Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

Kerja Part Time yang aku buat untuk duit duit duit memang sempoi

Wah.... dah lama juga aku tak update blog ni. Agak bersawang masa aku mula-mula masuk dashboard tadi. Mana taknya, sibuk dengan projek google ad sense, online biz dan juga beberapa urusan keluarga serta rakan-rakan.

Sebenarnya tajuk entry 'Kerja Part Time untuk duit duit duit memang sempoi' ini berkait rapat dengan bisnis online yang boleh dikecapi jika anda memikirkan kerja part time, mahupun pekerjaan secara sambilan.

Saban hari, ada sahaja yang google jawatan kosong, job part time, keje kosong kerajaan, kerja kosong, kerja part time dari rumah, dan pelbagai lagi kombinasi 'search' untuk merebut peluang yang ada.

Jika anda mempunyai kemudahan talian internet, apatah lagi mempunyai blog peribadi, itu sudah memberikan anda kelebihan untuk menjana pendapatan sampingan. Siapa kata rezeki di internet itu susah? Lihat screenshot yang aku curi di bawah ni;



Mijie telah berbesar hati memberikan aku ganjaran banner selama sebulan dan sebuah pakej hosting beserta domain untuk setahun. Nilainya lebih kurang RM100+ (maaf, aku tengah malas nak tengok nilai sebenar dalam website NetKL). Tak pasal-pasal aku dapat free pakej hosting tu, bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Hosting yang dah sedia ada sekarang, dah ada 6 add on domain daripada 10.

Bandwitdh pun tak banyak mana, malas nak kacau. Jadi dapat hadiah ni, boleh aku setup bolg wordpress atau OS commerce. Belum fikir masak-masak lagi. Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Mijie.

Jadi, bebelan aku ni sebenarnya nak cerita pasal peluang buat duit dalam internet, kat bawah ni aku senaraikan nilai hadiah kemenangan yang aku dapat melalui tekaan, cabutan bertuah dan juga sebagai juara komen (dan tempat kedua, ketiga):



  1. Menang RM50 cabutan bertuah hari lahir Luvlee
  2. Menang Sehelai sweater, Sebuah Buku Azizi Ali-Millionaires are from a different Planet dan Wang Tunai 10 usd / RM 30 di Ramadhan Contest
  3. Menang hadiah buku pengomen bertuah di blog Nuaeman
  4. Menang periuk di Kujie2
  5. Menang RM 200 sebagai pengomen terhandal tempat kedua di RezekiMurah
  6. Menang RM35 komen Euro contest 2008 di blog Din Beramboi
  7. Menang tempat kedua RM20 + Ebook Panduan Buat duit dengan Shareasale + Bonus di blog Earncent


Dahlah, penat aku track balik semua ni. Kat blog Rohaizad pun aku pernah menang (dan ada lagi ke tak yang lain-lain.. hmm). 2010 dah hampir ke penghujungnya. Aku pasti banyak blog menganjurkan pertandingan penutup tirai. Google sahaja contest, pertandingan, cabaran dan sebagainya.

Jadi, pandai-pandailah merebut peluang.

10:10:10:10:10:10 ... satu dalam seratus

At 10 minutes and 10 seconds past 10 am today, the time and date will read — 10:10:10:10:10:10, a phenomena that will recur only after 100 years.
......baca lanjut kat sini ......


Aku memang teruja juga dengan tarikh 10.10.10 yang jatuh pada hari ini, setelah berbulan-bulan menyaksikan iklan moto GP Sepang yang ke udara di kaca tv saban hari. Cuma aku agak terkilan tak dapat ke Sepang esok untuk menyaksikan kejuaraan moto GP 2010, yang biasanya menjadi aktiviti tahunan aku. Takde keizinan Allah untuk sampai ke sana esok.

Kebetulan juga aku baru blogwalking dan nampak sesuatu yang kita boleh buat dengan merakamkan detik istimewa dan menghantarkannya ke program One Day On Earth.

Namun, apa jua yang bakal kita tempuhi pada hari ini, aku cuma harapkan lebih indah dan lebih baik daripada hari sebelumnya.

Izinkan diriku ini terus bernafas dan sujud pada Mu ya Allah.

Syukur

Rezeki memberi komen


Jumaat lepas aku dapat satu bungkusan nipis daripada encik posmen yang bertugas. Aku belek-belek, tertulis alamat pengirim di belakangnya. Oh, baru aku teringat, ni adalah janji Nuaeman pada 5 orang yang bertuah di blognya. Terima kasih bro.

Aku dapat hadiah sebuah buku 'Adab Ramadan: Ramadan Pencetus Kecemerlangan Dunia dan Akhirat', hasil nukilan Absyar Fuad & Suzana Ismail. Terima kasih kepada Nuaeman Bookstore, yang menyumbangkan sebingkis ilmu untuk menjadi santapan minda di bulan puasa.

Insyaallah aku akan cuba baca sekerap mungkin untuk menghabiskan kandungan buku ini.  Yelah, karang rugi plak dah habis puasa tak baca-baca lagi buku tentang adab bulan puasa ni.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada Nuaeman yang sudi menghadiahkan buku ni kepada aku. Aku juga ingin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya atas pelancaran Nuaeman Bookstore : Kedai Buku Online. Semoga usaha murni tersebut mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt.

