Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

14 PUNCA KITA MUDAH JATUH MISKIN

14 PUNCA KITA MUDAH JATUH MISKIN

Dari Kuliah Dhuha Ustaz Fawwaz Mat Jan

+ Tidak Menjaga solat atau solat dengan tidak betul
+ Tidak membersihkan sawang labah-labah di rumah
+ Mengeringkan air di badan dengan pakaian yang di pakai
+ Menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
+ Keluar dari masjid selepas solat subuh dengan tergesa-gesa
+ Makan dan minum sebelum mandi wajib
+ Isteri SUKA MARAH Suami
+ Suka bertelanjang dalam rumah
+ Tidur dalam keadaan belum menunaikan solat
+ Suka membuat dosa
+ Terlalu banyak tidur
+ Menggunakan sikat yang rosak
+ Suka duduk di muka pintu
+ Membiarkan pinggan mangkuk di waktu malam tidak berbasuh.

Rujukan dari kitab Ta'alim Muta'alim ......

Moga ada kebaikkannya utk kita2 semua.

Syurga percuma, neraka kena bayar

Seorang ayah berkata kepada anaknya. "Tahukah kamu, wahai anakku! Nk masuk syurga itu percuma, dan neraka kena bayar"
Jawab anaknya, "Kenapa nk masuk neraka kene bayar?"
Jawab ayahnya,
~jika berjudi kene bayar
~jika minum arak kene bayar
~jika merokok kene bayar
~jika nk pergi ker tempat maksiat kene bayar
Dan ketahuilah anakku, masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberi modal yang sangat banyak kepada kita
~jika nk solat, tak perlu bayar
~jika nk puasa, tak perlu bayar
~jika nk berzikir, tak perlu bayar
~jika nk beristighfar, tak perlu bayar
~~~~~~~~
Wahai saudaraku menyebarkan mesej ini juga percuma. Tetapi jika ada yang mengamalkan, kita mendapat ganjaran pahala berganda

AMALAN UTAMA BULAN ZULHIJJAH

AMALAN UTAMA BULAN ZULHIJJAH

Artikel asal oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman. Semoga sama-sama kita beroleh manfaat.

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya. Khususnya bagi mereka yang tidak mendirikan Haji di Baitullah, ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban dengan menyembelih binatang yang layak : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
( Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32

Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Doa murah rezeki dan mudahkan urusan dunia akhirat

السلام عليكم ورحمة الله  وبركاته
ُِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

*Ya Allah*,
jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik daripada hari-hari yang telah kami lalui.

*Ya Allah*,
Bangunkanlah,
kembangkanlah dan
bangkitkanlah semangat kami  dalam bekerja, berusaha, beribadah, dan beramal.

*Ya Allah*,
jaminlah kesihatan, keberhasilan, dan kesejahteraan bagi kami.

*Ya Allah*,
limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki-Mu untuk kami.

*Ya Allah*,
ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik sahaja bagi kami.

*Ya Allah*,
perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian, berita dan pengalaman yang menyenangkan sahaja kepada kami.

*Ya Allah*,
mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah kami daripada segala kesulitan, perkenankanlah doa kami dan harapan kami.

_Tidaklah kita menjadi terlalu kaya lantaran kita kedekut dan tidaklah kita akan papa lantaran  kita pemurah..._

_hakikatnya, rezeki itu milik ALLAH...kita sekadar pemegang amanahnya sahaja..._
*

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَjلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah

image credit:  www.savetheants.com


Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.

Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.
Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun KERANA ENGKAU TIDAK AKAN TAHU  AMALAN MANA  yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.
سبحان الله.

..cukup mudah dan byk kebaikan yg dpt kita buat..hanya kita tunggu nak buat yg besar2..sampai tak terbuat...

KISAH LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT (kena baca sampai habis)



Salam buat semua.

