Showing posts with label HARI. Show all posts
Showing posts with label HARI. Show all posts

Banyak seh jalan ditutup pada Hari penamaan calon...


Hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau
MELAKA 25 Feb. – Polis menyediakan dua laluan berbeza untuk digunakan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas bagi memastikan mereka tidak bertembung sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau esok.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye (gambar) berkata, dua laluan berbeza itu adalah laluan dari Serkam ke Pekan Merlimau untuk penyokong BN manakala laluan dari Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) ke Merlimau pula dikhususkan untuk penyokong Pas atau pihak pembangkang.
Menurutnya, bagi memastikan penamaan calon berjalan lancar, penyokong BN akan berhimpun di sebelah kanan pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
“Penyokong Pas pula akan berhimpun di sebelah kiri politeknik iaitu dari arah susur keluar ke pekan Merlimau dari Lebuh Raya AMJ,” katanya.
baca lanjut di Utusan









Hari ini merupakan hari penamaan calon. Aku ada beberapa tempat yang perlu dihadiri. Yang pasti aku bukan pengundi berdaftar di kawasan DUN Merlimau, walaupun aku saban hari bermukim di rumah nenek di Kampung Sempang Pantai, Merlimau. Ini memastikan aku tidak terlibat sama sekali dengan pilihanraya yang bakal berlangsung.


Aku dapat saksikan betapa bertuahnya para penduduk Merlimau dengan kehadiran pilihanraya ini. Mankan tidak, jalan tar berturap baru, lampu limpah dipasang menerangi simpang empat, longkang-longkang konkrit menggantikan longkang tanah, dan banyak lagi rezeki yang diterima.


Aku cuma menumpang tuah rezeki yang diterima. Cuma yang aku tak 'syok' sebab hari ini banyak jalan ditutup sempena penamaan calon. Harap-harapaku dapat meloloskan diri sebab kena ke beberapa tempat yang lain.


Apa-apa pun, aku malas nak ulas panjang.Korang boleh baca sendiri laporan terkini dalam akhbar online. Semoga terhibur dengan hasil rakaman lensa kamera aku, keadaan dan suasana di Merlimau ketika ini.


Nota:
Calon Pas, Yuhaizad Abdullah
Calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 (1432 H)


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat pula, Maulidur Rasul bermaksud "ulang tahun hari kepu­teraan Rasulullah SAW".

Maulidur Rasul juga disebut sebagai Maulud Nabi, mengikut bahasa perbualan kebanyakan rakyat Malaysia.

Hari besar ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

rujukan wikipedia, prpm.dbp.gov.my.

Terdapat PRO dan KONTRA tentang persoalan "Perarakan Maulidur Rasul : Wajar Diterus Atau DiUbah?". Bagi menjawab teka-teki atau isu ini, ada dipetik beberapa penerangan dan pendapat Uzar seperti di bawah ini;
Sebagaimana kita tahu dan faham, sambutan Maulidur Rasul sepatutnya bertujuan untuk memperingati kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w atau yang lebih penting adalah perlantikan baginda menjadi Rasulullah. Setakat mengenang tarikh kelahiran semata-mata tanpa mengenengahkan inti risalah, mesej dan perjuangan yang dibawa oleh baginda Nabi adalah suatu kesilapan dalam pendekatan dan memahami keutamaan.
Persoalannya, adakah sebuah perarakan dengan pakaian seragam, mengangkat sepanduk puji-pujian, sambil berselawat mampu membawa kita ke arah objektif itu? Jika itulah upacara utamanya, saya kira ia benar-benar sebuah antiklimaks serta TIDAK memberi banyak manfaat dari sudut akhiratnya, di tambah pula lagi di ketika wujudnya pertikaian pada sambutan Maulidur Rasul itu sendiri. Jika begitu, apa yang patut dibuat?
Kesimpulannya, menurut pandangan saya, sambutan Maulidur Rasul melalui perarakan walau ia telah dilaksana turun temurun di Malaysia, ia tidaklah mampu menunaikan hak baginda Rasullullah dan Islam itu sendiri. Ia jelas, tersasar dari objektif utama perjuangan Rasulullah, apa yang sepatutnya lebih ditumpukan dan disalurkan peruntukan besar adalah program meningkat kesedaran terhadap inti perjuangan dan mesej Islam.

Memandangkan orang kita hanya melebihkan untuk menikut sunnah nabi bila timbul isu poligami, apa kata kita   cuba lebihkan pada sunnah-sunnah yang lain seperti adab makan, adab ke tandas, adab bercakap, adab kepada tetamu dan banyak lagi perkara-perkara kecil yang sepatutnya kita terpkan kepada diri dan anak-anak kecil.

