Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Syurga percuma, neraka kena bayar

Seorang ayah berkata kepada anaknya. "Tahukah kamu, wahai anakku! Nk masuk syurga itu percuma, dan neraka kena bayar"
Jawab anaknya, "Kenapa nk masuk neraka kene bayar?"
Jawab ayahnya,
~jika berjudi kene bayar
~jika minum arak kene bayar
~jika merokok kene bayar
~jika nk pergi ker tempat maksiat kene bayar
Dan ketahuilah anakku, masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberi modal yang sangat banyak kepada kita
~jika nk solat, tak perlu bayar
~jika nk puasa, tak perlu bayar
~jika nk berzikir, tak perlu bayar
~jika nk beristighfar, tak perlu bayar
~~~~~~~~
Wahai saudaraku menyebarkan mesej ini juga percuma. Tetapi jika ada yang mengamalkan, kita mendapat ganjaran pahala berganda

Kisah duit di dalam kasut

Tazkirah malam
~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Semoga bermanfa'at

Kredit gambar ... https://thegratefulrunner.com/2016/01/05/saying-thank-you-for-shoe-surprises/

Anak yang sombong?

Bilamana anak2 duk jauh, mak ayah kat kampung makan ala kadar je sebagai alas perut. Bila anak2 pulang ke kampung, baru lah mereka sibuk nak pergi pasar, nak beli lauk pauk itu ini sebab nak jamu kat anak2 yg jarang2 sekali pulang. Lepastu mak sibuk masak masakan kegemaran anak2 pula. Kadang2, buah2 dalam kebun pun ayah simpan sebab nak makan bersama anak2. Tapi anak2 kat kolej, kat universiti tiap minggu masuk pawagam, karok, makan Mcd, makan KFC, makan Pizza Hut, belanja pakwe/makwe. Bila duit xcukup, kol mak ayah bukan sebab nak tanya khabar, tapi minta masukkan duit. 


Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak2 selamba je cakap "dah muak la lauk ni", "ini je ke?", "nak sikit je mak, kenyang dah", "xsuka la ayam masak merah ni". Bila dengar anak2 cakap macam tu, air muka mak kita langsung xberubah. Tapi jauh di lubuk hati mak, sakit dia bagai ditikam dengan buluh runcing. Tapi mak lah satu2 nya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh anak2. Ayah pula tunggu nak bercakap dengan anak2, tunggu untuk berkumpul ramai2, sebab lama dah xdengar suara hilai tawa anak2. Tapi anak2 duk berkurung dalam bilik, bergayut dengan pakwe/makwe, main game. Kalau duk dengan mak ayah pun, mata dan tangan tertumpu ke arah henfon. 24jam henfon kat tangan. Kadang2 pertanyaan mak ayah anak2 jawab acuh x acuh. Muka mak ayah pun anak2 x pandang. Mak ayah xpernah pun nak marah, sebab anak2 semua dah besar panjang. Begitu sekali mak ayah cuba jaga hati anak2. Kadang2 mak ayah sampai tertidur kat ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan anak2. Tapi anak2 buat hal masing2. Sedangkan balik ke kampung jarang2 sekali.

Kadang2, kita jangan cakap yang kawan kita sombong bila kita ajak keluar ramai2 dia xnak, mungkin dia ingat dekat mak ayah dia di kampung. Bila dah keluar, mesti kawan2 akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal2. Sedangkan, saat tu dia ingat yang mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.

Kadang2 bila kita tengok kawan kita selalu je balik kampung, jangan cakap dia homesick, manja, anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tau yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi tu lah kalau boleh dia nak jumpa mak ayah dia, nak bercakap, bersemuka, makan bersama mak ayah.

Kadang2 xsemua orang sedar akan semua ni, dan anggap semua perkara macam ni adalah perkara kecil. Tapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur. Tersimpan 1001 perasaan yang bercampur baur yang tak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada, baru kita sentap, baru nak menyesal. Tapi sudah jauh, sudah terlambat. Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali, hanya tersimpan sekadar memori.

Betul lah orang cakap, seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak. Apatah lagi untuk jaga kedua2 nya sekali.

P/S: pesanan buat diri sendiri, adik2, dan teman2 sekalian.

