebih 1 billion' tersebut. Walhal aku dah lama tak beri komen di blog beliau (sebelum ni memang aku memberi komen-komen dan tak berbalas)







Komen Kujie2 dan Denaihati pada entri AmmarZakwan.com

Untuk entri AmmarZakwan.com pula, dua lagi nama besar dalam dunia blog Malaysia, Kujie2 dan Denaihati  pula memberi komen.

Antara blogger-blogger hebat yang pernah meninggalkan komen di dalam blog aku, termasuklah Titan, Shakkido, Akubiomed, Hazman Fadzil, Kulanz Salleh dan ramai lagi.

Aku bukan kroni mereka dan aku bukan blogger tegar yang blogwalking sepanjang masa. Tapi kalau kita asyik mengatakan blogger-blogger hebat hanya mementingkan kroni serta sombong. Aku tak setuju. 

Mereka juga manusia biasa, makan nasi dan ada sakit demam. Tak adil kalau kita labelkan mereka sombong sebab tak balas kunjungan kita ke blog mereka. Berpuluh-puluh dan beratus komen yang masuk blog mereka saban hari, memang tak terlayan sebab ada komitmen lain yang perlu dibuat.

Isi cerita dan gaya penulisan kita mempengaruhi pembaca. Kalau ayat-ayat manis korang memang 'power', tak mustahil blogger 'fofular' akan datang lagi. Tapi kalau tulisan dalam setiap perenggan penuh dengan 'short form' bahasa sms, kirim salamlah orang nak baca.

Ok, aku dah habis idea, nak kena gerak ke Merlimau.

Wasalam.

AmmarZakwan.com



Akhirnya ... Berjaya juga 'point' own domain "AmmarZakwan.com" pada blogger platform. Sebelum ni hampir 4 bulan domain tersebut terawang-awang tanpa platform, aku asyik sibuk pi mai, pi mai tang tu. Terabai domain tu tanpa sebarang susulan.



..                                     amiklah RM100,000                                    ..



Mula-mula aku terfikir nak letakkan domain ni pada wordpress self-hosted , add on pada hosting  NetKL yang sedia ada. Tapi memandangkan dah ada beberapa add on domain di situ + aku downgrade pakej yang ada, terpaksa aku ubah plan. Tepek je domain ni pada blogger.com buat waktu ni.

Untuk pengetahuan semua, aku ada 3 anak lelaki. Ketiga-tiganya ada domain sendiri dan aku parked pada blogspot:

1. Adam Harith (10 tahun) - AdamHarith.com
2. Ahmad Iqbal (3 tahun) - AhmadIQbal.net
3. Ammar Zakwan (5 bulan) - AmmarZakwan.com


Antara sebab lain, malas nak pening kepala, sebab sekarang memang aku jarang update blog-blog yang sedia ada. Tengah nak fokus pada 2 projek utama untuk 2013. InsyaAllah, dah berjaya, aku akan kongsi dalam blog ni. kalau sapa-sapa berminat nak join, aku akan bantu dan tolong mana yamng termampu.


Bila membicarakan tentang blog berbayar (domain self-hosted), 'domain parked at blogger' dan juga blog percuma (wordpress, blogspot, Tumblr etc), ada banyak pro dan kontra . Kalau self hosted tu, maknanya kena buat bersungguh-sungguh. Yelah, dah bayar hosting, duit keluar, pastikan berbaloi.

Tapi, pulangan tu tak semesti dalam bentuk wang ringgit. Mungkin dalam bentuk pulangan saham akhirat, (no 3 bold) di bawah ni:

Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala yang ada padanya di atas muka bumi ini kecuali 3 perkara:
  1. Anak soleh, yang mendoakan kedua ibu bapanya
  2. Sedekah amal jariah
  3. Ilmu yang bermanfaat.


