Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

RM7k sebulan: Panduan dan tips bisnes air balang

http://www.muhasabahtrading.com/PanduanBisnesAirBalang


Rm7000 bersih dalam masa sebulan, hanya dengan menjual 3 balang air pada bulan Ramadan. Pasti ramai yang teruja dan terkejut dengan fakta yang didedah.

Apa yang pasti ini bukanlah omongan kosong, ia adalah berasarkan pengalaman sebenar yang dikongsi dan dikupas dalam ebook panduan Bisnes Air balang ini.

Anatara yang dikongsi adalah:

  1. cara memohon tapak bazar Ramadhan
  2. tips memilih tapak berniaga pasar Ramadan yang laris dan menjadi tumpuan ramai
  3. resepi beberapa jenis air yang sangat laku dan mempunyai permintaan tinggi
  4. peralatan yang perlu dan tidak perlu untuk dibeli


Jadi, jangan cepat melatah mengatakan kita tahu teori untuk memulakan bisnes air balang. Banyak sebenarnya perkara yang perlu diambil kira. Lebih baik kita merujuk kepada ilmu otai yang sudah lama berkecimpung dengan sepak terajang bisnes air balang ini.



Berniaga untuk manfaat bukan untung

Kenapa nabi s.a.w berniaga?
Sunnah? Nak kaya?
Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.
Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.
Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.
Kemudian apa?
Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.
Kemudian lagi apa?
Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.
Kemudian pula apa lagi?
Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.
Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.
Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.
Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk  mendekati kepelbagaian manusia.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.
Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.
Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?
Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.
Berapa usia kita?
Contohi nabi s.a.w di usia kita.
Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.
Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.
Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.
Sunnah itu bukan saja pada jubah, makanan atau pakaian.
Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

Hassan Al Basri: Jangan minta hutang

image credit www.vkeong.com




KISAH 2 BERADIK YG BERBEDA TAFSIRAN.

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.
Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.
💞 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.
Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan hidayah & taufiq....
Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;
"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Tips idea bisnes 'makan dalam'






Tips idea bisnes yang 'sempoi' aku dapat daripada facebook.Tips idea bisnes Coach Bahar. Memang 'direct' dan mudah difahami, tapi makan dalam.

Semoga berjaya

Mula melukis untuk bisnes



Salam buat semua.

Aku akui dikekangi masa santai untuk berblog semnejak dua menjak ini. Lagipun, blog aku ni asyik kena tamparan google penguin, makin lama, makin hilang SERP untuk beberapa keyword popular yang kerap.

Bila aku tengok trafik merudum, + hilangnya taring pada keyword utama, aku makin malas nak update blog. Tapi, aku cuba alihkan fokus pada beberapa projek lain + update blog-blog lain yang ada potensi untuk HPK Google Adsense.

Ok, berbalik pada motif utama aku kali ini, aku hanya nak kongsikan 'artwork' terbaru aku. Kalau berminat nak beli, boleh tengok entri sebenar kat SINI.

wasalam

Bayaran pertama Jobdirumah



Alhadulillah, rezeki.. tu yang mampu aku ucapkan. Bukan niat untuk menunjukkan kehebatan, atau berasa riak. Sekadar berkongsi pengalaman bekerja di rumah, bagaimana wang boleh masuk ke kantung hanya dengan melakukan kerja-kerja part time, secara sambilan.

Semuanya hanya dari rumah , bukan sewenang-wenangnya buat kerja luar di pejabat., (please don't treat your boss' office like your own house).. Keberkatan yang kita cari, keredhaan yang kita tagih, halal dan toyibah wajib dicari. Gunakan masa anda yang dibayar untuk bekerja buat kerja-kerja yang diamanah.

Ok, cukup tazkirah @ bebelan aku. Antara sebab utama aku menulis kali ini, adalah sebagai salah satu cara (method) untuk memperkayakan keyword cari kerja part timekerja di rumah, kerja kosong, dan juga kerja online.


Semua orang dah maklum, zaman sekarang ramai yang memerlukan kerja sambilan, tak kira samada melakukan kerja dari rumah  atau pun melakukan kerja part time pada malam hari, atau hujung minggu. Bagi aku, aku memilih untuk membuat kerja di rumah secara online. Dan makin hari makin selesa dengan membuat kerja sambilan tanpa modal.