Tulisan asal saya 100% copy paste daripada page official page Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad. Semoga perkongsian ini dapat kita jadikan renungan dan pedoman untuk hari-hari mendatang. Baca, fahamilah dan amalakan. Semoga hidup kita diberkati dan dirahmati. Amin


Assamualaikum,

PERHATIAN: BERIKUT BUKAN TULISAN SAYA, SAYA KONGSIKAN APA YANG TELAH DIKONGSIKAN KEPADA SAYA BUAT TATAPAN KITA SEMUA.

KISAH LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!


****







Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

SERANGAN JANTUNG & AIR PANAS:


Sudah beberapa saudara kita dan kenalan dah mati sebab saluran ke Jantung semakin berlemak dan mengecil.

Sabuah artikel yang sangat baik dan hanya mengambil masa dua minit untuk anda membaca.

Serangan Jantung dan Minum Air Panas.

Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan.

Bagi mereka yang suka minum air batu, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser. Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung ...

Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada.

Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup ...

Kardiologi A berkata, jika semua orang yang membaca pos ini berkongsi kepada rakan2, anda yakinlah bahawa kita akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Baca & Hantar kepada rakan. Ia boleh menyelamatkan nyawa... Jadi, sila menjadi rakan yang baik dan berkongsi artikel ini untuk semua kawan-kawan anda, anda mengambil berat tentang jantung anda.

Rasuah budaya suap




Ada video interaktif menarik yang kita semua orang boleh cuba. Berkaitan rasuah, bermula daripada tindakan yang kecil dan kita anggap remeh, tapi sedang menjadi kudis dalam masyarakat kita. Nak tengok tahu cerita lanjut, cuba tengok sini.



Puasa dah dekat, sendiri mau ingat



12 Syaaban 1431

Tak lama lagi bermulalah Ramadhan, bulan puasa bagi seluruh umat Islam. Bulan paling mulia dalam kalendar umat Islam. Bulan untuk menyucikan diri, dan memperbanyakkan amal ibadah. Bagi peniaga bulan ini juga merupakan peluang untuk menambah duit raya, tak kira samada secara sepenuh masa (sebulan), ataupun secara sambilan di pejabat.

Para peniaga bazar ramadhan, sudah tentu masing-masing dah dapatkan tapak berniaga di Majlis perbandaran setempat. Masing-masing dah tampil dengan idea bisnes yang mantap untuk 'wang besar' raya kali ni.

Tak mau cakap banyak-banyak, pengertian puasa dan syarat sah syarak, rasanya semua dah tahu kan? Cuma harap-harap kita semua dapat menunaikan ramadhan kali ini dengan lebih baik dan lebih keberkatan. Yang miskin dan fakir jangan dilupa manakala anak-anak yatim perlu dirai.

Jangan membazir membeli juadah berbuka macam tak ingat. Mercun pula, kalau boleh, tak payah beli. Baik sedekahkan duit tu kat tabung masjid atau tabung anak-anak yatim di kedai-kedai runcit / pejabat pos / dll.

Akhir sekali, puasa kena ganti ek!

Bberhati-hati ketika memandu pada musim perayaan. Ingatlah yang tersayang.

Elakkan makan..

Salam semua,

Baru sahaja membaca perkongsian menarik info (pengalaman) daripada saudara RidzalMersing, pro dan kontra antara ajaran ilmu sains atau ilmu berdasarkan Al-Quran. Berikut adalah isi penting :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsb nya;
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya;
3. Elakkan minuman bergas;
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah;
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit;
6. Makan buah delima; dan
7. Makan epal hijau.

Pengalaman  beliau amat menarik untuk kita baca dan renungkan. Bukan cerita dongeng, mahupun rekaan. Pengalaman beliau amat berharga buat kita, khasnya para ibu bapa yang menyediakan menu untuk santapan anak-anak. Bacalah coretan penuh beliau, di sini.

Kenapa?

Kenapa kita masih tak kaya tapi dah kerja kuat, overtime pagi petang siang malam?

Kenapa kita ditimpa mala petaka walaupun hari-hari solat?

Kenapa kita diuji dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan saudara-mara serta rakan-rakan?

Kenapa awek kita lari tinggalkan kita, walaupun balak baru dia lagi tak hensem daripada kita?

