Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Visually Impaired Street Samosa Seller


Post by Koleksi doa dan tazkirah.


Meet The Richest Man... Visually Impaired Street Samosa Seller... Share if He makes you Feel Proud to be Human...
credit Varun Pruthi

Cobaaaannnnn

grafik dari facebook




Renungan petang Isnin:

Sudah jadi lumrah Islamiah
Kelebihanmu dicurigai
Kekuranganmu dicaci
Kebaikanmu disalah erti
Keaibanmu ditelanjangi
Kebenaranmu dinafi
Kesilapanmu dicari
Kerana kesabaran itu indah...

TENTU KITA BOLEH LAKUKAN LEBIH BAIK LAGI…



Di dasar laut yang hening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batu yang besar. Makanan mudah di dapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram.

Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut.

Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cengkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cengkerangnya. Mereka cuba meludah-ludah pasir tersebut tetapi tidak mampu. Mereka cuba mengangakan cengkerang luas-luas agar pasir dapat dikeluarkan, namun mereka berdepan risiko lebih banyak pasir akan masuk kedalam cengkerang.

Setelah pelbagai ikhtiar di lakukan, tiram tersebut memberi satu cadangan kepada pasangannya: "Jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik?:

Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan.

Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada di dalam cengkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. Warnanya putih bercahaya. Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanyalah pasir.

Sebagai renungan di pagi jumaat ini, jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah dengan akal, lima pancaindera, hati dan status sebagai khalifah dimuka bumi ini, apa agaknya yang manusia mampu lakukan? Pilihan ditangan anda. Fikir-fikirkan wahai sahabatku… —  Datuk Dr Maznah Hamid.

Qiamat



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.






..                           Canggih wooo Ford Fiesta ni (KLIK)                           ..

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


artikel asal

Dalam hidung ada biji



Keriangan makan pizza hut pada hari Ahad lepas bertukar dari gembira dan santai kepada tegang. Ahmad IQbal dengan tak semena-mena menyumbatkan sebutir kekacang daripada 'topping' pizza, masuk kedalam lubang hidung.

Apa lagi si umi tak senang duduk, tak senang berdiri. Aku pula mencari ikhtiar terlebih dahulu dengan cuba mencari jalan membuat Ahmad IQbal bersin. Harapan aku agar kacang tersebut menyembur keluar. Puas juga kami membuatkan dia bersin, tapi tak cukup kuat untuk membolehkan kacang tersebut keluar.

Akhirnya akur dengan situasi,menjelang 10.30 malam, kami sekeluarga pergi ke hospital Muar. Nasib baik kami pergi waktu malam, suasana memang tenang, orang pun tidak ramai. Kami bergegas ke kaunter 'kecemasan' dan membuat pendaftaran. Semasa mendaftar, misi berkata, "memang biasa budak umur macam ni (+/- 3 tahun) masukkan objek dalam hidung". "Ooo", jawab aku sambil menganggukkan kepala tanda faham.

Pendaftaran tidak mengambil masa yang lama. Kemudian kami diarahkan pergi menunggu di kawasan zon KUNING, ruangan separa kritikal. Aku dan Ammar Zakwan menunggu di luar, sementara Umi dan Ahmad IQbal masuk ke dalam.

Tak sampai 10 minit mereka berdua keluar dari pintu kuning. Senyum terukir di bibir umi, semua nya selesai.


Alahmdulillah, syukur kami berjaya melepasi satu lagi ujianMu ya Allah.


Kalau ramai orang asyik memperlekeh dan mempersendakan kewibawaan hospital kerajaan, aku berpendapat sebaliknya. Doktor dan jururawat yang cekap, kelengkapan yang cukup, serta layanan yang baik, ada pada mereka. Cuma mereka juga manusia, kadang-kadang ada segelintir yang hilang sabar dengan karenah pesakit / pelawat. Bila ini terjadi, seluruh warga hospital kerajaan dipersalah. Ini tidak adil.

Apa-apa pun, terima kasih kepada kakitangan kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, yang membantu menyelesaikan masalah kami malam itu. Tahniah kerana berjaya menangani situasi cemas sebuah keluarga.


p/s - Selamat menyambut hari lahir Ahmad IQbal, dah 3 tahun dah rupanya. Teringan kenangan masa lahir dulu, memang betul-betul menguji keimanan.

