Showing posts with label google. Show all posts
Showing posts with label google. Show all posts

Senangnya buat website game

website game saya http://freechannelgame.com


Gambar di atas merupakan screenshot daripada website game saya, yang saya setup sendiri. Nampak menarik bukan?

Secara jujur, saya bukanlah seorang IT programmer, mahupun pelajar bidang multimedia. Tapi, memang benar, saya yang buat dan install sendiri website game tersebut.

Memang mudah untuk membuat setup game tersebut. Apa yang diperlukan adalah software, domain dan hosting, tak sampai RM150 anda dah boleh buat SENDIRI. Ya, sendiri sahaja, walaupun anda buta IT. Dan anda boleh setup berkali-kali (tutorial video disediakan).

Bagaimana caranya?

Pertama sekali, anda perlu dapatkan software (pakej SGO V.2) daripada Tuan Ahmad Munawwar. Ada 3 edisi,:
  1. Pakej Personal Applikasi SGO v2.0     : 1 Lesen (Guna untuk domain sendiri)
  2. Pakej Publisher Applikasi SGO v2.0    : 10 Lesen (Guna Sendiri & Pelanggan)
  3. Pakej Profesional Applikasi SGO v2.0 : Unlimited Lesen (Guna Sendiri & Pelanggan)


Pabila anda telah dapatkan SGO V.2, anda boleh setup website game, dan letakkan kod Google Adsense yang membolehkan anda mendapat pendapatan secara online dalam USD$.

Selain daripada itu, website yang berkualiti daripada segi nama domain dan trafik boleh diniagakan di Flippa.com dengan harga mencecah ribuan, puluh ribu malah mencecah jutaan (jika ada ciri-ciri unik.)


Sebelum berkira-kira untuk dapatkan pakej SGO V.2, apa kata dapatkan secara PERCUMA :



Apa yang menarik, membina website ini sangat mudah kerana hanya memerlukan sekali sahaja installation dan ubah beberapa setting mengikut citarasa layout dan warna yang dikehendaki. Lebih daripada membina blog kerana dengan blog, anda perlu senantiasa update dan mengemas kini kandungan blog untuk mesra enjin carian, dan menarik minat follower untuk datang lagi.





Gempak : Lebih 1 billion



Salam buat semua,

Pertama sekali, aku nak minta maaf kalau aku tak sempat balas blogwalking korang semua. Memang aku terikat dengan komitmen kerja. Maklumlah, kerja makan gaji firma arkitek swasta. Sangat banayk tugasan kena buat. Kalau ada yang tak betul, kena herdik, kena maki, kena marah, memang stress dan kadang-kadang jadi depress. Lainlah kalau dah kerja sendiri dari rumah, memang aku bantai blogwalking 'kaw-kaw'.

Ok, cukup.. cukup..  Back to business.

Sebelum ni aku kongsikan artikel tentang PSY Gangnam Style, kali ni pula aku nak kongsikan video rasmi Youtube untuk 'summary' 2012. Paling menarik pastinya sebab tumpuan seluruh dunia untuk PSY dan Gangnam style, yang menjadi raja youtube dengan rekod melebihi 1 billion views kurang setengah tahun. (Tolong betulkan aku dengan fakta yang lebih tepat).

Dalam video Youtube rewind style 2012 tu terselit ramai pelakon-pelakon 'bintang youtube'. Ramai juga yang aku tak kenal (tapi antara yang aku paling suka, ialah channel FreddieW).

Ada juga kawan aku bagitau, antara faktor PSY meletup, sebab dia ambil Hyuna dan MC Hammer sebagai batu loncatan. Tapi yang paling penting, walau apa alasan sekali pun, dia memang terer. Macam-macam syarikat nak ambil dia sebagai duta / bayar royalti (copyright, etc).


Yang pasti Google berjaya berjaya menjenamakan Youtube sebagai lubuk untuk mengetengahkan bakat terpendam, dan mungkin membuatkan seseorang itu kaya atau terkenal.

Nampak gaya kena start cipta tarian unik...


PR checker page rank update



Hari ini aku terkejut sebab google sedang buat PR update. Yang buat aku terkejut sebab blog aku ni mencapai PR 2 buat pertama kalinya sejak ditubuh, 4 tahun lepas.

Blog-blog yang lain masih ditakuk lama... belum ada rezeki untuk melonjak naik. Mungkin sebab aku kurang update, ddan tak buat unique article.

Kalau korang nak check nilai PR korang, bolehlah pergi tengok kat SINI.

SEO lelaki kacak

cilok screenshot cabaran SEO lelaki kacak 2012


Nampaknya Titan sedang menganjurkan pertandingan SEO berprestij, untuk keyword lelaki kacak. Cabaran SEO lelaki kacak 2012 ni aku jamin akan menarik ramai blogger untuk beradu kekuatan skill SEO masing-masing.

