Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2016

Selamat menduduki peperiksaan upsr 2016 esok. Semoga berjaya menduduki peperiksaan dengan tenang dan lancar dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Walau bagaimanapun, hayati petikan kata-kata nasihat dan perangsang berikut, andai kata yang dirancang menjadi sebaliknya....

Anak anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan  antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

Anak yg baik, anak yg cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

Anak2 yg biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

Anak2 yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak2 kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak2 kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada  membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

Anak2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak2 kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

Anak2 kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian skg tp dia lah yg akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang!

Saleem Lagu Raya - Pulanglah (penyanyi asal Aishah)



Assalamualaikum wbt

Tinggal sehari sahaja lagi untuk kita menunaikan puasa Ramadan 1436 Hijrah. Hari ini merupakan antara hari yang paling sibuk, menyaksikan perantauan mula pulang ke kampung. Ibubapa sibuk membeli belah, membuat persiapan terakhir menjelang Syawal.

Bagi yang kurang berkemampuan, sambutlah Syawal seadanya. Raikanlah kegembiraan. Bagi yang mempunyai sedikit lebihan wang ringgit. Jangan lupa bersedekah (angpow) kepada anak-anak kecil dan saudara mara yang tua.

Pastikan juga elakkan pembaziran ketika menyediakan juadah untuk para tetamu. Perpada-pada dan beserderhana dalam Islam, antara amalan yang ditekankan.

Para pengguna jalanraya dan lebuhraya, berhati-hati ketika menuju ke destinasi masing-masing. Ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti di kampung. Sabar dan bersopan semasa memandu.



Kita manusia biasa, tak lekang daripada kesilapan dan dosa. Hari baik dan bulan baik, sepuluh jari ku hulur untuk kemaafan yang tidak ternilai. Akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Ucap 'Merry Christmas', boleh ke tak boleh?

kredit gambar buat jmr23.com

Aku bukannya alim ulama untuk menyatakan hukum. Aku tidak mempunyai kelulusan dari Mesir atau Al-Azhar untuk memberi kupasan tentang persoalan agama. Aku sekadar sempat belajar agama di sekolah agama kerajaan Johor hinga darjah 5. Menamatkan tingkatan 5 dengan subjek pendidikan Islam sebagai subjek wajib. Tapi sesekali aku bermuzakarah, cuba menuntut ilmu daripada guru-guru agama dan rakan-rakan yang mengaji pondok. Aku masih mencari ilmu, tak kira ilmu duniawi, mahupun dunia akhirat. Tuntutlah ilmu sejak dalam buaian, hingga ke liang lahad.

Hari ini hari Natal atau Merry Xmas, yang disambut setiap tahun pada tanggal 25 December. Sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu, termasuk aku sendiri, kenapa 25 December? Lepas aku melihat poster di atas, barulah aku faham. kalau nak tahu page Zakir Naik, boleh tengok sini.

Di bawah ini pula, aku letakkan post FB salah seorang ahli page anak Johor:





Pendapat lain:
Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradawi: "Maka kami sebagai pemeluk Islam, agama kami tidak melarang kami untuk untuk memberikan tahni'ah kepada bukan Islam dalam hari besar agama mereka. Bahkan perbuatan ini termasuk ke dalam kategori al-birr (perbuatan yang baik). Sebagaimana firman Allah SWT: Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (QS. Al-Mumtahanah: 8).
Dibolehkan memberikan tahni'ah ini terutama bila pemeluk agama lain itu juga telah memberikan tahni'ah kepada kami dalam perayaan hari raya kami."




Itu pendapat kedua (Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradawi) dimana ia dibolehkan. Pendapat pertama ianya haram seperti mafhum dari kata - kata Ibn Taimiyah "melarang untuk ber-tasyabbuh dengan hari besar kaum kafir, kerana hal itu akan memberikan efek 'lega', bahwa umat Islam 'membenarkan' kesesatan yang mereka lakukan" Wallahu a'lam.

Pendapat lain boleh ucap Merry Christmas, boleh rujuk tulisan di sini

FATWA Malaysia: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Aku tahu, ramai pembaca yang singgah ke sini adalah golongan terpelajar dan cerdik pandai. Jadi, fikir-fikir dan renungkanlah.

Hari raya, rendang dan ketupat

Inilah gambar ketupat yang masih suam-suam kuku


Hari ini aku memang amat mengantuk, sebab semalaman aku menganyam ketupat seorang diri sambil melayari internet dengan kelajuan tahap 'dial up'. Sementara loading, aku menganyam ketupat satu demi satu.

Selepas wukuf di Arafah, maka akan menjelmalah hari raya Haji (Korban). Bagi umat Islam di Malaysia, kemeriahan raya haji tak sebegitu meriah dirayakan. Mungkin sebab tiada jualan murah 'penghabisan stok' atau sebab tanpa sebulan berpuasa, kehangatannya tidak dirasai.

Bagi aku, macam biasa je. Memang tak begitu ghairah menyambut raya qurban. Mungkin sudah jadi tradisi keluarga dan masyarakat setempat yang tidak meraikannya dengan besar-besaran, kecuali acara qurban dan aqiqah yang mengambil tempat di masjid-masjid.

