Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Isu anti vaksin

Dalam beberapa hari ini sedang kecoh isu pengambilan vaksin dan juga golongan anti vaksin. Lebih parah akibat kematian disebabkan kedegilan unttuk tidak mengambil vaksin.

Apa kata pakar? Baca penerangan berikut:

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PAKAR-PAKAR PERUBATAN KELUARGA MALAYSIA (FMSA) MENGENAI ISU VAKSIN

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia semalam mengenai vaksinasi dalam isu kes Kematian 2 kanak-kanak akibat serangan Difteria. Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia ( FMSA) menyokong penuh saranan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tersebut agar ibubapa memastikan anak-anak diberi imunisasi yang secukupnya. Pemberian vaksin adalah satu ikhtiar untuk mengelakkan dari mendapat penyakit-penyakit berjangkit yang berbahaya seperti Polio, Tb, Pertusis, Difteria dan pelbagai lagi. Sudah tentu kesungguhan optimum telah, sedang dan akan dilakukan oleh pihak KKM bagi membendung gajala wabak kuman tersebut bagi memastikan rakyat sihat. Penyakit tersebut berisiko tinggi membawa maut atau mendatangkan komplikasi yang serius. Kaedah yang paling ampuh ketika ini adalah pencegahan melalui vaskinasi. KKM juga menjamin bahawa vaksin yang diberikan adalah selamat untuk digunakan.

Dari Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari data klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes-kes yang menolak vaksin di kalangan ibu bapa meningkat dari 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga bulan Mei lepas. Amat membimbangkan kerana kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas. Contohnya bilangan kes measles (campak) meningkat dari 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September 2015, manakala penyakit Pertusis (batuk kokol) pula bertambah dari 497 kes (2014) kepada 655 kes tahun 2015. Manakala bilangan kes Tetanus (kancing gigi) juga meningkat hampir dua kali ganda daripada 12 kes pada 2014 kepada 22 kes sehingga September 2015.

Mengikut maklumat yang kami perolehi, ramai ibu bapa telah mulai sedar akan kealpaan mereka. Terdapat di antara mereka menghubungi pihak FMSA untuk pemberian vaksin semula kepada anak-anak mereka yang sudah tercicir sekian lama. Pakar-pakar perubatan Keluarga (FMS) yang bertebaran seluruh negara di klinik-klinik kesihatan sudi menghulurkan tangan membantu ibubapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat, serta menjadualkan semula vaksin kepada anak-anak mereka. Pakar-pakar perubatan keluarga terlatih dalam membantu anak-anak yang keciciran vaksinasi dan kami semua sedia membantu demi kesejahteraan rakyat negara ini.

Kami menjemput dengan penuh takzimnya kanak-kanak yang tercicir imunisasi ke klinik kesihatan yg berdekatan utk mendapatkan imunisasi yg sewajarnya.

Sekian

Dr Norsiah Ali
Presiden
Persatuan Pakar-pakar Perubatan Keluarga Malaysia

23 JUN 2016

Sultan Johor titah haramkan vape

JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

Isu Cadbury: Babi vs riba, korupsi, judi

Baca, fahamkan dan ambil iktibar.




Membantah Cadbury itu sesuatu yang bagus sebagai hak pengguna yang tidak boleh diperdayakan. Namun, berlebihan dalam hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain adalah merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama. Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya.
Malangnya, dalam masa yang sama kita tidak pula bising habis-habisan dalam perkara yang jelas haram seperti riba, korupsi, judi, salah guna harta awam dan seumpamanya.
Inilah fahaman Islam yang hanya terasa 'haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi.
Dr. MAZA

Iklan Deepavali Petronas diganti baru

Sebelum ni, aku menulis entry Iklan 2012 Petronas Deepavali dikutuk, macam biasa, disebabkan carian kata kunci sesat.

Memang aku pun kurang percaya Petronas yang sinonim dengan video-video komersil tahap 'leleh'  syahdu, boleh keluarkan video 'Do the Dappan'. Apa lagi, ramai rakyat Malaysia melenting dan keluarlah pelbagai jenis komen, kebanyakkannya memang kesat dan menyesatkan..

