Showing posts with label di rumah. Show all posts
Showing posts with label di rumah. Show all posts

Gempak : Lebih 1 billion



Salam buat semua,

Pertama sekali, aku nak minta maaf kalau aku tak sempat balas blogwalking korang semua. Memang aku terikat dengan komitmen kerja. Maklumlah, kerja makan gaji firma arkitek swasta. Sangat banayk tugasan kena buat. Kalau ada yang tak betul, kena herdik, kena maki, kena marah, memang stress dan kadang-kadang jadi depress. Lainlah kalau dah kerja sendiri dari rumah, memang aku bantai blogwalking 'kaw-kaw'.

Ok, cukup.. cukup..  Back to business.

Sebelum ni aku kongsikan artikel tentang PSY Gangnam Style, kali ni pula aku nak kongsikan video rasmi Youtube untuk 'summary' 2012. Paling menarik pastinya sebab tumpuan seluruh dunia untuk PSY dan Gangnam style, yang menjadi raja youtube dengan rekod melebihi 1 billion views kurang setengah tahun. (Tolong betulkan aku dengan fakta yang lebih tepat).

Dalam video Youtube rewind style 2012 tu terselit ramai pelakon-pelakon 'bintang youtube'. Ramai juga yang aku tak kenal (tapi antara yang aku paling suka, ialah channel FreddieW).

Ada juga kawan aku bagitau, antara faktor PSY meletup, sebab dia ambil Hyuna dan MC Hammer sebagai batu loncatan. Tapi yang paling penting, walau apa alasan sekali pun, dia memang terer. Macam-macam syarikat nak ambil dia sebagai duta / bayar royalti (copyright, etc).


Yang pasti Google berjaya berjaya menjenamakan Youtube sebagai lubuk untuk mengetengahkan bakat terpendam, dan mungkin membuatkan seseorang itu kaya atau terkenal.

Nampak gaya kena start cipta tarian unik...


Jom join Contest Giveaway hujung tahun 2012



Salam buat semua

Dah lama tak menulis, balas komen serta blogwalking pun terbatas. Mana taknya, bapa saudara (Poksu) belah isteri baru bernikah hujung minggu lepas di Putrajaya. Hujung minggu ni pula majlis pihak lelaki pula di Kampung Sempang Pantai (Merlimau).

Ok cukup mukadimah tu. Apa yang sebenarnya aku nak kongsikan adalah contest di blog SamDaddyCool dot com. Caranya amat mudah, hanya buat dialog atau cerita lucu / sedih, berdasarkan kartun yang aku lukis di atas ni. Yang penting best, menarik dan boleh menggugat hati para juri.

Antara syarat lainnya kena buat entri pada blog atau post kat facebook wall, tapi kena ada ayat ni:

Contest sponsored by:
  1. http://MuhasabahTrading.com
  2. http://SamDaddyCool.com
  3. http://etiqatakafulmy.blogspot.com


Yang penting, ini bukan SEO contest, tak payah nak pecah kepala atau memerah keringat. Apa lagi, jom join.

Akhirnya ku terima




Salam buat semua,

Alhamdulillah akhirnya aku diterima untuk program affiliate HZtours, sebuah syarikat pelancongan Malaysia.

Program ni, aku tahu daripada blog Titan dan aku sepantas kilat memohon program tersebut. Malangnya, berbulan-bulan aku tunggu, tak juga mendapat 'approval'. Sampaikan sifu aku tu dah berjaya terima bayaran komisen pun , tapi aku tak lulus lagi.

Semalam, aku dapat juga emel gembira, menyatakan permohonan untuk menyertai program ini telah pun berjaya. Kalau korang nak join, boleh klik sini.

Mangkuk





The Invite Friends Rewards Program Is Currently on Hold!
A few people have been spamming friends and fan pages with SAYS invite-friend links, causing SAYS to be blocked by Facebook. We're trying to fix this situation, and to do this we are putting the SAYS invite a friend program on hold till further notice. We'll get things fixed up as soon as possible!


Aish.. mangkuk mana la yang suka spamming dalam Facebook, sampaikan says kena blok. Tengok statement kat atas  ni.

RM5 satu kepala



RM5 memang agak besar nilainya. Biasanya satu kepala dikenakan bayaran RM5 - RM15 ringgit untuk masuk ke Zoo, tempahan katering satu kepala, muzium, taman tema, parking kereta satu hari dan macam-macam lagi.

Kalau setiap hari ada 10 orang bagi aku RM5, maknaya aku dah dapat RM50, dikalikan 30 hari, maknanya RM1,500 dah boleh aku kumpul.. Kalau dulu hanyalah RM1 satu kepala.. sekarang lima kali ganda lebih baik.

Menarik bukan? Cash out pun dah 2 kali aku dapat, sebab memang secara santai, guna FB dan twitter. Apa lagi? Cubalah sendiri!

Kerja part time yang berbaloi di internet



Salam Hari Malaysia buat semua.

Aku akan cuba menulis seringkas yang boleh untuk kali ini. Aku cuma nak berkongsi tips dan secebis ilmu yang aku ada. Namun, aku harapkan kalian tidak memanggil aku sebagai otai.  Pencapaian aku masih terlalu jauh di bawah paras kategori berjaya di dunia internet.

Kali ini aku nak kupas sedikit keyword sesat yang masuk mencari panduan 'Kerja part time yang berbaloi di internet'.

