Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Awas bahaya makan durian
Wajib baca, sebab teknikal Pokemon Go patut haram
PokemonGo bukan mcm game lain. ini melibatkan keselamatan negara. belum main dah mintak izin kita nak rakam mende² sekeliling kita walau dlm rumah ada guna GPS. masjid kita, kawasan perumahan kita, silap² orang main dlm lapangan terbang kem tentera mmg bahaya. musuh nak masuk negara kita bkn sehari dua, diorang kaji dulu. sbb tu ada negara bkn Islam pun band mende ni. apalah bodoh kita org Islam tak nampak mende ni. pulak tu dicipta oleh Google Maps. Google Maps baru 2 hari lepas buang negara Palestin dari peta google.
Pasal Pokemon Go ni... harap baca lh
mintk maaf banyok lh..
Diaorang cakap haram diaorang ada bagi reason. Bacalah dulu. Dulu orang pun paranoid jugak waktu first FB Messenger keluar sebab FB Messenger mintak permission macam-macam yang boleh jadi potential spying apps. Pokemon Go ni memang guna GPS dan submit data-data koordinat pada server. Jadi ada potensi data-data ni boleh diguna untuk "menjajah" negara tanpa kita sedar. Macam kereta Google Maps yang lalu depan rumah kamu tu, dia rekod gambar dan koordinat hampir seluruh Malaysia. Cuma beberapa lokasi seperti military base tak dibenarkan masuk. Tapi kalau ada orang main pokemon dalam military base? Kereta Google Maps pun tak masuk dalam rumah kamu, tapi kalau kamu main Pokemon Go dalam rumah? Dalam bilik? Data tu dah berpotensi untuk dibuat maps yang lebih detail, dengan koordinat GPS dan gambar sebab kamu dah bagi permission untuk app ni guna kamera kamu dan hantar pada server di luar negara. Kamu rasa pelik macamana Facebook boleh kenal rupa kamu dalam gambar walhal kamu tak tag pun kan? Sebab teknologi begitu dah ada! Facebook dah ada data wajah kamu. Kali ini kamu dengan rela hati tangkap gambar bilik tidur kamu berserta koordinat. Banyangkan 1 juta orang participate untuk main Pokemon Go. Lama kelamaan data Pokemon Go akan jadi lebih lengkap untuk memetakan seluruh negara Malaysia, luar dan dalam rumah. Bayangkan: Gambar dalam rumah kamu, geotagged, simpan di server luar negara. Rasa tak selamat? Kamu sendiri yang bagi kebenaran waktu nak Install.
SEBARKAN!
Uninstall Pokemon Go . Tak Pelik Ke ? Kita Mesti Rakam Sekeliling Kita . Masjid , Rumah , Dan Lain2. Tak Ke Bangang . Kita Jadi Macam KULI . Always Follow That Game . Fikir Positive . Game Ni Lain Daripada Yang Lain . Game Pokemon Go Adalah Strategi Orang Luar Untuk Ceroboh Malaysia And Wujudkan Agama Baru . Kepada Umat Islam , Please Uninstall Pokemon Go . Ni Demi Kebaikan Agama Sendiri
-Share Untuk Kebaikan
Mee segera lebih teruk daripada syabu ice
Memang copy paste 100% dari sumber asal http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=392257
Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?
AWAS Leptospirosis pada air tin
MOHON SEBARKAN!!
PENTING DAN HARUS DIBACA!
Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'
Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.
kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)
Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.
SHARE & SEBARKAN!

