Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Catatan buat Adam Harith
Adam Harith,
3 Ogos 2002, jam 3.00 pagi +0 GMT, kau menatap dunia buat pertama kalinya. Aku berbangga denganmu, penyambung warisan, pewaris 'tahta'.
Adam Harith,
Tiada kata seindah rupa, tiada bicara mengungkai rasa. Hadirmu membawa seribu erti. Kau datang membawa semangat, kau di sisi memberi inspirasi.
Adam Harith,
Kutahu, diriku hanyalah insan biasa. Salah dan silapku tetap ada. Aku bukan sesempurna manusia untuk bergelar bapa mithali, tapi ku cuba jadikan kau anak yang soleh.
Adam Harith,
Hari ini genap 7 tahun kau bernafas di atas muka bumi Allah. Maafkan aku kerana tak dapat menyambutnya bersama-sama. Bukan hari ini, tapi mungkin lain kali.
Adam Harith,
Pecayalah pada takdir, redhalah dengan qada' dan qadar. Segala kejadian, datangnya daripada Allah, semuanya ada hikmah. Semoga kau dapat harungi hari yang mendatang sebagai mukmin yang sejati, manusia beriman dan anak yang soleh. Insyaallah.
Adam Harith,
Sempena hari ini, ingin ku ucapkan, " Selamat Hari Jadi"....