Salam Maal hijrah 1434 H



Assalamualaikum wbt

Hari ini merupakan 1 Muharam  hari pertama dalam tahun 1434 kalendar Hijrah. Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.


Hari ini nampak tenang, yelah, mungkin tenang sebab cuti menyambut kedatangan tahun baru. Atau sebab Ahmad IQbal dan Ammar Zakwan sedang tidur. Hanya Adam Harith sahaja yang dah bangun, mengahadap notebook, bermain game. Kejap lagi bila masing-masing dah bangun, dan sepupu mereka, Afiq sampai. Masa tu rasa macam nak terbalik rumah..  :D

Sempena hari cuti ni, InsyaAllah kami akan ke air terjun Gunung Ledang, mandi manda dan berkelah.


Bagi sebahagian daripada kita, Awal Muharram tak lain tak bukan hanya sekadar cuti umum. Tak ramai yang menghayati pengertian hijrah dan mendalami contoh pengorbanan Rasulullah saw. Peristiwa 1,434 tahun yang lalu patut kita sematkan dalam hati untuk panduan dan pedoman kita.


Tak kira kita berhijrah untuk apa. Samada daripada free hair kepada bertudung, nakal kepada baik,merokok kepada tidak merokok, atau mengeji orang, kepada bertasbih memuji Ilahi.  Yang penting, kita kena berubah, jadi yang lebih baik. Tahun baru biasanya menjadi masa yang sesuai untuk menanam azam baru. Jadi, ini adalah masa yang terbaik.

Ok, budak-budak semua dah bangun, aku dari tadi tak siap-siap menaip. Asyik terhenti dengan pelbagai ragam dan karenah anak-anak. Jadi di sini, aku nak kongsikan makna dan pengertian di sebalik Maal Hijrah.

Apa maksud Maal Hijrah / 1 Muharram :

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


Rujukan penuh untuk sejarah hijrah, sila ke wikipedia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...