Suatu masa dulu, aku kena keluar rumah mencari rezeki di pasar-pasar malam, pasar tani dan ekspo. Kemudian fasa seterusnya aku masuk pula bekerja kolar putih di pejabat. Tapi kerja kuli, biasalah kena maki dan diherdik bos yang suka buat 'semak' kepada anak-anak buahnya. Sudah menjadi adat, kuli tetap kuli, bos is always right. Tapi kalau bos baik hati, buat bodo dengan karenah anak-anak buah, jangan pula kita pijak kepala dia. Beruntung dapat boss yang baik hati!


Kini, aku semakin kuat berangan kerja sendiri semula, buat kerja dan jana pendapatan dari rumah. Seronok dan puas hati dapat tengok anak hampir sepanjang masa (cover line tak sebut isteri). Sapa tahu, kalau ajal tiba-tiba menjelma, sekurang-kurangnya anakku dah puas menatap wajah ayahnya. 


Rezeki kita, Allah dah tentukan, banyak atau sikit, bersyukur dan redha. Kerja makan gaji ke, atau kerja sendiri, pun dah tertulis. Tak perlu merungut apatah lagi mengeluh. Doa dan usaha, Insyaallah ada balasannya.


Wasalam.

Eyriqazz vs Denaihati tergelincir

gambar takde kena mengena langsung dengan cerita...




Salam 1Malaysia, 1Dunia dan 1 Universe


Macam biasa, kalau blogger separuh masa tak update entri, alasan sibuk dan kekangan masa akan diberi. Sama juga macam aku dan itulah benda yang membataskan aktiviti aku untuk update dan mengekalkan kedudukan SERP, entry  Eyriqazz vs Denaihati


Dalam 2-3 hari yang lepas, aku rasa selesa sebab entri  Eyriqazz vs Denaihati  dalam blog ini, berjaya mengekalkan momentum di muka pertama google.com.my. Ada hari yang terkebelakang, masuk muka kedua, dan kadang-kadang dapat menyelit menempatkan diri pada senarai pemenang pertandingan SEO Eyriqazz vs Denaihati muka pertama.


Aku apa lagi, merasa juga jantung berdegup kencang hatta kedudukan yang nampak ensem ni. Dalam pada sibuk-sibuk ayam ni, aku tak update langsung blog, tak juga buat blogwalking, tak menjawab segala komen yang masuk blog ni.


Apa yang aku buat dalam 2-3 hari yang lepas hanyalah monitor beberapa blog yang melonjak naik ke muka pertama, dan cuba korek apa yang mereka ada.. Tak banyak, tapi dapatlah sikit ilmu yang mereka aplikasikan kepada untuk melonjak naik bagi keyword Eyriqazz vs Denaihati.




Tapi hari ni, entri  Eyriqazz vs Denaihati tergelincir ke muka 4 @ empat ... adussshh.. 




Dalam pada sibuk-sibuk ayam nilah juga, aku monitor keyword kerja sambilan di rumah , dan baca preview ebook rempit ebay v2.  Alhamdulillah dah nampak hasil bagi jobdirumah, dan juga kerja part time jahit baju kurung. Cuma rempit ebay v2 je yang belum berjalan, baru merangkak.

Sebenarnya aku dah lama 'give up' dengan bisnes affiliate sebab asyik tak dapat apa-apa je. Tapi sifu aku buka semula 'mindset' aku dan tunjukkan jalan alternatif bagi mempromosi bisnes affiliate. Tak sia-sia aku baca entri mengarut makan cendol dan Ain Maisarah. Sekarang di tambah pula dengan Fatin Yayana, Tasha Manshahar dan Ainan Tasneem. 


Takpe, SEO contest ni, kalau tak menang, aku cukup setuju dengan pendapat sifu aku, aku belajar banyak benda yang kemudiannya boleh aku aplikasi kepada pelbagai perkara di kemudian hari.


Terima kasih cikgu.

Kerja part time di rumah vs Kerja sambilan di rumah



Kerja part time di rumah vs Kerja sambilan di rumah. Apa beza kedua-duanya? Mungkin sekali tengok sama, lepas diamati, lain sedikit. Tapi ni tak lain tak bukan terpengaruh dengan cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.

Ok, tu hanya pembuka bicara, atau 'warm up lap' sebelum aku cerita lebih lanjut tentang entry kali ini.

