Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

150 JUTA Ainan Tasneem Official MTV HD


Jom layan karat, 150 juta, dendangan Ainan Tasneem. Lagu dan lirik oleh Fynn Jamal.



Gempak : Lebih 1 billion



Salam buat semua,

Pertama sekali, aku nak minta maaf kalau aku tak sempat balas blogwalking korang semua. Memang aku terikat dengan komitmen kerja. Maklumlah, kerja makan gaji firma arkitek swasta. Sangat banayk tugasan kena buat. Kalau ada yang tak betul, kena herdik, kena maki, kena marah, memang stress dan kadang-kadang jadi depress. Lainlah kalau dah kerja sendiri dari rumah, memang aku bantai blogwalking 'kaw-kaw'.

Ok, cukup.. cukup..  Back to business.

Sebelum ni aku kongsikan artikel tentang PSY Gangnam Style, kali ni pula aku nak kongsikan video rasmi Youtube untuk 'summary' 2012. Paling menarik pastinya sebab tumpuan seluruh dunia untuk PSY dan Gangnam style, yang menjadi raja youtube dengan rekod melebihi 1 billion views kurang setengah tahun. (Tolong betulkan aku dengan fakta yang lebih tepat).

Dalam video Youtube rewind style 2012 tu terselit ramai pelakon-pelakon 'bintang youtube'. Ramai juga yang aku tak kenal (tapi antara yang aku paling suka, ialah channel FreddieW).

Ada juga kawan aku bagitau, antara faktor PSY meletup, sebab dia ambil Hyuna dan MC Hammer sebagai batu loncatan. Tapi yang paling penting, walau apa alasan sekali pun, dia memang terer. Macam-macam syarikat nak ambil dia sebagai duta / bayar royalti (copyright, etc).


Yang pasti Google berjaya berjaya menjenamakan Youtube sebagai lubuk untuk mengetengahkan bakat terpendam, dan mungkin membuatkan seseorang itu kaya atau terkenal.

Nampak gaya kena start cipta tarian unik...


Zulfahmi KHAIRUDDIN bukan jaguh kampung



Bangga sekejap.... Zulfahmi KHAIRUDIN berjaya membuktikan yang beliau bukan jaguh kampung.

Kemenangan tempohari di Litar Sepang, terus diberi kesinabungan, apabila beliau muncul tempat ketiga, ketiga kejohanan motoGP untuk kategori moto3 menutup tirai musim 2012 di Valencia, Sepanyol.

Zulfahmi berjaya menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 45'06.005 , hanya ketinggalan  (0.114 saat di belakang pemenang pertama). Bermula dipetak 17, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di atas trek basah litar Valencia.


Saksikan detik-detik kemenangan beliau.




Yang ni pula, lagi ramai 'respect', Zulfahmi mengelak simbahan champange ketika menaiki podium.

 

Iklan Deepavali Petronas diganti baru

Sebelum ni, aku menulis entry Iklan 2012 Petronas Deepavali dikutuk, macam biasa, disebabkan carian kata kunci sesat.

Memang aku pun kurang percaya Petronas yang sinonim dengan video-video komersil tahap 'leleh'  syahdu, boleh keluarkan video 'Do the Dappan'. Apa lagi, ramai rakyat Malaysia melenting dan keluarlah pelbagai jenis komen, kebanyakkannya memang kesat dan menyesatkan..

Perihatin dan sensitif dengan isu hangat tersebut, Petronas telah menarik balik video klip tersebut dari pasaran. Hasilnya pelbagai video iklan Deepavali Petronas digantikan seperti di bawah ni.. Korang layanlah..


Petronas Deepavali 2012 video iklan Sharifah Amani (watak Oked cerita Sepet)



Petronas Deepavali 2012 video : Victor


PETRONAS Deepavali 2012 video iklan (Erman @ Redza Minhat exposes his Deepavali love story)

PETRONAS Deepavali 2012 Greetings: Boyz in the Hood (Diggy and Sam)


PETRONAS Deepavali 2012 Greetings: Seong (The TRUE spirit of Deepavali)




GEMPAK Suasana Hari Raya Gangnam Style









Salam buat semua,

Hari ini masih lagi dalam mood raya. Tapi aku tak berasa nak beraya. Nak buat camne, sejak semalam aku kena demam, + Ahmad IQbal pun sama demam (aku berjangkit daripada dia rasanya).

Aku balik rumah sekejap, ambil salbutamol inhaler dan nak guna internet, anak beranak kena tinggal kejap di Merlimau. Memang malam tadi aku sesak nafas, sebab demam, paru-paru pun macam biasa terdedah pada serangan kuman dan aku  mula rasa asthma. Rasanya dah setahun aku tak kena asma.