Perihatin dan sensitif dengan isu hangat tersebut, Petronas telah menarik balik video klip tersebut dari pasaran. Hasilnya pelbagai video iklan Deepavali Petronas digantikan seperti di bawah ni.. Korang layanlah..


Petronas Deepavali 2012 video iklan Sharifah Amani (watak Oked cerita Sepet)



Petronas Deepavali 2012 video : Victor


PETRONAS Deepavali 2012 video iklan (Erman @ Redza Minhat exposes his Deepavali love story)

PETRONAS Deepavali 2012 Greetings: Boyz in the Hood (Diggy and Sam)


PETRONAS Deepavali 2012 Greetings: Seong (The TRUE spirit of Deepavali)




Iklan 2012 Petronas Deepavali dikutuk ?


Iklan ini dah ditarik balik, klik sini untuk Iklan Deepavali Petronas yang diganti baru

The Dappankuthu is an energetic dance prominent in Tamil cinema. Raj decides to share it with those in need of a little cheering up. Despite being met with strange looks, he perseveres. And eventually, his catchy dance moves begin to prove too irresistible for even the most unsavoury characters he meets along the way.Deepavali is a celebration of the inner light within us -- the positive energy that brings happiness to the world. So this year, PETRONAS reassures us that no gesture is too small to bring a little happiness to the lives of others.


PETRONAS Official Youtube channel



Mari kita lihat komen-komen pada chanel video youtube tersebut:



IMHO, using the active dance to represent the inner light, happiness and unity is not a correct symbolism, and thus is a bad choice and ill-received. With the acceptance of gangnam dance by many, and that excluding me, I think Petronas might have been influenced to believe that majority would appreciate any kind of dance and music, and thus has tried to be a copycat. I still think Petronas has made a big blunder as this dapan dance doesn't represent Malaysian Indians. Stop airing this video.
This is stupid! What u trying to do gangnam style with indian style dappankuthu is it! Gawd wht happened to Muthusamy ads from Yasmin!

tak best langsung....ni semua pengaruh parody gangnam ker....tak ada trade mark pertonas pun

Please do not show this on TV and remove it from the You Tube too. It's inappropriate and does not reflect the true meaning of Deepavali. Petronas, you have a good reputation for dishing out caring adverts for Deepavali, Don't loose what you earned so hard over the years!

Dappan Kuthu sh!t lar. Petronas, what happened to you guys? This video is not representative of what Deepavali is. It didn't give any message. This ad is the worst ad from Petronas. Please remove this video. Disappointed :(

I sort of agree with the Chinese dude below.. (yes I am Indian)..and damn it pissed me off being stereotyped...but to be honest..swith on Vaanavil and you'd be forgiven for mistaking this for an actual film. When are we going to change the culture of Indian cinema?... and I don't mean..shooting it in NYC with some horrible grammar for a script. Serves us right for keeping on dishing out rubbish repetitive films... on a final note though.. I do have some great ideas of a Hari Raya ad! :)

This video is not representative of what Diwali is.Secondly, I believe this is not the only language or ethnicity that is inherent in the Malaysian society.This portrays stereotyping, profiling, class segregation,prejudice and just a misrepresentation of what individuals of Indian heritage are of.Not all Indians celebrate Diwali either and this is not the only ethnicity that embraces the festival either.The message behind this advertisement is condescending.This is politically and morally wrong.

ini Blog mengeji sultan johor


Tajuk kali ni memang ganas. Saja cari pasal. Tak lain tak bukan sebab www number plate. Sultan Ibrahim Ismail, sultan Johor telah pun mempamerkan no plate WWW1 yang dipasang pada kereta proton Satria Neo. Boleh tengok sendiri gambar yang aku cilok dari FB Paul Tan.




..                  ....  cabaran gincu                ...  uish !!!  RM100k                 kenapa emas?                  ..