Bagi yang terer, segala jurus lelaki kacak pasti akan keluar. Bagi lelaki yang kurang kacak, atau kacak-kacak ayam, mungkin 'try and error' atau hantam saja. Mana tau nasib baik keluar muka pertama google SERP.

Aku kategorikan diri aku lelaki kacak - kacak ayam, cuba jelah,  mana tahu skill menjadi. muahahhaaha..

Bukan senang nak menjadi lelaki kacak di mata gadis-gadis di luar sana. Ada lelaki kacak di mata gadis bila mereka hensem macam Brat Pitt. Ada pula lelaki kacak pada pandangan mata gadis bila mereka memandu kereta mewah, BMW M3. Lelaki juga boleh nampak kacak di mata wanita bila memiliki rumah sendiri dan berpendapatan 4- 5 angka sebulan. Mungkin juga tergolong 10 blog lelaki kacak sudah memadai untuk langkah pertama.

Jadi, kita di tahap lelaki kacak yang mana? Korang pilih nak jadi lelaki kacak yang mana?

Entri ni aku buat sekadar pemanas badan, belum lagi masuk pusingan kelayakan olimpik Cabaran SEO lelaki kacak 2012.




Berakhirnya episod Lelaki Kacak

Aku Pemenang Pertandingan Pengalaman kena denda di sekolah

Pengalaman kena denda di sekolah mungkin juga perkara yang biasa bagi para pelajar lelaki di sekolah rendah. Kebanyakkannya masih dalam dunia bermain-main, mengacau dan mendengki satu sama lain. Tapi tu semua tak bererti budak-budak yang selalu kena denda di sekolah ni tak pandai dan tiada potensi untuk cemerlang suatu hari nanti.

Pengalaman kena denda di sekolah juga merupakan salah satu perkara yang berlaku padaku sepanjang  persekolahan menengah dan rendah. Aku mas di sekolah memang bukan baik tahap malaikat, tapi takdelah terlalu jahat macam iblis laknat.

Ada beberapa pengalaman kena denda di sekolah yang masih aku boleh ingat sampai sekarang manakala yang lain-lain tu, kena ambil masa sikit nak ingat semula. Maklumlah umur sedang menghampiri era 40 dalam masa beberapa tahun lagi.

Ok, berbalik semula kepada tajuk Pengalaman kena denda di sekolah. memang aku tak terkecuali terjebak, baik di sekolah rendah, mahupun sekolah menengah. Oleh kerana memori aku kurang baik untuk 'track' setiap peristiwa didenda. Maka aku akan ceritakan mana yang sempat tanpa mengikut turutan tahun.

Antara pengalaman kena denda di sekolah yang paling aku tak dapat lupa adalah:

1. Aku kena denda menyanyi dalam kelas Bahasa Melayu, Cikgu Zanariah Abdul, sambil beliau mencubit-cubit seluruh badan aku yang sasa di depan kelas. Aku ingat lagi lagu yang aku nyanyi tu, lagu hari raya P.Ramlee (tapi bukan dendang perantau). Aku tak dapat pastikan apa kesalahan aku waktu tu.

Walaupun waktu tu aku di tingkatan 5 (dan menjawat jawatan pengawas), aku masih ada perwatakan nakal dan suka buat lawak bodoh. Tapi, aku tabik dan 'salute' pada cikgu Zanariah kerana masih sabar dan sanggup melayan karenah kami. Dan berbaloi aku rasa kena cubit tu sebab aku berjaya dapat gred yang cemerlang untuk subjek Bahasa Melayu SPM.

2. Pengalaman kena denda di sekolah beramai-ramai satu kelas sebab main lastik-lastik peluru kertas (guna getah gelang @ rubber band sebagai 'launcher'). Yang ni memang zaman 'honey moon' (form 4).

Paling aku rasa tak boleh blah sebab waktu tu aku ketua tingkatan dan juga pengawas. Patutnya aku jaga keamanan dan kesejahteraan ummat. Ni tidak, aku jadi hantu! Memang cari nahas bila 'kantoi' dengan cikgu yang baru masuk kelas untuk subjek seterusnya... hehehe,  kami semua kena denda, dan rasanya semua budak-budak lelaki terbabit.

Ada beberapa lagi pengalaman kena denda di sekolah yang aku nak kongsikan di sini tapi nampaknya keadaan tak mengizinkan. Sebab? Kejap lagi tamatlah tempoh untuk pertandingan Pengalaman kena denda di sekolah yang dianjurkan oleh Titan.

Harap-harap entry ni dapat masuk muka pertama carian google untuk keyword pengalaman kena denda di sekolah.

Wasalam.

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh
AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma
Contengconteng.comLelakiAcai.comOhbuku
 Abrablog.com dan PanduanTNX.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...