Semoga umat Islam dapat menerapkan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w ke dalam jiwa dan hati kita. Jadilah pemaaf, penyabar dan merendah diri, sesuai dengan sifat-sifat nabi kita. Mungkin dengan lebih penghayatan, keruntuhan moral dan akhlak remaja kita dapat dibendung dan dikawal daripada rosak, dan terus membusuk.

wasalam.

Hari raya, rendang dan ketupat

Inilah gambar ketupat yang masih suam-suam kuku


Hari ini aku memang amat mengantuk, sebab semalaman aku menganyam ketupat seorang diri sambil melayari internet dengan kelajuan tahap 'dial up'. Sementara loading, aku menganyam ketupat satu demi satu.

Selepas wukuf di Arafah, maka akan menjelmalah hari raya Haji (Korban). Bagi umat Islam di Malaysia, kemeriahan raya haji tak sebegitu meriah dirayakan. Mungkin sebab tiada jualan murah 'penghabisan stok' atau sebab tanpa sebulan berpuasa, kehangatannya tidak dirasai.

Bagi aku, macam biasa je. Memang tak begitu ghairah menyambut raya qurban. Mungkin sudah jadi tradisi keluarga dan masyarakat setempat yang tidak meraikannya dengan besar-besaran, kecuali acara qurban dan aqiqah yang mengambil tempat di masjid-masjid.

Ok, berbalik pada cerita asal aku tentang rendang dan ketupat. aku sememnagnya peminat ketupat nasi (yang asli, bukannya ketupat segera nasi himpit di dalam karung plastik). Pada aku, rasanya sama sekali berbeza, sama juga jika kita makan nasi lemak daun pisang berbanding dalam bekas makanan 'polystyrene'.

Mungkin aku tidak menerima teknologi (nasi himpit segera), yang jauh lagi cepat, mudah dan sedapppp (macam iklan dalam tv). Tapi pada aku, tekak tidak boleh menipu. Aku tetap dengan ketupat asli daripada pucuk daun kelapa. Yang aku pasti, semakin ramai tidak pandai menganyam ketupat, hanya beli sahaja di pasar sebab memang menjimatkan masa.

Kalau 10 tahun ke belakang, tradisi menganyam ketupat dibuat beramai-ramai anak beranak. Pastinya disulami gurau senda serta bualan gossip hangat isu semasa. Tapi sekarang semua orang mengejar masa yang tak pernah cukup walaupun ita dikurniakan 24 jam sehari.

Apa-apa pun, masa merubah segalanya. Cuma kita sahaja yang dapat mengimbau memori daun pisang mengekalkan tradisi. Yang pasti, ketupat yang aku anyam, dah siap di rebus mak.. cuma nak ngap je bila rendang siap.. :P

Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon

Salam lebaran buat semua blogger, muslimin dan muslimat dan seluruh rakyat Malaysia. Ketika ini, jam menunjukkan 4.28 pagi, memasuki 2 Syawal. Tapi masih belum terlambat untuk kukirimkan sebaris ucapan selamat hari raya.

Aku juga manusia biasa, insan  yang lemah, tak dapat lari dari melakukan kesalahan baik daripada segi penulisan, pertuturan dan juga perbuatan. Justeru, di kesempatan Syawal, aku menyusun 10 jari tangan, dan 10 jari kaki memohon jutaan keampuan dan kemaafan daripada kalian semua. Aku pasti ada komen dan juga tulisan aku yang pernah menyinggung dan mengguris hati.

Alhamdulillah, Ramadan telah berjaya kita harungi. Semoga tahun hadapan berjumpa lagi. Aku baru sahaj menghabiskan 'rally' yang panjang berniaga di Bazar Ramadhan, jalan Sisi, Muar. Penatnya belum habis lagi. Insyaallah, lepas ni mungkin akan disambung sebagai 'uptown' hujung minggu.

Dikesempatan ini, aku juga memohon anda semua menyedekahkan Al-fatihah buat aruah nenek long kepada isteri ku, yang baru sahaja kembali kerahmatullah tengahari 1 Syawal di hospital Jasin, Melaka. Jasad akan dikbumikan esok pagi.

Al-fatihah.

15 Mei, HARI BELIA kEBANGSAAN

45% belia tidak tahu 15hb Mei adalah hari belia kebangsaan. 1Belia, 1Malaysia. Belia bakal menggerakkan negara, menjana kekuatan dan kestabilan politik serta ekonomi mendatang.

Jadilah seorang belia yang mampan dan berwawasan. Boleh tengok Al-Kuliyyah kat SINI. Irfan Khairi sebagai salah seorang tetamu. Aku sendiri tak sempat tengok,internet tengah 'slow mtotion' sebab dah habis guna quota untuk 3 Gig (Maxis wireless ). Nampak gaya kena upgrade
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...