Sedikit petikan keterangan gambar dariFB Paul Tan,:
And here it is... the car that bears the number plate WWW1. We first heard of this car being prepared a couple of months ago (with an awesome sound system, we heard) but did not know it was going to carry this number plate. Pictured is the Sultan with Datuk Razak Dawood from Proton Motorsports.





senarai jpj plate number untuk siri www

Blog ini satu ketika dulu pernah meletup dengan keyword hina Sultan Johor, rentetan kontroversi Aduka Taruna. Hari ini pula,  ada keyword sesat masuk sini, mencari blog mengeji Sultan Johor. Mungkin orang nak survey pasal www1 number plate, atau mungkin ada pihak-pihak tertentu yang sedang memantau?

Apa-apa pun, nilai RM520,000 ringgit ($165,600), telah menjadi pertikaian banyak pihak. Pada aku, Tuanku memang mampu, duitnya banyak. Beli nombor plat adalah sebahagian daripada hobi baginda. Ramai lelaki kacak gigit jari ..

Bab bela rakyat, bantuan, wang ehsan, zakat dan sebagainya, Insyaallah, tentu dan dijalankan apa yang wajib dilaksana. Tapi, masih banyak suara yang tak puas hati.

Ada komen?

Parlimen lulus PSC kaji Lynas


Parlimen lulus PSC kaji Lynas
Oleh Norfatimah Ahmad, Nazura Ngah dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2012/03/21

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dianggotai 9 YB diberi tempoh 3 bulan
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) bertujuan meneliti dan menilai isu sensitif yang mendapat perhatian ramai serta piawaian keselamatan projek nadir bumi itu.
Usul dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu dipersetujui melalui pungutan suara yang dilakukan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, walaupun pembangkang berterusan membantah dan ada wakilnya keluar dewan sebaik usul itu dipersetujui.
sumber Bharian.com.my 

Apa benda Lynas? Kenapa Lynas jadi isu? Tengok video ni..

 

Banyak seh jalan ditutup pada Hari penamaan calon...


Hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau
MELAKA 25 Feb. – Polis menyediakan dua laluan berbeza untuk digunakan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas bagi memastikan mereka tidak bertembung sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau esok.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye (gambar) berkata, dua laluan berbeza itu adalah laluan dari Serkam ke Pekan Merlimau untuk penyokong BN manakala laluan dari Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) ke Merlimau pula dikhususkan untuk penyokong Pas atau pihak pembangkang.
Menurutnya, bagi memastikan penamaan calon berjalan lancar, penyokong BN akan berhimpun di sebelah kanan pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
“Penyokong Pas pula akan berhimpun di sebelah kiri politeknik iaitu dari arah susur keluar ke pekan Merlimau dari Lebuh Raya AMJ,” katanya.
baca lanjut di Utusan









Hari ini merupakan hari penamaan calon. Aku ada beberapa tempat yang perlu dihadiri. Yang pasti aku bukan pengundi berdaftar di kawasan DUN Merlimau, walaupun aku saban hari bermukim di rumah nenek di Kampung Sempang Pantai, Merlimau. Ini memastikan aku tidak terlibat sama sekali dengan pilihanraya yang bakal berlangsung.


Aku dapat saksikan betapa bertuahnya para penduduk Merlimau dengan kehadiran pilihanraya ini. Mankan tidak, jalan tar berturap baru, lampu limpah dipasang menerangi simpang empat, longkang-longkang konkrit menggantikan longkang tanah, dan banyak lagi rezeki yang diterima.


Aku cuma menumpang tuah rezeki yang diterima. Cuma yang aku tak 'syok' sebab hari ini banyak jalan ditutup sempena penamaan calon. Harap-harapaku dapat meloloskan diri sebab kena ke beberapa tempat yang lain.


Apa-apa pun, aku malas nak ulas panjang.Korang boleh baca sendiri laporan terkini dalam akhbar online. Semoga terhibur dengan hasil rakaman lensa kamera aku, keadaan dan suasana di Merlimau ketika ini.


Nota:
Calon Pas, Yuhaizad Abdullah
Calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad

Ini doktor bikin panas...






