Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Kenapa Qurban Online untuk Kemboja

http://www.muhasabahtrading.com/equrban


Assalamualaikum wbt.


Tidak lama lagi akan muncul bulan Zulhijjah, bulan haji. Di mana para jemaah haji akan menunaikan rukun Islam yang kelima. Juga bulan di mana para muslimin menjalankan ibadah qurban. Saat yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun, di mana ia hanya boleh dibuat dalam masa 4 hari sahaja (Hari raya Aidiladha dan 3 hari Tasyrik, 10-13 Zulhijjah).

Berikut adalah antara kelebihan ibadah korban :


  • ibadah qorban tidak boleh dikhadaq
  • hanya 4 hari sahaja dalam setahun (hari raya haji dan hari Tasyrik)
  • harus untuk berhutang bagi melaksanakan ibadah korban.
  • memberi peluang orang miskin menikmati daging (terutama di Kemboja dan negara-negara miskin yang lain di mana ramai yang tidak mampu untuk membeli daging)

Oleh itu, bagi yang berhajat untuk untuk menunaikan ibadah qurban pada tahun ini di Kemboja, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (register online), peluang masih lagi terbuka. Tempahan untuk qurban (dan juga aqiqah) online untuk tahun ini di Kemboja masih lagi berlangsung. Sila klik link ini untuk booking dan pembayaran.

Banyak hikmah dan kelebihan dalam menunaikan ibadah korban ini. Jika tidak, kenapa ia begitu ditekankan dalam syariat Islam. Lebih-lebih lagi ibadah qurban terhad dan perlu dilangsaikan dalam tempoh masa 4 hari sahaja daripada 365 hari dalam setahun. Jadi apa tunggu lagi, bertindaklah sekarang sebelum ada menyesal. Berkorbanlah untuk jalan Allah.


Boleh juga baca:

1.Mengapa qurban di Kemboja
2. Tempahan qurban online.
3. Beza Qurban dan Aqiqah

Iklan Raya Petronas 2016: Vroom Vroom



Petronas pada satu ketika berjaya mengeluarkan iklan-iklan raya yang touching menyentuh perasaan, khusunya ketika zaman arahan pengarah berbakat besar, Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Namun begitu tahun ini iklan #PETRONASRaya 2016 tampil dengan sesuatu yang agak menyentuh perasaan. Mungkin membawa kesan kepada audience atau mungkin juga jalan penceritaan agak bercelaru dengan plot yang tak begitu kuat.

Apa komen anda untuk iklan raya kali ini?

http://freechannelgame.com/

Saleem Lagu Raya - Pulanglah (penyanyi asal Aishah)



Assalamualaikum wbt

Tinggal sehari sahaja lagi untuk kita menunaikan puasa Ramadan 1436 Hijrah. Hari ini merupakan antara hari yang paling sibuk, menyaksikan perantauan mula pulang ke kampung. Ibubapa sibuk membeli belah, membuat persiapan terakhir menjelang Syawal.

Bagi yang kurang berkemampuan, sambutlah Syawal seadanya. Raikanlah kegembiraan. Bagi yang mempunyai sedikit lebihan wang ringgit. Jangan lupa bersedekah (angpow) kepada anak-anak kecil dan saudara mara yang tua.

Pastikan juga elakkan pembaziran ketika menyediakan juadah untuk para tetamu. Perpada-pada dan beserderhana dalam Islam, antara amalan yang ditekankan.

Para pengguna jalanraya dan lebuhraya, berhati-hati ketika menuju ke destinasi masing-masing. Ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti di kampung. Sabar dan bersopan semasa memandu.



Kita manusia biasa, tak lekang daripada kesilapan dan dosa. Hari baik dan bulan baik, sepuluh jari ku hulur untuk kemaafan yang tidak ternilai. Akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Lagu Raya Annuar & Ellina versi Siam

Lagu Raya Anuar & Ellina (versi Thai)

Berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa..... Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin

Posted by Coconut Shake Luar Biasa - Muar on Friday, July 10, 2015
Lagu raya versi bahasa Thai, (nyanyian asal oleh Anuar & Ellina).