Ok, berbalik pada cerita asal aku tentang rendang dan ketupat. aku sememnagnya peminat ketupat nasi (yang asli, bukannya ketupat segera nasi himpit di dalam karung plastik). Pada aku, rasanya sama sekali berbeza, sama juga jika kita makan nasi lemak daun pisang berbanding dalam bekas makanan 'polystyrene'.

Mungkin aku tidak menerima teknologi (nasi himpit segera), yang jauh lagi cepat, mudah dan sedapppp (macam iklan dalam tv). Tapi pada aku, tekak tidak boleh menipu. Aku tetap dengan ketupat asli daripada pucuk daun kelapa. Yang aku pasti, semakin ramai tidak pandai menganyam ketupat, hanya beli sahaja di pasar sebab memang menjimatkan masa.

Kalau 10 tahun ke belakang, tradisi menganyam ketupat dibuat beramai-ramai anak beranak. Pastinya disulami gurau senda serta bualan gossip hangat isu semasa. Tapi sekarang semua orang mengejar masa yang tak pernah cukup walaupun ita dikurniakan 24 jam sehari.

Apa-apa pun, masa merubah segalanya. Cuma kita sahaja yang dapat mengimbau memori daun pisang mengekalkan tradisi. Yang pasti, ketupat yang aku anyam, dah siap di rebus mak.. cuma nak ngap je bila rendang siap.. :P

Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon

Salam lebaran buat semua blogger, muslimin dan muslimat dan seluruh rakyat Malaysia. Ketika ini, jam menunjukkan 4.28 pagi, memasuki 2 Syawal. Tapi masih belum terlambat untuk kukirimkan sebaris ucapan selamat hari raya.

Aku juga manusia biasa, insan  yang lemah, tak dapat lari dari melakukan kesalahan baik daripada segi penulisan, pertuturan dan juga perbuatan. Justeru, di kesempatan Syawal, aku menyusun 10 jari tangan, dan 10 jari kaki memohon jutaan keampuan dan kemaafan daripada kalian semua. Aku pasti ada komen dan juga tulisan aku yang pernah menyinggung dan mengguris hati.

Alhamdulillah, Ramadan telah berjaya kita harungi. Semoga tahun hadapan berjumpa lagi. Aku baru sahaj menghabiskan 'rally' yang panjang berniaga di Bazar Ramadhan, jalan Sisi, Muar. Penatnya belum habis lagi. Insyaallah, lepas ni mungkin akan disambung sebagai 'uptown' hujung minggu.

Dikesempatan ini, aku juga memohon anda semua menyedekahkan Al-fatihah buat aruah nenek long kepada isteri ku, yang baru sahaja kembali kerahmatullah tengahari 1 Syawal di hospital Jasin, Melaka. Jasad akan dikbumikan esok pagi.

Al-fatihah.

Selamat Berpuasa dan terima kasih

Salam Ramdhan 1431H,

Aku dah niat puasa untuk sebulan, jadi takde masalah alasan macam masa kecik-kecik dulu lupa niat.. :P Jadi kepada seluruh muslimin dan muslimat di serata dunia yang memulakan Ramdhan esok, ku ucapkan selamat menempuh Ramadan dengan penuh keberkatan dan kesabaran. Hadapailah ujian bulan puasa ini dengan tenang, tawaduk serta ikhlas.

Perangilah nafsu membeli belah secara rambang, berpada-pada ketika membeli juadah berbuka. Man-man bro... jangan ,membeli makanan macam orang tak makan nasi 3 minggu.

Aku juga nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada seorang kakak, sahabat maya dan juga mentor blogging yang sudi menempatkan ruang kepada seorang sahabat untuk menumpang kasih trafik.

Akhir kata, seribu keampunan dan kemaafan ku pinta buat sahabat blogger, sahabat 'real' dan sesiapa sahaja yang pernah aku tersilap daripada segi perbuatan mahupun percakapan. Semoga Ramdhan ini disinari dengan Nur & Hidayah daripada Allah swt.

Selamat berpuasa.

Ops Sikap ke 20 : 2009

Pihak polis akan melancarkan ops sikap bermula dari 13 Sept sehingga 29 Sept 2009. 5 kesalahan trafik yang serius (Saman mandatori RM 300 untuk setiap kesalahan!) adalah :


1. Memecut (Speeding)

2. Langgar lampu isyarat (Beating the traffic lights)

3. Menggunakan laluan kecemasan (Using the emergency lanes)

4. Memotong di 2 garisan (Overtaking at double lines)

5. Tidak berhenti di simpang (Not stopping at junctions)





Pesanan daripada PDRM :

Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya
  • 1. Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk,dibawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda.
  • 2. Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan
  • 3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pergerakan yang boleh membahayakan seperti petukaran lorong
  • 4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki
  • 5. Jangan mengikut kenderaan hadapan terlalu rapat kerana ini sering menjadi punca kemalangan serius.
  • 6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  • 7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan laluan kecemasan kerana ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna
  • 8. Elakkan daripada mencelah-celah antara kenderaan kerana ia boleh membahayakan keselamatan anda dan juga orang lain.
  • 9. Sebelum memulakan perjalanan, ingatlah penumpang supaya memakai talipinggang hadapan dan juga belakang
  • 10. Pakailah topi keledar untuk pengguna motosikal, tidak kira berapa dekat perjalanan anda - ia mungkin menyelamatkan nyawa anda
  • 11. Menanamkan sikap berhati-hati dan menganggap "Risiko" sentiasa ada di atas jalan raya setiap masa.