Profesionalisme dan kharisma seorang doktor


Salam semua,

Aku ada menerima luahan seorang rakan yang berhadapan dengan 'egois' seorang doktor, ketika cuba mendapatkan rawatan di klinik panel. Aku tekankan di sini, bukan semua doktor begitu, bahkan etika profesionalisme ini juga terjadi dalam bidang-bidang yang lain juga.

Aku hanya 'cut and paste' luahan beliau di wall facebook, dengan sedikit pembetulan ejaan. Harap para doktor sekalian dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Sila lontarkan komentar dan debat anda jika ada.





**Nama terpaksa ditukar bagi mengelakkan sebarang perkara berbangkit.

Layanan “istimewa” di klinik Al Azim (24jam), Melaka.
by Helmi on Monday, February 21, 2011 at 2:09am

Jam 1145 malam td, aku ke klinik al-azim (24jam), Melaka bagi mendapatkan rawatan kerana sakit yg teramat sgt. Demam, batuk, sakit kepala etc.. setelah 4 hari cuba bertahan, aku tak berjaya dan mengalah akhirnya. Terpaksa juga ke klinik. Sampai diklinik setelah bersusah payah memandu dari pengkalan permai sampai ke bukit baru, aku terlupa membawa buku rawatan.. yang ada di dalam kereta hanyala ID ku sebagai seorang pekerja badan X.

Aku masuk kedalam klinik dan menerangkan yg aku sakit dan tak boleh tahan sakit, sebab tu aku terlupa nk bawa buku.. tapi pembantu klinik itu berkata yang aku tak boleh mendapatkan rawatan sekiranya aku tidak membawa buku.. tapi aku cuba berdiplomasi dengan menyatakan aku dlm kesakitan dan tak sempat nk cari buku rawatan tu, then pembantu klinik itu berkata yang aku kena berjumpa doktor .. untuk berbincang sama ada aku boleh mendapatkan rawatan atau tidak..

Setelah menunggu beberapa minit, aku dipanggil ke dalam bilik doktor.. masuk sahaja kedalam bilik doktor, tanpa memandang kepada ku, doktor yang separuh abad itu terus berkata dlm nada yg agak sombong aku kira, "Ye encik Helmi, saya bagi free je rawatan malam ni.. sebab sy tak mau panjang2kan cerita, tak mau bertekak… sakit ape? I want to cut it short".

Aku terperanjat, bila pulak aku ada membuat sebarang argument? ..
Dia berkata yang dia dah dengar semuanya, dia kata aku nak bertekak dengan dia punya pembantu klinik dan dia tak boleh memberi rawatan kepada aku dan tak boleh membuat tuntutan kerana di dalam undang2 menyatakan sedemikian..
So sebagai gantinya dia memberi aku tawaran rawatan percuma.. tapi dalam nada yang sgt tidak mesra..

Aku terpukul dan terkesima.. ada jugak doktor yang camni? Aku cuma meminta sedikit peri kemanusiaan.. (sebab tak bawa buku rawatan badan X) bukannya aku minta rawatan percuma..

Aku berkata, "Doktor, saya rasa tak sedap menerima rawatan percuma dengan keadaan camni, dengan gaya seorang doktor yg tersangat professional itu.. takpelah"…

Dia berkata lagi, "Cut it short la! Ape awak sakit ni.. jangan risau, saya bagi ubat mahal kat awak", aku terpukul sekali lagi kerana beberapa kali dia mengulangi perkataan itu.

"Ok, saya tak perlukan rawatan dari doktor, terima kasih".

Dia membalas, "Eh saya nak beri hadiah kepada awak, bukan sedekah. Tapi kalau awak tak nak, terpulanglah," sambil ketawa.

Aku rasa sedikit terhina dengan perlakuan doktor R itu.  "Takpela.." aku hanya mampu mendoakan dia terbuka hati untuk bersikap lebih berperi kemanusiaan. Aku keluar dari klinik dan mengucapkan terima kasih kepada dua org pembantu klinik yang bermuka tanpa perasaan, sama seperti doktor itu..

Terima kasih doktor kerana bersikap pemurah, baik hati, jujur, profesional dan lawak macam badut..

