Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Puasa dari sudut kesihatan

SELAMAT BERPUASA. MOGA KITA SEMUA BEROLEH RAHMAT DAN KEAMPUNAN DI SISI ALLAH SWT.

***********************
Kuliah puasa dari sudut kesihatan. Oleh Tuan Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam, IPKIM)

Tajuk : "Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah kepada Madrasah Kehidupan"

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Namun kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Berbukalah puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang yang tinggi molasesnya) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hipotalamus (otak dalam otak). Salah satu caranya, elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hipotalamus yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan "window shopping" ke bazar ramadhan kerana pada waktu itu  fungsi kawalan hipotalamus dalam mengawal nafsu makan amat lemah setelah bekerja seharian drp mula waktu subuh utk mengawal kerja2 pembongkaran di hati. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- Hasil daripada pembongkaran glukogen tepu dihati semenjak drp pagi akan menghasilkan tenaga yang sgt banyak, tenaga ini utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak/diagih kepada sel2 dalam tubuh, hasil drp pergerakan solat 13 rakaat yang berulang2 serta gema tenaga sekitaran pada waktu setelah azan maghrib itu itu akan menyebabkan tenaga yang di hasil oleh tubuh kesan daripada puasa sepanjang hari akan dapat di serakkan ke dalam nuklues sel dan di gunakan dengan sempurna, oleh sebab itu solat maghrib perlu disegerakan... Allahu akbar...

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Secara automatik kita akan makan secara baik dan sedikit serta sudah boleh mengawal nafsu makan. Menu makan malam jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan satu jenis makanan ruji (cth Nasi), lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

6. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan susu segar + 3 biji kurma + satu sudu teh madu lebah yg diblender.

7. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawikh, solat dengan perlahan dan santai. Jgn terlalu yg gopoh gapah.

8. Kalau nak ambil makanan selepas solat terawikh, Pastikan ringan dan sedikit. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

9. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan asidifikasi 3 kali ganda....salah satu sebab kandungan kolestrol meningkat dlam darah.

10. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. X de masalah kesihatan.

11. Sempurnakan sekurang-kurangnya 10 rakaat solat sunat, Sunat wuduk(2 rakaat), taubat(2 rakaat), tahajjud(4 rakaat 2 kali salam), hajat(2 rakaat) dan 3 rakaat witir bagi yg belum witir selepas terawikh tadi.

12. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan, 1/4 keselesaan nya drp tidur sebelumnya. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

13. Sahur. Sebaik2 sahur adlh 1/18 dari makan malam dan yang terbaik adalah lebihan makan malam dengan syarat masih elok dan tidak basi. Lewatkan masa masak petang utk elak cepat basi. Masak lebih sedikit untuk mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dengan api perlahan dan setelah panas sedikit baru masukan garam

14. Slps sahur, boleh sedikit membaca quran secara tadabbur dan terus solat subuh berjemaah.

15. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd Tirod. Ia akan menyebabkan masalah terhentinya kerja2 pembongkaran(detokfikasi) toksid dalam badan.

16. Tidur qailulah ( masa terbaik adalah 1 jam sblm zohor, cukup hanya sekadar beberapa minit). 1 saat waktu ini menyamai tenaga tidur 45 minit waktu biasa.

***********************

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar biji kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Antara kurma yang terbaik ada 5 jenis.....ajwa, medjool, mabrom, safawi dan mariami

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dari  8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan. Insya-ALLAH.
***********************
Norhissam Mustafa
***********************

RM7k sebulan: Panduan dan tips bisnes air balang

http://www.muhasabahtrading.com/PanduanBisnesAirBalang


Rm7000 bersih dalam masa sebulan, hanya dengan menjual 3 balang air pada bulan Ramadan. Pasti ramai yang teruja dan terkejut dengan fakta yang didedah.

Apa yang pasti ini bukanlah omongan kosong, ia adalah berasarkan pengalaman sebenar yang dikongsi dan dikupas dalam ebook panduan Bisnes Air balang ini.

Anatara yang dikongsi adalah:

  1. cara memohon tapak bazar Ramadhan
  2. tips memilih tapak berniaga pasar Ramadan yang laris dan menjadi tumpuan ramai
  3. resepi beberapa jenis air yang sangat laku dan mempunyai permintaan tinggi
  4. peralatan yang perlu dan tidak perlu untuk dibeli


Jadi, jangan cepat melatah mengatakan kita tahu teori untuk memulakan bisnes air balang. Banyak sebenarnya perkara yang perlu diambil kira. Lebih baik kita merujuk kepada ilmu otai yang sudah lama berkecimpung dengan sepak terajang bisnes air balang ini.