Pengguna jalan raya hendaklah mematuhi "Cadangan Waktu Perjalanan" (Travel Time Advisory) Pengguna-pengguna akan diberi maklumat atau jadual yang sesuai untuk membuat perjalanan semasa musim perayaan. Ini akan dibuat melalui penyiaran Radio Astro dalam perjalanan menggunakan Lebuh Raya dan Jalan Persekutuan.

Untuk info maklumat, sila layari www.PanduCermat.org.my

Jadi, beringatlah ketika pulang ke kampung dan beraya. Jangan ikut rasa, bertimbanglah mengikut akal. Jangan tergopoh gapah semata-mata hendak cepat 5 minit, tapi menderita seumur hidup. Lagi teruk kalau ada nyawa yang melayang. Jom kita layan video YouTube "Perjalanan yang Tertekan".



Akhir kata, ucapan selamat hari raya Aidilfitri buat semua, terutamanya pembaca blog ini. Mohon maaf atas segala kesilapan dalam tutur kata dan penulisan kiranya ada menyinggung perasaan. Selamat berhari raya, semoga berjaya sampai dan pulang dengan selamat.

Wasalam.
-samdaddycool-

1 juta poskad mansuhkan PPSMI : aku tengok A. Samad Said LIVE


Pelancaran 1 juta poskad mansuhkan PPSMI dan Ceramah Perdana Peringkat negeri Johor telah berlangsung di markas Pas Kundang Ulu pada 15 Mei 2009 (semalam). Aku turut sama menyibuk (berniaga tudung dan jubah sebenarnya).

Orang-orang kuat yang hadir: 9kalau salah, memang salah aku tak fokus sangat).

Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, Dato' Dr Mahfodz
Naib Presiden PAS, Tn Hj Mohd Sabu,
Sasterawan Negara Dato' Dr. A. Samad Said,
Presiden TERAS Cikgu Azmi Abd Hamind,
Pengiat teater Sdr Dinsman,
Adun Skudai YB Dr Boo Cheng Hau selaku ketua pembangkang PR Johor.
Pengerusi PKR Johor, Tn Hj Anuar Saleh.

Aku sampai lepas asar. hujan selebat-lebatnya. memang aku rasa boleh banjir Kundang Ulu petang tu. Menjelang Isyak, para VIP telah sampai. Lepas solat Isyak, baru aku selesai pasang / gantung segala barangan dagangan. Tu pun tak semua di keluar, sebab hujan tak berhenti sepenuhnya.

T- shirt bantah PPSMI


Hujan renyai-renyai sampailah lebih kurang jam 10 malam. Kawasan sekitar dah macam sawah bendang, memang becak habis. Majlis bermula dengan para penceramah memberikan ucapan masing-masing, sehingga tiba di kemuncaknya apabila Datuk Dr. A. Samad Said merasmikan kempen 1 juta poskad mansuhkan PPSMI. pertama kali aku mendengar ucapan secara 'LIVE' oleh seorang sasterawan negara. Menarik dan puitis setiap bait kata beliau. Seronok mendengar.

Kerancakan majlis tiba, bila Tn Hj Mohd Sabumemberikan ceramahnya. Pedas dan bernas, hentam tetap hentam. Ada rasional dan ada kritikan. majlis selesai lebih kurang jam 12.30 pagi. Aku siap berkemas dan tinggalkan tempat tu dalam jama 1 pagi. Pengalaman pertama berniaga di Majlis Ceramah PAS!

Nak tahu cerita lanjut, boleh tengok sini dan 1 Juta Poskad Mansuhkan PPSMI

Akhir sekali kita tengok aksi tendang menendang.. :P

Selamat Hari Ibu 2009


Seorang ibu mempunyai perasaan keibuan yang tinggi terhadap anak / anak-anaknya. Seorang emak boleh menjaga 10 anak-anaknya, tapi belum tentu 10 orang anak boleh menjaga seorang emak.

Syurga dibawah tapak kaki ibu. Patuhilah dia. Hormatilah dia. Jagalah perasaannya. Jangan kau guris hati seorang ibu, walaupun dengan berkata "aah!" ...Anak derhaka, neraka tempatnya.

Jangan kau tanya, "Apakah yang mak aku dah bagi pada aku?" tapi tanyalah diri kamu, "Apa cukupkah sumbangan aku pada ibu?"

Pengorbanan ibu tiada tandingnya. Tanpa ibu, aku tiada di sini. Jasa ibu membawa ke syurga. Kasih ibu membawa bahagia.

Selamat hari ibu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...