Showing posts with label zakat. Show all posts
Showing posts with label zakat. Show all posts

Zakat fitrah: kadar, syarat, waktu

credit image duniavitamins.com


 

Zakat fitrah


Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).


Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah.



Syarat Wajib Zakat Fitrah

 1.   Islam
Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.

2.    Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.


Kewajipan zakat fitrah

    Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
    Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.




Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  4. Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Salam Ramadan

Salam Ramadhan buat semua.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam, baik yang berada di malaysia, mahupun di perantauan.

Harapan aku agar kita dapat menunaikan ibadat berpuasa ini dengan penuh rahmat dan keberkatan. Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 5 kita menunaikan ibadah puasa. Dalam kesibukan bekerja, jangan dilupai tanggungjawab menunaikan zakat fitrah. Tak perlu tunggu saat terakhir untuk mendapat lebih 'afdal'.

Nampaknya, tahun ini aku akan membayar zakat fitrah di Melaka, tempat  bekerja mencari rezeki. Kalau sebelum ini aku membayar pernah berzakat di Muar, Terengganu, KL dan juga UK, kali ini giliran fakir  miskin di Melaka akan diagihkan secebis kecil sumbanganku buat mereka yang memerlukan.

Mungkin aku akan mengambil cuti awal sebelum raya puasa untuk memeriahkan uptown Muar, bersama rakan-rakan niaga yang lain. Sambil itu, jualan online Alhamdulillah juga tampak makin meriah dengan Ramadhan semakin meniti ke puncak.

Hari pertama tempohari, aku cuba juga menjengah bazaar Ramadhan di pekan Merlimau.  Mak aiiii... tak sanggup aku nak menongkah arus manusia yang ghairah membeli juadah berbuka. Aku sekadar mundar mandir di gerai-gerai berdekatan tempat aku 'parking motor'. Memang aku kurang gemar nak bersesak-sesak kat tempat macam tu. Apatah lagi bila Ahmad IQbal ikut sama.. :D

Oklah, aku nak sambung buat kerja. Masih lagi di pejabat, semalaman belum tidur lagi. Nak siapkan construction drawing untuk rumah contoh di Krubong, Melaka. Hari ini nak hantar kepada client.

Akhir kata, selamat berpuasa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...