Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

WARKAH GURU BESAR ....

*WARKAH GURU BESAR KEPADA IBU BAPA*

Ibu bapa yang dikasihi sekalian,

Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik.

Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tak perlu memahami matematik.

Ada juga yang berjiwa usahawan, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.

Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.

Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.

Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, - tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah diri mereka.

Katakan pada mereka, tak mengapa, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup

Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, anda tetap sayangkan mereka, dan tidak menilai mereka.

Sila berbuat begini dan setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia. Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.

Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.

Yang benar,
Guru Besar

Indahnya nukilan guru besar dr MRSM JOHOR
Utk para ibubapa.... sgt bermakna buat kami semua ibubapa yg sentiasa mengharapkan kejayaan yg cermerlang pd ank2.... moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan ank2 kita utk mengadapi peperiksaan.....aamiin YRA.

Khas untuk ibu bapa yang ada anak lelaki

Satu entry yg cukup memberi kesan dan cukup mendalam untuk dihadam dan diamal oleh ibu bapa.

*Tahniah Pn Khadijah ACC Bangi atas posting yg telah mencapai 35000 share*

Ada anak lelaki kena baca sampai habis.

ANAK LELAKI.

Anak lelaki banyak energy.
Anak lelaki suka berlari.
Anak lelaki suka  bergusti.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur berquality.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memory.
Semua ni ada scientific study.

Anak lelaki perlu terapi alami.
Ada penyembuhan pada alam semulajadi.
Biar main parit. Panjat pokok sana sini.
Ini untuk tabung emosi.
Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas dikaki.
Badan dapat create sistem immunity.
Dapat neutralize cas negative.
Kita nak restore humanity.

Jangan asyik pegang controller Dan main psp.
Terpekap dalam rumah, dinding kanan kiri.
Dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.

Beri anak lelaki haiwan peliharaan.
Tak kisahlah walaupun ikan guppy.
Supaya belajar rasa empathy.
Moga besar jadi suami mithali.
Tak da la ego meninggi. (Kannnn)

Anak lelaki perlu ayah disisi.
Untuk jadi idola diri.
Spend lah time ke masjid. Suggestion saja ni.
Kalau buat Allah sukai.
Anak lelaki perlu ibu, sentiasa dengar Dan mengasihi.
Memang macam-macam perangai dia buat, kadang-kadang sakit hati.
Jiwa kena kental, sabar tidak bertepi.
Cakap sekali belum tentu bergerak.
Kenalah ingatkan beberapa kali.
Bukan semberono ya.
Ada cara dan seni.
Otaknya tak boleh proses banyak benda, satu arahan satu situasi.

Rasa-Rasa nak mengamuk, cakap pada diri,
Ini amanah Illahi
Tugas kita bukan menghakimi
Tapi mendidik
Beri kasih sayang, tanpa belah bahagi.

Ini soalan yang last sekali
Dah peluk anak lelaki pagi tadi?
Sekejap saja mereka membesar
Peluklah selagi berdenyut nadi.

Credit image http://www.extracrispy.co.uk

Tips panduan mendidik dan hukum anak


Salam semua,

Entri ini aku 'cilok' daripada wall post facebook, tapi aku pernah membaca sebelumnya. Cuma tak ingat sumber sebenar. Entri Tips panduan mendidik dan hukum anak ini juga ada sedikit persamaan dan kesinabungan Apa punca anak derhaka dan juga Cara baru rangsang anak belajar.

Semoga perkongsian ini dapat kita aplikasikan kepada anak-anak kita. Semoga ini juga dapat memperbaiki cara kita mendidik, menghukum (denda) dan mempertingkatakn kualiti serta memperbaiki sahsiah anak-anak kita.

Kalau ada percanggahan entri ini, atau ada sebarang kesalahan, harap dapat berikan komen di ruangan komen bawah ni.


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
....aku tambah.. jangan lupa peluk mak dia sekali ye

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya). . Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

8). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

9). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

10). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

11). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

12). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

13). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

14). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

15). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

16). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

17). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

18). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

19). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

20). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

21). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. “Anak- Anak ibarat kain putih.

Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Anak Soleh.. are you in?


Salam semua,

Sempena hari Jumaat yang menjadipenghulu segala hari ini, marilah sama-sama kita merenung sekejap dan bertazkirah. Luangkan 10 minit ke arah kebaikan itu 1000 kali lebih baik daripada membuang masa ke arah perkara yang lagha.

Anak seperti mana yang semua maklum adalah permata hati, penyeri hidup, buah hati intan payung. Tapi adakah kita benar-benar menjalankan tanggungjawab dan amanah dalam mendidik serta memberikan bimbingan kepada 'kain putih' itu?

Sekarang kita dengar dan saksikan sendiri di dada-dada akhbar serta di peti tv, pelbagai gejala sosial, keruntuhan moral serta akhlak di kalangan remaja. Anak siapa tu? Adakan anak-anak kita? Atau anak jiran kita? Nauzubillah.. minta dijauhkan anak-anak serta keturunan kita daripada gerbang neraka tersebut.

Anak-anak perempuan yang belum berumahtangga, menjadi tanggungjawab kedua orang tuanya, manakala anak lelaki akan ditanggung sedikit sahamnya sampailah ke akhir hayat. Memang besar tanggungjawab ibu bapa. Bukan setakat habiskan sekolah, sampai masuk U. Segala perbuatan dan amalan mereka masih lagi kita pegang, walaupun dari segi materialistik, mereka sudah pandai berdikari.

Jadi, untuk mengelakkan nasi menjadi bubur, buatlah pantauan serta bimbingan sejak dari akar umbi, daripada asas. Kuatkan tapak rumah, kalau tidak mahu rumah roboh. Tiangnya kena kukuh. Begitu juga anak-anak, terapkan nilai serta didiklah sementara rebung belum menjadi buluh (keras, buat meriam bolehlah).


klik banner

Untuk penutup sedikit perkongsian ilmu ini, saya menyarankan buku tulisan Ahmad Fairoz @ Nuaeman yang telah pun melancarkan buku panduan Formula Anak Mendengar Kata. Tak rugi melaburkan sedikit RM kita untuk secebis ilmu, berbanding spoiler kereta, atau koleksi tudung terkini yang jauh lagi mahal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...