Sudahnya aku ke Pantai Medical Centre.. walaupun terpaksa membayar beratus2.. tapi aku tidak terasa terhina…

Ape yang aku cuba sampaikan disini.. di wall aku ini… adelah perasaan aku…perasaan terhinanya aku apabila mendapat layanan “istimewa” dari klinik al-azim bukit baru, Melaka. Perasaan aku adalah ape yg aku rase mlm ni dlm keadaan sakit. Sekiranya ade yang diluar sana terasa seperti ingin mempertikaikan ape yang aku rasa adalah sgt SALAH. Terpulanglah.. aku hanya mampu berdoa pada Allah.. agar satu hari nanti dia pula yg akan berada di situasi aku.

Ini adalah wall aku.. its my right to write anything.. bukan membebel.. hanya meluahkan perasaan.

Sengal

Baru kejap tadi aku dapat satu emel dengan 'attachment' gambar. Tajuk emel sengal. Aku mulanya tak nampak apa silapnya dengan gambar itu.

Korang nampak tak?

Buat duit RM1.6 Juta daripada Ayam Tidak Halal

Main-main diaorang ni dengan isu halal. Ambik ko TESCO, sendiri mau ingat la. Isu makanan halal sangat sensitif untuk penganut agama Islam. Jangan ambil mudah, RM1.6 juta kalau kena bayar, letih juga TESCO, walaupun diaorang untung setahun lebih dari tu.



31 Mei, 2010 17:59 PM

Peniaga Saman Tesco RM1.6 Juta Kerana Jual Ayam Tidak Halal

PULAU PINANG, 31 Mei (Bernama) -- Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya Isnin memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
 Bacaan lanjut di BERNAMA

Kickdefella rakus mendaki Alexa

Kickdefella blogger yang tiba-tiba 'famous' dan 'glamorous', akibat kekecohan dakwaan RM4 juta yang diterima beliau untuk upah memburuk-burukkan Pak Lah.


Blogger Kickdefella @ Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam menyerahkan lagi beberapa dokumen tambahan di ibu pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).


Beberapa petikan akhbar terkini:




Umno Kelantan Sifatkan Tindakan Pas Peruntuk RM4 Juta Burukkan BN Sebagai Keji

KOTA BAHARU, 29 April (Bernama) -- Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. ... BERNAMA

Bernama
Friday, April 30th, 2010 23:03:00
PUTRAJAYA: The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) on Friday confirmed that statement was recorded from blogger Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz with regards to his claims that he had received RM4 million.

MACC Investigations director Mustafar Ali when contacted by Bernama said Syed Azidi arrived at the MACC headquarters here at 6pm. .. Malay Mail

4 juta boleh tahan banyak tu. Untuk orang pertengahan, bertahun-tahun kerja banting tulang belum tentu dapat merasa sebelum pejamkan mata.

Alexa ranking, sudah tentu mencanak-canak pergi bila semua orang terjah blog yang dah memang agak terkenal tu.

Jap, aku nak berangan nak buat apa dengan duit 4 juta.

Rahsia Farmville...

Hampir kebanyakan pemilik akaun facebook (fb) layan game farmville ni. Yang hardcore, masuk pejabat, punchcard.. zasss... terus bercucuk tanam, sampailah bos masuk pukul 10am. Apa pula kata Mark Pincus, pemiliknya?



The man who created some of the most popular social networking games on Facebook is admitting he "did every horrible thing in the book just to get revenues," according to Consumerist.com.

tengok video ucapan kat youtube

Kaki katak - mee goreng - kopitiam .... oh Malaysiaku

 gambar google image

Banyak blog saban hari bercerita tentang status halal kopitiam, yang muncul bak cendawan tumbuh kebelakangan ini. Namun, yang pasti hanya 2 sahaja (DUA), dal - wau - alif yang mempunyai sijil status halal yang sah, iaitu Pak Hailam Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam.Yang menyedihkan, orang-orang 'kita' masih sibuk keluar masuk kopitiam-kopitiam yang kelihatan elegan dan 'hi-class'. Kalau sah pemiliknya Muslim, tak salah kita masuk dan makan minum di situ. Contohnya macam Chamek Kopitiam ke..