Guru yang ditindas



Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya *"Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya.. "*
Kesian cikgu hari ni.. Kena berhadapan dengan pelajar2 yang tak jaga langsung adab dengan cikgu.. Sampai guru tertekan.. Ada guru yg cerita dengan saya leps ceramah menangis.. Anak murid nya panggil dengan panggilan binatang..Anak murid buat muka dengan cikgu.. Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah.. Mak ayah mula serang cikgu.. Viralkan.. Dan macam2 lagi.. Kadang2 kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak2.. Terlalu percaya pada anak.. Sehingga anak2 berani menipu.. Berani kurang ajar dengan cikgu.. YaAllah ampunilah anak2 pelajar saya...

Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap x selidik.. Sebelum bertindak.. Saya takut2 kita bukan sayangkan anak sebenarnya.. Malah kita hancurkan masa depan anak2.. Saya selalu bagitau pelajar2 dalam ceramah.. "Kalau kita mengumpat cikgu.. Maki cikgu.. Kurang ajar dengan cikgu..jangan harap dapar keberkatan daripada guru.. Padahal keberkatan guru lah asbab kita berjaya masa hadapan..

Hidup tenang dan bahagia.. Tapi malangnya anak2 dapat "lesen besar" daripada mak ayah.. Seolah olah sikit pun xboleh sentuh anaknya.. Lama kelamaan tak ada lagi orang yg akan hormat pda guru..

Saya kerap di panggil oleh sekolah2 terbaik di malaysia.. Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab "sekolah ni ustaz basuh bab hormat guru.. Mereka anak orang kaya.. Orang elite.. Tapi kesian ustaz.. Bila kami tegur marah denda mereka.. Mak ayah mereka selalu salahkan cikgu.. Kami dah x tau nak buat apa.."

Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia xnak bangun subuh.. Allahu.. Kalau saya cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia x solat..

Wahai ibu bapa.. Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tampo? Sehingga hari ni kita berjaya.. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita.. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita..

Ingat tak?

Kesian.. Betul la kata ustaz saya tadi.. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu.. Bermulanya kerosakan adab..

YaAllah ampunilah kami..
Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan  seorang guru.. Kita serah bulat2 pada guru untuk didik anak kita.. Padahal tanggungjawab tu tanggungjawab kita sebenarnya..

Ya Allah.. Jadikanlah kami mak ayah yg sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru..

YaAllah ampunilah kami.. Kami berdosa dengan guru2 anak2 kami.. Aamiin

Nota kaki : sebenarnya begitu juga ibubapa dgn anak.

*Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya*


Motivator Remaja,

Ustaz Khailil Razak

Share pada suami isteri kita, guru2 kita.. Dan anak2 kita.. Semoga bermanfaat

Kisah raja 4 isteri

Cerita orang bini empat...

RAJA DAN 4 ISTERINYA

ملك كان متزوج 4 زوجات
Seorang raja memiliki 4 orang isteri.

كان يحب الرابعة حبا جنونيا
ويعمل كل ما في وسعه لإرضائها .
Raja sangat mencintai isteri yang ke-4, cinta yang tergila-gila. Bahkan dia terus berupaya mendapatkan redhanya.

🎐
أما الثالثة فكان يحبها أيضا ولكنه يشعر أنها قد تتركه من أجل شخص آخر .
Adapun isteri yang ketiga, juga sangat dicintainya. Tapi dia berasa isteri ini berpotensi meninggalkannya dan bernikah dengan lelaki lain.
🎐
الثانيه كانت هي من يلجأ إليها عند الشدائد وكانت دائما تستمع إليه وتتواجد عند الضيق .
Adapun isteri yang kedua, adalah tumpuannya selama ini dalam susah dan duka. Dialah yg selalu memperhatikan suaminya dan berada disampingnya di kala sempit.
🎐
أما الزوجة الأولى فكان يهملها ولا يرعاها ولا يؤتيها حقها مع أنها كانت تحبه كثيرا وكان لها دور كبير في الحفاظ على مملكته .
Adapun isteri pertama, sering diabaikannya, tidak dirawatnya dan tidak ditunaikan hak-haknya. Padahal dialah isteri yang paling mencintainya, dan berperanan penting dalam menjaga kerajaannya.
🎐
مرض الملك وشعر باقتراب أجله ففكر وقال :
أنا الآن لدي 4 زوجات ولا أريد أن أذهب إلى القبر وحيداً .