Serius iklan raya best




Assalamualaikum wbt

Bulan Ramadan berbaki 3 hari saja lagi sebelum kita menjeguk Syawal, meraikan kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan.

Saban tahun, macam-macam iklan raya dipertonton kepada kita dengan pelbagai mesej serta tauladan untuk kita jadikan renungan. Ada yang kelakar, sedih, menusuk kalbu dan juga layan blues. Silap-silap boleh leleh air mata jantan kalau menonton sesetengah video iklan hari raya tu.

Pada aku hampir semua iklan hari raya Aidilfitri best dan membawa mesej tersendiri. Untuk iklan u mobile ni, korang saksikanlah sendiri (klik sini untuk tengok).

Dah tengok? Amacam? Best tak?

Renungan sempena cuti hari pekerja


‎"Muflis di hari kiamat adalah mereka yang datang dengan solat, puasa & zakat TETAPI KERAP mencela, mengutuk orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah & MEMUKUL (tanpa haq) nescaya akan DITEBUSI melalui amalan kebaikannya, hingga habis sebelum mampu menebus keseluruhannya, lalu akan DIAMBIL DOSA mangsanya LALU DILEMPAR kepadanya, hingga akhirnya dia tercampak ke Neraka." (Hadis sohih Muslim).

Cara membuat ice shabu

Cara membuat ice shabu atau dadah jenis batu ini sebenarnya tidak susah dan amat mudah sebenarnya. Apatah lagi jika anda mempunyai pengetahuan tentang sebatian garam dalam mata pelajaran kimia @ sains paduan.

Ada satu kes sebelum ini, berdasarkan penangkapan yang dibuat, terdapat beberapa beg guni garam urea. Tapi tak taulah macam mana rasanya kalau sedut bau baja urea secara terus (direct).


Banyak carian kedalam blog ini yang mencari maklumat tentang dadah ice, cara membuat ice shabu, dadah jenis batu, dadah jenis ice. Manakala ada juga yang ingin bertaubat atau mencari jalan mengubati anak-anak / suami / boyfriend.

Ada yang mencari 'cara pemulihan penagih syabu' dan kesan makan dadah ais (yang ni nak cuba ke atau nak tahu simptom??)

Suasana sekarang ini menampakkan gejala yang amat membimbangkan tentang penyalahgunaan dadah ice. Penyeludupan, mahupun pemprosesan di makmal-makmal haram dalam negara semakin berleluasa. Serius ini gejala ketagihan ni tak boleh blah, dah makin kronik.







Apa-apapun entri ini sekadar berkongsi screenshot untuk keyword analytics daripada nuffnang, untuk blog ini (setakat 9.00pm).



Renung-renung dan fikirkan ...


sekadar berkongsi dan mengingatkan diri sendiri...

"Kadang-kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang-kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang-kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, ingatlah kebekatan dalan hidup ini perlukan hijrah ke arah yang makruf.
Segala hijrah yang kita lakukan ke arah yang baik pasti Allah berkati. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, 'Sebaik-baik manusia itu adalah yang bermanfaat'. Dan untuk menjadi orang yang bermanfaat, tidak semestinya kita perlu jadi orang yang berjaya, bekerjaya dan berpengaruh".

bacaan penuh di iLuvIslam

Wanita yang dibelai


Aku sebenarnya banyak kerja nak dibuat untuk upload beberapa produk. Tapi termasuk ke salah satu entry lama sebab ada satu komen spam baru masuk dalam blog kambing. Kebetulan, ada satu komen sebelumnya dan aku klik backlink, terjebak blogwalking sekejap.

Kata-kata mutiara diatas aku rembat dari blog Melyssa Nadiea. Walaupun ringkas, tapi penuh makna dan mendalam. Tersentak aku menghisab kealpaan diri, yang kadang-kadang mudah 'angin' dengan isteriku, jika ada yang tak kena.

Namun dia senantiasa taat setia dan akur dengan kata-kataku, walaupun aku selalu buat 'dek' je, macam takde perasaan.