Menulis blog, tak semestinya sia-sia walaupun duit tak berapa masuk. Kalau banyak ilmu bermanfaat yang kita kongsi. Itu dah cukup bagus. 

Walau bagaimanapun, tulis blog tu, elakkan menulis gossip yang belum tahu kesahihannya. Tak guna trafik kencang, RM masyuk riba-riban, tapi jadi sumpahan dan cacian pelbagai pihak (terutama orang yang kena gossip). Kalau berita yang ditulis, terpapar dalam blog,  memang tak betul, dah jadi fitnah pula. 

Ingat ye, kalau dosa kita dengan Allah, bila-bila masa kita boleh minta ampun, selagi pintu taubat masih terbuka. Tapi dosa sesama manusia, kalau tak selesai atas dunia, di Padang Mahsyar lah jawabnya..


Jauh lari topik asal aku menulis... tapi dah tulis, malas aku nak edit lagi..


p/s- Semua yang aku tulis ni, bukan berniat nak mengutuk atau mencaci sesiapa, tapi sekadar peringatan dan renungan diri sendiri dan kita bersama.

Jom join Contest Giveaway hujung tahun 2012



Salam buat semua

Dah lama tak menulis, balas komen serta blogwalking pun terbatas. Mana taknya, bapa saudara (Poksu) belah isteri baru bernikah hujung minggu lepas di Putrajaya. Hujung minggu ni pula majlis pihak lelaki pula di Kampung Sempang Pantai (Merlimau).

Ok cukup mukadimah tu. Apa yang sebenarnya aku nak kongsikan adalah contest di blog SamDaddyCool dot com. Caranya amat mudah, hanya buat dialog atau cerita lucu / sedih, berdasarkan kartun yang aku lukis di atas ni. Yang penting best, menarik dan boleh menggugat hati para juri.

Antara syarat lainnya kena buat entri pada blog atau post kat facebook wall, tapi kena ada ayat ni:

Contest sponsored by:
  1. http://MuhasabahTrading.com
  2. http://SamDaddyCool.com
  3. http://etiqatakafulmy.blogspot.com


Yang penting, ini bukan SEO contest, tak payah nak pecah kepala atau memerah keringat. Apa lagi, jom join.

2 blog aku dah kena Tamparan Google Penguin Algoritma



Mengikut bacaan dan rujukan aku di Anak Ulu Cheka;


Google Penguin adalah codename update algoritma Google yang telah diumumkan pada 24 April 2012. kemas kini ini bertujuan untuk mengurangkan kedudukan enjin carian laman web yang melanggar Garis Panduan Webmaster Google dengan menggunakan (black hat) atau hitam topi SEO teknik seperti keyword stuffing, cloaking, participating in link schemes, Salinan Copy Paste, dan lain-lain.
Fokus utama Penguin adalah backlink dan cara di mana laman web mendapatkan link juice (jus pautan) untuk meningkatkan PageRank. Khusus, Penguin meletakkan lebih penekanan kepada reputasi dan kualiti tapak yang yang menghubungkan domain khusus anda bukannya bilangan pautan yang titik ke arah anda.
Asal usul Google Penguin ini adalah makin banyaknya laman, blog, web yang isinya berisi SPAM (web SPAM) dan mengakibatkan search engine google tidak berminat lagi untuk memaparkan hasil pencariannya. Selain itu Google Penguin juga akan mengesan dan memberi hukuman kepada laman atau blog yang berpotensi menjadi sampah dalam search enginenya. Dengan munculnya Google Penguin ini membuat banyak trafik blog akan menurun dan sebaliknya ada yang meningkat pula.

Baca penerangan penuh di AUC 



Aku yakin blog aku ni dah kena tampor untuk Google Penguin sebab  dah hilang beberapa keyword organik. Blog lagi satu, pun rasanya dah kena tampor beberapa bulan lepas..

Rugi hilang trafik dan rugi sumber backlink kepada affiliate.. Hmm takde rezeki nampanya.