Untuk entri ini, aku cuma kongsikan 5 kerja sambilan yang aku lakukan / berbaloi dibuat:



  1. eBay (sangat popular higgakan dalam cerita Transformer & SWAT ada dialog tentang ebay)
  2. Google adsense
  3. says / churpchurp / blingd.com - ketiga-tiganya didalam satu kategori, hanya memerlukan sekurang-kurangnya akaun twitter / facebook untuk promosikan link url, dengan setiap klik bernilai purata RM0.20
  4. Panduan affiliate, contoh seperti Jobdirumah
  5. Nuffnang (pengiklanan 3rd party pilihan blogger Malaysia)

Aku akan buat huraian kemudian.. Sekarang dah terlampau mengantuk , semalaman tak tidur.. babai


wasalam


Says berwajah baru

screenshot wajah baru says.my

Salam buat semua,

Aku nak buat update ringkas je untuk malam Jumaat ni..

Hari ini aku login di page baru Says, dan aku nampak :


GROW SAYS WITH US! Get RM5 for every friend who joins SAYS through your invite link:

Terkejut aku sebab nampak RM5 untuk satu referral tu. Sebelum ni, hanya RM1 je, aku kurang pasti sejak bila diaorang dah 'up' nilai tu.

Says, merupaka salah satu alternatif buat duit di internet tanpa modal, tanpa blog.. sekadar facebook atau twitter sudah memadai. Aku sendiri dah berjaya cash out sekali untuk aktiviti kerja sambilan di rumah aku ni.

Yang belum daftar, apa lagi.. tak reti-reti nak KLIK SINI register bawah aku.

Oklah, aku dah tak larat, nak masuk tidur dulu, lain kali aku sambung.

Wasalam

Kerja sambilan di rumah dengan Neobux



Salam buat semua,

Alhamdulillah, sudah 6 hari kita melakukan ibadah puasa Ramadan. Harap-harap dapat meneruskan hingga cukup sebulan, InsyaAllah.


Untuk secara ringkas, aku nak perkenalkan satu lagi program buat duit kerja dari rumah. Neobux merupakan program PTC (paid to click). Walaupun banyak program PTC bungkus, tapi Neobux dah lama berada di pasaran dan kekal bertahan. Dah ramai blogger dapat bayaran. 

Aku pun dah lama tengok masing-masing tayang banner Neobux ni, tapi tak join. Tak tahu kenapa malas nak ambil 'port' dan akhirnya aku baru je join dalam bulan lepas.

Memang ramai dah tunjukkan bukti bayaran, tapi nak dapatkan banyak sen, kena cari refferal ramai-ramai (klik sini , register bawah aku), dan juga kita jadi ahli berbayar.

Ok, nanti aku cerita lagi. Nak kena masuk opis.

Wasalam.


sambungan Setiap kali korang klik play aku dapat RM0.20 sen





Sebenarnya aku nak tulis tajuk entry sebelum ini sebagai, "HyypTV Unifi boleh tapau Astro" tapi aku memilih untuk tajuk yang lebih 'catchy' (ada kaitan dengan entry yang akan datang).

Ok, malas nak cakap banyak, mari kita bincang tentang HyppTV. Sebenarnya aku cukup suka bila Astro ada 'competition', HyppTV. Bukan apa, bila ada persaingan, pasti yang terbaik akan menang. Tak kira baik samada daripada segi harga, servis, pakej dan macam-macam lagi. Jadi, aku rasa memang HyypTV Unifi boleh tapau Astro. Harap-harap makin banyak competition untuk servis-servis besar di Malaysia.

Berbalik kepada tajuk korang klik aku dapat RM0.20 sen tu, sebenarnya tu adalah strategi 'jahat' aku, dalam mendapatkan klik untuk program says. Memang betul ada video tu pada page Unifi, tapi kecil je, player youtube tu. Bila korang klik screenshot atas ni, korang akan dibawa ke page Unifi, melalui link says.


Ok, aku sambung lain kali, kena fokus lebih untuk Google Adsense. Walau bagaimanapun, aku masih bersemangat untuk bercerita dan berkongsi idea-idea kerja sambilan, part time di rumah, untuk akan datang

Jumpa lagi.

Wasalam

Lupakan contest Eyriqazz vs Denaihati

Sebenarnya aku nak kata lupakan buat seketika contest Eyriqazz vs Denaihati sebab nak kongsikan lagi satu medium  kerja sambilan di rumah  yang memang sangat mantap.

Dulu, aku lebih mengutamakan ebay berbanding blogging. Kenapa? Sebab ebay merupakan lubuk utama aku untuk pendapatan kerja part time di rumah. Dengan ebay, aku menjual produk sendiri, dan juga bergelumang dengan dropshipping.


Tapi, langit tak selalu cerah.. aku kena 'banned' sebab menjerumuskan diri dengan ebay dropship tanpa ilmu yang mendalam, apatah lagi tanpa bimbingan seorang guru..


Lama aku menderita sengsara. Punca pendapatan utama aku untuk kerja part time online hilang lenyap ghaib ditelan angin lalu... Status power seller yang aku agung-agungkan lenyap dimamah mimpi ngeri. Aku fobia, aku cuci tangan terus daripada ebay.


Jadi, sekarang, aku nak bertempur semula, masuk medan ebay dengan lebih yakin dengan ilmu dan panduan. Persiapan mental perlu aku kuatkan. Perasaan serik aku buang jauh-jauh. Hati kering, aku semat semula dalam hati..


Tapi, kali ni aku tak mau pergi berjuang dengan tangan kosong. Aku kena siapkan ilmu di dada. Strategi perlu diatur, rujukan yang betul, perlu aku jadikan pedoman. Aku harap panduan Rempit eBay version 2 ni dapat menjelmakan impianku. Aku nak mimpi indah semula..... amin. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...