Selamat Berpuasa dan terima kasih

Salam Ramdhan 1431H,

Aku dah niat puasa untuk sebulan, jadi takde masalah alasan macam masa kecik-kecik dulu lupa niat.. :P Jadi kepada seluruh muslimin dan muslimat di serata dunia yang memulakan Ramdhan esok, ku ucapkan selamat menempuh Ramadan dengan penuh keberkatan dan kesabaran. Hadapailah ujian bulan puasa ini dengan tenang, tawaduk serta ikhlas.

Perangilah nafsu membeli belah secara rambang, berpada-pada ketika membeli juadah berbuka. Man-man bro... jangan ,membeli makanan macam orang tak makan nasi 3 minggu.

Aku juga nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada seorang kakak, sahabat maya dan juga mentor blogging yang sudi menempatkan ruang kepada seorang sahabat untuk menumpang kasih trafik.

Akhir kata, seribu keampunan dan kemaafan ku pinta buat sahabat blogger, sahabat 'real' dan sesiapa sahaja yang pernah aku tersilap daripada segi perbuatan mahupun percakapan. Semoga Ramdhan ini disinari dengan Nur & Hidayah daripada Allah swt.

Selamat berpuasa.

Rezeki bekerja di rumah


Salam semua,

Waktu aku menulis ini, aku sedang menyiapkan satu entry untuk niche blog. Letih juga nak mengarang, kena buat 300 patah perkataan. Dapatlah usd 8+. Tak banyak, kalau lepas ditukar kepada matawang Malaysia, adalah dalam lebih kurang RM25.00. Tapi yang ni tak susah mana, sebab arahannya adalah untuk 'blog entry', bukannya 'review'. Jadi aku terbitkan entri ni sekadar berkongsi apa yang aku rasa, apa yang aku nak kongsi. 'Take a break' kata KitKat.

Semalam, aku dah buat 2 entry untuk review.. jenuh nak menyiapkan, sebab benda yang ditulis bukannya skop bidang yang aku belajar kat sekolah, hatta di universiti. Nak tak nak, kena membaca dulu website yang perlukan review tersebut.  Rasa macam masuk ke dunia persekolah balik la plak.

Alhamdulillah, keputusan aku untuk bekerja di rumah dan berhenti berjaja di pasar malam / pasar tani, aku rasa tepat pada masanya. Al maklumlah menjaja pasar malam sekarang ni sangatlah menduga iman. Mana taknya, petang kerap hujan. Kalau merungut, nampak sangat tak kuat iman.

Jadi aku sekarang dapat fokus betul-betul dengan butik online, yang ada nampak peningkatan jualan, hasil 'full time marketing' yang disertai 'all out' membaiki mana-mana kekurangan serta kelemahan. Kalau dulu aku memasarkan semuanya samada melalui ebay atau lelong, tapi sekarang guna website sendiri dan blog, lagi puas hati. Cuma promosi memang kena kuat untuk dapatkan trafik. Sebab 'convertion rate' perlu diambil kira, samada 1 : 100, 1: 500, atau 1: 1000 bertukar menjadi buyer. Ebay aku buat suka-suki je dalam dropshipping buat masa ni.

Antara kelemahan ketara butik muslimah aku tu adalah dari segi kaedah pembayaran yang masih kebanyakannya kurang jelas. Lagi satu perkara ialah senaraian harga yang berdasarkan USD, di mana kebanyakannya menyangka harga produk terlalu murah (RM).

Walhal, sudah terang lagi bersuluh, akan harga yang tertera simbol $.. uishh..letih juga menjawab , memberikan 'instruction' kepada 'potential buyer'. Nasib baik aku dah mula menumpukan kerja dari rumah  sahaja, maka banyak kali asyik menjawab soalan 'bakal pelanggan' samada melalui emel atau sms.

Berbalik pada tajuk, aku kadang-kadang berperang dengan diri bila kurang jualan butik online, atau tiada langsung dalam satu hari. Adakah aku tidak berusaha (maksudnya pergi masuk pasar malam). Sebenarnya keputusan aku berhenti pasar malam tu selepas aku ambil kira beberapa faktor. Aku akui aku tidak sesuai untuk menjaja begitu. Bukan sebab aku berstatus graduan universiti, tapi aku kenal pasti kelemahan aku sebagai penjaja - aku tak perlu tulis kat sini, sebab rahsia sulit woo.. untuk post-mortem je.

Sebenarnya aku sekarang cuba sebaik mungkin fokus dengan 2 kerja sahaja buat masa ini. Jualan produk fizikal, dan juga niche blogging. Terima kasih pada 2 sifu aku, Rohaizad dan Catzer yang memberikan panduan serta teguran membina dalam mengharungi bidang yang masih baru di Malaysia ini. Semoga Allah dapat memberi ganjaran kepada ilmu yang dicurah itu. Terima kasih juga buat Megat dan Bro Azam dalam membantu aku mempromosikan Muhasabah Trading.

Aku sudah berusaha dengan cara aku. Cuma kena banyakkan bertafakur, menghitung salah dan kurang kita samada kepada sesama manusia, dan juga kepada Allah. Aku cuba sebaik mungkin
untuk berpegang pada janji. Ya Allah permudahkan jalan hambaMu ini, berilah keredhaan dan tetapkanku dalam iman.

Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...