Showing posts with label takziah. Show all posts
Showing posts with label takziah. Show all posts

Din Beramboi kembali ke Rahmatullah... al-Fatihah

KUALA LUMPUR - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


Setiap yang hidup, pasti akan mati. Pergi kita meninggalkan harta, nama, darjat, pangkat dan keturunan. Yang menjadi bekal pastinya amalan kita di atas dunia, amal jariah, ilmu yang berkekalan dan anak soleh yang mendoakan kita.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Takziah buat keluarga arwah, banyakkan sabar, tetapkan iman dan redha dengan ketentuannya. Semoga roh allahyarham Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... AL-FATIHAH

5 dalil kenapa aku tak mau join bisnes Hai-O



1. Skim pelaburan RM21K Company Hai-O Marketing, yang ni aku petik daripada salah satu forum :

Biasanya Yg Jd Mangsa Adalah Kakitangan Kerajaan Krn Mrk Akan Mempengaruhi Supaya Membuat Loan Dgn Pihak Bank RM23,000 Dimana RM21,000 Akan Di Laburkan Samada Membeli 10 Set Pakaian Dalam Wanita Beautiful Atau 10 Unit Penapis Air..Baki RM2000 Tu Adalah Utk Kegunaan Peribadi.
Mangsa Td Perlu Pula Utk Mencari Mangsa Lain Utk Melaburkan Jg RM21,000 Sbb Kalau Tdk Mangsa 1 Td Kena Membayar RM300 Sebln Kpd Pihak Bank Selama 10 Tahun Utk Melunaskan Hutang Tersebut.

2. Tipikal bisnes MLM - 'head hunting' sibuk mencari downline, bukan kejar jual produk.

3. 2 orang adik kandung aku sendiri melibatkan diri dalam bisnes ini, seorang dah angkat Toyota Caldina, sorang lain dalam proses membeli Honda City : yang aku jadi panas sebab dia orang kata, " kena tunjuk bukti (kereta power), baru orang percaya bisnes ni betul dan boleh pergi jauh".

4. Dari forum yang sama:

MALANGNYA DALAM HAI O INI SAMA ADA DENGAN PENGLIBATAN TAUKEH HAI O SENDIRI SERTA DENGAN PENGEDAR=PENGEDAR KUMPULAN ATASAN TELAH MEWUJUDKAN SATU KAEDAH JALAN PINTAS MENUJU KEJAYAAN DENGAN MENCIPTA SATU PLAN PEMASARAN YANG MANA BOLEH ATAU
TELAH MENANYAIYA PEGEDAR BARU KERANA TERPAKSA MELABUR JUMLAH WANG YANG AMAT BESAR SEHINGGA RM21000.JIKA TIDA WANG MAKA KUMPULAN ATASAN AKAN CUBA MEYOKONG PINJAMAN PERIBADI.SETELAH LULUS PINJAMAN DENGAN KERJASAMA PIHAK SYT DAN BANK WANG TERSEBUT DIMASUKKAN KEDALAM AKAUN HAI O.PENGEDAR BARU INI PULA HANYA DIBERI PRODUK SYT SEPERTI MESIN PENAPIS AIR BERJUMLAH 10 UNIT. UNTUK BUAT SERONOK CERITA MAKA PENGEDAR BARU DIBERI BONUS SEBANYAK RM4500.ITU YANG MENBUAT RAMAI TERPEDAYA.YANG BAB TAK SERONOKNYA APA NAK BUAT DENGAN 10 UNIT PENAPIS AIR TU.TERPAKSALAH KENA JUAL.ANEHNYA HARGA BELI 10 UNIT RM20,800 MAKA SEUNIT RM2080. HARGA KENA JUAL PADA ORANG SERUPA JUGA RM2080. SECARA LOGIKNYA SEBENARNYA HARGA 10 UNIT TERSEBUT IALAH RM20800 - RM4500 = RM16300 ATAU SETIAP SATU KOSNYA RM1630. JADI SEBENARNYA RM4500 ITU HANYALAH UNTUNG RUNCIT. KALAU NAK DAPAT SEMULA MODAL RM20800 TU KENALAH JUAL KESEMUA 10 MESIN PENAPIS AIR TU.KALAU TIDAK TANGGUNG AJELAH HUTANG RM16300 TU. MAKA ADALAH YANG JUAL PADA PELANGGAN BARU BAYAR ANSURAN RM100 SEBULAN.INI MACAM 2 1/2 PUN TAK DAPAT BALIK MODAL.DAHLAH TU KENA BAYAR HUTANG ANSURAN BANK PULA. SYT HAI O TAK TANGGUNG HUTANG APA.DIA JUAL CASH. PENAJA ANDA DAH DAPAT BONUS DIA. ANDA PULA TERKAPAI-KAPAI TANGGUNG HUTANG. TAK KE ANYAIYA NAMANYA.
YANG LEBIH SEDIH TU MESIN PENAPIS AIR TU SAMA AJE YANG DIJUAL KAT KEDAI JUAL MESIN PENAPIS AIR.SISTEMNYALAH LA NI SEMUA PESEN 6 KEBUK TU. INI DAH KETINGGALAN ERA DAH.HARGA DI LUAR TAK SAMPAI
PUN RM1000.BUKANNYA HAI O KILANGKAN SENDIRI PUN.BORONG DARI SYT PENGELUAR DAN TARU LABEL BIO AURA KEMUDIAN DUDUK CERITA AJAIB PUNYA PRODUK. ORANG SAKIT MINUM PUN BOLEH SEMBUH.
 5. Aku tak nak anak bangsa aku kena tanggung hutang dan aku kena sumpah sebab sibuk meracuni fikiran orang untuk ambil pinjaman bank untuk 'buat duit'. Akhirnya kat rumah penuh dengan penapis air Hai-O, loan dah kena bayar, tapi sorang downline lagi belum daftar... Apa cerita???

Untuk ulasan, hukum dan kupasan dari segi agama dan syarak, sila ke laman Ustaz Zaharudin:


Al-Fatihah buat Almarhum SULTAN Johor


SULTAN Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di Johor Bahru kerana gering. Baginda berusia 77 tahun dan memerintah Johor hampir tiga dekad.

Berikutan kemangkatan Almarhum, Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan secara rasmi sebagai Sultan Johor dalam satu upacara yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar, jam 10.21 pagi ini.

Abdul Ghani berkata jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, jam 2 petang.

Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata:

  • Orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.
  • Bagi lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
    Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.
    "Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya. 
  • Bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.  
  • Bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya. 

Sumber Berita Harian

Semoga roh almarhum baginda dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...