Kenapa.. dan kenapa?


Mungkin kau, mungkin aku, pernah bertanya soalan demikian pada diri sendiri. Kadang-kadang kita rasa pelik dengan kekurangan diri. Rasa kecewa dengan ujian yang diberi.

Segala kejadian hanya datang daripada Allah. Aku yakin, kita selalu mendengar, "Yang baik datang daripada Allah, yang buruk, datang daripada kita semua". Sebagai manusia terpelajar, cuba renungkan dan fahamkan 1 ayat itu sahaja.

Ramai orang sibuk memperkatakan hikmah, dan menyeru supaya kita bermuhasabah diri. Muhasabah itu tak cukup, jika tak disertai dengan taubat. Seeloknya solat taubat dan solat syukur dilakukan setiap hari. Sessi menghadap tuhan, yang Maha Agung. Meminta maaf dan berterima kasih. KepadaNya kita meminta dan kepadNya kita berserah.


Mungkin hari ini kita tak bernasib baik, diberi ujian, ditimpa musibah. Waktu bermuhasabah itu, fikir kembali salah kita, silap kita kepada Allah. Jangan mengeluh, dan tak perlu menyesali nasib diri. Semua itu ketentuanNya. Fikir secara dalam dimana kurangnya janji kita, kata-kata kita serta perbuatan kita.

Untuk yang berada di atas, jangan fikir anda kekal bersenang-senang selama-lamanya. Mungkin esok segalanya lenyap, siapa tahu? Beringat, tawaduk serta merendah diri. Banyakkan bersedekah, jangan kikir, jangan pandang rendah manusia lain. mana tahu, tahun depan, orang yang susah itu memberi pertolongan pada anda yang tiba-tiba bankrap, muflis tak berduit.

Fikir-fikir, renung-renungkan untuk  peringatan kita bersama.

Serba sedikit perihal Jin : Ustaz Hj. Ismail Kamus

.. Ini adalah dari fwd emel yang saya terima. Namun ceramah ini saya pernah dengar sendiri LIVE daripada Ustaz Ismail Kamus, kira-kira 20 tahun yang lalu, semasa masih di bangku sekolah.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.


" Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu.."




Subject: Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

Status halal : White Coffee (Oldtown Kopitiam) ada bran?



Mengikut catatan di blog DRS. KHALIL IDHAM LIM, terdapat keraguan tenatng status halal produk yang disajikan di kopitiam OldTown White Coffee.

`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.' Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam.. Lalai dan malas dalam mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan. WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Petikan utama blog beliau:


Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
  • -Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan).
  • -Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
  • -Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
  • -Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA) Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA dan MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
Baca kupasan selanjutnya di sini

LELAKI YANG HEBAT

Sumber fwd emel daripada ex-smsj '93 yahoo groups, semoga sama-sama kita mendapat manfaat:


Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beri bad ah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Wallahu’alam.

Sebarkanlah ilmu, walau pun sepotong ayat.

Ebook sampah dan duit haram....

Salam semua.

Untuk renungan semua, samada penjual ebook, mahupun pembeli (newbie) yang tertipu... Harap dapat baca sampai habis tulisan SmartZul di http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/

Sudah-Sudahlah…

Saudara-saudari pembaca yang amat saya hormati…

Kegagalan seseorang di dalam perniagaan internet biasanya hanya disalahkan kepada si gagal tersebut. Mereka dikatakan malas, tidak berusaha, tidak mahu keluarkan modal dan macam-macam lagi. Dalam satu keadaan, memang ia benar. NAMUN, adakah kesalahan itu langsung tidak dipikul oleh pihak lain?

Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini kerana saya sudah teramat kecewa dengan produk-produk yang menjanjikan kemanisan yang terlampau. Saya akui, dahulu, saya ada mempromosikan beberapa produk tertentu. Namun kini, saya sedikit ‘tegas’ di dalam mempromosikan mana-mana produk panduan perniagaan internet atau buat duit.