Sedih tengok sikap orang kita, hati gelap kalau makan benda yang meragukan, apatah lagi yang memang sahih haramnya. Kenapa kita perlu masuk ke kedai makan yang tak jelas kesahihan halal haram? Adakah kita terlalu jahil untuk mendifinasikan halal? Kita bukan duduk di negara yang boleh dianggap darurat. Malaysia kan negara Islam...

Pagi tadi aku terdengar berita dalam radio mengatakan seorang aweks baru menyuap mee goreng sebanyak 3 kali bila tiba-tiba ternampak 'serpihan' rencah kaki katak dalam pinggan mee gorengnya yang teramat lazat tu. Aku cuba juga nak cari berita tentang perkara ini, ye la, nak tahu lebih lanjut. Tapi takde pula berita panas ni. Yang aku jumpa, ulasan Restoran Basha : Kedai makanan, berkenaan kawannya di PPMI menghantar sms mengatakan perkara kaki katak lazat ni.
 gambar google image

Sebelum ni pun, blog ni ada juga cerita pasal status halal haram salah satu kopitiam kopi putih terkemuka tanahair. Jadi kita tengok je la sesiapa yang masih berdegil nak masuk kopitiam yang status halalnya masih diragui.

KUALA LUMPUR 19 Mac Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu. ..berita lanjut

Hukum analisa pola tarikh lahir

Salam,

Semasa melayari blog soal jawab agama Uzar, aku secara tak sengaja terjumpa penerangan tentang Analisa Tarikh Lahir Tahu Masa depan. Aku bukan seorang yang arif untuk membicarakan tentang hukum. Di sini antara petikan isi penting:


SOALAN

Assalamualaikum, ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.

JAWAPAN

Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran

b) Hadith Sohih dan Hasan

c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya.... bacaan penuh DISINI

#@%*&!* .... ptuiii... Kurang ajar!!!

Kebelakangan ni, aku agak kurang 'online' disebabkan lokasi aku sekarang yang berada di Gemas Negeri Sembilan atas urusan perniagaan. Masalah talian maxis mobile broadband di kawasan Gemas ini amat mengecewakan dan mendukacitakan. Banyak urusan online aku tergendala. Kebetulan hari ini aku kena balik Muar untuk temujanji Ahmad Iqbal dengan doktor. Jadi aku cuba menyelesaikan beberapa urusan online yang tergendala.

Aku sebenarnya ingin berkongsi pengalaman aku berniaga di Gemas ini berlaku beberapa hari lepas. Mungkin isteri atau pekerja aku terlepas pandang ketika menerima wang RM50 palsu tersebut atau pun disebabakan kekalutan terlalu ramai pelanggan ketika kejadian berlaku. Apa yang pasti, bila aku mengira jumlah kutipan hasil jualan pada malam tersebut, sah duit RM 50 tersebut adalah palsu.

Walaupun wang palsu tersebut tidak professional dari segi pembikinannya, pasti ramai lagi mangsa yang akan tertipu. Duit tersebut dicetak menggunakan pencetak komputer biasa, manakala bahagian berkilat warna perak dimuka depan menggunakan pelekat (sticker), dan bahagian perak di belakang menggukan pen market dakwat perak.

Apa yang dikesalkan adalah hasil pembuatan dan pengedarannya di pasaran akan menyebabkan pincangnya ekonomi negara. Ini pasti kerana kertas yang diniagakan tidak mempunyai nilai sama sekali. Lebih malang jika anda membuat laporan kepada polis, wang tersebut akan disita dan anda akan kerugian 50 ringgit. Pihak bank juga tidak dapat menerima duit palsu tersebut kerana sifatnya yang tidak membawa sebarang nilai.

Jadi, anda semua perlu lebih berhati-hati jika menerima nota RM50. Kalau ada pengimbas 'ultra violet', memang senang, tapi kalau gunakan mata kasar, mungkin kita adalah mangsa yang seterusnya.

Sedih... sungguh sedih, Malaysia masih mempunyai ramai malaun.

