Ucap 'Merry Christmas', boleh ke tak boleh?

kredit gambar buat jmr23.com

Aku bukannya alim ulama untuk menyatakan hukum. Aku tidak mempunyai kelulusan dari Mesir atau Al-Azhar untuk memberi kupasan tentang persoalan agama. Aku sekadar sempat belajar agama di sekolah agama kerajaan Johor hinga darjah 5. Menamatkan tingkatan 5 dengan subjek pendidikan Islam sebagai subjek wajib. Tapi sesekali aku bermuzakarah, cuba menuntut ilmu daripada guru-guru agama dan rakan-rakan yang mengaji pondok. Aku masih mencari ilmu, tak kira ilmu duniawi, mahupun dunia akhirat. Tuntutlah ilmu sejak dalam buaian, hingga ke liang lahad.

Hari ini hari Natal atau Merry Xmas, yang disambut setiap tahun pada tanggal 25 December. Sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu, termasuk aku sendiri, kenapa 25 December? Lepas aku melihat poster di atas, barulah aku faham. kalau nak tahu page Zakir Naik, boleh tengok sini.

Di bawah ini pula, aku letakkan post FB salah seorang ahli page anak Johor:





Pendapat lain:
Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradawi: "Maka kami sebagai pemeluk Islam, agama kami tidak melarang kami untuk untuk memberikan tahni'ah kepada bukan Islam dalam hari besar agama mereka. Bahkan perbuatan ini termasuk ke dalam kategori al-birr (perbuatan yang baik). Sebagaimana firman Allah SWT: Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (QS. Al-Mumtahanah: 8).
Dibolehkan memberikan tahni'ah ini terutama bila pemeluk agama lain itu juga telah memberikan tahni'ah kepada kami dalam perayaan hari raya kami."




Itu pendapat kedua (Fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradawi) dimana ia dibolehkan. Pendapat pertama ianya haram seperti mafhum dari kata - kata Ibn Taimiyah "melarang untuk ber-tasyabbuh dengan hari besar kaum kafir, kerana hal itu akan memberikan efek 'lega', bahwa umat Islam 'membenarkan' kesesatan yang mereka lakukan" Wallahu a'lam.

Pendapat lain boleh ucap Merry Christmas, boleh rujuk tulisan di sini

FATWA Malaysia: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Aku tahu, ramai pembaca yang singgah ke sini adalah golongan terpelajar dan cerdik pandai. Jadi, fikir-fikir dan renungkanlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...