Suatu hari raja jatuh sakit dan berasa ajalnya sudah dekat. Dia merenung dan berkata kepada dirinya: Aku punya 4 isteri. Aku tidak mahu sendirian masuk kubur.
🎐
فسأل زوجته الرابعه :
أحببتك أكثر من باقي زوجاتي ،
ولبيت كل رغباتك وطلباتك ،
فهل ترضين أن تأتي معي لتؤنسيني
في قبري ❔
فقالت : ( مستحيل )
وانصرفت فورا بدون إبداء أي تعاطف
مع الملك ❕
Maka dia bertanya kepada isteri yang ke 4: Engkaulah isteri yang paling aku cintai daripada semua isteri-isteriku. Dan aku penuhi semua keinginan dan permintaanmu. Sekarang, mahukah kamu menemani aku di kubur dan menghiburkanku?
Isteri ke 4 menjawab: Mustahil aku lakuan itu.
Dia pun berlalu meninggalkan suaminya dan tidak mempedulikannya.
🎐
فأحضر زوجته الثالثه :
وقال لها : أحببتك طيلة حياتي فهل ترافقيني في قبري ❔
فقالت : ( بالطبع لا )
الحياة جميلة وعند موتك سأذهب وأتزوج من غيرك ❕
Dipanggilnyalah isteri ke 3: "Aku mencintaimu sepenuh hidupku. Mahukah kamu menemaniku di kuburku?"
Isteri ke 3 menjawab: "O pastilah aku tidak mahu. Kehidupan sepeninggalmu terlalu indah. Aku akan kahwin dengan lelaki lain...."
🎐
فأحضرالزوجة الثانيه :
وقال لها : كنت دائما ألجأ إليك عند الضيق وطالما ضحيت من أجلي وساعدتيني ،
فـهل ترافقيني في قبري ❔
فقالت : سامحني لا أستطيع تلبية طلبك ،
ولكن أكثر ما أستطيع فعله هو ،
أن أوصلك إلى قبرك ❕
Lalu dia panggil isteri ke 2: Aku dulu selalu bersandar kepadamu di kala susah. Dan engkau selalu berkorban utukku. Mahukah kamu menemaniku di kuburku?
Isteri ke 2 menjawab: "Maafkan aku, aku tidak boleh menemanimu. Tetapi aku akan menghantarmu sampai ke liang kuburmu.."
🎐
حزن الملك حزنا شديدا ،
على جحود هؤلاء الزوجات .
Raja sangat sedih sekali, kerana semua isterinya telah durhaka kepadanya...
🎐
وإذا بصوت يأتي من بعيد ويقول :
Tiba-tiba ada suara dari jauh, berkata:
أنا أرافقك في قبرك ❕
أنا سأكون معك أينما تذهب ❕
"Aku akan menemanimu di kuburmu... aku akan selalu bersamamu ke manapun kau pergi....!"
🎐
فـنظر الملك ، فـإذا بزوجته الأولى ،
وهي في حالة هزيله ضعيفه مريضه ،
بسبب إهمال زوجها لها ،
فـندم الملك على سوء رعايته لها ،
في حياته .
Raja menengok ke arah suara itu, rupanya isterinya yang pertama, keadaannya sangat kurus, lemah dan sakit, kerana telah disia-siakannya. Maka raja pun menyesal atas buruknya perhatiannya kepada isteri pertama selama hidupnya.

وقال :
كان ينبغي لي أن أعتني بك أكثر من الباقين
ولو عاد بي الزمان لكنت أنت أكثر من أهتم به من زوجاتي الأربعه .
Suami berkata: "Seharusnya aku lebih memperhatikanmu berbanding yang lain. Kalau waktu boleh kembali, nescaya engkaulah yang paling aku perhatikan daripada seluruh isteriku.

🎐
{ في الحقيقه أحبائي الكرام }

كلنا لدينا 4 زوجات ؛
Sebenarnya wahai saudara tercinta, semua kita mempunyai 4 isteri.
🎐
{ الرابعه }
الجسد :
مهما اعتنينا بأجسادنا وأشبعنا شهواتنا ،
فستتركنا الأجساد فورا عند الموت .
Yang ke 4 itu adalah jasad kita. Betapapun kita memperhatikannya, menurutkan syahwatnya, ia akan segera meninggalkan kita begitu mati.