Semenjak dua menjak, blog ini dihujani dengan keyword-keyword begini;


Aku akui, aku sendiri memang membuat kerja-kerja sambilan dirumah (online) seperti menulis artikel / advertorial (tak pernah dapat daripada Nuffnang), google adsense, bidvertiser, dan pelbagai lagi - [semuanya ini daripada blog]. Sumber-sumber lain kerja part time di rumah pula adalah daripada affiliate, says, churpchurp, dan juga kedai online (hmmm apa lagi ek? kalau aku ingat aku akan tambah).

Dalam senaraian yang buat di atas tu, ada yang bagi sikit ciput, ada yang sedang-sedang dan ada juga yang boleh tahan. Tapi setakat ni aku belum pernah dapat yang betul-betul 'wow!!! kebaboom!' Mungkin akan datang aku akan dapat job di rumah yang betul-betul masyuk satu hari nanti?

Sebelum keyword-keyword ini meletup, blog ini lebih kerap dihujani carian gambar fasha sandha mandi dan juga keyword cara membuat syabu ice. Jadi aku rasa tak lama lagi benda-benda tak berfaedah ni akan lenyap dilupakan. Baik fokus pada benda yang boleh mendatangkan faedah dan RM pada kita, betul tak?

Untuk yang sedang mencari-cari peluang mencari pendapatan sambilan dari rumah, apa kata cuba mendaftar dengan jobdirumah. Tak perlu kelulusan tinggi, apa yang perlu hanyalah:

  • Asas komputer & internet
  • Microsoft Office (Words & Excel)
  • Boleh menulis, membaca & faham Bahasa Inggeris
  • Komputer/Laptop
  • Akses ke talian internet
  • 18 tahun keatas
  • Boleh bekerja tanpa pengawasan

Jadi, apa tunggu lagi. Klik sini untuk dapatkan maklumat selajutnya, atau klik banner di atas. Setiap kejayaan memerlukan usaha, mungkin ini batu loncatan untuk korang pergi lebih jauh? Semoga berjaya!

Wasalam



Akhirnya aku bekerja pejabat semula

Berniaga di Expo Gemas, Negeri Sembilan

Salam semua,

Isnin lepas aku menghadiri temuduga yang diaturjanji oleh pihak jobstreet dengan majikan aku, Idea Workshop Sdn Bhd (IWSB). Alhamdulillah, dengan sekali temuduga sahaja aku diterima bekerja keesokan harinya, Selasa.

Cuak juga IWSB nak ambil aku bekerja, maklumlah 10 tahun aku tidak praktis bidang senibina secara formal. 2001 merupakan tahun terakhir aku bekerja di Syarikat firma akitek sebagai pembantu akitek / designer. Aku berhenti sebab melanjutkan pelajaran di University of Portsmouth, UK.

Sejak detik tu, macam-macam kerja yang aku buat, cleaner student union, warehouse, kilang Estee Lauder, Bodyshop, kilang sayur, surveyor, dan paling cool, aku kerja dalam cold storage yang bersuhu -21 darjah celsius ketika musim panas.

Balik ke Malaysia pada 2005, aku menguruskan ladang kambing Jamnapari, membuka restoran Adam Bistro, cafe dan pasar malam Adam's corner, di Kuala Terengganu.

Penghujung 2007, aku kembali ke kampung halaman, Muar, menubuhkan Muhasabah Trading, menjalanan  perniagaan pakaian muslimah sehinggalah kini. Dalam mengharungi perniagaan online dan offline, ada jatuh bangunnya. Ada derik gembira,  dan ada detik sukar serta suram yang ditempuh.

Walaupun hatiku berat untuk memasuki dunia bekerja makan gaji, aku akur dengan permintaan ibu bapaku dan ahli keluarga terdekat. Bekerja di firma arkitek ini sedikit sebanyak akan membantu aku mengumpul modal semula, menimba pelbagai jenis pengalaman dan sebagai batu loncatan.

Dalam pada yang sama, aku masih meneruskan pernigaan online dengan di uruskan isteriku, sambil aku membuat kerja part time.

Bagaimana dengan korang semua? Ada cerita yang menarik yang nak dikongsi?

Rahsia

Gambar Nelayan mencari rezeki di Jeti pantai Siring, Merlimau

Apa yang rahsia? Rahsia MLM, rahsia kerja sambilan di rumah, rahsia membuat blog, rahsia bekerja di rumah atau anda mencari rahsia bisnes internet?


