Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Showing posts with label moto3. Show all posts
Showing posts with label moto3. Show all posts
Zulfahmi KHAIRUDDIN bukan jaguh kampung
Bangga sekejap.... Zulfahmi KHAIRUDIN berjaya membuktikan yang beliau bukan jaguh kampung.
Kemenangan tempohari di Litar Sepang, terus diberi kesinabungan, apabila beliau muncul tempat ketiga, ketiga kejohanan motoGP untuk kategori moto3 menutup tirai musim 2012 di Valencia, Sepanyol.
Zulfahmi berjaya menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 45'06.005 , hanya ketinggalan (0.114 saat di belakang pemenang pertama). Bermula dipetak 17, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di atas trek basah litar Valencia.
Saksikan detik-detik kemenangan beliau.
Yang ni pula, lagi ramai 'respect', Zulfahmi mengelak simbahan champange ketika menaiki podium.
Video Podium pertama ZULFAHMI KHAIRUDDIN moto3
Tahniah buat Muhammad Zulfahmi Khairudin yang berjaya mendapat podium pertama dalam kariernya tempat kedua) di Sepang untuk kategori moto3 (MALAYSIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX 2012).
Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan rakyat Malaysia yang teruja denga perkembangan Zulfahmi Khairudin mengharungi persaingan moto3. Dulu aku memang selalu ke litar Sepang ketika berlangsungnya motoGP. Tapi semenjak dua menjak ni, aku terkekang dengan beberapa perkara, menidakkan hasrat aku untu ke sana.
Sejak semalam, bila keluarnya keputusan ujian masa dengan masa terpantas, aku dah yakin beliau akan mampu untuk naik ke podium. Hari ini, keputusan yang keluar memang tidak meleset berdasarkan jangkaan, keyakinan dan doa rakyat Malaysia. Persaingan pada last lap, memang mendebarkan. Beliau hampir untuk menempah tempat pertama cuma mungkin kalah tipis pada saat akhir dengan perbezaan pengalaman. Apa-apa pun, tahniah Zulfahmi untuk tempat kedua.
Tahniah juga buat peserta wildcard moto2, Hafizh Syahrin. Bermula di petak 27, mendahului perlumbaan untuk beberapa lap dan menamatkan persaingan di tempat ke-4. Hampir-hampir mendapat podium.
Untuk menutup bicara, saksikan video youtube pusingan terakhir, 'final lap', bagaimana Zulfahmi tewas tipis untuk menduduki 2nd place.
Sekalung tahniah daripada kami rakyat Malaysia. Gambar kredit FB fan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