Mungkin aku ego, atau mungkin juga aku tengah jiwa kacau. Tapi aku sedar, dia juga manusia biasa, insan, wanita dan isteri yang lemah, memerlukan kasih sayang dan belaian seorang suami. Syurga di bawah tapak kaki suami bukannya lesen untuk aku memperlakukan sewenang-wenangnya terhadap si isteri.

Aku mungkin belum cukup 'perfect' untuk menjadi seorang suami mithali, tapi itu tekad aku, yang disematkan dalam hati.

Aku bersyukur mempunyai seorang isteri yang memahami, walaupun masih muda dan mentah dalam mengharungi ranjau hidup. Tugasku sebagai suami adalah untuk memimpin dan memberikan kasih sayang, sejajar dengan kejadian asal wanita itu daripada rusuk lelaki.

Wanita diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah, bukan daripada rusuk bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dengan tangan. Bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan kasih dan sayang.

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Terkini: Jawapan Saya kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" KLIK SINI







Aku sekadar 'copy paste' petikan dari facebook untuk perkongsian kita bersama...


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata, “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” . Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”


Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Seluas laut mata memandang

Entah kenapa hari Khamis lepas fikiranku agak tepu. Monitor laptop kutatap berulang kali. Jari jemari menggodek-godek menekan-nekan tetikus dan papan kekunci. Namun tak dapat aku memberikan fokus untuk mengemaskini senarai jualan produk muslimah.

Mungkin aku lama sangat terperap hampir seminggu di dalam rumah. Atau ada hari-harinya yang aku perlukan 'time-off'. Semakin aku memaksa diri membuat kerja online, semakin aku hilang punca.

Ahhh.. sakit! Apa dah jadi ni? Soal hatiku. Tup-tup, isteriku mengajak ke kedai untuk membeli roti. "Jom!", tanpa lengah, aku mempersetujui cadangannya.


Lepas mendapatkan roti, aku pun menghala ke destinasi biasa, 'port' lepak menenangkan fikiran. Tak jauh pun pantai Siring tu. Lebih kurang 2-3km dari rumah nenek Najwa di Sempang Pantai. Pantai Siring ni letaknya bersebelahan dengan Anjung Batu; salah satu jeti untuk ke Pulau Besar.

Sampai di sana, aku pun memberikan’lampu hijau’ untuk melepaskan Ahmad Iqbal bermain-main di gigi air. Bukan main kepalang seronoknya. Terkekek-kekek dia melarikan diri dari gelombang ombak.



Yang pasti air liur akan meleleh ‘show’ dengan perkara yang menarik fokusnya. Aku melayankan sahaja karenahnya. Sesekali, aku merenung ke Pulau Besar yang pada mata kasarku, kurang 10km jarak dari pantai.

Lapang sungguh dadaku. Tenang buat seketika merenung kebesaran ciptaan Allah swt.

Syukur aku padaNya kerana masih lagi dapat menikmati nikmat hidup. Yang pasti, seluas laut mata memandang, sebesar itulah harapanku pada Ahmad Iqbal dan Adam Harith.

Moga kedua-keduanya menjadi anak-anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Topangnya patah dua




Hari itu seperti lazimnya aku ke ibu kota atas urusan perniagaan. Kereta diletakkan di Melaka Sentral dan aku menaiki bas ekspres Transnasional. Sejurus bas mula bergerak, aku merelakan diri lena diulit mimpi. Mungkin dapat mimpi jumpa puteri kayangan, takpun jadi jutawan?

Lebih kurang 4 jam di KL, maka selesailah segala urusan. Sempat aku solat Magrib di Masjid Jamek. Selepas solat, aku bergegas menuju ke stesen LRT untuk meneruskan perjalanan pulang ke Bukt Jalil.

Dalam pada itu, aku ternampak seorang lelaki pertengahan umur berjalan menggunakan topang. Dia juga menuju ke stesen LRT. Langsung tidak kelihatan kekok dia menggunakan topang tersebut. Sebelah kakinya pendek, hanya di paras lutut kaki kanannya yang normal.

Tatkala aku tinggal beberapa tapak sebelum memijak tangga stesen LRT, lelaki tersebut jatuh secara tiba-tiba. Aku bergegas meluru ke arahnya. Rupa-rupa, topangnya patah dua. Beberapa orang yang sedar kejadian itu, mula mengelilinginya.