Kenapa entry ini wujud? Sebab utamanya aku mencari-cari semula rentak berblogging yang hilang tatkala makan terlampau banyak ketupat rendang serta kuih raya. Yang keduanya, aku menyelusuri keywords bertemakan buat duit / blog / bisnes dan di bawah adalah jumlah carian di Malaysia secara purata setiap bulan:

  • rahsia                               74,000
  • MLM                                27,100
  • kerja sambilan di rumah       5,400
  • membuat blog                     1,600
  • part time online                   1,000
  • bekerja dari rumah                880
  • bisnes internet                      720



Apa komen anda?

Bisnis di rumah : RM200 untuk komen terhangat!





Salam lebaran.

Ramai lagi masih dalam 'mood raya'. Berkunjung ke rumah-rumah terbuka, mahupun beraya secara santai ke rumah saudara mara dan teman-teman. Aku juga tak lepaskan peluang beraya bersama Sangilapi, walaupun hanya di kedai nasi ayam Bakar, berdekatan Telekom Muar.

Tak banyak yang kami bualkan disebabkan aku hadir lewat menjelang Asar, berbanding 'appointment' sebelum Zuhur.. hik.. hik.. Brader Joe kata, "berjanggut aku tunggu ko Sam!". Aku punyalah mengantuk nak keluar rumah pada hari Isnin tu. Lantaran penat badan yang belum hilang, lemau berniaga seminggu selepas hari raya.
Tapi temu janji tetap ditunai. Alhamdulillah, sedap sungguh menu nasi ayam berlada kat situ. Paling bermakna kenangan haritu sebab aku dapat angpow istimewa RM200, lantaran berjaya mendapat tempat kedua komen terhangat di Rezeki Murah. Memang termanggu dan terkedu sebab aku tak jangkakan angpow sebegitu daripa incik Joe.

Jutaan terima kasih aku ucapkan, semoga Allah jua yang dapat membalasnya. Aku sekadar seronok melayan dan mengikuti kisah silam beliau yang nyata amat berbeza berbanding pengalaman aku. Memberi komen di blog beliau seakan menjadi kewajipan aku setiap kali singgah sahur di situ.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memberi komen juga salah satu perkara yang memberi bayak keuntungan kepada pemilik url, sama backlink, banner sebagai juara, mahupun hadiah misteri. Mungkin ini juga salah satu cabang peluang bisnes di rumah?

Oh tidak!

Buat kali kedua untuk bulan ini, bandwidth abis lagi. 2 hari sebelum habis bulan Ogos, 10gig 'extra' habis dikerjakan dalam masa 5 hari sahaja. Malas nak tambah, biarlah 31 Ogos ni merdeka tanpa online store. Nanti masuk 1 hb September, baru ON balik...

Oklah, nak bersahur dulu.

Wsalam

Akhirnya mimpi ngeri menjadi nyata

Pagi tadi selepas subuh, aku tengok jumlah bandwitdh yang tinggal- hanya ada 2g sahaja. Alamak, memang nahas aku. Hosting company belum balas lagi emel aku yang dihantar tengah malam. Jadi aku tidur dulu.

Dalam tengahari, aku cuba buka MuhasabahTrading.com, dan macam yang dijangka.. bandwidth sudah habis.... Tak lama lepas tu, aku dapat emel balasan daripada exabytes dengan beberapa sebut harga upgrade. Aku tergamam juga dengan harga upgrade pakej hosting. Jadi aku emel sekali lagi hanya untuk 'add on' bandwidth untuk 10g sahaja.

Dan baru je sebentar tadi aku dapat kepastian bahawa RM40 diperlukan untuk tambahan 10g. Ada juga terfikir untuk membeli hosting baru, lepas eTomyam kata dataKL punya upgrade tak mahal. Tapi lepas tengok pakej hosting, rugi la pula nak beli pakej hosting baru. Baik tambah je setakat untuk bulan Ogos ni.

Dahlah, malas mau pikir. Mau buat benda lain, tak pun merayap jap cari mee maggi + jajan-jajan kat 7 eleven  untuk riadah perut... babai.. :)

Bandwidth dah nak habis.. tapi baru 20hb

Comel tak Lisa Surihani dengan gaya muslimah?