Jika saya mahu merasai hasil komisen dengan mempromosikan produk-produk sebegitu, saya tidak perlu pun memikirkan kebajikan orang lain kerana ia bukan masalah saya. Janji saya senang, kenyang, happy, cukuplah. Peduli apa dengan orang lain. Tapi, saya tidak mahu begitu.

Setakat ini, saya telah mendapat beribu-ribu ringgit dengan hanya mempromosi produk orang lain sahaja. Pendapatan saya melalui program affiliate sahaja pun mencecah lima angka dan menjadi top affiliate bagi kebanyakan produk tersebut. Tapi, mengapa saya tidak terlalu tergila-gilakan wang dan kesenangan sendiri, sebaliknya sering memikirkan kebajikan orang lain?

…Jawapannya adalah tanggungjawab seorang Islam.

Saya tidak mengatakan semua produk tidak bagus atau sekadar melepas batuk di tangga. Namun, sebahagian besarnya amat mengecewakan. Saya sudah sakit telinga mendengar keluhan kecewa oleh pembeli yang termakan umpan. Duit gaji mereka banyak diguna semata-mata mengharap janji itu menjadi kenyataan.

Di antara penyebab kekecewaan saya terhadap mereka adalah:

  • Tiada sokongan selepas jualan yang baik. Jika produk berharga ratusan atau ribuan ringgit, sepatutnya bahagian sokongan mesti diutamakan sebagai timbal balik kepada pembelian pelanggan.
  • List (emel) yang saya sumbangkan disalah-gunakan oleh mereka dengan mempromosikan produk yang tidak berkualiti. Maka sebab itu saya tidak berminat menyertai mana-mana program PPL untuk meminimakan ‘risiko’ ia disalah-guna. Saya tidak mahu bersubahat dengan IM sebegitu.
  • Pembeli dibiarkan terkontang-kanting.
  • Janji-janji manis tidak dipenuhi.
  • Pelanggan dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan. Pembeli terus menerus dimomokkan dengan kejayaan jika beli produk ini, sukses jika beli produk baru ini dan itu.
  • Mereka lebih kepada opportunity base iaitu menjual harapan menggunung. Bukan ‘menjual’ bantuan, pendidikan dan bimbingan.
  • Mereka hanya mahu buat duit, bukan buat bisnes sebenar. Amat bertentangan dengan kaedah saya.
  • Komitmen yang mendukacitakan. Di dalam JV katakan, ia bukan sekadar sebelum dan semasa jualan produk. Tetapi selepas tempoh jualan pun kita perlu ada komitmen iaitu menjaga sebaik mungkin pelanggan yang rakan JV berikan kepada kita.
  • Janji-janji sama yang tidak meyakinkan saya untuk mempromosikan produk mereka. 100 kali janji yang sama, tapi adakah kali ke-101 ada perubahan? Berikan saya keyakinan beserta bukti.
  • Produk yang lebih kurang sama dengan produk-produk sebelum. Tiada apa yang beza, cuma tukar ganti ayat sahaja selain menambah satu dua perkara baru + cerita-cerita kejayaan mereka.

Apabila diperhatikan senarai di atas, ia bukanlah masalah produk 100%, tetapi masalah penjual atau usahawan internet (internet marketer) tersebut. (Saya tidak mahu menggunakan istilah usahawan internet kerana istilah ini hanya sesuai untuk mereka yang benar-benar melakukan perniagaan dan keusahawanan, bukan sekadar menjual.)

Saya tidak suka mencari salah orang atau bercakap mengenainya. Tetapi sebagai khalifah di muka bumi ini (kita semua), selain saya perlu mencari rezeki untuk perut sendiri, namun saya juga bertanggungjawab menyatakan kebenaran walaupun ia pahit. Saya tidak mahu bersubahat untuk menyusahkan orang lain.

Bagi mereka yang sering gagal, berhentilah mempercayai janji-janji manis dan belajarlah dengan cara yang sebenarnya. Mencari seseorang yang jujur teramat susah di zaman ini. Maka, perlunya kesabaran yang tinggi di dalam usaha dan pembelajaran. Tiada pil ajaib untuk berjaya sekelip mata.