🎐
{ الثالثه }
الأموال والممتلكات :
عند موتنا ستتركنا وتذهب لأشخاص آخرين .
Yang ke 3 adalah harta dan aset kita. Ketika kita mati ia akan pergi berpindah tangan kepada pemilik yang lain.
🎐
{ الثانيه }
الأهل والأصدقاء :
مهما بلغت تضحياتهم لنا في حياتنا ،
فلا نتوقع منهم أكثر من إيصالنا للقبور ،
عند موتنا .
Yang ke 2 adalah keluarga dan teman-teman, betapapun pengorbanannya kepada kita selama hidup, maka saat mati takkan lebih pengorbanannya daripada menghantarkan ke kuburan.
🎐

{ الأولى }
العمل الصالح :
ننشغل عن تغذيته والاعتناء به ،
على حساب شهواتنا وأموالنا وأصدقائنا ?
مع أن اعمالنا هي الوحيدة التي ستكون معنا في قبورنا .
Yang pertama adalah amal soleh. Kita terlanjur sibuk dan lalai daripada memberinya makanan dan perhatian, demi memenuhi syahwat, harta, dan teman-teman kita. Padahal amalan kitalah satu-satunya yang akan bersama kita dalam kubur.
🎐
يا ترى إذا تمثل عملك لك اليوم
على هيئة إنسان ........
كيف سيكون شكله وهيئته ؟؟؟...
هزيل ضعيف مهمل ؟
أم قوي مدرب معتنى به ؟
Kira-kira, seandainya amalanmu hari ini tampil di hadapanmu dalam bentuk manusia, bagaimanakah kira-kira bentuknya? Kurus, lemah dan terlantar? Ataukah kuat, cergas dan terurus?
🎐
Allahul Musta'an...

Isu anti vaksin

Dalam beberapa hari ini sedang kecoh isu pengambilan vaksin dan juga golongan anti vaksin. Lebih parah akibat kematian disebabkan kedegilan unttuk tidak mengambil vaksin.

Apa kata pakar? Baca penerangan berikut:

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PAKAR-PAKAR PERUBATAN KELUARGA MALAYSIA (FMSA) MENGENAI ISU VAKSIN

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia semalam mengenai vaksinasi dalam isu kes Kematian 2 kanak-kanak akibat serangan Difteria. Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia ( FMSA) menyokong penuh saranan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tersebut agar ibubapa memastikan anak-anak diberi imunisasi yang secukupnya. Pemberian vaksin adalah satu ikhtiar untuk mengelakkan dari mendapat penyakit-penyakit berjangkit yang berbahaya seperti Polio, Tb, Pertusis, Difteria dan pelbagai lagi. Sudah tentu kesungguhan optimum telah, sedang dan akan dilakukan oleh pihak KKM bagi membendung gajala wabak kuman tersebut bagi memastikan rakyat sihat. Penyakit tersebut berisiko tinggi membawa maut atau mendatangkan komplikasi yang serius. Kaedah yang paling ampuh ketika ini adalah pencegahan melalui vaskinasi. KKM juga menjamin bahawa vaksin yang diberikan adalah selamat untuk digunakan.

Dari Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari data klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes-kes yang menolak vaksin di kalangan ibu bapa meningkat dari 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga bulan Mei lepas. Amat membimbangkan kerana kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas. Contohnya bilangan kes measles (campak) meningkat dari 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September 2015, manakala penyakit Pertusis (batuk kokol) pula bertambah dari 497 kes (2014) kepada 655 kes tahun 2015. Manakala bilangan kes Tetanus (kancing gigi) juga meningkat hampir dua kali ganda daripada 12 kes pada 2014 kepada 22 kes sehingga September 2015.

Mengikut maklumat yang kami perolehi, ramai ibu bapa telah mulai sedar akan kealpaan mereka. Terdapat di antara mereka menghubungi pihak FMSA untuk pemberian vaksin semula kepada anak-anak mereka yang sudah tercicir sekian lama. Pakar-pakar perubatan Keluarga (FMS) yang bertebaran seluruh negara di klinik-klinik kesihatan sudi menghulurkan tangan membantu ibubapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat, serta menjadualkan semula vaksin kepada anak-anak mereka. Pakar-pakar perubatan keluarga terlatih dalam membantu anak-anak yang keciciran vaksinasi dan kami semua sedia membantu demi kesejahteraan rakyat negara ini.