Dia jelas tampak gelisah. Mana taknya, dia langsung tak mampu untuk berdiri tanpa bantuan. Sambil itu, dia menahan sakit dibahagian jari jemarinya akibat terhentak ke aspal. Kemudian dia berkata, "Siapa-siapa yang ada motor, saya minta jasa baik tolong hantarkan saya ke rumah. Rumah saya kat Sentul", ujarnya lagi.

Masing-masing terpinga-pinga sebab hampir semuanya di situ menaiki LRT, termasuklah aku. Mana nak cari motor. Aku bukannya kenal siapa-siapa pun di situ.

Tiba-tiba, seorang lelaki menyuarakan hasratnya menolong memapahnya sampai ke tepi jalan. “Takpe bang, saya tolong papah abang, lepas tu kita tahan teksi”. “Tapi, saya duduk rumah flat. Sampai sana, saya kena ada orang yang tolong saya untuk masuk lif dan naik keatas”, ujar lelaki bertopang.

Buntu lagi. Masing-masing terdiam. Sambil itu, peniaga yang ada bersebelahan kami cuba mencari-cari pemilik motorsikal yang sudi untuk menghantar lelaki bertopang pulang.

Lelaki bertopang nampak resah. Jam sudah menghampiri 8.30 malam. Warga kota sibuk lalu lalang di sekeliling kami, seolah-olah tiada apa yang istimewa berlaku. Mungkin mereka hendak cepat sampai ke destinasi yang dituju.

Masa berdetik. Masalah lelaki bertopang masih belum selesai. Si lelaki yang berhasrat memapahnya mencelah lagi, “takpe bang, saya ikut abang. Saya hantar sampai ke rumah”.

“Tapi saya berat. Suasah awak nak papah saya”, lelaki bertopang masih lagi berat dengan pelawaan lelaki perihatin itu.

Tiba-tiba, ada seorang pakcik datang ke arah kami. Dia berkata, “saya ada motor. Saya hantar sampai ke rumah”. Kesanggupan pakcik bermotor membuatkan kami menarik nafas lega. Syukur, satu masalah selesai. Sebuah kesulitan berjaya diatasi.

Kami semua menolong mengangkat lelaki bertopang bangun dari duduknya. Begnya diletakkan ke dalam raga motosikal. Dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantunya.

“Terima kasih kerana perihatin”, ujarnya. Satu ungkapan yang aku rasakan sungguh besar maknanya bagi lelaki bertopang. Sungguh ikhlas kurasakan ucapanya yang ringkas itu.

Aku berasa syukur lahir dalam keadaan sempurna tubuh fizikal dan mental. Tika itu dapat aku rasakan betapa perlunya aku bersyukur. Walaupun ada tikanya berasa sangat susah ditimpa ujian Allah s.w.t, masih ada insan yang diberi ujian dan dugaan yang lebih besar.

Jika secebis ujian menjadikanku ‘jiwa kacau’, apalah sangat jika dibandingkan dengan lelaki bertopang. Saat detiknya dia jatuh sebentar tadi, memang luluh segala kekuatan. Hanya ehsan yang ditagih.

Tapi aku pasti, ada kekuatan dalam dirinya yang jauh lebih besar berbanding jiwa kacau yang melanda diri. Syukurlah aku masih bernafas dibumi ini, menikmati segala kurniaan Ilahi.

Selamat Tinggal 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Semalam aku berada di ibu kota. Menguruskan urusan berjual beli untuk persiapan berniaga di uptown Muar serta butik pakaian muslimah. Di dataran merdeka ku lihat persiapan DBKL untuk marhain-marhain menyambut malam tahun baru 2011. Di dataran Air Keroh juga perkara sama dilakukan pihak MBM.

Mungkin muda mudi teramat ghairah menunggu detik 'countdown'. Mungkin juga pasangan kelamin turut serta memeriahkan suasana. Bagi sebahagian masyarakat pula, mungkin lebih gemar berada di rumah bersama keluarga menikmati rehat setelah bertungkus lumus selama seminggu bekerja.

Aku? Insyaallah akan berada di Uptown Bandar Maharani malam ni. Aku sudah lama tidak menyertai perhimpunan countdown tahun baru. Mungkin sebab meniti usia yang semakin bertambah, atau memang sebab aku tidak gemar berada dalam suasana sesak hiruk pikuk manusia. Kalu berniaga lain pula. Aku memang mengharapkan manusia yang berduyun-duyun datang memasuki gerai jualan aku.

