Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts
Rezeki itu milik Allah
Alhamdulillah, dalam sibuk ke hulu ke hilir, tanpa update blog, ada juga rezeki masuk melalui affiliate jobdirumah dan panduan jahit baju kurung.
Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini. Aku berhenti kerja makan gaji dan mencari rezeki dimuka bumi Allah dengan cara yang lebih relaks (tapi memang penat).
Ya, aku sudah kerja sendiri semula. Sekarang aku bergantung pada Durian Crepe, Coconut Shake Luar Biasa Muar dan pakaian muslimah sepenuhnya.
Memang seronok kerja sendiri, tapi sendiri mau ingat segala rintangan dan dugaan yang tiba.
Aku mengharapkan rezeki yang lebih diberkati dan hati yang tenang bila kerja sendiri.
Terima kasih ya Allah, kerna memberi nikmat mengecapi rezeki milikiMu.
Topangnya patah dua
Hari itu seperti lazimnya aku ke ibu kota atas urusan perniagaan. Kereta diletakkan di Melaka Sentral dan aku menaiki bas ekspres Transnasional. Sejurus bas mula bergerak, aku merelakan diri lena diulit mimpi. Mungkin dapat mimpi jumpa puteri kayangan, takpun jadi jutawan?
Lebih kurang 4 jam di KL, maka selesailah segala urusan. Sempat aku solat Magrib di Masjid Jamek. Selepas solat, aku bergegas menuju ke stesen LRT untuk meneruskan perjalanan pulang ke Bukt Jalil.
Dalam pada itu, aku ternampak seorang lelaki pertengahan umur berjalan menggunakan topang. Dia juga menuju ke stesen LRT. Langsung tidak kelihatan kekok dia menggunakan topang tersebut. Sebelah kakinya pendek, hanya di paras lutut kaki kanannya yang normal.
Tatkala aku tinggal beberapa tapak sebelum memijak tangga stesen LRT, lelaki tersebut jatuh secara tiba-tiba. Aku bergegas meluru ke arahnya. Rupa-rupa, topangnya patah dua. Beberapa orang yang sedar kejadian itu, mula mengelilinginya.
Dia jelas tampak gelisah. Mana taknya, dia langsung tak mampu untuk berdiri tanpa bantuan. Sambil itu, dia menahan sakit dibahagian jari jemarinya akibat terhentak ke aspal. Kemudian dia berkata, "Siapa-siapa yang ada motor, saya minta jasa baik tolong hantarkan saya ke rumah. Rumah saya kat Sentul", ujarnya lagi.
Masing-masing terpinga-pinga sebab hampir semuanya di situ menaiki LRT, termasuklah aku. Mana nak cari motor. Aku bukannya kenal siapa-siapa pun di situ.
Tiba-tiba, seorang lelaki menyuarakan hasratnya menolong memapahnya sampai ke tepi jalan. “Takpe bang, saya tolong papah abang, lepas tu kita tahan teksi”. “Tapi, saya duduk rumah flat. Sampai sana, saya kena ada orang yang tolong saya untuk masuk lif dan naik keatas”, ujar lelaki bertopang.
Buntu lagi. Masing-masing terdiam. Sambil itu, peniaga yang ada bersebelahan kami cuba mencari-cari pemilik motorsikal yang sudi untuk menghantar lelaki bertopang pulang.
Lelaki bertopang nampak resah. Jam sudah menghampiri 8.30 malam. Warga kota sibuk lalu lalang di sekeliling kami, seolah-olah tiada apa yang istimewa berlaku. Mungkin mereka hendak cepat sampai ke destinasi yang dituju.
Masa berdetik. Masalah lelaki bertopang masih belum selesai. Si lelaki yang berhasrat memapahnya mencelah lagi, “takpe bang, saya ikut abang. Saya hantar sampai ke rumah”.
“Tapi saya berat. Suasah awak nak papah saya”, lelaki bertopang masih lagi berat dengan pelawaan lelaki perihatin itu.
Tiba-tiba, ada seorang pakcik datang ke arah kami. Dia berkata, “saya ada motor. Saya hantar sampai ke rumah”. Kesanggupan pakcik bermotor membuatkan kami menarik nafas lega. Syukur, satu masalah selesai. Sebuah kesulitan berjaya diatasi.