Sesungguhnya sikap terlalu taksub untuk mudah berjaya adalah sesuatu yang amat disukai oleh sebahagian besar Internet Marketer. Kerana, orang yang bersikap sebegitu teramat mudah untuk diumpan.

Dan bagi Internet Marketer yang tidak mendidik dan membimbing pembeli dengan sepatutnya, atau tidak menjaga mereka dengan baik, atau hanya mementingkan perut sendiri, lakukanlah sesuatu yang terbaik sebelum kegagalan usaha anda bermula. Ini adalah nasihat ikhlas saya.

Apalah guna jika mendapat puluhan atau ratusan ribu tetapi dengan duit itu kita dimaki-maki, dimarah-marah dan tidak dihalalkan oleh pembeli yang tertipu? Mahu berbangga-bangga dengan pendapatan itu? Enjoy, happy, hebat, senang dan berharta dengan pendapatan itu? Hidup kita pasti akan gundah-gulana dengan pendapatan sebegitu. Sudah-sudahlah…

Artikel ini bukan bermaksud saya mahu mengatakan orang lain tidak bagus dan saya lebih baik. Tidak sesekali. Ini hanya sekadar saling ingat-mengingatkan sahaja sebagai saudara seagama termasuk mengingatkan diri saya sendiri. Saya juga sentiasa memperbaiki mana-mana kelemahan saya. Cuma, jika kesalahan itu diulang-ulang dengan sengaja, apakah maksudnya itu?

Selain itu, tulisan saya ini adalah juga suara daripada mereka yang telah kecewa dan tertipu dengan sesetengah IM termasuklah IM-IM yang mempunyai nama dan gelaran. Itu kata mereka. Sejauh mana sahihnya, saya kurang pasti. Tapi, saya seringkali mendengar keluhan kekecewaan ramai orang terutama mereka yang baru ingin bermula di dalam arena IM ini.

Ingin saya ulangi di sini, kebanyakan produk bukan tidak bagus. Tetapi yang dipersoalkan adalah janji-janji manis yang palsu. Apa yang dijanjikan pada laman web, hanya tipu daya semata-mata. Bagi saya, walau bagaimana pun panduan tersebut, ia tetap bagus kerana ia adalah ilmu. Maka, jangan salahkan produk, tapi salahkan orang yang menjualnya.

Ya, benar. Terkadang produk bagus sekali mana pun, tapi jika pembeli tidak berusaha dan malas bertindak, maka sudah pasti itu salah mereka. Yang menjual panduan itu hanya sekadar menunjuk jalan dan yang membeli itu perlu melaluinya sendiri. Tetapi, bagaimana jika jalan yang ditunjukkan itu jalan yang bersimpang siur, jalan mati dan sering bertukar-tukar jalan?

Artikel ini bukanlah provokasi, tidak berpuas-hati atau sebagainya. Tetapi ia adalah ikhlas daripada saya untuk melihat industri IM di Malaysia bukan hanya didominasi oleh sesetengah pihak sahaja atau berlakunya sesuatu yang boleh merosakkan bidang ini.

Dan tulisan saya ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan ini semua sebagai satu usaha untuk muhasabah agar kita tidak jauh tergelincir. Mengkritik itu bukan bererti bermusuh. Tidak sependapat itu tidak bermakna tidak suka.

Dengan ini, jika masih ada yang tertipu dengan mana-mana Internet Marketer, ia bukan lagi tanggungjawab saya kerana saya telah menyatakan peringatan ini. Saya telah berlepas diri.

Sudah-sudahlah…

Wassalam.

