Aku Pemenang Pertandingan Pengalaman kena denda di sekolah

Pengalaman kena denda di sekolah mungkin juga perkara yang biasa bagi para pelajar lelaki di sekolah rendah. Kebanyakkannya masih dalam dunia bermain-main, mengacau dan mendengki satu sama lain. Tapi tu semua tak bererti budak-budak yang selalu kena denda di sekolah ni tak pandai dan tiada potensi untuk cemerlang suatu hari nanti.

Pengalaman kena denda di sekolah juga merupakan salah satu perkara yang berlaku padaku sepanjang  persekolahan menengah dan rendah. Aku mas di sekolah memang bukan baik tahap malaikat, tapi takdelah terlalu jahat macam iblis laknat.

Ada beberapa pengalaman kena denda di sekolah yang masih aku boleh ingat sampai sekarang manakala yang lain-lain tu, kena ambil masa sikit nak ingat semula. Maklumlah umur sedang menghampiri era 40 dalam masa beberapa tahun lagi.

Ok, berbalik semula kepada tajuk Pengalaman kena denda di sekolah. memang aku tak terkecuali terjebak, baik di sekolah rendah, mahupun sekolah menengah. Oleh kerana memori aku kurang baik untuk 'track' setiap peristiwa didenda. Maka aku akan ceritakan mana yang sempat tanpa mengikut turutan tahun.

Antara pengalaman kena denda di sekolah yang paling aku tak dapat lupa adalah:

1. Aku kena denda menyanyi dalam kelas Bahasa Melayu, Cikgu Zanariah Abdul, sambil beliau mencubit-cubit seluruh badan aku yang sasa di depan kelas. Aku ingat lagi lagu yang aku nyanyi tu, lagu hari raya P.Ramlee (tapi bukan dendang perantau). Aku tak dapat pastikan apa kesalahan aku waktu tu.

Walaupun waktu tu aku di tingkatan 5 (dan menjawat jawatan pengawas), aku masih ada perwatakan nakal dan suka buat lawak bodoh. Tapi, aku tabik dan 'salute' pada cikgu Zanariah kerana masih sabar dan sanggup melayan karenah kami. Dan berbaloi aku rasa kena cubit tu sebab aku berjaya dapat gred yang cemerlang untuk subjek Bahasa Melayu SPM.

2. Pengalaman kena denda di sekolah beramai-ramai satu kelas sebab main lastik-lastik peluru kertas (guna getah gelang @ rubber band sebagai 'launcher'). Yang ni memang zaman 'honey moon' (form 4).

Paling aku rasa tak boleh blah sebab waktu tu aku ketua tingkatan dan juga pengawas. Patutnya aku jaga keamanan dan kesejahteraan ummat. Ni tidak, aku jadi hantu! Memang cari nahas bila 'kantoi' dengan cikgu yang baru masuk kelas untuk subjek seterusnya... hehehe,  kami semua kena denda, dan rasanya semua budak-budak lelaki terbabit.

Ada beberapa lagi pengalaman kena denda di sekolah yang aku nak kongsikan di sini tapi nampaknya keadaan tak mengizinkan. Sebab? Kejap lagi tamatlah tempoh untuk pertandingan Pengalaman kena denda di sekolah yang dianjurkan oleh Titan.

Harap-harap entry ni dapat masuk muka pertama carian google untuk keyword pengalaman kena denda di sekolah.

Wasalam.

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh
AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma
Contengconteng.comLelakiAcai.comOhbuku
 Abrablog.com dan PanduanTNX.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...