Apa-apa pun, untuk para remaja, berwaspada dan gunakanlah akal yang dikurnia Allah. Berpada-padalah ketika menyambut tahun baru.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu.

'Nasi Lemak 50 sen Nora Danish' Cuti-cuti Cinta... ada patut ka?



Nora : U kata muka I tak cantik?

Farid: Dahi jendol, dagu leper..tu apa tu..

Nora : Haa?

Farid : Nasi lemak 50 sen..

Nora: Aaa..


Sebuah Filem Komedi Romantik Arahan Ahmad Idham, lakonan Nora Danish, Farid Kamil, The Fabulous Cats dll.



Iklan trailer filem Cuti-cuti cinta saban hari dipertonton di kaca tv. Dialog Farid Kamil bertekak denan Nora Danish dan adegan tersebut diakhiri dengan Nora Danish menekup dadanya.

Untuk 18sx, adengan tersebut mungkin sesuai, tapi bukan untuk remaja bawahan umur mahupun kanak-kanak sekolah rendah. Aku berani cakap dialog tersebut akan jadi mainan mereka mengutuk rakan-rakan sekelas (perempuan).

Apa lagi nilai moral yang dipertonton di kaca tv untuk membendung seks luar nikah, anak haram atau gejala cikaro?

Penggiat seni, gunalah akal, timbangkan etika moral. Memang benda ni nampak kecil, tapi yang kecil akan jadi besar. Patut-patut la...

Tragedi bas ekspress 10/10/10

Semalam masing-masing teruja dengan tanggal 10.10.10, apatah lagi dengan ramai pasangan mangabadikan detik bersejarah mengikat janji, mengabadikan perkahwinan termasuk angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos. Siaran langsung di stesen tv mewarnai detik gemilang itu. Begitu juga kejuaraan MotoGP di Sepang memberi satu makna kepada penonton dan juga pelumba.

Gambar galeri Utusan

Namun itu episod suka, ada juga yang berduka. Di lebuhraya PLUS, lain pula ceritanya. Kemalangan maut yang meragut 12 15 nyawa nyata membawa mimpi ngeri kepada keluarga mangsa dan juga mereka yang terbabit.

...satu kemalangan ngeri membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat sini, petang semalam.

...sila ke sini untuk senarai yang terbunuh dan cedera. Tambahan senarai terkini di sini.


Takziah buat keluarga mangsa dan Al-Fatihah buat merkea yang pergi meninggalkan kita.

Bila terjadi tragedi sebegini, pelabagai pihak mula mengeluarkan kenyataan supaya tindakan, pantauan, siasatan dan juga kajian dibuat bagi mengelakkannya berulang. Mungkin kita semua sudah hampir sebati dengan 'kenderaan awam dapat mengelakkan kemalangan'. Tapi apa yang terjadi? Tak cukupkah dengan peristiwa ngeri kemalangan bas Sani Ekspress penghujung tahun 2009?

Aku kebetulan membatalkan hasrat menaiki bas ekspress dari Melaka ke KL pada petang hari tersebut, sekurang-kurangnya bersyukur dengan pelbagai andaian yang mungkin berlaku. Syukur mungkin tidak terbabit dengan nahas, atau sekurang-kurangnya tidak terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya.

Di sebalik kejadian, pasti akan muncul rasa tidak puas hati di kalangan banyak pihak. Aku sendiri yang biasa menggunakan perkhidmatan bas ekspress rasa tercabar dengan kewibawaan pemandu bas yang lagak persis 'rider' kereta lumba. Hatta aku juga memandu dengan kelajuan 100km/h di 'PLUS highway' seringkali di potong segelintir pemandu bas dan lori.

Aku bukannya juara untuk bersuara dan juga bukannya sempurna untuk menjatuhkan hukum. Tapi pemantauan bukan jalan yang terbaik untuk menangani kejadian ini. Selagi si pemandu masih memegang status seorang manusia rakyat Malaysia. Aku juga bukannya terlalu pandai untuk memberikan idea bernas kepada kerajaan tapi sekurang-kurangnya sesuatu boleh dilakukan kepada enjin atau had laju bas / lori (secara mekanikal) bagi mewujudkan pemanduan berhemat.