Yang ikhlas,
SmartZul

Nota Kaki:

1. Artikel panduan membeli ebook berikut amat-amat wajib dibaca untuk mengenalpasti ebook yang berkualiti dan bukan ebook scam:

http://blog.smartusaha.com/panduan-beli-ebook-di-internet/

2. Pada tahun 2007, saya pernah menulis mengenai hakikat perniagaan internet. Boleh lihat senarai artikel bersiri tersebut di sini:

http://blog.smartusaha.com/hakikat-sebenar-perniagaan-usahawan-internet/

3. Baca juga artikel Panduan Menyertai Bengkel Perniagaan Internet berikut:

http://blog.smartusaha.com/panduan-menyertai-bengkel-perniagaan-internet/

4. Adakah mereka yang mendapat puluhan ribu sebulan itu bermaksud mereka hebat? Benarkah? Dan benarkah pada setiap bulan mereka mendapat lima angka secara konsisten? Sebahagian rahsia mereka dibongkarkan di sini:

http://blog.smartusaha.com/rahsia-mendapat-puluhan-ribu-sebulan-melalui-internet/

—————————-

Anda boleh sebarkan artikel ini di blog anda atau melalui apa saja cara dengan syarat meletak link URL berikut di akhir artikel untuk rujukan pembaca:

Sumber Artikel: http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/

Serangan Jantung dan Minum Air Suam


Gambar jantung ihsan howstuffworks.com


Sekadar menyampaikan secebis ilmu..
Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindak balas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Ayat Seribu Dinar tak beri rezeki?

Dengarkan penjelasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman tentang kepercayaan karut gantung ayat 1000 Dinar : murah rezeki, manakala gantung ayat Kursi : syaitan takut. Nak tahu lebih lanjut, dengarkan ceramah beliau.

Bijak Berbelanja : Jihad Melawan Nafsu

Hari ini 17 Ramadhan, sudah hampir mencecah 2/3 hari daripa sebulan tempoh kita berpuasa. Keghairahan melayan nafsu ketika membeli juadah berbuka sudah mula berkurangan, berbanding ketika minggu pertama berpuasa. Alhamdulillah, ramai daripada kita mungkin sudah mula beringat untuk berjimat dan berbelanja secara bijak. Tidak terlalu membazir dalam menangani 'rambang mata' membeli juadah dan lauk pauk untuk santapan berbuka.

Mungkin di kalangan kita masih berjaya mengawal nafsu, diimbangi dengan akal. Maklumlah tahun ini hari raya puasa jatuh dalam bulan Oktober, bermakna tidak ramai yang akan mendapat bonus untuk berbelanja sakan. Tambahan pula harga minyak yang baru sahaja naik, memungkinkan bahana pelbagai barangan runcit, basah dan kering akan turut terkena tempias kenaikan harga.

Negara kita Malaysia apabila memasuki penghujung tahun pula biasanya akan memasuki fasa musim tengkujuh, seterusnya banyak aktiviti ekonomi akan terjejas dengan kedai makan serta gerai-gerai kecil merudum jumlah pengunjungnya. Bagi penoreh getah dan nelayan, musim hujan adalah waktu yang menggugat keimanan mereka dengan ujian Allah. Mungkin ini hikmahnya bagi kita mencari alternatif lain untuk mencari sesuap nasi. Mungkin juga menyuruh kita meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak-anak tercinta di rumah.

Bagi yang makan gaji, musim hujan mungkin tidak memberi impak yang besar kepada mereka. Walau bagaimanapun, harus diingat, berbelanjalah mengikut keperluan, jangan ikut nafsu. Buatlah pertimbangan sewajarnya dalam membeli belah untuk persiapan hari raya Aidilfitri. Mana-mana set kerusi sofa dan langsir atau cadar yang masih elok, kenapa tidak kita gunakan kembali? Jangan membazir dan fikir untuk jangka masa panjang.

Bagi pemegang kad kredit, waspada dengan helah 'wang plastik' ni. Memang seronok mebeli belah tanpa membawa wang sesen pun. Tapi awas, pastikan anda mampu membayar semula tanpa dikenakan faedah (interest) dari pihak bank pengeluar kad kredit @ kad hutang. Zaman ini bukanlah zaman bermegah dengan kad kredit berstatus 'gold' atau 'platinum'. Ubahlah persepsi minda anda. Penggunaan kad kredit tidak menguntungkan, malah membawa padah.

Pemegang kad kredit atau debit, pastikan anda tidak terpedaya dengan:
  1. *Ada sesetengah peniaga mensyaratkan pembelian minima (sekurang-kurangnya RM 50) - sedangkan anda ingin membayar harga barangan untuk RM35, terpaksa beli barangan lain pula untuk membolehkan anda menggukan kad debit / kredit.
