Showing posts with label bayaran. Show all posts
Showing posts with label bayaran. Show all posts

Lelaki kacak buat kerja sambilan di rumah




Alhamdulillah sekali lagi aku mendapat bayaran daripada panduan Rawat Keputihan. Kali ini aku rasa Abd Hafiz memang lelaki kacak sebab masih lagi berjaya membayar aku untuk program affiliate ni.

Mungkin tak berapa banyak pun kalau nak dibandingkan dengan pendapatan super affiliate. Tapi dapat juga aku topup untuk bayaran bil broadband streamyx setiap bulan. Lagi satu, ni semua hanyalah kerja sambilan je... part time. Takdelah aku menghadap gila-gila, spam setiap mailbox rakyat Malaysia untuk dapatkan jualan.

Apa-apa pun, sila jadi lelaki kacak untuk isteri-isteri korang dengan mendapatkan panduan rawatan keputihan ni. Kesian kat kaum wanita, memang menderita dan tak selesa kalau dah sampai tahap kronik.


Kat bawah ni aku nak share petikan petua mengatasi masalah keputihan dari blog MamaMurai 


Langkah-langkah dan rawatan masalah keputihan.


  • Jaga kebersihan diri anda. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh alat kelamin kerana tangan sentiasa terdedah kepada kuman dan bakteria. Malah kita sendiri tidak pasti, adakah tangan itu bersih atau sebaliknya.
  • Sekiranya anda ingin membersihkan vagina, lakukannya dengan mencuci dari bahagian depan ke belakang. Ini bagi mengelakkan jangkitan kuman terjadi di bahagian kemaluan sekiranya kita mengelap dari belakang ke depan kerana ia akan menarik kuman ke arah vagina.
  • Ambil probiotik setiap hari. Ianya boleh didapati dalam yogurt ataupun tablet / kapsul yang dijual di farmasi-farmasi. Pengambilan bawang putih juga boleh membantu mengurangkan masalah keputihan yang kamu alami.
  • Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang telah diproses seperti mi, roti, kek dan yang sama waktu dengannya.
  • Penggunaan vaginal douchel pencuci hygine boleh dilakukan untuk memastikan kebersihan vagina. Namun penggunaan yang terlalu kerap tidak disyorkan kerana ia boleh membunuh ‘bakteria baik’ yang sedia ada dalam vagina anda. Douching tidak digalakkan semasa mengandung kerana ditakuti udara boleh masuk ke dalam sistem badan anda melalui vagina. Seterusnya memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan anda.
  • Pengaliran udara di bahagian sulit dapat dikekalkan dengan penggunaan pakaian dari kain kapas ataupun pakaian yang longgar.
  • Jauhi tekanan (stres) yang berlebihan kerana ianya boleh mengurangkan daya imunisasi anda.
  • Penghidap kencing manis perlu memastikan kadar gula dalam badan sentiasa dalam keadaan stabil.
  • Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan dan disertai dengan sakit perut. Kemungkinan berlakunya Pelvic Inflammatory Disease (PID)

Kalau nak dapatkan panduan penuh dan lengkap merawat keputihan wanita ni, KLIK banner dibawah, dan order dan bayo.. :)



Kelebihan Keputihan Wanita


Apa itu penyakit keputihan?

Keputihan adalah merupakan satu simptom dimana menunjukkan seseorang wanita ini dijangkiti bakteria atau pun kulat. Jangkitan bakteria ini akan menyerang kawasan genital (kemaluan) seseorang wanita itu.
Selang beberapa hari, jangkitan ini akan mengeluarkan sejenis cecair yang berwarna putih disertai oleh bau yang kurang menyenangkan. Selepas itu kawasan genital akan berasa gatal dan terbakar... Apakah kesannya jika keputihan ini tidak dirawat?

Itu semua adalah sinopsis daripada panduan rawat keputihan yang aku sertai sebagai affiliate. Rasanya tiada kelebihan untuk penyakit keputihan. Menyeksakan / kurang selesa pada wanita dan juga kaun perempuan ada ler. Yang lebih kronik, bila wujud rasa gatal-gatal.

Kelebihan hanya pada aku dan affiliater yang berjaya mendapat sales je.. kot?

Sebenarnya entri ni lebih bersifat serampang dua mata, berkongsi link rawat keputihan, dan berterima kasih pada admin program affiliate rawatkeputihan yang berjaya membayar komisen pada aku dengan jayanya tanpa pernah 'miss' setakat ini.

Untuk kaum hawa, ini memberikan masalah pada mereka. Bagi kaum suami, kalau tak banyak, ada juga sedikit kesan kepada mereka. Kalau sayangkan isteri, ada baiknya korang gi dapatkan edisi buku elektronik (ebook panduan ini untuk keselesaan bersama (jangan kira nak syok je, waktu susah kena ambil kira juga kan?)

Tak salah mencuba panduan perubatan alternatif. tak semestinya kena pergi ambil antibiotik pada doktor sepanjang masa.. Semoga hidup anda lebih bermakna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...