REVIEW : Majalah IM vol. 12 - Buat duit dengan pemasaran affiliate

klik gambar untuk download.. FREE wei!!


Bukan memuji, bukan mengipas. MANTAP dan penuh dengan informasi. Itulah ungkapan jujur saya tentang Majalah IM ynag memasuki edisi ke #12 ini. Saya amat bercita-cita besar untuk menjadi pro affiliate dan apa yang didedahkan sememangnya amat-amat bermakna.

Dimulakan dengan penerangan tentang affiliate, sejarah dan 10 tips. Tidak lupa juga edisi ini menyelitkan ruangan motivasi serta ruangan khas Inspirasi IM, sempena pemergian Allahyarham Badruazmi dan jasa beliau terhadap pemasaran internet OKU. Seterusnya kandungan diteruskan dengan intipati utama oleh beberapa pakar affiliate tempatan.

Gladerial memberikan takrifan berguna bagi istilah-istilah Inggeris 'affiliate'. Sememangnya jelas dan memberikan takrifan yang mendalam, dengan perenggan yang ringkas serta padat.

Amirol Zulkifli juga berjaya memberi tips paling berguna, iaitu cloaking serta mengelakkan kehilangan link affiliate. Tips beliau juga dapat mencegah 'kecurian' komisen affiliate. Syabas dan berbanyak terima kasih Amirol!

Sekali lagi rahsia serta tips affiliate didedahkan, kali ini oleh saudara Yusri (forum Jom Bincang), 'otai' lama dalam bidang pemasaran internet Malaysia (semenjak 1999... lama dah tu!). Beliau berkongsi beberapa tips yang ramai lagi masih tak tahu. Pendedahan 'Trick & Technic' yang menjamin pulangan kepada pelaburan dalam memasarkan program affiliate. 5 bintang untuk saudara Yusri!

Penulis-penulis lain tidak kurang hebatnya (jangan kecil hati tak sebut ok...). Setiap yang mereka sampaikan, amat berilmiah dan bermanfaat. Apatah lagi kepada kebanyakan newbie macam saya...

Secara keseluruhannya, Majalah IM # 12 memang amat berharga, penuh dengan maklumati serta kaya dengan pengisian. Susunatur grafik serta layout agak menarik, namun begitu masih boleh diperkemaskan lagi. Beberapa ruangan pengiklanan sememangnya tidak dapat dielakkan, apatah lagi Majalah IM diedar secara PERCUMA. Tidak ternilai dari segi masa dan tenaga yang dicurahkan oleh Team Majalah IM ini. Semoga Allah jua yang dapat membalasnya.

Apa tunggu lagi.. pergilah download!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...