Ada tips macamana nak pulihkan balik blog daripada tamparan google penguin ni?


p/s - isteri baru masuk wad petang tadi, berjaga-jaga mungkin kena induce (due 09/08/2012), sebab kencing manis.

Rang Undang-undang Kanun .. jenayah siber

Sumber Bernama, menarik untuk dikongsi...

KUALA LUMPUR: Dua Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Rang Undang-undang itu, termasuk pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang telah diluluskan semalam, adalah bagi melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang turut diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 berkata penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.

Justeru, katanya Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.

"Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. "Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran," katanya menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung isu tersebut.

Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua, Mohamed Nazri berkata penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.

Katanya pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain.

"Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung," kata beliau.

Justeru, Nazri berkata tujuan peruntukan anggapan berasaskan 'owner-onus principle' adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu. Bagaimanapun, katanya pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.

Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Sementara itu, Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.-BERNAMA

SEO lelaki kacak

cilok screenshot cabaran SEO lelaki kacak 2012


Nampaknya Titan sedang menganjurkan pertandingan SEO berprestij, untuk keyword lelaki kacak. Cabaran SEO lelaki kacak 2012 ni aku jamin akan menarik ramai blogger untuk beradu kekuatan skill SEO masing-masing.

Bagi yang terer, segala jurus lelaki kacak pasti akan keluar. Bagi lelaki yang kurang kacak, atau kacak-kacak ayam, mungkin 'try and error' atau hantam saja. Mana tau nasib baik keluar muka pertama google SERP.

Aku kategorikan diri aku lelaki kacak - kacak ayam, cuba jelah,  mana tahu skill menjadi. muahahhaaha..

Bukan senang nak menjadi lelaki kacak di mata gadis-gadis di luar sana. Ada lelaki kacak di mata gadis bila mereka hensem macam Brat Pitt. Ada pula lelaki kacak pada pandangan mata gadis bila mereka memandu kereta mewah, BMW M3. Lelaki juga boleh nampak kacak di mata wanita bila memiliki rumah sendiri dan berpendapatan 4- 5 angka sebulan. Mungkin juga tergolong 10 blog lelaki kacak sudah memadai untuk langkah pertama.

Jadi, kita di tahap lelaki kacak yang mana? Korang pilih nak jadi lelaki kacak yang mana?

Entri ni aku buat sekadar pemanas badan, belum lagi masuk pusingan kelayakan olimpik Cabaran SEO lelaki kacak 2012.




Berakhirnya episod Lelaki Kacak

Bekerja di rumah : USD $5.40 untuk satu klik





Salam ceria dan salam 1Malaysia buat semua.


Aku sebenarnya ingin berkongsi detik gembira saat aku mendapat satu klik  google ad sense bernilai USD $5.4, untuk pagi ini. Berbanding semalam, aku hanya berjaya mendapat $4.73 untuk 4 klik.

Sebenarnya aku bukan nak menunjuk-nunjuk pendapatan berblogging terbaru ni. Apa yang nak aku tekankan, inilah hasil yang aku mula kutip setelah jatuh bangun, kecewa serta hilang fokus dalam masa 3 + tahun bergelumang bermain-main dengan adsense.



Silap besar aku adalah hilang konsentrasi serta fokus akibat terpengaruh dengan lambakan informasi hasil pencarian dan pembacaan di forum-forum serta blog. Memang terlalu banyak cara dan sumber untuk kita menjana pendapatan melalui internet. 


Bekerja secara part time dari rumah mungkin impian kebanyakan kita. Namun, halangan utama ialah guru dan rujukan. Untuk rujukan, terlalu banyak sumber samada ebook free atau berbayar. Untuk tips mendapatkan sumber maklumat, pastikan anda memeriksa status ebook tersebut di scam.com, sebelum membeli. 


