Showing posts with label kerja sambilan dirumah tanpa modal. Show all posts
Showing posts with label kerja sambilan dirumah tanpa modal. Show all posts

Dapat lagi .. Satu komisen je dah RM110


Salam semua,

Tajuk kat atas tu aku memang tahu, nampak poyo, ada unsur-unsur riak dan tak boleh blah. Tapi percayalah, memang aku baru dapat bayaran RM110, dua hari lepas untuk satu komisen kerja sambilan aku.

Aku ringkaskan kejap kenapa aku pilih tajuk yang agak poyo. Sebenarnya tajuk yang ala-ala gempak, poyo dan riak ni sebenarnya dapat menarik banyak trafik daripada beberapa ping web servis, macam busuk, apesal, innit, ohbelog dan sebagainya. Nanti aku akan buat entri khas macamana aku buat , beserta bukti trafik daripada ping servis ni.

Nak harapkan direct organik trafik atau follower, memang aku tak cukup hebat. Tapi, dengan tajuk je aku berjaya tarik trafik. Ok, cukup , cukup.. dah tersasar daripada tajuk asal.

Dua hari lepas aku berjaya terima bayaran hasil mempromosikan kerja part time di rumah ni. Kali ni, panduan ebay rempit v2 yang aku promo. Aku sendiri belum sempat baca, tapi memang sebagai bekas 'player ebay power seller' (aku kena banned beberapa kali, sekarang maintain guna web sendiri), aku akui banyak benda yang aku kena follow sifu terbaru aku ni.

Banyak teknik yang sebelum ini aku tak perasan dan tak tahu langsung, diajar dalam panduan ebay rempit v2 ni. Kalau korang nak buat bisnes part itme, dengan income full time, memang ebay salah satu jalannya (tahu teknik Dropship?)


Terima kasih untuk si polan yang beli guna link affiliate aku, semoga berjaya jadi hardcore player ebay. Aku juga nak masuk gelanggang tak lama lagi, cuma kena buat jadual semuala. Maklumlah sekarang banyak masa aku habiskan dengan blogging + adsense, campur kerja pejabat berlambak, berlonggok-longgok pula tu, kena overtime. Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati pun dah tak pantau. . Penat.

Apa-apa pun, syukur dengan semua yang kita ada dan lalui, sebab ada lagi insan yang lemah dan memerlukan. Aku tahu, korang semua banyak duit. Hulur-hulurkanlah bantuan, kalau RM10 pun dah ok, (kalau 1000 orang kali RM10, dah banyak kan?) korbankanlah sikit duit topup tu. 

Syukur dengan apa yang telah aku kecapi, Alhamdulillah.

Kerja sambilan dirumah tanpa modal dengan bidvertiser

Salam buat semua pembaca,

Kali ini, cerita masih lagi berkisar kepada kerja sambilan tanpa modal yang boleh dilakukan di rumah. Aku nak berkongsi program bidvertiser, salah satu program PPC, alternatif kepada Google Adsense (GA).

Walaupun ia merupakan satu sumber untuk kerja sambilan dirumah tanpa modal, medium ini mempunyai satu syarat wajib; anda memerlukan blog atau website, tak kira bahasa Melayu atau Inggeris. 


Kalau korang perasan, biasanya iklan bidvertiser dalam blog ini akan keluar dalam dua bentuk, yang pertama sebagai flying pop up, dan juga iklan 'download' (atau text) di bawah kotak search google.


Program ni lebih senang approve berbanding GA, dan juga hanya memerlukan minimum USD$ 10, sebagai threshold untuk cashout melalu paypal, yang dibayar pada penghujung bulan (aku dah pernah dapat bayaran melalui paypal)


Walaupun tak segagah Google Adsense, tapi sekurang-kurangnya lebih cepat nak merasa sebab minimum payout hanyalah $10 dollar je.

Apa kata, korang cuba daftar dengan Bidvertiser ni, dan lihat hasilnya dalam masa sebulan. bagi yang belum pernah merasa USD, inilah peluangnya dengan hanya buat kerja kerja part time.

All the best ok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...