Kami semua menolong mengangkat lelaki bertopang bangun dari duduknya. Begnya diletakkan ke dalam raga motosikal. Dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantunya.
“Terima kasih kerana perihatin”, ujarnya. Satu ungkapan yang aku rasakan sungguh besar maknanya bagi lelaki bertopang. Sungguh ikhlas kurasakan ucapanya yang ringkas itu.
Aku berasa syukur lahir dalam keadaan sempurna tubuh fizikal dan mental. Tika itu dapat aku rasakan betapa perlunya aku bersyukur. Walaupun ada tikanya berasa sangat susah ditimpa ujian Allah s.w.t, masih ada insan yang diberi ujian dan dugaan yang lebih besar.
Jika secebis ujian menjadikanku ‘jiwa kacau’, apalah sangat jika dibandingkan dengan lelaki bertopang. Saat detiknya dia jatuh sebentar tadi, memang luluh segala kekuatan. Hanya ehsan yang ditagih.
Tapi aku pasti, ada kekuatan dalam dirinya yang jauh lebih besar berbanding jiwa kacau yang melanda diri. Syukurlah aku masih bernafas dibumi ini, menikmati segala kurniaan Ilahi.
10:10:10:10:10:10 ... satu dalam seratus
At 10 minutes and 10 seconds past 10 am today, the time and date will read — 10:10:10:10:10:10, a phenomena that will recur only after 100 years.
......baca lanjut kat sini ......
Aku memang teruja juga dengan tarikh 10.10.10 yang jatuh pada hari ini, setelah berbulan-bulan menyaksikan iklan moto GP Sepang yang ke udara di kaca tv saban hari. Cuma aku agak terkilan tak dapat ke Sepang esok untuk menyaksikan kejuaraan moto GP 2010, yang biasanya menjadi aktiviti tahunan aku. Takde keizinan Allah untuk sampai ke sana esok.
Kebetulan juga aku baru blogwalking dan nampak sesuatu yang kita boleh buat dengan merakamkan detik istimewa dan menghantarkannya ke program One Day On Earth.
Namun, apa jua yang bakal kita tempuhi pada hari ini, aku cuma harapkan lebih indah dan lebih baik daripada hari sebelumnya.
Izinkan diriku ini terus bernafas dan sujud pada Mu ya Allah.
Syukur
Bisnis di rumah : RM200 untuk komen terhangat!
Salam lebaran.
Ramai lagi masih dalam 'mood raya'. Berkunjung ke rumah-rumah terbuka, mahupun beraya secara santai ke rumah saudara mara dan teman-teman. Aku juga tak lepaskan peluang beraya bersama Sangilapi, walaupun hanya di kedai nasi ayam Bakar, berdekatan Telekom Muar.
Tak banyak yang kami bualkan disebabkan aku hadir lewat menjelang Asar, berbanding 'appointment' sebelum Zuhur.. hik.. hik.. Brader Joe kata, "berjanggut aku tunggu ko Sam!". Aku punyalah mengantuk nak keluar rumah pada hari Isnin tu. Lantaran penat badan yang belum hilang, lemau berniaga seminggu selepas hari raya.
Tapi temu janji tetap ditunai. Alhamdulillah, sedap sungguh menu nasi ayam berlada kat situ. Paling bermakna kenangan haritu sebab aku dapat angpow istimewa RM200, lantaran berjaya mendapat tempat kedua komen terhangat di Rezeki Murah. Memang termanggu dan terkedu sebab aku tak jangkakan angpow sebegitu daripa incik Joe.Jutaan terima kasih aku ucapkan, semoga Allah jua yang dapat membalasnya. Aku sekadar seronok melayan dan mengikuti kisah silam beliau yang nyata amat berbeza berbanding pengalaman aku. Memberi komen di blog beliau seakan menjadi kewajipan aku setiap kali singgah sahur di situ.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memberi komen juga salah satu perkara yang memberi bayak keuntungan kepada pemilik url, sama backlink, banner sebagai juara, mahupun hadiah misteri. Mungkin ini juga salah satu cabang peluang bisnes di rumah?
Subscribe to:
Posts (Atom)