GEMPAK Suasana Hari Raya Gangnam Style









Salam buat semua,

Hari ini masih lagi dalam mood raya. Tapi aku tak berasa nak beraya. Nak buat camne, sejak semalam aku kena demam, + Ahmad IQbal pun sama demam (aku berjangkit daripada dia rasanya).

Aku balik rumah sekejap, ambil salbutamol inhaler dan nak guna internet, anak beranak kena tinggal kejap di Merlimau. Memang malam tadi aku sesak nafas, sebab demam, paru-paru pun macam biasa terdedah pada serangan kuman dan aku  mula rasa asthma. Rasanya dah setahun aku tak kena asma.

Surf internet, tetiba aku nampak ada ramai orang mula share video youtube suasana hari raya + gangnam style yang dah mula jadi viral. Nampaknya video ni dah makin diminati, tapi tak cukup banayk view untuk 'challenge' video Nur Feetri, MC 5 hari tu.. :D

Serius iklan raya best




Assalamualaikum wbt

Bulan Ramadan berbaki 3 hari saja lagi sebelum kita menjeguk Syawal, meraikan kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan.

Saban tahun, macam-macam iklan raya dipertonton kepada kita dengan pelbagai mesej serta tauladan untuk kita jadikan renungan. Ada yang kelakar, sedih, menusuk kalbu dan juga layan blues. Silap-silap boleh leleh air mata jantan kalau menonton sesetengah video iklan hari raya tu.

Pada aku hampir semua iklan hari raya Aidilfitri best dan membawa mesej tersendiri. Untuk iklan u mobile ni, korang saksikanlah sendiri (klik sini untuk tengok).

Dah tengok? Amacam? Best tak?

Musafir di Aidilfitri cover version Metallica



Assalamualaikum wbt

 Tinggal lagi berapa hari lagi nak raya, bermakna kita akan meninggalkan Ramadan yang mulia ini. Tak tahu lagi samada tahun depan kita akan jumpa lagi Ramadan.

Bagi yang belum bayar zakat fitrah tu, cepat-cepatlah pergi cari para amil yang 'port' kat shopping complex seluruh negara. Jangan bagi alasan tak sempat, ambil masa 5 minit je daripada masa pergi ber'shopping' sakan tu.

Kesempatan ni, aku menghulur 10 jari tangan dan sepuluh jari kaki minta ampun dan maaf zahir batin, jika ada kata dan tulisan yang menyinggung sesetengah pihak.

Akhir sekali, akorang layanlah lagu Musafir di Aidilfitri (OA S. Jibeng), yang di'miming'kan semula oleh Metallica.

Iklan Hari Raya Aidilfitri Petronas 2012 official




Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun.
While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life
While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.



Akhirnya, iklan hari raya Petronas, muncul dengan satu lagi koleksi video raya yang meresap di hati. 5 bintang aku bagi.

Kali ni, kisah Erman (melayu) yang menjalani ibadah puasa di Uzbekistan. Korang layanlah sendiri. Kalau hayati betul-betul, memang boleh leleh air mata... blues woo.

Aktiviti hari raya



Semalam sepupu isteri aku, Daniel akan pergi beraya ke Kedah, hanya sempat menyambut 1 Syawal sahaja di rumah nenek, Kampung Sempang Pantai. Dia berjaya memujuk ayahnya membelikan sangkar untuk burung tekukur. Memiliki burung tekukur dan meminati bunyi burung tersebut diwarisi daripada pakcikya.

Yang paling kita orang semua kagum, sebab Daniel boleh mengajuk bunyi burung tekukur, 'sebijik' dan burung terkukur akan membalas kukuran Daniel, sama seperti yang dilakukan oleh burung pemikat.

Tu antara salah satu aktiviti mereka di kampung. Korang layan jelah video youtube tu.

Selamat hari raya, maaf zahir batin

Pengumuman tarikh Hari Raya aidilfitri 2011

Hari ini aku tengah bosan... Otak sedikit beku untuk buat facade design, banglo yang aku kena 'modify'. Jadi, sempena hari Isnin ini, aku kongsikan pengumuman penting...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...