Surf internet, tetiba aku nampak ada ramai orang mula share video youtube suasana hari raya + gangnam style yang dah mula jadi viral. Nampaknya video ni dah makin diminati, tapi tak cukup banayk view untuk 'challenge' video Nur Feetri, MC 5 hari tu.. :D

Musafir di Aidilfitri cover version Metallica



Assalamualaikum wbt

 Tinggal lagi berapa hari lagi nak raya, bermakna kita akan meninggalkan Ramadan yang mulia ini. Tak tahu lagi samada tahun depan kita akan jumpa lagi Ramadan.

Bagi yang belum bayar zakat fitrah tu, cepat-cepatlah pergi cari para amil yang 'port' kat shopping complex seluruh negara. Jangan bagi alasan tak sempat, ambil masa 5 minit je daripada masa pergi ber'shopping' sakan tu.

Kesempatan ni, aku menghulur 10 jari tangan dan sepuluh jari kaki minta ampun dan maaf zahir batin, jika ada kata dan tulisan yang menyinggung sesetengah pihak.

Akhir sekali, akorang layanlah lagu Musafir di Aidilfitri (OA S. Jibeng), yang di'miming'kan semula oleh Metallica.

2012 Drag battle crash @ Putrajaya Himpunan Jutaan Belia


" 2012 Drag battle crash @ Putrajaya " itu adalah tajuk asal video ini yang aku cilok daripada youtube. Tarikh upload pada 26 Mei 2012 (Ahad).

Tunggu sehingga minit ke 5:32, bila kereta terbabit mula merempuh penonton, mengakibatkan kemalangan yang tak sanggup nak dilihat.




PUTRAJAYA - Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.
 

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.
 
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Petikan Sinarharian


Saksikan pula gambar-gambar foto di tempat kejadian, diambil daripada MelayuKini.net :








Bukan Kerana Nama






Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


Senilagu & senikata : Mohd Bakri Johari
Penyanyi : Ramli Sarip
Hakcipta : Dunia Muzik WEA Sdn Bhd

Adnan Sempit 2 vs Bunohan

Setiap orang ada selera dan citarasa masing-masing. Setiap orang juga ada pendapat, buah fikiran dan kritikan tentang hasil seni sesebuah filem itu.

Aku ambil petikan komen seorang penonton daripada youtube:



Bunohan mendapat kutipan 300-400k, manakala Adnan Sempit 2 dapat 6 juta.Nampak jelas rakyat malaysia suka cerita yang ringan-ringan dan boleh sy katakan lawak bodoh.Cerita adnan sempit diberi 9/10,dan bunohan 6.3/10...teruk citarasa dan pemikiran org kita...

Tapi yang pasti, Shaheizy Sam seorang lelaki kacak, Zahiril Adzim juga pelakon lelaki yang kacak. Kedua-duanya ada peminat tersendiri.

Pada aku, cerita Adnan Sempit 2 kurang kick berbanding yang pertama. Cerita Bunohan ni, aku tak boleh cakap apa-apa pasal belum tengok lagi.

Apa-apa pun, jom, layan trailer filem Bunohan dan cerita Adnan Sempit 2:








Apa komen korang?

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)



Terukir Di Bintang is the new single from Yuna (Yunalis Zaraai) and also the name of her second album, released in January 2012.

Aku sekarang dah terkena sindrom Yuna - Terukir bintang. Sebelum ni aku bukan peminat Yuna, setakat mendengar sahaja lagu-lagu dendangannya.

Tapi ini lagu sudah bikin gua punya hati banyak syiokkkk! So, kita kasi layan je..



p/s - masih tertunggu-tunggu keputusan pertandingan pengalaman kena denda di sekolah

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif


 Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif


 Salam buat semua, Aku semenjak sehari dua ni terkena penyakit cinta facebook (Cinta Muka Buku) nyanyian Najwa Latif.. terngiang-ngiang dalam kepala aku ni, sampaikan aku mainkan video youtube najwa Latiff ni berulang-ulang kali juga lah dalam masa seharian di pejabat.

 Apa-apa pun, memang layan lagu Cinta Muka Buku, tapi kat bahagian komen video youtube tu, berlambak komen yang membina dan yang mengutuk tahap yahudi. Jadi, aku malas nak cakap banyak, kejap lagi nak balik umah. Dah pukul 4.41 am.

 babai
 wasalam sedikit info Najwa Latif yang aku cilok dari profile blogger dia:


 i'm najwalatif .16 y/o .i do play three intruments ; guitar,piano and drum . but obviously i do love guitar more than anything else.and this is my youtube website http://www.youtube.com/user/najwa595 .do subscribe,comment and rates . much love

blog Najwa Latif : http://www.najwalatifs.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...