Tiru Coconut Shake Klebang

original Coconut Shake Klebang image credit


Nama Coconut shake Melaka memang sudah tersohor dan terkenal satu "Malaya'. Paling popular adalah Coconut Shake Klebang. Mungkin mereka juga pelopor yang menjadikan 'coconut shake' popular dan komersil. Ramai juga yang google 'coconut shake melaka recipe' untuk mencari resepi rahsia di sebalik kejayaan mereka.

Bagi peminat coconut shake di Muar, mungkin tiada masalah bagi mereka untuk meneguk kenikmatan coconut Shake Klebang. Dengan jarak perjalanan kurang satu jam menaiki kereta atau menunggang motosikal, Melaka memang sebentar sahaja untuk sampai.



View Larger Map

Peta google, lokasi dan alamat Coconut Shake Luar Biasa di Parit Bunga, Muar. 

Walau bagaimanapun,tak semua orang sanggup untuk pergi ke Melaka setiap minggu, hanya untuk meneguk coconut shake. Jadi, kini orang-orang di Muar ada alternatif. Apa kata anda singgah ke Coconut Shake Luar Biasa, Muar.

Kat mana tu? Lokasinya adalah di KM 7, Parit Bunga, Muar (Ledang), terletak di sebelah kiri jika anda menghala ke Tangkak, selepas turun jambatan kedua Muar. Kalau tak pasti, boleh tengok point A pada google maps di atas.

Setakat ni, di gerai Coconut Shake Luar Biasa ni, anda boleh dapatkan:

Coconut Shake Biasa  .......= RM2.00
Coconut Shake Luar Biasa = RM2.50
Air kelapa 'ori'                   = RM2.00
Buah Kelapa Muda  ........ = RM3.00
Durian Crepe 3 pcs ..........= RM5.00
Durian Crepe 6 pcs ..........= RM10.00

Nak tahu kenapa namanya coconut shake luar biasa, nantikan entri seterusnya.... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...