Kami menjemput dengan penuh takzimnya kanak-kanak yang tercicir imunisasi ke klinik kesihatan yg berdekatan utk mendapatkan imunisasi yg sewajarnya.

Sekian

Dr Norsiah Ali
Presiden
Persatuan Pakar-pakar Perubatan Keluarga Malaysia

23 JUN 2016

Mari pukul kepala iblis

*Mari PUKUL KEPALA iBLiS*

Ustaz Azhar Idrus Berkata:
Kita relax and bace ni..
*Perbualan* antara
*Rasulullah & iblis*...

*Rasulullah* bertanya :

*Apa yg kau rasakan jika
melihat seseorang dari umatku hendak Solat*

*Iblis* menjawab :

*Aku merasa Panas dinding dan Gementar*

*Rasulullah* :
“kenapa?”

*Iblis* :

"Sebab setiap seorang hamba berSujud 1X
kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 Darjat”

*Rasulullah* :
“Jika seorang umatku berPuasa?”

*Iblis* :
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”

*Rasulullah* :
“Jika ia berHaji?”

*Iblis* :
“Aku seperti orang Gila”

*Rasulullah* :
“Jika ia membaca Al-Quran?”

*Iblis* :
“Aku merasa meleleh laksana air timah di atas Api”

*Rasulullah* :
“Jika ia berSedekah?”

*Iblis* :
“Itu sama saja org tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”

*Rasulullah* :
“Mengapa boleh begitu?“

*Iblis*:
”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan
baginya, iaitu :

1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara
dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan
terhalau dr dirinya,

*Rasulullah* :
“Apa yg dapat mematahkan pinggangmu?"

*Iblis* :
“Suara kuda perang di jalan Allah.”

*Rasulullah* :
“Apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”

*Iblis* :
“Taubat org yg bertaubat”

*Rasulullah* :
Apa yg dpt membakar hatimu?”

*Iblis* :
“istighfar di waktu siang & malam”

*Rasulullah* :
“Apa yg dpt mencoreng wajahmu?”

*Iblis* :
“Sedekah yg diam2”

*Rasulullah* :
“Apa yg dpt menusuk matamu?”

*Iblis* :
“Solat fajar”

*Rasulullah* :
“Apa yg dpt memukul kepalamu?”

*Iblis* :
“Solat berjemaah”

*Rasulullah* :
“Apa yg paling mengganggumu”

*Iblis* :
“Majlis para ulama”

*Rasulullah* :
“Bagaimana cara makanmu?”

*Iblis* :
“Dengan Tangan kiri dan jariku”

*Rasulullah*:
“Dimanakah kau menaungi anak2mu
di musim panas?”

*Iblis* :
“Dibawah kuku Manusia”

*Rasulullah* :
“Siapa temanmu wahai iblis?”

*Iblis* :
“PenZina”

*Rasulullah* :
“Siapa teman tidurmu?”

*Iblis* :
“Pemabuk”

*Rasulullah* :
“Siapa tamumu?”

*Iblis* :
“Pencuri”

*Rasulullah* :
“Siapa utusanmu?”

*Iblis* :
“Tukang Sihir (Dukun)”

*Rasulullah* :
“Apa yg membuatmu Gembira?”

*Iblis* :
“Bersumpah dgn Cerai”

*Rasulullah* :
“Siapa kekasihmu?”

*Iblis* :
“Org yg meninggalkan Solat Jumaat”

*Rasulullah* :
“Siapa Manusia yg paling
memBahagiakanmu?"

*Iblis* :
“Org yg meninggalkan *Solatnya* dgn *Sengaja*"

*sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa *kelemahan Iblis*.
  
“* Nabi berpesan Sebarkan walau sepotong ayatku*"

Hidup sementara

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara . Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Allah s.w.t.



Image kredit : https://prettyuglylittleliar.net/profile/392-horizon/

Gambar: Cuci kema****

 

Cara mencuci kemaluan dengan betul.
===============================
Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul.
Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bhgian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian diterima.
Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul? Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas drpd azab api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah hendak menymbhyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya org membukanya.
Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu. Saidina A.Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya.