2 kali seminggu, apa kelebihannya?

FADILAT PUASA 2 HARI SEMINGGU

Kajian ole Pakar Neuro sains University of South Carolina, USA tentang amalan puasa 2 kali seminggu telah membuktikan amalan itu amat besar faedah nya kpd kesihatan tubuh badan manusia. Masyarakat barat kini sudah mula berjinak2 dg amalan ini.

Masyarakat barat menmakan amalan ini sebagai "intermittent fasting" ataupun "5:2 diet", yg bermaksud 5 hari makan spt biasa dan 2 hari berpuasa.

Spt termklum, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW. Bgin da menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis-2 hari seminggu.

Dlm jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosains telah mengkaji bahwa puasa 2 kali seminggu dpt memberi manfaat kpd pertumbuhan sel otak yang baru. Sel2 saraf akn menghantar isyarat kpd DNA untuk menghasilkan sel baru yang sihat dan sel lama dimusnahkan.

Pakar neurosains menerangkan tentang mekanisme sel di dlm badan sewaktu kita menahan lapar dan dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dpt dijimatkan krna sistem penghadaman dapat berehat utk sekurang2 nya 12 jam. Pda waktu inilah tnaga yg dijimat kan dpt digunakan ole DNA utk menghasilkn sel baru dg efisyen.

Begitulah manfaatnya brpuasa 2 kali seming gu, atau dlm erti kata lainnya puasa sunat pd hari Isnin dn Khamis.

Apa yg telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW psti ada manfaat nya. Ayuh, marilah kita istiqamah dlm membu dayakn amalan puasa 2 kali seminggu - Isnin dan Khamis. 😃

Rumusan Fisiologi Puasa bulan Ramadan (baca hingga fasa 5)



Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.


Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.


Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.


Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.


Fasa 5 - Hari Raya Syawal
Badan jadi tak tentu arah..nafsu makan membuak tatkala terlihat ketupat dan rendang. Lemak baru dikumpulkan dan ketika inilah berat badan ditambah kembali dengan cara yang paling ganas. Darah menjadi naik dengan cepat naik ketika acc bank tiada berbaki..dan akhirnya pernafasan menjadi hampir tiada apabila gaji bulan depan lama lagi nak masuk...

Niat Puasa Sebulan Ramadan, doa berbuka puasa dan atucara sepanjang bulan puasa





perkara-perkiara produktif yang elok dibuat sepanjang bulan Ramadan

Puasa Ramadan: ulangkaji syarat, rukun, amalan, tingkatan puasa



Ulangkaji Bab Puasa:-

Niat Puasa - "Shj aku berpuasa pd esok hari dlm menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"



Doa berbuka puasa Ramadan versi Upin Ipin
Posted by Koleksi doa dan tazkirah on Monday, June 15, 2015


Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dr haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan
Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp pkr2 yg mbatalkan puasa
Perkara Yg Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:
1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk
7. Org yg sangat lapar & dahaga

Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.

Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.

Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp pkr2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yg apb berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yg terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apb berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu..

Niat Puasa cara senang nak hafal versi Raihan



Niat Puasa Ramadan cara mudah (versi nasyid Raihan)
Posted by Koleksi doa dan tazkirah on Monday, June 15, 2015


Untuk adik-adik di luar sana, apa kata hayati nasyid Raihan untuk senang hafal niat puasa Ramadan. Selamat berpuasa.

Jadual berbuka puasa dan imsak negeri Johor Ramadan 2014 1435 Hijrah



Assalamualaikum wbt

Hari ini merupakan hari pertama berpuasa, 1 Ramadan 1435 Hijrah. Alhamdulillah, diberikan kita sekali lagi kesempatan untuk mengharungi bulan yang penuh barakah ini. Mari kita perbanyakan amalan soleh, dan kurangkan perkara lagha dan melalaikan. Teguhkankan iman, kuatkan taqwa. Semoga kita diberkati dan dirahmati.. Amin.

Untuk rujukan kita bersama, disertakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Johor.



Niat puasa Ramadan sebulan dan doa berbuka puasa:



Salam Ramadan 1435H (2014).

Serius iklan raya best




Assalamualaikum wbt

Bulan Ramadan berbaki 3 hari saja lagi sebelum kita menjeguk Syawal, meraikan kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan.

