Showing posts with label beli. Show all posts
Showing posts with label beli. Show all posts

Nak bagi apa untuk barang hantaran kahwin


Salam buat semua,

Bulan depan dah masuk Oktober, maknanya kita berada di penghujung tahun 2012. Apa yang menariknya tentang hujung tahun adalah cuti sekolah, waktu bergumbira dan merdeka buat cikgu-cikgu dan budak-budak sekolah.

Tapi tak semuanya gembira, bagi sesetengah budak lelaki, inilah musim mereka memasuki dunia 'dewasa'. Berkhatan, kitan atau sunat membawa mimpi ngeri bagi kebanyakan kanak-kanak lelaki.. Hehehehe.. tapi ditabahkan jua kerana nak jadi dewasa dah boleh ada awek.

Bagi sesetengah pasangan yang hangat berchenta, inilah masa mengakhiri zaman bujang, mejejaki jinjang pelamin. Dua hati menjadi satu, tanda ikatan kekal abadi.... haaaa....... inilah yang aku nak cerita sebenarnya.

Bulan lepas, rakan sepejabat aku ada bercerita tentang barang-barang hantaran kahwin untuk majlisnya yang akan berlangsung pada bulan 10 ni. Banyak juga senarai hantaran kahwin pihak lelaki, berjumlah 9 dulang berbalas 11 buah dulang daripada pihak perempuan.

Jenuh juga dia mencari-cari idea dan contoh hantaran kahwin dalam internet. Dalam banyak-banyak tu, aku amat tertarik dengan Quran Digital yang beliau bagi kepada bakal isteri. Kalau zaman aku dulu, Quran digital belum wujud lagi rasanya. Rasanya trend hantaran perkahwin 2012 ni dimeriahkan dengan smartphone dan juga Quraran Digital, yang lari daripada kebiasaan.

Untuk duit hantaran kahwin pula, semalam aku sudah temankan dia ke Bank Islam untuk membuat cek. Alasan aku diterimanya bulat-bulat disebabkan wang tunai yang digubah atau disusun dalam album mempunyai risiko yang tinggi untuk dirompak. Maklumlah RM10,000 bukan jumlah yang sedikit. Bertahun juga nak kumpul wang tunai sebanyak tu, tak termasuk duit nak buat modal beli barang hantaran tunang dan hantaran kahwin.

Cuma yang aku kesali untuk kes kahwin kawan aku ni, dan juga majlis perkahwinan majoriti masyarakat Melayu adalah tentang kos keseluruhan untuk berkahwin. Memang dalam tangan kena ada tak kurang RM20 ribu untuk kedua-dua pihak. Kesian aku tengok pasangan mempelai yang dibebani hutang bank (bertahun-tahun) selepas selesai majlis kahwin (yang hanya berlangsung dalam masa seminggu, termasuk rewang, angkat balai (kanopi), dan juag majlis bersanding).

Bukannya tak boleh buat besar-besar, tapi kalau memang keluarga betul-betul mampu, takpe. Lagi satu bonus kalu pengantin lelaki sudah mempunyai rumah sendiri yang dibeli. Kan bagus kalau duit RM20,000 tu separuhnya dibuat wang bayaran muka beli rumah. Lepas kahwin dah boleh duduk rumah sendiri, takdelah nak menumpang rumah mertua.

Aku tahu, apa yang aku utarakan ni mesti ramai yang membangkang. Tapi itulah realiti, biar papa asal bergaya. Aku pun dah hilang mood menulis. Lain kali aku sambung.

wasalam


Abang Ensem di Mata Aku



Abang Ensem? Wah, berani mamat ni 'declare' diri dia handsome! Itu adalah telahan pertama atau 'first impression' aku bila mula-mula sedar akan kewujudan blog abangensem.com.

Tapi sehingga kini aku masih belum mengetahui sebab sebenar makna disebalik "abang ensem' tu. Adakah sebab beliau lelaki kacak? Atau memang betul-betul hensem (handsome) ? Entahlah, nanti kalau aku jumpa dia, aku akan tanya. Takpun Abang Ensem sendiri boleh bagi jawapan sebenar.

Aku akui, aku lambat menghidu populariti  AbangEnsem yang mula meningkat naik, sebabnya? Aku kurang berblogging (dan blogwalking) dalam masa setahun dua yang lepas. Tapi, semakin aku mula mengaktifkan diri semula dalam dunia blogging, nama beliau makin kerap aku dengar. Aku pun semakin tertarik nak usya blog brader ni. (Aku admire web bicarahartanah.com milik abangensem ni).

Aku memang amat berminat dalam dunia duit dan buat duit melalui hartanah. Kena pula, aku ada terbaca yang abang ensem dah pun berjaya membeli 13 14 rumah @ properties, lagilah terbeliak biji mata tengok statement tu. Kena pula muda-muda dah dapat kecap semua tu, yang sangat jauh untuk kebanyakan orang kita gapai.

Aku ambil pendekatan mudah yang aku pegang daripada salah seorang sifu aku, "kalau kita nak berjaya, kita kena ikut jejak langkah mereka yang telah berjaya." Jadi, bila aku nak ikut, aku kenalah sedia buka minda dan dada aku untuk terima dan 'absorb' apa yang boleh daripada abangensem... sedut aura dia. Tak bolehlah ego rasa diri lebih baik daripada dia.

Aku memang teringin nak menuntut ilmu dengan abangensem kalau ada kesempatan dan rezeki. Insyaallah kalau diberi keizinanNya. Banyak benda yang aku nak tahu, selam dan dalami.

Aku pun dah mengantuk, idea pun dah mula rasa kurang. Jadi aku akhiri juga entry ini. Kalau korang rasa ini entri membodek sebab contest Abang Ensem di mata aku, itu hak korang , (ini memang bodek pun). Aku cuma nak berguru dan nak tuntut ilmu yang dia ada. Aku bagi tahu apa yang aku rasa.

Percayalah apa yang aku tulis kat atas ni.!!

:)

Lepas baca tolonglah like entry ni di FB abangensem.com, aku nak menang   ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...