Tetapi ular itu tiba2 berkata-kata, "Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”.
Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je.
Ada caranya….
Lelaki :
Slps membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dgn air sebersihnya.
Wanita :
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul. Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.
Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..moga semua memperolehnya.
Sila Share. Jangan malu untuk kongsi ilmu agama.

Sebab tak murah rezeki

Perkongsian yang menarik. Untuk direnung-renung, dan diamal. Semoga kita lebih berjaya dunia dan akhirat. Aamiinn.

Perkara remeh yang sebabkan penceraian


Bunyinya memang remeh-temeh, tapi impaknya besar bila talak dijatuhkan.

Semoga keturunan kita semua terpelihara dan terhindar daripada jatuh talak akibat sifat amarah, kurang sabar.


Pinjam 3 minit..

 

Perkongsian daripada forwarded message. Sila hubungi kami untuk pemberian kredit jika ia adalah artikel asal anda.

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI...

1. Org yang tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
   - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
   - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...In syaa Allah bahagia..."
   - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
   - Datuk Ismail Kamus

5. Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
   - Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33,  doa kemudian baru bangun”
   - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
   -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
   - Sheikh Abdullah Jahaf

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
   - Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!"Tapi cakap: "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. In syaa Allah.
   - TG Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
   - Ustaz Pahrol Razi

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL...

JANGAN LUPA KONGSIKAN DENGAN ORANG LAIN...
 
Ternyata Cuma 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA  ini.


Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran absolute
 1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
 24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
 3 jam akhirat = 125 tahun dunia
 1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia.

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.

Patutlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛⏰
Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"

Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalann hidup kita ini.
Kuatkan fikir akhirat
Kerana dunia ni
Tempat kita nak tinggalkan
Fokus akhirat
Itulah tempat kita nak hidup seterusnya

PERINGATAN INI
 
REMINDER INI

untuk diri saya sendiri.
Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1000
tahun dulu masih diseksa sehingga kini.

Allahuakbar! 1 waktu kita tinggalkan solat bersamaan 8000 tahun seksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x solat?
5 x 8000 = 40 000
tahun.
Subhanallah.. 

Ringan-ringankanlah tangan untuk share benda ni. Dapat pahala mengingatkan saudara Islam yang lain.

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA

Perkongsian hebat yang kami tolong panjangkan. Tak tau sumber asal. Semoga memberi manfaat kita bersama.

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

Pergi masjid naik Chevrolet Camaro

 
Perkongsian copy n paste


CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN
Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?
Kisah benar 21/02/2015
Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan.
Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.
Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas.
Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.
Aku pun bertanya,
"Kereta bos ke tu?"
Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...
"Dari mana bos?"
Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?
Consultant jawabnya.
Oooh...
"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".
"Woww"!!!
Mesti best jawab hati aku.
"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.
Aku tanya dia,
"Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"
Dia tersenyum dan katanya,
"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal.
Saya bermula dari kecil.
Mula ada RM10k,kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan.
Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.
Aku terdiam..
"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,
"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.
"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, dhuha jangan tinggal, bangun tahajud malam.Minta sungguh-sungguh.

Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'.
Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap, "Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"
Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada DIA macam tu?,"
Dammm !!!
Tersentap aku..
Katanya lagi, "Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya,"Awak solat tak 5 waktu?"
Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.
Ada yang berkata,
"Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je..
Katanya, "Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak  memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising.
Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC.

10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".
Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat. Dunia ini pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.
Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.
InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.
Sampaikan...
Selalu kita akan tanya apa rahsia utk kaya...
tapi kita lupa untuk jaga hubungan dengan Yang Maha Kaya...
Peringat utk diri sendiri dan anda kawan² yg bakal kaya, InsyaAllah..
Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis.
Saat memandang kain sempit mu,
seluar ketat mu,
baju sendat mu,
tudung singkat mu,
solat dan ibadahmu...
Aku ingin sekali menegurmu.
Namun,
Sering saja terkaku. Rasa tak mampu..
Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku.
"Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ?
Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ?
Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ?
Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ?
Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ?
Kau tunggulah di akhirat kelak.
Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."
AllahuAkhbar..
Sahabat,
Begini lah cara aku menegur mu.
Dengan post kecil ini. Hari ini..
Sekurang - kurangnya.
Bila aku di soal Nya di akhirat nanti.
Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku..
Aku boleh jawab bahawa,
"Aku telah menegur mereka.