3 hari lepas aku ada hubungi support Exabytes menanyakan tentang tambahan 30g untuk Bandwidth. Ini adalah langkah berjaga-jaga, sebelum butik muslimah aku tu padam sebelum habis bulan. Maklumlah, bulan lepas, online store tu padam 2 hari sebelum tamat bulan Julai. Tapi kali ini, ada baki 3.2g sahaja untuk menempuh 11 hari lagi.

Masak....  Memang kena tambah Bandwidth. Tapi harga invoice yang diberi memang tak pedihkan mata, RM120.00 sahaja, tunaiiiii. Boleh bayar guna paypal. Tapi aku teragak-agak la plak sekarang ni. nak tambah 10g ke, 20g ke atau 30g? Karang tak cukup lagi kalau tambah sikit. Kalau ikutkan hati, nak tambah 10g je, pastu baki paypal nak cashout.

Rugi plak nanti bayar banyak-banyak tapi tak habis guna. Lagi satu, benda ni hanya  untuk waktu puncak menjelangnya raya. Dah habis raya, aku pasti tak banyak dah pageviews untuk butik online tu. Yang rasa kelat plak pasal ramai yang datang window shopping.. tengok-tengok survey harga. Pastu pergi bersama angin monsoon lalu.. Mungkin sebab produk tersenarai tak cukup kaw macam kopi cap kapal layar.

Panjang juga aku membebel awal-awal pagi ni. Ingatkan nak tulis pendek. Tapi aku tak tau nak berkongsi dilema ni dengan sapa. Walau bagaimanapun, aku nak tunggu sehari dua. Tengok keadaan macamana. Mungkin lepas aku upload koleksi baju kurung moden, keadaan akan berubah?

Wish me luck!

Mee Siput si mee sedap

Semalam, masa aku masuk blog Bluedianthus, aku perasan ada satu banner, rupanya macam kat bawah ni:



Aku klik dan aku tengok, wah! Kagum 5 minit... Sebab utama, mee siput* memang la makanan asasi masa kat sekolah agama kecik-kecik dulu. Yang kedua, sebab tokey mee siput ni telah keluar dari kepompong penjual mee siput yang lain. Apa tu, dah masuk online. Boleh order sahaja walaupun berada di hujung Malaysia.

Untuk warga Muar, mi siput memang menjadi kegemaran dan santapan yang 'best'. Untuk warga-warga daerah lain di negeri Johor, aku kurang pasti berapa kencangnya penangan mee sipot ni. Seingat aku masa bersekolah di Kluang dulu, memang ada.

Apa-apa pun, tahniah kepada SMART RAUDAH ENTERPRISE yang beroperasi di Sungai Abong, Muar kerana berjaya membuka lembaran baru dalam perniagaan online. Mee siput mereka sudah siap bergoreng dan mempunyai sambal tumisnya sekali. Aku memang pasti makanan istimewa ini sukar untuk mendapatkannya di pasaran luar Johor.

Jadi bagi sesipa yang gian makan mee siput, boleh 'order' saja. Diaorang boleh pos, dan biasanya esok sampai. Yang tak pernah makan mee siput, ada bran mau coba? Memang mee sedap!



* mee siput merupakan mee yang dikeringkan dan berbentuk lingkaran (elipse). Kebiasaannya, ia digoreng dan dimakan bersama-sama pencicah sambal tumis. Mee siput juga boleh dibuat bubur (pengat).

Kalaulah dari dulu aku tahu...

Kelmarin aku dapat satu email dari pengiklanan di Rahsia Ebiz Fahmy Code 7. Aku pun tak bertangguh terus sahaj buka emel tersebut dan membaca isi kandungannya. Memang kebelakangan ni, aku semkin tertarik dengan newsletter beliau.

Dengan sekali baca, aku terus faham dan klik 'link' yang diberi. Selama ini aku banyak menerima emel spam 'duit masuk mencurah-curah' dan sebagainya. Tapi oleh kerana emel spam yang tak beretika, aku buat 'tak amik port'. Malas nak baca. Kali ini, emel yang aku dapat tu memang sangat menarik dan membuatkan aku mengkajinya dengan lebih lanjut.

Aku memang suka mengambil risiko dalam banyak juga pelaburan serta percaturan. Walau bagimanapun, apa yang aku nampak kali ini sangat berfaedah dan juga menguntungkan.

 Kenapa?