Aduka Taruna ditahan polis

Aduka Taruna yang secara tiba-tiba menjadikan suasana panas, berjaya menempatkan blognya atara yang dilayari oleh pengguna internet Malaysia tak kira di dalam negeri, mahupun di luar negara. Blog ni sahaja selama 2 hari ini dihujani dengan carian 'blog hina Sultan Johor'. Dan semuanya bernasib baik sebab aku ada letak link url pada entry terdahulu. Cuma yang kurang seronok sebab bila masuk ke blog Aduka Taruna, hanya dapat baca entry tentang 'permohonan meminta maaf' beliau, manakala entry asal tentang kutukan terhadapa almarhum Sultan Johor telahpun dipadam.

Berita terkini pula menyatakan Aduka Taruna telahpun ditangkap di Kota Bharu (bukan menyerah diri), selepas 2 hari menyembunyikan diri dan dibawa ke IPD daerah Muar. Petikan Berita Harian;

JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita penuh di sini

Nampak gaya jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Banyak tu, dan kesalahan yang dah dibuat tu memanglah buat ramai orang tak puas hati selain terlalu kesat dan melampaui batas.

Aduka Taruna adalah blogger yang ke empat [ 4 ] yang ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan. Jadi blogger-blogger diluar sana, berhati-hatilah selepas ini. Jangan cakap ikut sedap mulut,dan jangan sangka pergerakan dunia maya tak boleh dijejaki dan dikesan. Sendiri mau ingat beb.

Blog hina Sultan Johor

Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.

Berita Harian


Keputusan Google Search bagi  carian "BLOG HINA SULTAN JOHOR"

Results 1 - 10 of about 44,500 for blog hina sultan johor

Ramai yang tercari-cari siapa yang membuat onar dan dalang disebalik kata-kata kesat dan menghina terhadap Almarhum Baginda Sultan Johor. Yang pergi takkan kembali, biarlah ia pergi dengan tenang dan kita sebagai sesama Islam perlu mendoakan kesejahteraannya.
Urusan kita di atas dunia sudah selesai selepas jasad bersemadi di liang lahad. Apa yang berlaku selepas itu bukan urusan kita. Dan bukan kuasa kita untuk menjatuhkan hukum. Allah jua lagi Maha Bijaksana untuk memberi pembalasan kepada setiap hambanya.
Apatah lagi jika kita mengata, mengeji dan menghina seseorang yang telah mati. Maka kita pula akan berhutang dengan si mati, hutang sesama manusia yang mana kita perlu meminta maaf hatta hingga ke padang mahsyar nanti.

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya...


Lagi tentang Aduka Taruna:

Aduka Taruna ditahan polis

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor

Buaya di Corus Paradise PD : FAKTA atau AUTA?

Ini adalah 'forwarded email' yang aku dapat melalui group SMSJ '93. Kalau dilihat dari dari gambar, tahap kecederaan melampau tu. Ngeri.. ngeri.. Ok,tak mau cakap banyak, tengok sendiri gambar-gambar lagak aksi ngeri kesan gigitan buaya @ ulung-julung di Corus Paradise, Port Dickson dan aku sertakan sekali emel yang dihantar;


Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu.Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa kelaut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu...seekor BUAYA!!...

Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan??



Itu adalah kandungan emel. Apa pula kata Menteri Besar Negeri Sembilan:

Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.

“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Seremban hari ini.

Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.

Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi.

Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi.

“Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,” katanya.

Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya.

Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya.

Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan.

sumber BERNAMA

Mana satu yang nak kita percaya? Berita sebaran am penulis emel, atau kesahihan berita. Ada juga yang m,engatakan buaya ini mungkin tersesat dari Sungai Linggi?
Apa kata anda? FAKTA atau AUTA?

Status halal : White Coffee (Oldtown Kopitiam) ada bran?



Mengikut catatan di blog DRS. KHALIL IDHAM LIM, terdapat keraguan tenatng status halal produk yang disajikan di kopitiam OldTown White Coffee.

`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.' Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam.. Lalai dan malas dalam mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan. WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Petikan utama blog beliau:


Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
  • -Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan).
  • -Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
  • -Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
  • -Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA) Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA dan MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
Baca kupasan selanjutnya di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...