  2. *Bagi pemegang kad debit, asingkan jumlah baki tertentu sahaja untuk belanja bagi petrol atau barangan lain bagi bulan itu. Simpan lebihan wang di dalam akaun berasingan bagi mengelakkan terlebih belanja (over spent).
  3. *Pastikan anda dapat membayar 'minimum payment' apabila tiba masanya. Jika tidak, anda akan dikenakan denda yang bisanya sebanyak RM50 bagi denda lewat bayar.
  4. *Disiplinkan diri untuk menggunakan kad kredit pada waktu-waktu kecemasan sahaja. Penggunaan wang tunai yang terkawal adalah lebih baik darpada kad kredit yang kita akan sedar pengeluarannya.
Semoga dapat meneruskan ibadah puasa dengan jayanya.

Wasalam.

Bermulanya Ramadhan, segala jenis syaitan dan jembalang ditambat

Hari ini merupakan hari terakhir kita makan, minum serta melakukan rutin harian sepenuh tenaga. Esok bermulanya 1 Ramadhan, tarikh keramat bagi semua umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke 3.

Selama sebulan kita akan bertarung dengan nafsu semata-mata kerana syaitan telah 'dirantai'. Jadi berhati-hatilah dalam bercakap, membeli juadah berbuka serta barang keperluan persiapan hari raya. Semua yang 'terlebih' tu nafsu kita sahaja.

Bagi perokok pula, inilah masanya bagi kita berkorban dan melawan rasa gian serta ketagihan kepada rokok. Kalau kita boleh tahan tidak merokok selama hampir 13 jam, kenapa tidak pertahankannya untuk baki 11 jam? Memang susah hendak berhenti merokok, aku sendiri sampai pergi jumpa doktor untuk terapi berhenti rokok.

Mari kita lihat apa kata syaitan tentang rokok


Insyaallah, jika kita ada usaha, ada niat serta kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Selain usaha, banyakkanlah berdoa serta kuatkan azam. Aku yang setiap minggu pergi ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, selalu ternampak poster tentang bencana rokok. Rokok menyebabkan paru-paru mereput, juga pelbagai jenis penyakit kanser.. serius, memang mengerikan dan rokok hanya penambah derita, bukannya gembira.

Mungkin panduan berhenti merokok ini boleh kita jadikan panduan. Laburkan sedikit wang yang diguna untuk membeli rokok itu kepada panduan ini. Insyaallah, kita serta ahli keluarga juga yang akan mendapat manfaatnya kelak.

Selamat Menyambut Ramadhan 1430 H


Baru sebentar tadi penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan tarikh rakyat Malaysia mula berpuasa jatuh pada hari Sabtu, tanggal 22 Ogos 2009. Semoga kita semua selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Tanpa ponteng puasa, tanpa mengata, mengumpat, mengeji serta melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.





Aku menyeru diri sendiri dan rakan-rakan yang lain supaya memperbanyakkan ibadah di samping amal jariah - sedekah dan zakat.

Makna Pengertian puasa - menahan diri daripada lapar dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Puasa bukan sahaja menahan diri daripda nafsu makan dan syahwat, tetapi memerlukan pengorbanan menahan diri daripada segala jenis nafsu; contohnya nafsu amarah, nafsu membeli juadah berbuka, nafsu membeli belah (shopping raya), nafsu mengumpat (kalau yang ni buat juga, sia-sia pahala puasa).

Jadi, hisablah diri kita dalam melakukan ibadah puasa tahun ini. Moga ibadah puasa yang dilakukan tahun ini mendapat keredhaan Allah dan lebih sempurna berbanding tahun-tahun yang lepas.

Salam Ramdhan 1430.






Untuk rujukan semua, mari kita sama-sama menghafal doa berbuka puasa (sila baca dengan tajwid yang betul ekk, sebab Upin dan Ipin pun boleh baca dengan bacaan yang betul).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...