  • Mengeluarkan modal RM 50 hanya sekali.
  • Dapat mempromosikan sistem affiliate ini dengan keuntungan 100% selepas kita berdaftar sebagai ahli VIP (mirip kepada MMR).
  • Dapat banyak produk ebook (lebih kurang 100+ ebook), samada dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris.
  • Ebook-ebook tersebut pula boleh dijual semula (master resell) - samada secara satu persatu, atau terus mempromosikan link referral anda.

Pada aku, pelaburan sebanyak RM50 ini memang berbaloi-baloi! Kalau tak cepat masuk 'mencurah-curah' pun, setidaknya akan masuk juga secara perlahan-lahan. Yang tak akan rasa rugi sebab kita dah dibekalkan dengan 100+ ebook yang bermanfaat.

RM50 tu memang tak banyak kalau nak dibandingkan 6 kotak rokok dalam masa 6 hari, yang dibakar untuk mengasapkan paru-paru.. Kalau dilaburkan pada program ni, sekali dapat refferal, dah balik modal.

Mana ada perniagaan yang tak berisiko.  

"Kalau takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai".

Kalaulah dari dulu lagi aku dah tahu....


Aku terjumpa lubuk

Semalaman aku berlegar-legar di dalam dunia siber, melakukan beberapa perkara. Hampir keseluruhan kerja-kerja berkisar kepada update blog dan juga membuat 'paid post'. Dalam menyiapkan perkara-perkara berbangkit tu.. aku dapat satu email.. jeng. jeng.. jeng...


Ada beberapa perkara aku perlu lakukan rentetan emel tersebut. Yang pastinya memang lubuk duit, cuma kena pandai memanupulasikan situasi dan keadaan. Berapa banyak usaha kena buat, atau berapa banyak promosi aku kena buat... kena lihat hasilnya. Nanti aku sambung balik (mungkin esok)..


Tungggguuuuu..

Rezeki bekerja di rumah


Salam semua,

Waktu aku menulis ini, aku sedang menyiapkan satu entry untuk niche blog. Letih juga nak mengarang, kena buat 300 patah perkataan. Dapatlah usd 8+. Tak banyak, kalau lepas ditukar kepada matawang Malaysia, adalah dalam lebih kurang RM25.00. Tapi yang ni tak susah mana, sebab arahannya adalah untuk 'blog entry', bukannya 'review'. Jadi aku terbitkan entri ni sekadar berkongsi apa yang aku rasa, apa yang aku nak kongsi. 'Take a break' kata KitKat.

Semalam, aku dah buat 2 entry untuk review.. jenuh nak menyiapkan, sebab benda yang ditulis bukannya skop bidang yang aku belajar kat sekolah, hatta di universiti. Nak tak nak, kena membaca dulu website yang perlukan review tersebut.  Rasa macam masuk ke dunia persekolah balik la plak.

Alhamdulillah, keputusan aku untuk bekerja di rumah dan berhenti berjaja di pasar malam / pasar tani, aku rasa tepat pada masanya. Al maklumlah menjaja pasar malam sekarang ni sangatlah menduga iman. Mana taknya, petang kerap hujan. Kalau merungut, nampak sangat tak kuat iman.

Jadi aku sekarang dapat fokus betul-betul dengan butik online, yang ada nampak peningkatan jualan, hasil 'full time marketing' yang disertai 'all out' membaiki mana-mana kekurangan serta kelemahan. Kalau dulu aku memasarkan semuanya samada melalui ebay atau lelong, tapi sekarang guna website sendiri dan blog, lagi puas hati. Cuma promosi memang kena kuat untuk dapatkan trafik. Sebab 'convertion rate' perlu diambil kira, samada 1 : 100, 1: 500, atau 1: 1000 bertukar menjadi buyer. Ebay aku buat suka-suki je dalam dropshipping buat masa ni.

Antara kelemahan ketara butik muslimah aku tu adalah dari segi kaedah pembayaran yang masih kebanyakannya kurang jelas. Lagi satu perkara ialah senaraian harga yang berdasarkan USD, di mana kebanyakannya menyangka harga produk terlalu murah (RM).

Walhal, sudah terang lagi bersuluh, akan harga yang tertera simbol $.. uishh..letih juga menjawab , memberikan 'instruction' kepada 'potential buyer'. Nasib baik aku dah mula menumpukan kerja dari rumah  sahaja, maka banyak kali asyik menjawab soalan 'bakal pelanggan' samada melalui emel atau sms.