Jika tiada review di situ, google perkataan ebook **** scam / review. Dapatkan feedback daripada pembeli (biasanya di forum-forum) samada yang telah terkena umpan, mahupun yang puashati dengan kandungan ebook tersebut. Teknik ini juga boleh diguna pakai jika anda ingin membeli sesuatu sofware atau servis daripada IM 'tersohor' (kononnya).


Aku akui, aku hanyalah insan kerdil di dalam dunia keusahawanan internet ini. Kalau disebut samdaddycool, ramai yang tak kenal pun. Namun, aku ada pengalaman tersendiri sejak mula bergiat dengan ebay semenjak 2002.


Berblogging pula, aku mulakan dengan Google Adsense, setelah mula-mula diperkenal oleh Sham raja Adsense. Namun, silapnya aku hilang punca, mencuba pelbagai program cari duit yang pelbagai, hasil rujukan di dalam forum, mahupun blog-blog IM.  Aku akui, aku tiada tempat untuk merujuk, atau guru untuk menegur kesilapan aku


Kini aku mula mengarahkan fokus kepada PPC, produk fizikal dan juga blogging sebagai sumber utama pendapatan internet. Harapan aku, agar para pendatang baru (newbie) di luar sana, jangan cepat menggelabah. Jangan kalut andai melihat kejayaan otai. 


Yang penting, lakukan apa yang kita suka, dan apa yang kita mampu buat.

RM12,000 pendapatan Nuffnang untuk Januari

Gambar screenshot bukti pendapatan 


Tak sangka lebih RM12,000 dijana daripada Nuffnang, hasil titik peluh menjana pendapatan daripada blog. RM1,500+ pula dijana melalui ChurpChurp. Memang nampak sukar bagi hampir kebanyakan blogger tapi itulah yang telah aku Redmummy dot com buktikan.

Bukan mustahil untuk meraih pendapatan melalui berblogging, apatah lagi untuk menyara hidup dan menjadi satu profesyen pekerjaan. Yang penting boleh baca tips-tips menarik dan mantap daripada red diva yang dah tersohor ni.

Mungkin pendedahan ini satu pembakar semangat kepada para blogger tanahair? Tak mustahil juga era anak-anak sekolah zaman ini akan menulis 'blogger' di ruangan cita-cita?

Apa pula komen anda kalau anak kita memilih blogger sebagai pilihan?

Terima kasih Nuffnang


Baru minggu lepas rasanya aku mendapat BE baru daripada Olay, semenjak sekian lama blog pakaian muslimah kekal dengan satu BE yang bertahan hampir 3 bulan. Akhirnya BE daripa iklan Sanofi Lactacid gugur menjadi ME, 3 hari lepas, seterusnya melayakkan aku menekan butang 'cash out'. RM 13100 dituntut untuk dihantar ke rumahku dalam bentuk cek.

Bukan angkuh mahupun riak yang mahu ku tonjolkan di sini. Sekadar berkongsi perasaan gembira menerima duit hasil daripada blogging. Entry ini juga untuk penguat semangat bagi mereka yang masih kepingin merasai wang internet.

Pertama kali menunggu duit berblogging daripada Nuffnang memang menyeksakan. Tak salah aku hampir 2 tahun aku menunggu. Tapi bila dah 'pecah telur', Alhamdulillah, bila dah dapat yang pertama, yang kedua, ketiga dan seterusnya menjadi lebih mudah. Pokokpangkal, kenalah tekun dan tidak mudah putus asa.

Siapa kata buat duit melalui internet itu tipu, bohong dan dusta?

Blogger yang tersepit


Entri ini diterbitkan atas dasar menyahut cabaran Ijad, dan juga memeriahkan suasana berblogging yang kadang-kadang suram dengan ketandusan idea serta jiwa kacau.

Aku sekarang ni memang kurang ghairah untuk berblogging. Mungkin perkara utama disebabkan oleh faktor sibuk dengan busana muslimah aku tu? Atau aku sedang berperang dengan jiwa kacau? Entahlah, aku sendiri kurang pasti untuk menjawabnya.

