Showing posts with label salam. Show all posts
Showing posts with label salam. Show all posts

Salam Maal hijrah 1434 H



Assalamualaikum wbt

Hari ini merupakan 1 Muharam  hari pertama dalam tahun 1434 kalendar Hijrah. Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.


Hari ini nampak tenang, yelah, mungkin tenang sebab cuti menyambut kedatangan tahun baru. Atau sebab Ahmad IQbal dan Ammar Zakwan sedang tidur. Hanya Adam Harith sahaja yang dah bangun, mengahadap notebook, bermain game. Kejap lagi bila masing-masing dah bangun, dan sepupu mereka, Afiq sampai. Masa tu rasa macam nak terbalik rumah..  :D

Sempena hari cuti ni, InsyaAllah kami akan ke air terjun Gunung Ledang, mandi manda dan berkelah.


Bagi sebahagian daripada kita, Awal Muharram tak lain tak bukan hanya sekadar cuti umum. Tak ramai yang menghayati pengertian hijrah dan mendalami contoh pengorbanan Rasulullah saw. Peristiwa 1,434 tahun yang lalu patut kita sematkan dalam hati untuk panduan dan pedoman kita.


Tak kira kita berhijrah untuk apa. Samada daripada free hair kepada bertudung, nakal kepada baik,merokok kepada tidak merokok, atau mengeji orang, kepada bertasbih memuji Ilahi.  Yang penting, kita kena berubah, jadi yang lebih baik. Tahun baru biasanya menjadi masa yang sesuai untuk menanam azam baru. Jadi, ini adalah masa yang terbaik.

Ok, budak-budak semua dah bangun, aku dari tadi tak siap-siap menaip. Asyik terhenti dengan pelbagai ragam dan karenah anak-anak. Jadi di sini, aku nak kongsikan makna dan pengertian di sebalik Maal Hijrah.

Apa maksud Maal Hijrah / 1 Muharram :

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


Rujukan penuh untuk sejarah hijrah, sila ke wikipedia.




Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon

Salam lebaran buat semua blogger, muslimin dan muslimat dan seluruh rakyat Malaysia. Ketika ini, jam menunjukkan 4.28 pagi, memasuki 2 Syawal. Tapi masih belum terlambat untuk kukirimkan sebaris ucapan selamat hari raya.

Aku juga manusia biasa, insan  yang lemah, tak dapat lari dari melakukan kesalahan baik daripada segi penulisan, pertuturan dan juga perbuatan. Justeru, di kesempatan Syawal, aku menyusun 10 jari tangan, dan 10 jari kaki memohon jutaan keampuan dan kemaafan daripada kalian semua. Aku pasti ada komen dan juga tulisan aku yang pernah menyinggung dan mengguris hati.

Alhamdulillah, Ramadan telah berjaya kita harungi. Semoga tahun hadapan berjumpa lagi. Aku baru sahaj menghabiskan 'rally' yang panjang berniaga di Bazar Ramadhan, jalan Sisi, Muar. Penatnya belum habis lagi. Insyaallah, lepas ni mungkin akan disambung sebagai 'uptown' hujung minggu.

Dikesempatan ini, aku juga memohon anda semua menyedekahkan Al-fatihah buat aruah nenek long kepada isteri ku, yang baru sahaja kembali kerahmatullah tengahari 1 Syawal di hospital Jasin, Melaka. Jasad akan dikbumikan esok pagi.

Al-fatihah.

Selamat Berpuasa dan terima kasih

Salam Ramdhan 1431H,

Aku dah niat puasa untuk sebulan, jadi takde masalah alasan macam masa kecik-kecik dulu lupa niat.. :P Jadi kepada seluruh muslimin dan muslimat di serata dunia yang memulakan Ramdhan esok, ku ucapkan selamat menempuh Ramadan dengan penuh keberkatan dan kesabaran. Hadapailah ujian bulan puasa ini dengan tenang, tawaduk serta ikhlas.

Perangilah nafsu membeli belah secara rambang, berpada-pada ketika membeli juadah berbuka. Man-man bro... jangan ,membeli makanan macam orang tak makan nasi 3 minggu.

Aku juga nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada seorang kakak, sahabat maya dan juga mentor blogging yang sudi menempatkan ruang kepada seorang sahabat untuk menumpang kasih trafik.

Akhir kata, seribu keampunan dan kemaafan ku pinta buat sahabat blogger, sahabat 'real' dan sesiapa sahaja yang pernah aku tersilap daripada segi perbuatan mahupun percakapan. Semoga Ramdhan ini disinari dengan Nur & Hidayah daripada Allah swt.

Selamat berpuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...