Saban tahun, macam-macam iklan raya dipertonton kepada kita dengan pelbagai mesej serta tauladan untuk kita jadikan renungan. Ada yang kelakar, sedih, menusuk kalbu dan juga layan blues. Silap-silap boleh leleh air mata jantan kalau menonton sesetengah video iklan hari raya tu.

Pada aku hampir semua iklan hari raya Aidilfitri best dan membawa mesej tersendiri. Untuk iklan u mobile ni, korang saksikanlah sendiri (klik sini untuk tengok).

Dah tengok? Amacam? Best tak?

Jangan mengada-ngada, puasa dulu, baru raya


Korang jangan nak mengada-ngada cerita pasal raya.. Esok baru je nak mula puasa 1 Ramadan 1433, jadi jangan menggatal cerita berapa pasang baju raya, warna apa langsir tahun ni, berapa kilo kuih raya nak borong.

Oopppsss, sorry, 'over' plak, membebel jadi tok nenek.

Sebenarnya aku hanya nak kongsikan cara mudah niat puasa bulan Ramadan, dendangan kumpulan Raihan, "puasa dulu, baru raya".

Untuk panduan, aku sertakan sekali niat puasa serta doa berbuka puasa di bawah ini, untuk rujukan kita bersama.




Niat puasa Ramadhan untuk sebulan 




Niat Puasa harian



Doa Berbuka Puasa




Selamat menjalani ibadah puasa.


Jom Berhenti Merokok

 

 Jom Berhenti Merokok!

Bulan Ramadan dah makin hampir, maknanya kita akan memasuki bulan puasa, bulan penuh rahmat dan keberkatan.

Memang kalau ikut logik akal, bulan puasa sebenarnya adalah masa paling sesuai untuk berhenti merokok. Sebab utam adalah tempoh kita berjaga + boleh makan adalah sangat singkat iaitu dari pukul 7.30pm - 12.00am (4.5 jam + 1 jam sahur).

Dalam tempoh waktu ini sahaja seorang perokok tegar boleh mengambil bekalan oksigen sepuasnya.

Tapi itu bukannya perkara mudah. Sebabnya? Aku adalah bekas perokok tegar dan pernah melalui Kerja Gila : berhenti merokok, satu ketika dulu. Memberi perangsang dan memberi petua serta tips berhenti merokok tidak semudah yang disangkan. Sama macam berat mata memangdang, berat lagi bahu yang memikul.

Masalah utama kebanyakan perokok tegar, mereka akan hentam air segelas, dan hisap rokok untuk berbuka puasa.  Walau pun masing-masing tahu bahaya merokok, itu belakang kira. yang penting sudah dapat pam asap rokok ke  dalam paru-paru. Lepas habis sebatang, barulah dikerjakan nasi atau solat maghrib dahulu. Ini bukan cakap kosong beb, gua dah lalui semua tu.

Untuk berhenti merokok, semuanya datang daripada hati. Hanya kekuatan semangat, kecekalan, azam dan tekad yang bersungguh sahaja yang membolehkan kita berjaya lepas zon perokok tegar, berhenti dan menjalani gaya hidup sihat.

Alhamdulillah, aku dah berjaya melepasi dunia gelap seorang perokok. Aku doakan kalian yang masih mencuba  semoga berjaya dan jangan putus asa. Lagi satu, rokok telah difatwakan haram.

Selamat berpuasa dan selamat berhenti merokok.


Wasalam



Salam Ramadan

Salam Ramadhan buat semua.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam, baik yang berada di malaysia, mahupun di perantauan.

Harapan aku agar kita dapat menunaikan ibadat berpuasa ini dengan penuh rahmat dan keberkatan. Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 5 kita menunaikan ibadah puasa. Dalam kesibukan bekerja, jangan dilupai tanggungjawab menunaikan zakat fitrah. Tak perlu tunggu saat terakhir untuk mendapat lebih 'afdal'.

Nampaknya, tahun ini aku akan membayar zakat fitrah di Melaka, tempat  bekerja mencari rezeki. Kalau sebelum ini aku membayar pernah berzakat di Muar, Terengganu, KL dan juga UK, kali ini giliran fakir  miskin di Melaka akan diagihkan secebis kecil sumbanganku buat mereka yang memerlukan.

Mungkin aku akan mengambil cuti awal sebelum raya puasa untuk memeriahkan uptown Muar, bersama rakan-rakan niaga yang lain. Sambil itu, jualan online Alhamdulillah juga tampak makin meriah dengan Ramadhan semakin meniti ke puncak.