Dengan post kecil ku ini.
Dan dengan selemah-lemah iman ku,
Iaitu mendoakan mereka dari jauh.."
Aamiin
Sekadar berkongsi C&P

Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak


image credit : www.adweek.com


 

Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya. 

Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya. 

Sifat takbur mempunyai tiga peringkat iaitu : 

1- Takbur kepada Allah S.W.T.
Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takbur seperti ini. 

2- Takbur kepada Rasul
Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10) 

3- Takbur terhadap sesama manusia.
Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq.
Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:
a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
c) Bertuhankan kepada manusia.
d) Menghalang sifat-sifat baik.

👉 Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

perkongsian daripada whatssapp

Taqwa ke jalan keluar?

Perkongsian daripada whtassapp. Kisah yang agak santai, tapi memerlukan penghayatan. Semoga kita beroleh manfaat bersama.

KISAH INI HANYA SBG PENAMBAH MAKLUMAT AGAR QALBU KITA LEBIH MANTAP STATUS TAQWA:
*jangan jadikan sbg dalil pulak yea...

Dikisahkan pada suatu hari ada seorang lelaki yang bekerja di sebuah hotel yang biasa menyajikan arak dan menjual barang-barang syubhat bertemu dengan seorang a'lim. 

Kemudian a'lim menyuruh lelaki tadi untuk berhenti bekerja di hotel tersebut. Akan tetapi lelaki ini beralasan bahwa dia terpaksa bekerja di hotel itu kerana ingin menyara ahli keluarganya dan untuk membayar hutangnya.

A'lim kemudian berkata, “Wahai anakku, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَن يَتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا – الطلاق:٢

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan menunjukan kepadanya jalan keluar dari kesusahan (Qur’an Surah Ath-Thalaq:2)”.

Lalu a'lim bertanya kepada lelaki itu, “Adakah Allah menyebut taqwa dahulu atau jalan keluar dahulu?”.

“Allah menyebut taqwa dahulu,” jawab si lelaki itu.

A'lim pun berkata, “Jadi kenapa kamu mahu mencari jalan keluar dahulu sebelum taqwa? Kenapa duduk di tempat mungkar ini untuk mencari jalan keluar dahulu, kemudian baru bertaqwa? Kamu semestinya bertaqwa dahulu dan kemudian pasti Allah akan menunjukan kamu jalan keluar”.

Setelah mendengarkan nasihat a'lim tadi,maka lelaki ini pun setuju. Dia meninggalkan pekerjaannya dengan gajinya yang tinggi di hotel tersebut.

Tak lama selepas itu, ada seseorang datang bertemu dengan lelaki ini dan menawarkannya sebuah pekerjaan sebagai pengurus di hotel yang berada di Madinah Al Munawwarah berdekatan dengan makam Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ. Pekerjaan barunya ini ternyata lebih baik dan hutang-hutangnya pun selesai dilunaskan disebabkan dia mahu mendengarkan nasihat a'lim dulu.

Mari kita imbas semula : “Yang mana lebih dahulu, taqwa atau jalan keluar?”

Utamakan taqwa dahulu dan Allah akan memberi jalan keluar.

Apakah kamu hendak mencari jalan keluar sedang kamu dalam keadaan ingkar kepada Allah? Ketawa Iblis melihat situasi bani Adam dgn keadaan ini,iya kan?

“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukan jalan keluar”.....JANGAN sebaliknya pulak!

*santapan qalbu di hari Jumaat*

Renungan kata ulama





kredit image katloterzo.com


perkongsian dari whatsapp

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
  • • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
  • • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
  • • Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
  • • Allah akan sibukkan kita dengan harta.
  • • Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
  • • Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Niat Puasa Sebulan Ramadan, doa berbuka puasa dan atucara sepanjang bulan puasa





perkara-perkiara produktif yang elok dibuat sepanjang bulan Ramadan

Niat Puasa cara senang nak hafal versi Raihan



Niat Puasa Ramadan cara mudah (versi nasyid Raihan)
Posted by Koleksi doa dan tazkirah on Monday, June 15, 2015


Untuk adik-adik di luar sana, apa kata hayati nasyid Raihan untuk senang hafal niat puasa Ramadan. Selamat berpuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...