Ada ketikanya aku mencongak dan mengira kebarangkalian untuk meninggalkan dunia perniagaan dan blogging yang aku buat waktu ini. Meninggalkan status bekerja sendiri untuk memasuki alam pekerjaan kolar putih? Ahh.. aku bingung juga.


Walaupun kadang-kala bisnes itu ada turun naiknya., dan ada pasang surutnya. Aku tetap sayangkan  bisnes yang aku jalankan... Tapi aku agak buntu bila mak asyik menyuruh aku memohon kerja yang setimpal dengan kelulusan yang aku ada, sedangkan jiwa aku adalah jiwa berniaga.

Aku rasa tersepit..

Intensedebate yang mesra backlink bagi blogspot

Aku baru je setup intensedebate bagi untuk blog ini. Banyak perkara yang aku nampak sangat bagus dan mesra alam penggunaan IntenseDebate untuk blog berplatform blogspot.

Untuk blog wordpress, blogspot mahupun bukan seorang blogger, antara kelebihan dan keistimewaan IntenseDebate adalah:

1. Dapat tinggalkan backlink kepada blog anda.
2. Pemberitahuan sekiranya komen anda dibalas.
3. Commentluv (post yang terkini daripada blog anda terpapar).
4... apa lagi ek?

Sindrom 'Monday Blues' %$@^#&*


 credit to google image

Jam di laptop aku menunjukkan angka7:32am, maknanya kejap lagi akan bermulalah waktu kerja untuk hari pertama dalam minggu ini. Tak dapat lari, mesti pergi masuk ke pejabat atau tempat kerja. Mood bercuti pada hari semalam masih belum hilang, apatah lagi kalau penat seharian berjalan ronda-ronada kotaraya.

Aku masih lagi didepan laptop, bersengkang mata, menyiapkan kerja-kerja upload butik online. Sambil tu curi-curi masa update blog. Dah itu yang aku pilih, blogging dan online bisnes. Kaya? Belum lagi. Cuma aku senang bekerja dari rumah.

Kalau selama ini, aku terpaksa bekejar ke pasar malam, expo (karnival), pasar tani sambil menguruskan perniagaan online. Tapi sejalk minggu lepas, aku nekad untuk jadi blogger sepenuh masa + IM (internet marketer). Aku tak terkejar buat semua tu. Aku hanya ada 2 tangan dan 2 kaki. Tak lebih, tak kurang. Kudrat aku pun terbatas.

Isteri aku cadangkan aku untuk minta kerja di firma arkitek, sebab katanya aku dah tak perlu masuk pasar malam. Tapi aku bertegas dengan fleksibel masa yang aku ada.

Kini aku sedar, kalau dulu aku ada cita-cita nak jadi jutawan. Sekarang aku akur, biarlah hidup sederhana mewah, yang penting hati dan jiwa tenang. Tenang dalam pelbagai sudut. Tenang tanpa tekanan, tenang untuk menunaikan kewajipan hamba terhadap Allah swt.

Setiap orang ada prinsip masing-masing. Setiap manusia ada cita-cita dan tekad untuk menggapai impian. Aku pernah merasa hidup dalam kemewahan. Aku juga pernah jatuh tersungkur dan segalanya lenyap. Biarlah aku bangkit semula, tapi dalam keadaan besederhana dalam segala sudut; man-man kata orang Cina.

Untuk yang ingin masuk bekerja, selamat bekerja dengan tekun dan penuh amanah. Jangan curi tulang, jangan tuang kerja. Setiap detik dan ketika anda bekerja adalah satu tanggungjawab, kalau bukan di dunia kita ter'kantoi' mengular, di akhirat sana menjawab tak terkata.