Hari pertama tempohari, aku cuba juga menjengah bazaar Ramadhan di pekan Merlimau.  Mak aiiii... tak sanggup aku nak menongkah arus manusia yang ghairah membeli juadah berbuka. Aku sekadar mundar mandir di gerai-gerai berdekatan tempat aku 'parking motor'. Memang aku kurang gemar nak bersesak-sesak kat tempat macam tu. Apatah lagi bila Ahmad IQbal ikut sama.. :D

Oklah, aku nak sambung buat kerja. Masih lagi di pejabat, semalaman belum tidur lagi. Nak siapkan construction drawing untuk rumah contoh di Krubong, Melaka. Hari ini nak hantar kepada client.

Akhir kata, selamat berpuasa!

Rezeki memberi komen


Jumaat lepas aku dapat satu bungkusan nipis daripada encik posmen yang bertugas. Aku belek-belek, tertulis alamat pengirim di belakangnya. Oh, baru aku teringat, ni adalah janji Nuaeman pada 5 orang yang bertuah di blognya. Terima kasih bro.

Aku dapat hadiah sebuah buku 'Adab Ramadan: Ramadan Pencetus Kecemerlangan Dunia dan Akhirat', hasil nukilan Absyar Fuad & Suzana Ismail. Terima kasih kepada Nuaeman Bookstore, yang menyumbangkan sebingkis ilmu untuk menjadi santapan minda di bulan puasa.

Insyaallah aku akan cuba baca sekerap mungkin untuk menghabiskan kandungan buku ini.  Yelah, karang rugi plak dah habis puasa tak baca-baca lagi buku tentang adab bulan puasa ni.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada Nuaeman yang sudi menghadiahkan buku ni kepada aku. Aku juga ingin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya atas pelancaran Nuaeman Bookstore : Kedai Buku Online. Semoga usaha murni tersebut mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt.

Selamat Berpuasa dan terima kasih

Salam Ramdhan 1431H,

Aku dah niat puasa untuk sebulan, jadi takde masalah alasan macam masa kecik-kecik dulu lupa niat.. :P Jadi kepada seluruh muslimin dan muslimat di serata dunia yang memulakan Ramdhan esok, ku ucapkan selamat menempuh Ramadan dengan penuh keberkatan dan kesabaran. Hadapailah ujian bulan puasa ini dengan tenang, tawaduk serta ikhlas.

Perangilah nafsu membeli belah secara rambang, berpada-pada ketika membeli juadah berbuka. Man-man bro... jangan ,membeli makanan macam orang tak makan nasi 3 minggu.

Aku juga nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada seorang kakak, sahabat maya dan juga mentor blogging yang sudi menempatkan ruang kepada seorang sahabat untuk menumpang kasih trafik.

Akhir kata, seribu keampunan dan kemaafan ku pinta buat sahabat blogger, sahabat 'real' dan sesiapa sahaja yang pernah aku tersilap daripada segi perbuatan mahupun percakapan. Semoga Ramdhan ini disinari dengan Nur & Hidayah daripada Allah swt.

Selamat berpuasa.

Puasa dah dekat, sendiri mau ingat



12 Syaaban 1431

Tak lama lagi bermulalah Ramadhan, bulan puasa bagi seluruh umat Islam. Bulan paling mulia dalam kalendar umat Islam. Bulan untuk menyucikan diri, dan memperbanyakkan amal ibadah. Bagi peniaga bulan ini juga merupakan peluang untuk menambah duit raya, tak kira samada secara sepenuh masa (sebulan), ataupun secara sambilan di pejabat.

Para peniaga bazar ramadhan, sudah tentu masing-masing dah dapatkan tapak berniaga di Majlis perbandaran setempat. Masing-masing dah tampil dengan idea bisnes yang mantap untuk 'wang besar' raya kali ni.

Tak mau cakap banyak-banyak, pengertian puasa dan syarat sah syarak, rasanya semua dah tahu kan? Cuma harap-harap kita semua dapat menunaikan ramadhan kali ini dengan lebih baik dan lebih keberkatan. Yang miskin dan fakir jangan dilupa manakala anak-anak yatim perlu dirai.

Jangan membazir membeli juadah berbuka macam tak ingat. Mercun pula, kalau boleh, tak payah beli. Baik sedekahkan duit tu kat tabung masjid atau tabung anak-anak yatim di kedai-kedai runcit / pejabat pos / dll.

Akhir sekali, puasa kena ganti ek!

Bberhati-hati ketika memandu pada musim perayaan. Ingatlah yang tersayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...