Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Suami curang cepat mati

Wah, jaga-jaga... peringatan untuk suami yang curang. Tapi.....

......... isteri yang curang macamana pula?

Selamat Pengantin Baru

Assalamualikum wbt

Sebentar lagi, selepas Isyak, akan berlangsung majlis akad nikah untuk rakan sepejabat, Mohd Ariff dan pasangannya Alia.

Doa aku agar mereka berdua bahagia dan semoga berjaya menempuhi segala badai, onak dan duri berumahtangga hingga ke akhir hayat. 

Di bawah ni, aku pertonton video 'pre wedding' mereka. Dihasilkan dalam qualiti HD. Mungkin boleh bagi idea kepada bakal pengantin di luar sana? 


Facebook .. haiyaaa.. ini perempuan arr




Gua malas mau ulas panjang-panjang. Nanti lu orang kata gua bajet bagus.. So, lu orang bacalah sendiri ulasan Ustaz Dr Zaharuddin (Zaharuddin.net) :



Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, "Cantiknya awak.""Waah.. Comelnya", "isyh keibuannya wajah" atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?.
Biasanya ramai wanita yang menjawab "Thanks", "Terima kasih" atau "Alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa2 aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?
Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi. (Point yang saya kongsikan sewaktu ceramah Langkah 1,2 3 mencari jodoh di Seminar Baitul Muslim pada 6 Okt 2012 yang lalu)



7 Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami

kredit aleaveofabsence.com


Salam semua,

Aku tertarik dan berasa wajib untuk berkongsi secebis panduan dan pesanan kepada para isteri di luar sana.
Walaupun syurga itu terletak di bawah kaki ibu, tapi penghuni neraka itu ramainya adalah dari kalangan kaum wanita.
Renungkan 7 tanda isteri derhaka kepada suami :



Tujuh Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami
Terdapat 7 tanda-tanda yang si isteri menderhaka kepada suaminya

  1. Menghina @ mengumpat suami
  2. Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
  3. Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
  4. Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
  5. Membenci kegemaran suami
  6. Menjadi pressure atau tekanan kepada suami
  7. Mengungkit-ungkit janji suami


Sumber Asal: 7 Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami | HASRULHASSAN.COM™

Puas kan nafsu suami

Amaran: 18sx untuk bacaan dewasa dan yang telah berkahwin sahaja.

Puas kan nafsu suami 

Betul apa yang anda baca dan apa yang anda lihat. Tak salah, memang itulah yanh tertera dan itulah yang akan dibongkar serta dipertonton di sini.

Memang ramai isteri yang mencari-cari petua, tips dan cara-cara untuk puaskan nafsu suami. Masih ramai yang belum tahu teknik serta taktik sebenar memuaskan nafsu suami.

Kalau tak masakan suami cepat bosan dan tidak cukup setakat apa yang diberikan isteri selama ini. Atas sebab ini juga ramai suami yang ada perempuan simpanan diluar, 'girlfriend' tak rasmi dan yang menakutkan para isteri, si suami kahwin lagi satu.

Kalau tengok banner tertera di atas, 'pancutkan suami', mungkin itu ada kaitan dengan definisi puaskan nafsu suami. Tapi sebenarnya yang penting bila timbula masalah, ajaklah berbincang suami isteri. jangan suami syok sendiri, isteri terkujat-kujat dan sebaliknya.

Rujuklah yang pakar disamping mencari penyelesaian jika terdapat masalah suami isteri.

Entri ini ditulis berdasarkan beberapa carian katakunci 'keywords' sesat yang mencari cara puas kan suami dalam blog ini. Apa-apa pun, kita fahami video penerangan ustaz Azhar Idrus berkaitan onani suami isteri.


 


Isteri HAID Puaskan Nafsu Suami - Ustaz Azhar Idrus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...