Bagi para usahawan, peniaga serta blogger sepenuh masa. Gua respek sama lu semua. Hati kena cekal, jiwa kena kental

Bukan senang nak senang, tak susah nak susah.

Wasalam

1001 alasan berblogging

 Adam Harith juga ada blog.


Kenapa anda berblogging? Apa tujuan anda mempunyai blog? Bagaimana pula anda tercebur menjadi seorang blogger? Setiap orang mempunyai alasan dan juga sebab bagi menjawab kenapa, apa dan bagaimana itu. Hakikatnya, ada yang terpengaruh dengan trend terkini memiliki blog, manakala ada pula yang mempunyai tujuan menjadi popular. Tak kurang juga, kebanyakkannya memilih medium blog sebagai melahirkan pendapat, buah fikiran atau melepaskana geram kepada pihak-pihak tertentu.

Aku akui, tujuan utama aku menulis blog adalah atas dasar mempromosikan perniagaan kambinng jamnapari satu ketika dulu. Kemudiannya, sedikit demi sedikit aku mula terjebak dengan alam blogger apabila aku mengetahui wujudnya Google Adsense sebagai pendapatan pasif.
 Ahmad IQBAL pun ada blog!

Jika kita pandai dan bijak mempertaruhkan blog yang ada, tak mustahil blog bakal memberikan pulangan yang mantap dan mampan, hinggakan mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Tapi awas, blog bukanlah satu pelaburan 'skim cepat kaya'. Anda mungkin hampa bila hari demi hari tiada USD $ yang dijana, bahkan satu sen pun belum terhasil mealui blog-blog yang ada. Apa yang perlu dibuat jika terjadi begini? Senang sahaja, carilah sifu seperti John Chow, atau yang paling dekat kita ada Rohaizad dot com.

Walau apa jua alasan berblogging, blog bukanlah tempat anda menjadi hipokrit atau samseng. berpada-padalah dalam mengeluarkan pendapat atau hujah. Peribahasa Melayu ada menyebut, "kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa".. Sendiri mau ingat beb.

Apa alasan ANDA menulis blog?

Buat duit dengan blog : Blogsvertise

Salam semua,

Lama juga aku tak update blog ni. Terdapat kekangan masa dalam menjalankan perniagaan tudung dan jubah. Tambahan pula, isteri aku baru sahaja melahirkan anak semalam (Khamis) dan bayi masih lagi berada di ICU. Doakan 'baby' selamat ye.

Aku baru sahaja selesai menulis journal (entry blog) bagi tugasan Blogsvertise. Alhamdulillah, baru saja aku daftar, dah ada 2 tugasan yang bernilai usd$9 setiap satu. Kalau 2 dah jadi usd$18, kali dengan RM3.40 = RM61.20 dah dapat dengan hanya menulis 'entry' untuk 3 perenggan setiap satu. Setakat ni, satu entry dah dapat lampu hijau daripada pihak pengurusan manakala satu lagi tengah menunggu.

Aku dapat rasakan tak susah nak dapat tugasan buat duit dengan Blogsvertise ni berbanding Sponsoredreviews (kena bid job), LinkWorth dan ada beberapa lagi. tambahan pula aku hanya buat permohonan menggunakan 'blogger' (blogspot) dengan PR 2. Alhamdulilah dalam masa aku kelam kabut dan terkejar ke sana kemari, tetiba masuk emel mengatakan ada 'job'.

Jadi, kalau aku yang tak 'terer' blogging boleh dapat duit dengan blog, kenapa korang tak boleh? Mesti boleh punya....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1cD2Air7o3oTp-bjbc4kfERaY6pJBlOaRF7Icubs5R8a8eSvmdgxym1HFfPCHDZcAbQ1Xc1A1A4HAKbXOg6lcBXO-fDusM87bPt02kLWv4wzudwcLg-1llum7E6S0ky7r_VD6VuyFLCI/

klik , pergi daftar FREE

p/s - harus diingat, PR power senang dapat job
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...