Berbalik pada tajuk, aku kadang-kadang berperang dengan diri bila kurang jualan butik online, atau tiada langsung dalam satu hari. Adakah aku tidak berusaha (maksudnya pergi masuk pasar malam). Sebenarnya keputusan aku berhenti pasar malam tu selepas aku ambil kira beberapa faktor. Aku akui aku tidak sesuai untuk menjaja begitu. Bukan sebab aku berstatus graduan universiti, tapi aku kenal pasti kelemahan aku sebagai penjaja - aku tak perlu tulis kat sini, sebab rahsia sulit woo.. untuk post-mortem je.

Sebenarnya aku sekarang cuba sebaik mungkin fokus dengan 2 kerja sahaja buat masa ini. Jualan produk fizikal, dan juga niche blogging. Terima kasih pada 2 sifu aku, Rohaizad dan Catzer yang memberikan panduan serta teguran membina dalam mengharungi bidang yang masih baru di Malaysia ini. Semoga Allah dapat memberi ganjaran kepada ilmu yang dicurah itu. Terima kasih juga buat Megat dan Bro Azam dalam membantu aku mempromosikan Muhasabah Trading.

Aku sudah berusaha dengan cara aku. Cuma kena banyakkan bertafakur, menghitung salah dan kurang kita samada kepada sesama manusia, dan juga kepada Allah. Aku cuba sebaik mungkin
untuk berpegang pada janji. Ya Allah permudahkan jalan hambaMu ini, berilah keredhaan dan tetapkanku dalam iman.

Amin.

Tips ; 10 Barangan paling ' tip top' untuk jualan Bazaar Ramadhan




Salam,

Hari ini adalah tanggal 7 Syaaban 1430, bermakna tinggal kira-kira 23 hari sebelum menjelangnya Ramadhan. bagi yang belum ganti puasa sebab 'terbatal', terminum, termakan, 'ter' melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, atau pun uzur syarie.. Harap-harap diizinkan Allah supaya dapat menggantikan puasa (qada) yang tertinggal itu. kalau dah sampai Ramadhan, tapi belum ganti, kena ganti juga tahun depan + bayar denda.



Bulan Ramadan selain bulan bagi kita melakukan lebih ibadah dan amal jariah, ia juga adalah bulan bagi kebanyakkan orang membuat duit, tak kira secara sepenuh masa (30 hari), mahupun secara sambilan. Ada yang ambil cuti sebulan, semata-mata untuk berniaga di bazar Ramadhan atau Expo Ramadhan. Secara sambilan pula, kebanyakkannya menjual tudung, baju raya, jubah, aksesori (gelang, rantai kristal, brooch dan yang penting kuih raya serta kek). Secara sambilan biasanya dilakukan oleh pekerja pejabat dan juga surirumah.



Mungkin anda ada cita-cita atau niat untuk berniaga tapi belum ada idea atau kata putus produk serta barangan yang ingin dijual, tak kira samada secara sepenuh masa atau 'part time'. Di sini saya senaraikan 10 barangan 'Apa barangan yang laku untuk dijual di bazaar Ramadhan?":
===============================

> Baca juga 4 Tips idea bisnes bulan Ramadan
===================================

  • 1. Air minuman i. air balang (yang berwarna warni), ii. air tebu, iii. air soya, iv. air jus buah-buahan
  • 2. Kuih muih - karipap, tepung pelita, kole kacang, jagung custard, wadeh, dll
  • 3. Aneka lauk-pauk
  • 4. Ayam percik, ayam panggang, ayam goreng, sate ayam (dan lembu)
  • 5. Pelabagai jenis 'nasi' - Nasi ayam, nasi kerabu, nasi tomato, nasi ambang, nasi lemak dll
  • 6. Murtabak
  • 7. Mee / mihun kawah
  • 8. Laksa Penang / Johor, rojak,
  • 9. Roti John, burger, roti khurasan
  • 10. Pelbagai jenis masakan Sup- Soto, mee / bihun sup, dll.


Tu jelah buat setakat ni, nanti ada lagi senarai untuk barangan paling laris dengan permintaan tinggi untuk jualan secara sambilan serta expo Ramadhan.. Insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...