Showing posts with label dropship. Show all posts
Showing posts with label dropship. Show all posts

Dapat lagi .. Satu komisen je dah RM110


Salam semua,

Tajuk kat atas tu aku memang tahu, nampak poyo, ada unsur-unsur riak dan tak boleh blah. Tapi percayalah, memang aku baru dapat bayaran RM110, dua hari lepas untuk satu komisen kerja sambilan aku.

Aku ringkaskan kejap kenapa aku pilih tajuk yang agak poyo. Sebenarnya tajuk yang ala-ala gempak, poyo dan riak ni sebenarnya dapat menarik banyak trafik daripada beberapa ping web servis, macam busuk, apesal, innit, ohbelog dan sebagainya. Nanti aku akan buat entri khas macamana aku buat , beserta bukti trafik daripada ping servis ni.

Nak harapkan direct organik trafik atau follower, memang aku tak cukup hebat. Tapi, dengan tajuk je aku berjaya tarik trafik. Ok, cukup , cukup.. dah tersasar daripada tajuk asal.

Dua hari lepas aku berjaya terima bayaran hasil mempromosikan kerja part time di rumah ni. Kali ni, panduan ebay rempit v2 yang aku promo. Aku sendiri belum sempat baca, tapi memang sebagai bekas 'player ebay power seller' (aku kena banned beberapa kali, sekarang maintain guna web sendiri), aku akui banyak benda yang aku kena follow sifu terbaru aku ni.

Banyak teknik yang sebelum ini aku tak perasan dan tak tahu langsung, diajar dalam panduan ebay rempit v2 ni. Kalau korang nak buat bisnes part itme, dengan income full time, memang ebay salah satu jalannya (tahu teknik Dropship?)


Terima kasih untuk si polan yang beli guna link affiliate aku, semoga berjaya jadi hardcore player ebay. Aku juga nak masuk gelanggang tak lama lagi, cuma kena buat jadual semuala. Maklumlah sekarang banyak masa aku habiskan dengan blogging + adsense, campur kerja pejabat berlambak, berlonggok-longgok pula tu, kena overtime. Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati pun dah tak pantau. . Penat.

Apa-apa pun, syukur dengan semua yang kita ada dan lalui, sebab ada lagi insan yang lemah dan memerlukan. Aku tahu, korang semua banyak duit. Hulur-hulurkanlah bantuan, kalau RM10 pun dah ok, (kalau 1000 orang kali RM10, dah banyak kan?) korbankanlah sikit duit topup tu. 

Syukur dengan apa yang telah aku kecapi, Alhamdulillah.

Eyriqazz vs Denaihati tergelincir

gambar takde kena mengena langsung dengan cerita...




Salam 1Malaysia, 1Dunia dan 1 Universe


Macam biasa, kalau blogger separuh masa tak update entri, alasan sibuk dan kekangan masa akan diberi. Sama juga macam aku dan itulah benda yang membataskan aktiviti aku untuk update dan mengekalkan kedudukan SERP, entry  Eyriqazz vs Denaihati


Dalam 2-3 hari yang lepas, aku rasa selesa sebab entri  Eyriqazz vs Denaihati  dalam blog ini, berjaya mengekalkan momentum di muka pertama google.com.my. Ada hari yang terkebelakang, masuk muka kedua, dan kadang-kadang dapat menyelit menempatkan diri pada senarai pemenang pertandingan SEO Eyriqazz vs Denaihati muka pertama.


Aku apa lagi, merasa juga jantung berdegup kencang hatta kedudukan yang nampak ensem ni. Dalam pada sibuk-sibuk ayam ni, aku tak update langsung blog, tak juga buat blogwalking, tak menjawab segala komen yang masuk blog ni.


Apa yang aku buat dalam 2-3 hari yang lepas hanyalah monitor beberapa blog yang melonjak naik ke muka pertama, dan cuba korek apa yang mereka ada.. Tak banyak, tapi dapatlah sikit ilmu yang mereka aplikasikan kepada untuk melonjak naik bagi keyword Eyriqazz vs Denaihati.




Tapi hari ni, entri  Eyriqazz vs Denaihati tergelincir ke muka 4 @ empat ... adussshh.. 




Dalam pada sibuk-sibuk ayam nilah juga, aku monitor keyword kerja sambilan di rumah , dan baca preview ebook rempit ebay v2.  Alhamdulillah dah nampak hasil bagi jobdirumah, dan juga kerja part time jahit baju kurung. Cuma rempit ebay v2 je yang belum berjalan, baru merangkak.

Sebenarnya aku dah lama 'give up' dengan bisnes affiliate sebab asyik tak dapat apa-apa je. Tapi sifu aku buka semula 'mindset' aku dan tunjukkan jalan alternatif bagi mempromosi bisnes affiliate. Tak sia-sia aku baca entri mengarut makan cendol dan Ain Maisarah. Sekarang di tambah pula dengan Fatin Yayana, Tasha Manshahar dan Ainan Tasneem. 


Takpe, SEO contest ni, kalau tak menang, aku cukup setuju dengan pendapat sifu aku, aku belajar banyak benda yang kemudiannya boleh aku aplikasi kepada pelbagai perkara di kemudian hari.


Terima kasih cikgu.

Lupakan contest Eyriqazz vs Denaihati

Sebenarnya aku nak kata lupakan buat seketika contest Eyriqazz vs Denaihati sebab nak kongsikan lagi satu medium  kerja sambilan di rumah  yang memang sangat mantap.

Dulu, aku lebih mengutamakan ebay berbanding blogging. Kenapa? Sebab ebay merupakan lubuk utama aku untuk pendapatan kerja part time di rumah. Dengan ebay, aku menjual produk sendiri, dan juga bergelumang dengan dropshipping.


Tapi, langit tak selalu cerah.. aku kena 'banned' sebab menjerumuskan diri dengan ebay dropship tanpa ilmu yang mendalam, apatah lagi tanpa bimbingan seorang guru..


Lama aku menderita sengsara. Punca pendapatan utama aku untuk kerja part time online hilang lenyap ghaib ditelan angin lalu... Status power seller yang aku agung-agungkan lenyap dimamah mimpi ngeri. Aku fobia, aku cuci tangan terus daripada ebay.


Jadi, sekarang, aku nak bertempur semula, masuk medan ebay dengan lebih yakin dengan ilmu dan panduan. Persiapan mental perlu aku kuatkan. Perasaan serik aku buang jauh-jauh. Hati kering, aku semat semula dalam hati..


Tapi, kali ni aku tak mau pergi berjuang dengan tangan kosong. Aku kena siapkan ilmu di dada. Strategi perlu diatur, rujukan yang betul, perlu aku jadikan pedoman. Aku harap panduan Rempit eBay version 2 ni dapat menjelmakan impianku. Aku nak mimpi indah semula..... amin. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...