Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Showing posts with label gangnam style. Show all posts
Showing posts with label gangnam style. Show all posts
Gempak : Lebih 1 billion
Salam buat semua,
Pertama sekali, aku nak minta maaf kalau aku tak sempat balas blogwalking korang semua. Memang aku terikat dengan komitmen kerja. Maklumlah, kerja makan gaji firma arkitek swasta. Sangat banayk tugasan kena buat. Kalau ada yang tak betul, kena herdik, kena maki, kena marah, memang stress dan kadang-kadang jadi depress. Lainlah kalau dah kerja sendiri dari rumah, memang aku bantai blogwalking 'kaw-kaw'.
Ok, cukup.. cukup.. Back to business.
Sebelum ni aku kongsikan artikel tentang PSY Gangnam Style, kali ni pula aku nak kongsikan video rasmi Youtube untuk 'summary' 2012. Paling menarik pastinya sebab tumpuan seluruh dunia untuk PSY dan Gangnam style, yang menjadi raja youtube dengan rekod melebihi 1 billion views kurang setengah tahun. (Tolong betulkan aku dengan fakta yang lebih tepat).
Dalam video Youtube rewind style 2012 tu terselit ramai pelakon-pelakon 'bintang youtube'. Ramai juga yang aku tak kenal (tapi antara yang aku paling suka, ialah channel FreddieW).
Ada juga kawan aku bagitau, antara faktor PSY meletup, sebab dia ambil Hyuna dan MC Hammer sebagai batu loncatan. Tapi yang paling penting, walau apa alasan sekali pun, dia memang terer. Macam-macam syarikat nak ambil dia sebagai duta / bayar royalti (copyright, etc).
Yang pasti Google berjaya berjaya menjenamakan Youtube sebagai lubuk untuk mengetengahkan bakat terpendam, dan mungkin membuatkan seseorang itu kaya atau terkenal.
Nampak gaya kena start cipta tarian unik...
Pengajaran daripada Psy dan ‘Gangnam Style’
Aku tertarik untuk berkongsi sebahagian petikan "Pengajaran daripada Psy dan ‘Gangnam Style’". Pada aku mesej yang ingin dikongsi mempunyai nilai motivasi yang perlu kita semat dalam dada. :
Tiada siapa yang pasti akan mengambil serius orang seperti Psy. Usianya sudah 34 tahun, bertubuh besar dan seorang ahli muzik yang dikatakan gagal. Perawakan beliau lebih sesuai menjadi penyangak dalam filem Korea. Tetapi Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang telah membuktikan bahawa kreativiti boleh mengubah segala-galanya.
Video Gangnam Style yang dihasilkannya mencecah angka 805 juta ‘views’ di YouTube pada hari Sabtu minggu lalu. Ia telah mengalahkan lagu Baby oleh penyanyi remaja Justin Bieber yang mencatatkan tontonan 803 juta. Ini fenomena luar biasa dalam dunia hiburan. Gangnam Style menjadi ikutan di seluruh dunia. Semua orang mahu mencuba gaya tarian kuda ciptaan Psy – dari penyanyi terkenal Britney Spears hinggalah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon. Malah Ki-Moon mengakui di tengah ketidakstabilan dan kekacauan dunia hari ini, nampaknya hanya Psy yang mampu menyatukan penghuni planet ini dengan tariannya.
Apakah pengajaran daripada Psy dan Gangnam Style? Kreativiti. Hari ini kreativiti menjadi enjin penggerak pada perubahan atau transformasi dunia. Teknologi dicorakkan oleh kreativiti. Demikian juga industri kandungan yang amat dinamik pada masa ini. Kreativiti serta inovasi telah mencorakkan tatacara manusia berkomunikasi, berhibur dan bermasyarakat.
Psy contoh terbaik bagaimana kreativiti mengubah hukum hakam dunia hiburan. Cara dan kaedah lama telah dicabar malah ditinggalkan. Pendekatan lama mungkin tidak lagi relevan. Bayangkan, kini seorang daripada setiap lapan orang penduduk dunia telah menonton video Psy. Ini bermakna seluruh dunia terpaku pada bakat dan kreativiti seorang manusia yang dianggap ‘tidak mungkin boleh berjaya selama ini’. Berapa banyak lagi Psy di dunia hari ini – mereka yang sudah dilabel gagal tetapi mencipta nama disebabkan usaha, ketekunan dan kreativiti.

.. ... nah amiklah RM100,000 ..

GEMPAK Suasana Hari Raya Gangnam Style
Salam buat semua,
Hari ini masih lagi dalam mood raya. Tapi aku tak berasa nak beraya. Nak buat camne, sejak semalam aku kena demam, + Ahmad IQbal pun sama demam (aku berjangkit daripada dia rasanya).
Aku balik rumah sekejap, ambil salbutamol inhaler dan nak guna internet, anak beranak kena tinggal kejap di Merlimau. Memang malam tadi aku sesak nafas, sebab demam, paru-paru pun macam biasa terdedah pada serangan kuman dan aku mula rasa asthma. Rasanya dah setahun aku tak kena asma.
Surf internet, tetiba aku nampak ada ramai orang mula share video youtube suasana hari raya + gangnam style yang dah mula jadi viral. Nampaknya video ni dah makin diminati, tapi tak cukup banayk view untuk 'challenge' video Nur Feetri, MC 5 hari tu.. :D
Subscribe to:
Posts (Atom)