Kuasa Minda


Tempohari aku mengeteh bersama brader Joe di lokasi rasmi restoran mamak Jalan Sulaiman. Bermula sebelum tengah malam, hinggalah menjelang Subuh kami memberi rezeki kepada mamak. Mana taknya, bergelas-gelas air kami telan, sampai penuh meja yang kami duduk tu.

Perbualan kami mulanya banyak berkisar  tentang blog, blogging dan blogger. Yang goblok dan bongok juga tak lepas menjadi tajuk bualan. Kemudian perbincangan beralih kepada buat duit melalui Nuffnang, Google Adsense serta niche blog. Banyak juga tips serta pandangan yang kami kongsi bersama. Tak kurang juga cerita serta pengalaman menyelam (scuba diving) disingkap dalam pertemuan tu.

Pada aku, diskusi malam tu sampai ke kemuncaknya bila topik LOA (law of attraction) yang kalau dipermudahkan dalam bahasa Melayu aku definisikan sebagai tarikan kuasa minda. Mungkin diskusi kami tak sehebat Datuk Dr. Fadhilah Khamsah, mahupun setanding seminar Dr. Azizan, namun aku percaya ia telah berjaya membuka satu ruang persepsi baru pada diri ini.

Aku kini semakin faham dan jelas akan dimensi kuasa minda yang tak sepenuhnya aku olah, gembeling dan manupulasi sepenuhnya sebelum ini. Cuma kita kena faham semua itu pasti takkan terlaksana tanpa izinNya. Mungkin andaperlu baca sikit kuasa password yang boleh menjadikan kita jutawan. Apa yang perlu, usaha dan keyakinan kita.

Panduan untuk mengelakkan sikap takbur


Salam semua.

Entry ni sekadar menyampaikan secebis ilmu berkenaan 'riak' @ takbur. Perkongsian ni aku pernah baca satu ketika dulu. Tapi sebab aku ni bukannya orang yang layak untuk menyampaikan kuliah agama dan untuk mengelakkan kesilapan, aku hanya 'copy paste' daripada "Antara Sombong.. Bongkak.. Angkuh dan Takbur ..".Untuk tatapan dan renungan kita bersama.

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :


  • 1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
  • 2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
  • 3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
  • 4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
  • 5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
  • 6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Elakkan makan..

Salam semua,

Baru sahaja membaca perkongsian menarik info (pengalaman) daripada saudara RidzalMersing, pro dan kontra antara ajaran ilmu sains atau ilmu berdasarkan Al-Quran. Berikut adalah isi penting :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsb nya;
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya;
3. Elakkan minuman bergas;
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah;
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit;
6. Makan buah delima; dan
7. Makan epal hijau.

Pengalaman  beliau amat menarik untuk kita baca dan renungkan. Bukan cerita dongeng, mahupun rekaan. Pengalaman beliau amat berharga buat kita, khasnya para ibu bapa yang menyediakan menu untuk santapan anak-anak. Bacalah coretan penuh beliau, di sini.

Kaku..



Hari demi hari semakin berjalan, berlalu pergi. Aku masih lagi di sini. Entah kenapa aku pun tak tahu. Otak aku beku untuk melahirkan idea dan jari jemari ini kaku untuk mengetuk papan kekunci komputer riba yang dah banyak berbakti ini.

Aku sendiri tak pasti apa yang terjadi. Satu nikmat telah ditarik daripada diri ini. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Aku dihimpit dengan seribu persoalan tatkala ini. Kusut dan berserabut dibuatnya. Masa aku kini sangat kurang di depan laptop. Kalau laptop sudah dihidupkan, talian internet sudah tersambung, aku termanggu dan tak dapat fokus untuk melakukan kerja-kerja online.

Pasrah dengan situasi ini, aku kini keluar semula berhadapan dengan pelanggan-pelanggan bisnes offline. Tak mampu untuk aku duduk dirumah hanya untuk termanggu menatap skrin laptop, yang berkesudahan aku klik sana, klik sini.. akhirnya aku ke meja Yahoo Pool.

Pernahkah anda menghadapi situasi yang membuntukan ini? Ada cadangan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...